Friday, December 31, 2010

.: We Meet Again...

Biar luput dari pandangan
jangan lupus dari ingatan
Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Alhamdulillah syukur aku ke Hadrat Allah kerana memulakan perjalanan tahun baru aku (1/1/2011) dengan perkara-perkara yang baik. Amin! Dan diharap setiap rentetan kehidupan ku pada tahun ini diredhai dan diberkati Allah s.w.t. hendaknya.
Terima kasih Ya Allah kerana mendengar dan mengabulkan doaku. Akhirnya aku diketemukan jua dengan sahabat-sahabat lama menerusi blog ini.
Kalau korang semua masih lagi ingat tentang entry aku tahun lepas pasal DESA SISWA RAJA NONG CHIK, pasal teman-teman sebilik aku yang hampir 10 tahun tak pernah aku jumpa atau tak pernah sekali-kali pun aku berhubung. Somehow or another,we're manage to stumble upon my blog and subsequently my fb.
Kat bawah ni aku letak gambar kawan-kawan aku tuh.Yang pakai tudung dan ayu tu adalah zaihanis dan kat bawah tu pulak adalah Safura yang still lagi cute! :)









Monday, December 27, 2010

Jual Agama

Entry kali ini sangatlah sensitif untuk dibicarakan kerana takut akan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Akan tetapi, aku sebagai seseorang yang berada di dalam dunia perniagaan ini terasa terpanggil untuk membicarakan isu ini di sini kerana kadang-kadang terkilan melihat sesetengah pihak yang masih tidak sedar dengan perkara yang mereka lakukan itu seolah-olah 'menjual agama'. Mereka pintar memberi penjelasan dan yang menjadi mangsa adalah islam dan orang islam itu sendiri.

Ramai yang diri mereka ingin di kenali sebagai ustaz atau pendakwah menjual air yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci al-quran sebagai contohnya menjual air bagi memudahkan kelahiran bayi atau lebih dikenali dengan air selusuh di kalangan masyarakat kini.

Yang pasti motif daripada jualan itu adalah untuk mengaut keuntungan. Sudah tentu hal ini dikategorikan sebagai menjual agama. Firman Allah yang bermaksud:-

" mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (untuk kepentingan dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) daripada agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang telah mereka kerjakan." surah at-taubat:9

Disini saya juga ada cut paste daripada blog2 orang lain yang membicarakan tentang isu ini.

" Allah menyebut dalam Al-Quran, jangan menjual ayat Allah dengan harga yang murah, merujuk kepada sikap orang munafiq dan orang yahudi yang mengambil peluang menyebarkan fahaman agama islam seolah-olah mereka tersangat faham ajaran islam. Tetapi apabila orang ramai sudah percaya kepadanya,maka dia mula mempengaruhi pengikutnya ke arah dirinya," jawabku.

memang wujud pada hari ini golongan yang menjual agama untuk kepentingan diri, kumpulannya atau pemimpin politiknya. Golongan ini akan berhujah dengan ayat al-quran dan hadis atau hujah tokoh-tokoh tertentu untuk meyakinkan orang ramai kepadanya. Tetapi dia cuba selewengkan kefahaman sebenar untuk kepentingannya.

Golongan ini tidak berani menggunakan Al-Quran dan hadis sepenuhnya terutama yang mesejnya agak bertentangan dengan dasar perjuangan mereka. Hujahnya ialah, perkara ini tidak boleh di sebut secara umum kerana terlalu sensitif. " Kita mesti jaga hati orang lain, kita perlu bersikap tolenrasi, itulah ajaran islam". Kata mereka.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

" Dan berimanlah kamu dengan apa yang aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya kitab yang ada bersama kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat KU (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada AKUlah sahaja hendaklah kamu bertaqwa." (surah al-baqarah 41)

Our Achievements


Kebiasaannya aku dengan suami sentiasa ada target yang perlu kami capai setiap tahun. Namun, tahun ini kami terpaksa tangguhkan satu daripada target kami ke tahun depan. Asalnya kami merancang untuk buat umrah dalam tahun ini tetapi disebabkan kelewatan proses renovasi premis perniagaan kami, jadi terpaksa kami tangguhkan ke tahun depan. InsyaAllah, kalau ada rezeki kami serta dipanjangkan umur kami empat beranak..sampailah kami ke tanah suci. AMIN!


Target yang telah berjaya kami capai
Achievement in year:-
Dec 2005
- Start perniagaan farmasi di paka

2006
-Beli Bmw m sport e46

2007
-Branding perniagaan
-Pergi ke china cari apa2 peluang perniagaan


2008
-Beli Rumah
-Beli bangunan kedai 2 tingkat
-Beli tanah

2009
-Beli kereta Estima acr 30
-Renovate rumah

2010
-Beli bangunan kedai 3 tingkat (corner lot)
-expand business pharmacy at new building

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat ALLAH kerana dikurniakan rezeki MU yang tak pernah putus-putus mengunjungi kami sekeluarga. Walaupun dahulu kami pernah diuji dengan kesusahan dan keperitan dalam kehidupan kami.Kami tidak pernah mengenal erti putus asa. Dengan itu,kami bangkit untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup kami.Setiap hari dan sepanjang bulan ramadhan, kami mengangkat kedua-dua tangan kami memohon doa kepadamu agar kami dimurahkan rezeki dan dikurniakan kepada kami rezeki yang halal dan berkat untuk kami sekeluarga.

Betul dengan kata pepatah " bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian". Kemanisan akan hadir selepas kepahitan. Itulah yang kami pernah lalui sekarang. Berkat kesabaran kami yang tidak pernah mengeluh semasa menghadapi kesusahan dan kesukaran dahulu, hasilnya adalah apa yang kami ada sekarang. Dan kami tidak akan sekali-kali terlupa apa yang kami punyai dan miliki sekarang segala-galanya adalah milik DIA yang HAKIKI.

Kami tidak akan terlupa di mana tempat kami berpijak. Sujud syukur kami Ya Allah kepada Mu. Alhamdulillah.



Sunday, December 26, 2010

Back To The Past

Memori silam yang sentiasa menggamit rasa. Terpatri kukuh dihati sentiasa. Entah macam mana semasa mengemas buku-buku semasa zaman belajar dahulu, tiba-tiba aje gambar ni jatuh. Entah datang dari celah mana aku sendiri tidak perasan sebab terlalu ralit menyusun buku-buku itu. Apa apa pun inilah ' kuda tunggangan' aku semasa belajar dahulu. Kalau tidak silap aku gambar ni diambil semasa aku di tingkatan 4 di Kampung Losong.

Dah lama tak menunggang motor. Rindu sangat saat-saat itu. :)
Kerana motor ni jugak la semua parut-parut sesuka hati duk menumpang di badan-badan aku urmm.. tak tahulah kenapa aku selalu aje kemalangan ngan motor neh. Tapi kemalangan yang paling aku tak boleh lupa ialah kemalangan yang berlaku di Gong Kapas betul-betul dekat dengan stesen minyak apa ntah aku dah lupa. Masa tu aku dengan Haiza @ Nor suhaiza Ali nak pergi ke bandar. Aku tak drive motor neh tp haiza yang drive. Haiza kalau ko ingat lagi mesti ko gelak sorang-sorang macam aku HAHAHAHA. Time tuh ada sebuah kereta nak corner nak masuk ke stesen minyak tuh. Kereta tuh corner camtu aje tanpa bagi signal. Masa tu kita orang follow betul-betul tepi kereta tuh. Apalagi dengan kita orang sekali terpaksa corner kiri sampai tak menyempat nak break...Dummmm! maka dengan itu terselamatla kita orang tertunggeng kat depan stesen tuh. Tak pasal-pasal hari tuh aku terpaksa bikin drama kat depan tuh. Tak usah cakap..malu memang la malu. Tapi masih lagi control ayu. Taknak bagi jatuh saham beb! Ramai orang masa tuh.maklum aje la tempat kejadian tuh selepas lampu hijau. Cover memang baik punya jugak la time tuh. Nasib baik takde apa-apa cuma ada sedikit calar pada aku dan jugak motor aku. Lepas tuh kita orang terus angkat motor dan blah je la. Lagi lama duk situ lagi tebal muka kita orang ngeh3

Tapi 2, 3 hari lepas hubby ajak aku pergi survey motor KAWASAKI Z1000 dekat Kl dan jugak di Kuantan Kawasaki GT Bike. Aku pulak pergi survey motor Ducati Monster. Saje sembang-sembang ngan hubby ingat nak cuba hobi baru main motor besar. Tapi hubby lebih suka kepada naked bike atau easy rider. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang, anak-anak masih kecil lagi. Susah sikit kalau nak melibatkan diri dalam hobi neh. Kena fikir 2-3 kali jugak. Mungkin kena tunggu sedikit masa lagi...hurmm tengoklah macam mana nanti..InsyaALLAH.



Wednesday, December 22, 2010

Apa nak jadi??

Pepatah melayu lama kata, " Ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk" untuk mengambarkan sarat dengan ilmu, tidak ego, merendah diri seperti " Tak hilang bisa ular yang menyusur akar".

Sepatutnya seseorang manusia, mereka yang bila semakin dewasa..semakin sarat dengan ilmu dunia dan akhirat bukan menjadi besi buruk yang terbuang akibat dirosakkan oleh karat tetapi berkongsi ilmu dengan masyarakat yang memerlukan mereka.


"Aku telah dilantik menjadi khalifah kepada kamu
sedangkan aku bukanlah yang terbaik antara kamu.
Aku tidak pernah meminta kedudukkan ini mahupun
tersimpan pada hatiku untuk mendapatkannya
sebagai pilihan utama daripada orang lain. Jika aku
berlaku benar, kamu mesti membantu dan
mematuhiku dan jika aku menyesatkan, perbetulkan aku.
Patuhilah aku selagi aku mematuhi Allah dan Pesuruh-Nya.
Jika aku mengingkari mereka maka kamu
tidak perlu mematuhi aku".
Saidina abu Bakar As-Siddiq
Apa yang berlaku pada bangsa kita adalah semakin dewasanya orang melayu, semakin kaya raya dan berjawatan tinggi semakin takbur, riak, meninggi diri, semakin tamak dan semakin bakhil membuat orang meluat dan benci terutama pemimpin politik semakin tinggi jawatan yang dipegang mencucuk mata seperti mereka yang baru kenal agama dapat pembesar suara di surau, masjid dan madrasah, seperti sekuriti baru dapat 'wisel', kesian.

Lalang berubah-ubah mengikut angin yang bertiup kerana tak berprinsip, tak berilmu. Ahli agama yang semakin hari semakin tinggi ego dan keperibadian yang terpesong dari Al-Quran dan As-Sunnah tanpa disedari membawa umat Muhammad dari jalan siratul mustaqim. Apa yang ada dibawah kopiah putihnya siapa pun tak tahu kerana ramai yang macam ayam bertelur sebiji riuh sekampung, tak seperti penyu yang bertelur beratus, siapa pun tidak tahu.


" Jangan ditanya siapa yang berkata, yang penting apa yang dikata".
-Saidina Ali-

Monday, December 20, 2010

Aku tak Bodoh..

Orang melayu dikatakan bangsa yang mudah mengadaptasi perubahan. sebab itu kalau kita lihat pada masa sekarang banyak budaya kuning yang dibawa dari luar negara sekelip mata boleh meresap dan menular dalam masyarakat kita hari ini. khususnya bagi remaja-remaja yang sering menterjemahkan apa yang datang dari barat adalah kemajuan.

Pakaian ketat, mini skirt singkat dan segala yang terdedah sudah menjadi pakaian harian remaja sekarang. Budaya hip hop, shuffle adalah contoh-contoh budaya kuning yang sudah sebati dengan darah daging orang kita.Malah orang yang tiada akaun facebook atau tiada pengetahuan tentang komputer dianggap kolot dan ketinggalan zaman oleh remaja masa kini.

Begitulah takrifan remaja melihat kehidupan. Kalaulah mendiang Boon siew masih ada, sudah pasti dia mentertawakan pemikiran remaja zaman sekarang kerana dia walaupun buta huruf dan tidak ada asas pendidikan rasmi tetap menjadi usahawan motosikal terhebat dalam sejarah.

Ini bermakna, untuk mencapai kejayaan dan kesenangan di dalam hidup hendaklah sentiasa cekal berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.

Ramai manusia apabila sudah kaya mereka lupa diri, lupa Tuhan, lupa tanggungjawab terhadap keluarga, lupa anak isteri dan jiran tetangga. Kekayaan yang dimiliki bukan untuk membantu yang susah. Selain mahu kaya seorang, menjadi tamak, bakhil, stress takut tak tentu pasal. Rumah dipagari tembok tinggi, kalau perompak masuk tiada siapa yang tahu. Keliling rumah penuh dengan kamera yang canggih memantau keadaan sekeliling. Pelikkan?? dengan Tuhan tidak takut, terlupa jiran terdekat lebih baik dari saudara, lupa sanak-saudara yang nanti akan mengangkat keranda.

Ingat, amalan yang tidak memutuskan anak Adam a.s dengan akhirat ialah ilmu yang bermanfaat.

" jangan berikan ikan kepada mereka yang meminta, sebaliknya ajarkan mereka bagaimana cara untuk menangkap ikan."

Sunday, December 19, 2010

Ayam Goreng Kicap Berserai


Bahan-bahan A:

1.Bawang merah
2.bawang putih
3.halia
(dikisar)
4.serai- diketuk
5. cili boh

Bahan-bahan B:
1. kicap pekat
2.ayam (di goreng terlebih dahulu..xnk grg pun xpe jugak)
3.bawang besar yg dihiris bulat

Cara membuat:

- tumis bahan2 A sehingga hingga naik bau @ pecah minyak.
-masukkan bahan2 B
-secukup rasa
-masukkan tomato kecil sebagai hiasan.
-siap dan boleh dihidang.

Puding Nanas

Hasil daripada resepi k.liza. Best sangat. Saya dah cuba anda bila lagi? ..hehehehhe...

Bahan-bahan:

1. Serbuk agar-agar
2. Air
3. 1 tin buah nanas gelang(asingkan air & buah
4. 1 tin susu cair
5. Gula
6. tepung kastard
7. beberapa biji ceri merah+hijau

Cara membuat:

1. Masak agar2 dan gula sehingga mendidih
2. masukkan air buah nanas tin
3. Bancuhkan tepung kastard dgn susu cair-tapiskan. Kmdn tuangkan dlm adunan agar-agar tadi.
4. Susun buah nanas ke dalam acuan.
5. Apabila agar2 masak, tuangkan kedalam.
6. Simpan dalam peti sejuk
7. Sedia di hidangkan.


* Ini adalah resepi dari k.liza. Sy cuma cut n paste sahaja bahan2 dan cara membuat nya.

Blackpepper Prawn Resepi

Bahan-bahan:

1) udang
2) sos lada hitam
3) Lada hitam (kisar)
4)Bawang besar (hiris bulat2)
5) bawang merah
6) bawang putih
7) Cili besar
8) Daun Bawang
9) Tomato

Cara memasak:

1)Tumis bawang putih, bawang merah dan lada.
2)Kemudian masukkan udang beserta sos lada hitam dan sedikit lada hitam yg telah
ditumbuk halus.
3)Di ikuti dengan bawang besar yg dipotong bulat,buah tomato dan akhir sekali daun bawang.
4) rasa mengikut citarasa masing2.
5) Siap untuk di hidang.


Friday, December 17, 2010

This Land..is your land???


Jumaat 17/12/10

Baca aje title kat atas..cam ntah ape2 kan.Aku pun tak tahu kenapa keluar macam tu dari kepala otak aku yang gila2 bila ber'blog'ging neh.. kesal.. Semalam masa kuar ngan hubby tak tahu ke mana hala tuju kami. Main redah aje. Mula-mula pergi ke Mesra Mall
tujuan utama kami bank. Hari jumaat semua bank tutup kecuali dekat Mesra Mall. Lepas tuh hubby ajak tgk wayang cerita ngangkung tapi aku tolak sebab dah banyak kali aku pergi sana untuk menonton cerita tu. Setiap kali pergi mesti FULL.



So, kita orang berpatah balik menghala ke kuala Terengganu. On the way to KT, cik suami ada cakap dah boring dah asyik lalu jalan yang sama aje setiap kali nak pulang ke kampung. Apa kata kali ini kita cuba tukar jalan pula kata dia.So, untuk dapatkan kelainan seperti kehendaknya dia pun menukar arah perjalanan kami sebaik sahaja sampai dekat simpang yang menghala ke kampung Tok Kah. (...hehhehehe..ini pun guna garmin tau..) betapa canggihnya dunia sekarang..bermula di hujung jari sahaja.



Untuk mengisi ruang kosong di antara kami berdua, tetiba aje keluar topik macam mana nak jadi KAYA DENGAN CEPAT means cepat kaya..hehehehe... Apa perniagaan yang boleh membawa profit yang tinggi tanpa high risk??? urmmm ada ke perniagaan yang memberi pulangan yang banyak @ tinggi tanpa sebarang risiko erk? setahu aku dan sepanjang pengetahuan aku semasa belajar dulu pun mengatakan " High Risk High Return". So takde apa-apa yang mudah dalam dunia ni kan? Sentiasa kena berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Sebab itu semakin tinggi ilmu seseorang semakin tinggi la martabat seseorang itu. betulkan?

Kemudian beralih pula kepada topik TANAH. Di kiri-kanan sepanjang perjalanan kami banyak tanah2 kebun yang di usahakan oleh landlord. Agaknya. Aku main agak-agak aje. Sebab aku sendiri pun tak tahu apa2. Tanah sangat bernilai pada masa ini berbanding masa dahulu. menurut cerita Mak dan Ayah aku dulu dia orang hanya bayar duit Rm50 sahaja dan kerajaan berikan tanah sebanyak 6 ekar setiap seorang. Wow! can you imaging that.. 6 hectars?? banyak tu kan. Sekarang..6 ekar maunya tak pergi dengan harga 1 million depend on location. Lagi elok @ strategik tanah tu berada lagilah melambung-lambung harganya. Hebatkan?

Berbalik kepada sejarah kita. hubby aku pun ada cakap pasal Abdul Rahman Limbong. Kalau korang still lagi ingat tentang sejarah ni. Aku rasa mesti korang tak ingatkan @ tak berapa ingat? sebab rata-rata dan majoriti pelajar2 sekarang ramai yang tak suka history subject. Termasuklah aku juga. Boring! tapi tanpa sejarah dimanakah kita sekarang?? Kalau dulu Haji Abdul Rahman Limbong menentang para penjajah asing, british mengenakan cukai tanah kepada orang melayu yang membuka tanah untuk pertanian dengan mengatakan TANAH yang dibuka olek rakyat itu adalah HAK ALLAH SWT. Aku rasa kisah ni ada dalam subjek sejarah masa form 2. Peristiwa kebangkitan tani tahun brp tak ingat. Korang leh google sendiri atau buka balik buku sejarah form 2 @ form 3 macam tu la kot. Itupun kalau korang rajin..hehehhe..

Bila baca atau ambik tahu pasal sejarah. Rasa macam sekejap aje masa berlalukan? Bertuah dan bersyukurnya aku kerana dilahirkan di sini. Terima kasih lah kepada Tokoh-tokoh perjuangan Islam di bumi Terengganu.

Thursday, December 16, 2010

Spaghetti Goreng


Menu kami sekeluarga untuk malam ni. As usual, aku kan suka memasak masakan yang simple sahaja yang tak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya...hehehehe.. Nak share resepi kat dalam blog aku la..Ini adalah resepi yg aku main campak2 aje.

Bahan2:
spaghetti
capsicum (hijau,merah & Kuning)
crab stick
sosej
prawn
garlic
prego sauce
Mushroom
*boleh tambah apa2 lagi yg korang suka

Cara Penyediaan:
1) rebus spaghetti dahulu kemudian toskan
2) Tumiskan bawang putih tadi sampai warna bertukar kekuning2an.
3)masukkan sos prego. Tambah air sdkt bila kuah nmpak kering.
4)Masukkan capsicum @ lada benggala yg tlh didadukan. Diikuti dgn udang,sosej dan crab stick tadi.
5)masukkan cendawan diikuti dgn spaghetti yg tlh di toskan.
6)Gaul sampai sebati.Rasa mengikut citarasa masing2.
Siap untuk dihidang!

*kalau suka leh la taruk lada hitam sket..hehehe. Selamat Mencuba yaa!!

Wednesday, December 15, 2010

More Than Words...









Really love this song..hahaha..

Tetiba aje teringat zaman aku bercintan cintun dahulu. Rasa macam nak jatuh cinta sekali lagi aje. Agak-agak..boleh ke tidak ye??..hurmmm..

Ada betulnya cakap orang-orang tua dahulu..masa bercinta semuanya kita nampak indah. Semuanya nampak baik dan semuanya nampak manis di mata kita kan? ...everything is perfect.. maklumlah dia orang, apa orang cakap "terlebih dulu makan garam" daripada kita. Sekarang, bila kita sendiri duduk dalam situasi "ini"..melaluinya..kita sendiri juga yang akan merasakannya.

Tetapi..hakikatnya, kehidupan tidak selalunya indah. Ada masanya kita akan gembira. Ada ketikanya kita akan bersedih. Ada pasang surutnya dan ada pula turun naiknya. Inilah yang dinamakan rencah kehidupan. ah! yang pasti semua orang akan melalui frasa ini. *pro & con*

Apa yang abadi dan hakiki..hanyalah untuk DIA Yang Maha ESA. Apa yang ada di dunia adalah jalan yang akan membawa kita ke akhirat kelak. Cinta, suka ,duka,pahit manis adalah satu perkara yang melengkapkan kepada kehidupan kita seharian. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Hargailah dengan apa yang kita miliki hari ini. Ini kerana kita bukanlah seorang manusia yang sempurna. sentiasa mengulangi kesilapan..dan cubalah memiliki sekeping hati yang bersih.

Jiwa tengah kacau..tak tahu kenapa tiba-tiba aku cerita benda2 yang karut marut neh. tapi yang pasti cerita ini tidak ada kena mengena dengan orang lain. Apa yang aku tulis..merupakan apa yang aku rasa..dari sudut pandangan hatiku..yang selalu 'thinking out of box'...betul ke neh?? aku pun kurang pasti..hahahaha..blaaa nkg ke kemaman jap agi ambik barang. ok then...fullstop!

Tuesday, December 14, 2010

Is it True?

Sayang dan cinta adalah dua perasaan yang berbeza
Kehangatannya juga berbeza
Kekuatannya juga berbeza
Apakah perasaan sayang itu mencukupi untuk mengikat dua jiwa buat selama-lamanya?
Atau..perlukah cinta itu ada untuk satu perkahwinan yang kekal abadi??
Aku pernah mendengar satu ungkapan,
bahawa menerima lelaki yang mencintai diri kita lebih daripada kita mencintai dirinya
adalah jauh lebih baik daripada
Menerima lelaki yang kita cintai...
sedangkan mereka belum tentu mencintai kita..
???????????

Monday, December 13, 2010

Minum Petang

Sosej Telur Hancur Dengan Brokoli

Nyum...nyumy.. Thanks to K.Liza di atas perkongsian resepi tersebut. Sedap sangat. Berbaloi- baloi mencuba resepi dari K.Liza. Sangat cepat dan mudah untuk menyiapkannya.
Tak sampai pun sepuluh minit..hehehe..

Hari sabtu lepas, balik dari Kuala Lumpur aku singgah sekejap kat Megamall Kuantan. Sebenarnya sebelum pulang ke Kuala Terengganu aku ada ajak hubby pergi ke KLCC. Ingat nak pergi ke KINOKUNIYA Book Store. Tapi...malang tak berbau..tak dapat pergi sebab tempat parking dia orang tutup. Di buka hanya untuk orang yang ada season pass sahaja.

So, hubby gantikan dengan Megamall Kuantan.Apalagi..terus pergi ke Popular Book Store..heheheh...seronaknyaaa..
Lepas tu aku ternampak K.liza tengah sembang-sembang ngan peminat-peminat buku beliau. Niat di hati nak jugak bertegur sapa dengan k.liza tapi tak dapat sebab aku tengah kejar masa time neh..hubby ada janji dengan kawan2 MEOG nak jumpa dekat Taman Gelora. So, aku batalkan aje niat yang aku dah pasang tuh.

Anyway, K. Liza..saya pun dah beli buku k.Liza tuh..tengah practise masakan kat dalam buku tuh. Kebanyakkan nya semua sedap2 belaka.blog k.Liza pun dah i follow tau...hehehehe

END

Wednesday, December 8, 2010

A Bouquet of Daisies



Finally i finished this decorative painting. Thank you very much to Puan Norana for the guidance. This is my first time learned decorative painting. All i need are patience, dedication and a little bit of talent.
Before this, i only just learned by myself. Without teachers or guidance from anyone...its results is not satisfactory.
Start with basic strokeworks of commas, 's' and 'c' strokes and the final product would be a bouquet of daisies.
ok..thats it again for now..need to move out

bye!

Wednesday, December 1, 2010

Welcome December

December is finally here!
The promises monsoon season coming!
I like the rainy season.
I love snuggling with a blanket and a good novel and watching the rainfall.
But i hope the rain will stop and the sun will shine again.
Thank you so much for stopping by today!
I hope you have a wonderful one!

Every Move You Make...

Sweet Dance

I am very busy at our house and work and i have unfortunately not been able to blog much.
My daughter's graduation day just around the corner.
She always paractises everyday her dancing to improve her skills in front of her parents.
I am so amazed by her dancing skill.
She got talent.
Thanks to all her teachers.

Monday, November 15, 2010

WISH

How do i deliver my wish to my daughter???
HAHAHAHAHA....so funny right..



Sorry my dear diary..and thanks

Sunday, November 14, 2010

Good or Bad Habit


Semalam, ada seorang pesara guru datang dan bersembang dengan aku. Banyak perkara yang di sembangkan..terlanjur sembang sampailah kat topik mengenai habit anak-anak. Sebagai seorang guru tentulah banyak pengalaman yang ada pada dirinya kan. Selalu berhadapan dengan kerenah pelajar-pelajarnya membuatkan apa yang dilalui olehnya itu merupakan satu pengalaman yang berharga. Ini kerana bukan semua orang yang dapat pengalaman sebagaimana beliau sendiri.

Bercakap tentang perangai anak-anak ini, sebenarnya aku sentiasa memerhati dan mengenalpasti tabiat dan minat anak-anak aku sendiri. Bagi aku dengan mengetahui cara mereka ini maka aku boleh menyediakan apa-apa bahan yang diperlukan oleh mereka. Ini semua untuk memastikan setiap pelaburan yang aku buat untuk masa depan anak-anak aku betul-betul bernilai.

Kalau mengikut dari sumber pembacaan ku dari buku yang ditulis oleh Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Rasulullah S.A.W telah menggariskan 4 tahap mendidik anak iaitu :-

Tahap Pertama: Anak yg baru lahir sehingga mumayyiz (6 Tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 Tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin, dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak yg berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah di didik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yg tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak yg berumur lebih dari 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak hanya sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Dalam buku ini banyak menerangkan kaedah-kaedah mendidik anak-anak kita. Sebenarnya dalam mendidik anak-anak tidak ada cara yang khusus. Bergantung kepada kemahiran dan ilmu yang ada pada kita sebagai ibu bapa.

"NO ENTRY"


Tak tahu nak buat entry apa kali ini. Sebab otak aku sekarang tengah dalam mood novel. "Cinta Datang Lagi..". Jom join aku makan ikan celup tepung nih.. Home made punya!!

Tetiba aje hari ni terasa nak makan ikan celup tepung pulak. Nak pergi beli kat tepi pantai tu..rasanya tak sesedap aku buat...chewahhh.. Biasalah lembu angkat ekor sendiri..muahahaha.. Hampeh!!

Otak dah tepu sesangat neh sebab kekenyangan makan ikan goreng celup tepung tuh. Idea takde walaupun aku cuba kerahkan otak aku supaya datanglah wahai *ting*.. Jadi setakat ini ajelah duhai diari..tengoklah, nanti esok-esok aku datang jenguk kau lagi..heheheh..harap kau dapat bersabar melayan karenah aku yang ntah apa-apa ntah. Sori sebab selalu aje merapu kat sini kan?? :)

Wednesday, November 10, 2010

The Story behind " Desa Siswa Raja Nong Chik". PART 1


Pertama kali aku menjejakkan kaki di daerah ini (Desa Siswa Raja Nong Chik)..masih lagi terbayang-bayang di ruang layar mindaku.Suasana yang begitu asing bagi diri ku tetapi membawa seribu erti kehidupan dalam diri ini. Mendamaikan hatiku setiap kali mengingati detik-detik pertemuan aku dengan sahabat-sahabat ku yang kini entah dimana kamu semua berada. Sesungguhnya diri ini amat merindui kamu, rindu akan gelak tawa kita bersama, rindu saat-saat di mana kita ulangkaji bersama apabila exam hampir tiba, rindu akan celoteh kamu dengan loghat yang bermacam ragam, rindu saat-saat di mana hampir setiap malam kita kuar makan dekat kedai abe klate tuh selepas PREP...arghhh..Aku rindu!!

Kalau korang semua nak tahu, di sinilah (DSRNC) aku menumpang buat sementara waktu sepanjang pengajian aku berlangsung di KYPM Bangi dulu. Inilah pertama kali dalam hidupku, aku terpisah jauh daripada keluarga aku. Sebelum nih tak pernah walaupun sekali aku duduk berjauhan dengan keluarga. Tahu-tahu je lah kan..aku ni boleh dikategorikan sebagai anak manja. Walaupun sekolah aku dulu ada kemudahan asrama yang di sediakan. Namun, aku tidak pernah memudahkan diri aku untuk duduk dekat asrama sekolah melainkan hampir waktu peperiksaan. Kerana waktu itu semua pelajar di wajibkan untuk stay dekat hostel bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku. Maka, terpaksalah aku memaksakan diri aku untuk duduk di asrama sehingga waktu peperiksaan selesai.

Sebaik sahaja selesai segala urusan pendaftaran aku dekat kolej tu. Keluarga aku meminta diri untuk berangkat pulang ke Terengganu. Seperti biasa seorang ibu dan ayah yang tak pernah meninggalkan anaknya berjauhan daripadanya..banyak pulak nasihat yang di pesan untuk aku. "Jaga diri baik baik. Duduk dekat tempat orang ni kena jaga semuanyalah." " Belajar rajin rajin". " Sembahyang jangan tinggal.Perbanyakkan doa selepas solat." " Jangan lupa mengaji al-quran setiap kali selepas solat." Itu adalah diantara pesanan-pesanan daripada emak dan Bak aku yang aku masih lagi ingatlah.. Yang lain-lain tu dah kaburrr...hehehehehe.

Aku..time nih dah sebak..sedih..segala macam perasaan dah berlibang libur kat dalam hati aku tuh. Rasa macam nak keluar aje perkataan "mak, boleh tak kalau aku taknak belajar kat sini? Aku nak balik..nak duduk ngan mak kat kampung. Orang perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi pun tak pe..nanti duduk ceruk dapur jugak." Keluarlah spekulasi serta alasan- alasan yang bodoh dan tak munasabah langsung daripada kepala hotak aku tuh..tapi itu semua hanya jeritan di dalam hati aku aje. Tak terkeluar walau sepatah kata pun. Sebab aku taknak mengecewakan hati ibu bapa aku. Sudahlah penat-penat dia orang hantar aku dari jauh. Masa tu aku banyak menganggukkan kepala aku serta mengawal airmata aku supaya tidak menitis di hadapan mereka berdua. Aku mesti tabah dan kuat!!

Tabah dan kuat konon. Selepas beberapa jam mak ayah aku pulang. Tanpa segan silu aku menitiskan air mata. Sedih kononnya ditinggalkan. "Apadaaa..kau zira. Buat malu saje..". Dalam hati mengutuk diri sendiri. Dalam asyik aku duk nangis tu..tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu..tuk..tuk..tuk.. "Assalamualaikum..!!". Terdengar ucapan salam diiringi dengan tolakan daun pintu. Tersembul muka seorang 'gadis'...kt muka pintu sambil tersengih-sengih kat aku. Masa tu aku cepat-cepat sapu air mata yang sebentar tadi tidak segan silu untuk membasahi pipi aku. Malu beb kalau orang lain nampak aku nangis..macam budak-budak. Eh..aku masih budak-budak lagi apa time tuh?..hehehehe..perasan nk mampuihss siottt !! Adehhh....

" Hai...nama saya Zaihanis. Panggil anis pun cukup. Saya dari kuantan. Awak nama apa? Asal mana?." Sapa anis sambil mengenalkan dirinya kat aku. Aku yang still lagi terkedu dengan apa yang berlaku tanpa melengahkan diri terus meng'intro'kan diri aku. " Hai..saya Nor Azira. Panggil Ira aje. Asal dari Terengganu. Dari detik itu, bermulalah sesi kenal mengenal antara aku dan Anis. Kami cepat mesra sebab mungkin di datangkan dari daerah yang sama. Maksud aku dari ' Pantai Timur'.
Dalam asyik aku berbicara dengan Anis tiba-tiba terjengul sesusuk tubuk kat depan kami sambil tersengih-sengih...hehehehe..bila aku ingatkan balik. Rasa cam nakal lah pulak. Nama budak tu Siti Safura Ishak..kita orang panggil dia PUYA sahaja. Asal Kajang. Ala kajang..tak jauh mana dari tempat aku belajar tuh. Bestnya kau Puya..hari2 leh balik umah..leh jumpa family. Aku jugak yang akan merindui family separuh mati?...padahal aku kat sana masih lagi segar bugar..
Dari sini..bermula satu ikatan persahabatan di antara kami. Kami bertiga di tempatkan dalam satu bilik. Satu course..cuma kadang-kadang tuh lecture aku tak sama ngan dia orang berdua. Anis ngan Puya merupakan sahabat yang baik. Selalu sedia memberi pertolongan di kala susah.. Terima kasih Anis..Puya.. Jasa korang berdua tidak akan aku lupa. Sebenarnya..ramai kawan-kawan yang jeles tengok kami bertiga. Antara sebab sebabnya, kami bertiga dilabelkan gadis paling cantik didalam course kami. Lepas tu kami bertiga plak di tempatkan di dalam bilik yang sama. Setiap kali kami bertiga berjalan ke cafeteria..akan adalah mata mata yang tak lepas memandang kami bertiga.
Tapi bagi aku plak..aku menolak kenyataan itu mentah-mentah. Kalau Puya ngan Anis dilabelkan sebagai gadis cantik. Aku sangatlah bersetuju. Sebab mereka berdua memang cantik.
Puya, gadis yang tidak bertudung..memiliki sepasang mata bundar.Rambut Paras bahu..ikal. Kulit yang putih melepak dengan hidung mancung patah..ulas bibir yang merah..sweet sangat macam anak mat saleh. Anis plak gadis yang ayu bertudung..berkulit sawo matang..bercermin mata..pun manis jugak. Yang ini pure melayu punya. Takde celup-celup. Tapi sumpah!! mereka berdua memang cantik..hehehe..

Thursday, November 4, 2010

Tom Yam Putih...Slurrrpppp!!!


Tetiba aje mengidam nak mkn tom yam putih..terus masak.Simple sahaja but delicious...slurppp...

Tom yam..satu nama makanan yang paling sinonim dalam hidup aku. Kalau korang nk tahu..tom yam ni la makanan kegemaran aku. Macam mana ye aku mula suka dan tertarik dengan tom yam ni ?? Masih lagi aku ingat, al kisahnya bermula ketika aku pergi jalan2 dekat rumah kawan aku. Nama kawan aku ni , suzi. Hai suzi!!..kalau hang ada baca blog aku neh..jangan marah erk sebab aku mention nama kau kat dalam ni. *peace* HAHAHAHA...

Aku dengan Suzi ni adalah kawan rapat semasa kita orang kat sekolah menengah. Selalu berkongsi apa-apa masalah, suka duka, pahit manis dalam sebuah ikatan persahabatan. Dan sekarang still lagi jadi kawan yang paling rapat dengan aku. Thanks for your relationship..'setia kawan'. Memandangkan persahabatan aku dengan suzi memang agak rapat.. rapat yang macam mana ye? okay..keluarga suzi, aku dah anggap macam keluarga aku. Emak suzi pun aku panggil dengan panggilan mak. Dulu-dulu aku selalu la study kat umah suzi dan tidur kat sana. Rumah dia pun dah jadi macam rumah aku sendiri.Dan dia pun sama jugak macam aku. VICE VERSA. That's why la aku cakap "rapat".

Nak dijadikan cerita dan rezeki aku..suatu hari aku pergilah jalan-jalan kat umah suzi ni. Sebab bosan sangat duduk kat rumah masa tuh. Aku ni anak bongsu. Jadi takde adik untuk aku buat kawan sembang. Nak sembang ngan abang aku yg tua 6 tahun daripada aku, huh...jangan harap!. Sibuk je memanjang dia dengan kawan-kawan sekampung. Kebetulan Kak Long dia masak lauk tom yam. Masa tu..aku tak pernah lagi makan tom yam. Sebab kat umah, mak aku tak pernah masak lauk tom yam neh. Aku pun tak tunggu lama untuk merasa lauk yang kak long masak tu sebaik sahaja kak long mengajak aku join makan tengah hari kat umah dia hari tuh. Perghhh....sedap.

Selepas daripada hari itu, kat rumah..akulah yang memperkenalkan tom yam tu kat keluarga aku. Setiap kali nak makan tom yam, arwah ayah yang aku panggil 'BAK' dan juga abang aku selalu aje suruh aku masak. Hehehehe...katanya bila aku masak best!! Abang aku tu kuat ampu aku. Kalau nak makan apa-apa dia takut nak suruh mak aku buatkan untuk dia. Alih-alih, aku yang jadi mangsa keadaan. Kesian kat diri sendiri sebab ada abang macam tu..hehehehe.. Shamsul a.k.a Wan *SORRY!!*

Boleh dikatakan setiap malam aku makan tom yam + meehun. Selepas study mesti ada makanan tu untuk aku.Arggggghh... Rindunya saat-saat semasa bergelar pelajarkan?

Tapi satu aje yang buat aku terkilan. Di saat akhir arwah Bak masih ada, mak aku bagitahu dekat aku yang arwah teringin sangat nak makan tom yam yang aku masak. Masa ni aku dah kawin. Duduk jauh daripada keluarga. Jadi tak dapatlah nak buatkan untuk dia. Itulah yang buat aku rasa tersangat terkilan dan terkesan berbuku di hati. Sebab ajal maut di tangan Allah. Kita sendiri tidak tahu berapa lama kita dapat hidup di dunia ni kan?

Saturday, October 23, 2010

Express and Simple Cooking For My Family

Masakan ringkas untuk santapan kami sekeluarga

Semalam aku pergi jalan-jalan kat flea market. Jalan punya jalan terpandanglah kat seseorang yang sangat familiar bagi aku. Mana taknya..orang itu adalah customer tetap RazzaQ Pharmacy. Aku pun apalagi, dah terjumpa orang yang aku kenal mestilah dengan jujurnya menghadiahkan senyuman manis (manis ke? entah-entah aku aje yang berasa manis.padahal pakcik yang tengok tu pun luuugaaa...AHAHAHA...) kat Pak cik tu. Pak cik tu pun bagi respon baekk punya. Dia hadiah balik senyuman kat aku. Aiii..sesi balas membalas senyuman pun bermula antara pak cik tu dan aku..hahahhaa..

Rupa-rupanya Pak cik tuh jual ikan kt flea market. Aku nampak Pak cik tuh dah start buka mulut.Ni soheh nak tegur aku tuh (dalam Hati). Sah! " Adik, tak mahu beli ikan ke? fresh-fresh ni harga pun berpatutannnn." Aku pun tersengih-sengih macam monkey dapat flower. Tetiba laju aje mulut aku cakap " Boleh jugak pak cik. Bagi ikan selayang ni half kilo." Dalam hati aku menyumpah seranah.pasai apa mulut aku ni celupar sangat neh. Laju aje cakap mahu ikan. Padahal tadi niat di hati lain sebelum aku menapak ke flea market neh.

Dah terlanjur beli ikan, mestilah kena beli barang keperluan memasak yang lain kan? Aku pun mengorak langkah menyusuri deretan-deretan gerai para penjual sambil memerhati keperluan dapur yang aku sendiri tak tau nak masak lauk apa untuk makan malam neh. Sebab tak dirancang dan terancang kat dalam kepala otak aku nih. Tiba-tiba aku terpandang buah' labu air'. Hurrmmmm...*ting!* i've got an idea! :)

Seusai membeli aku terus pulang ke kedai Razzaq Pharmacy. Actually, masa aku lebih banyak kat kedai berbanding di rumah. Jadi, bahagian belakang kedai ni husband aku renovate seakan-akan rumah supaya aku dan yang paling utama anak-anak kami selesa ketika mereka berada di sini. Barang-barang dapur pun ada sekadar ala kadar aje..hahaha..

taknak cerita apa-apa lagi.... LET'S START COOKING!!

Air teh tarik yang x berapa nak tarik..hehehe
Ulam ni just utk aku sahaja sbb Hubby mmg xsuka makan ulam

Ikan gorng xblh goreng siket2 sbb nnt tak cukup.Hubby ngan anak2 suka ratah.


Tanpamu x lengkaplah selera ku...


Friday, October 22, 2010

Penat..aku penat..otak penat..aargh!!! segala yang memenatkan..

Aku baru aje sampai kt umah. Aku dan anak-anak. petang tadi keluarnya berempat..tapi sekarang pulang ke rumah cuma bertiga sahaja. Kenapa ye..? huuuuhhh.....(mengeluh). Ada ku kesah? eh..kesah la jugak kan... :D isteri mana tak sayang suami cik kak oooii..

Sebenarnya, malam ni suami aku ada buat BBQ kt pantai kemasik dengan kawan-kawan komeranya. Mula-mula tu aku tak nak join aktiviti suamiku ini sebabnya aku takut tetamu yang hadir tu nanti terdiri daripada kaum adam semuanya. Buatnya aku seorang sahaja mawar diantara kumbang-kumbang tu karang..malu kawan. nanti mula la duduk serba tak kena..senyum kambing semacam aje..muka merah macam udang kena bakar. uishh...taknak la aku.

Tapi bila suamiku beria-ia mengajak..ye ke beria-ia dia ajak aku?...hehehehe..+ - macam tu la kot..katanya ada jugak isteri-isteri kawan seangkatannya datang. So apalagi..tanpa membuang masa walau sesaat pun, aku pun telah melafazkan kata 'deal with it!'...hehehe. kerekkk semacamm je aku neh. dipendekkan cerita..takkan lah aku kena cerita semua yg aku buat kan..daripada aku buat puding cocktail, bersiap anak-anak, kacau suami masa cuci kereta dan sehinggalah aku sampai ke Pantai Kemasik..hehehe

jeng..jeng...AHAHAHA...suspen sangatla kunun. Sesampai je aku kat sana. Macam biasalah mula-mula tu sesi perkenalan di antara isteri-isteri pun bermula. Bermula dengan salam bersalaman kemudian di ikuti dengan ' siapa nama?'..hehehe. Apabila dah tahu nama masing-masing terasa seolah-olah kemesraan tu semakin terjalin la kott..iya ka? betui la... *hikhikhik*

Sembang punya sembang punya sembang (berapa banyak daa mau sembang dah) terdengarlah luahan hati sang isteri. Biasalah kalau suami selalu keluar malam lepas tu pulang lewat-lewat malam, isteri mana yang tak suspicious kan?

Aku???? macam mana??? kalau tanya sama aku, aku tak kesah sangat sebab husband aku setakat ni Alhamdulillah. Kita orang saling memahami antara satu sama lain. ye ke?? YANGGG!! betui ka neh? Syyyyyyhh....Rahsia kita berdua..hahaha..poyo betul la aku nih kan..tak kisah la aku ni poyo ke apa janji I'M HAPPY... Kadang-kadang kami mempunyai hobi yang sama..apa yang aku minat atau suka. husband aku pun like jugak. Apa yang husband aku minat atau suka.. i pun like jugak. So setakat ni masing-masing faham dan cuba lagi memahami kehendak hati masing-masing.

Tapi itulah..apabila terdengar rintihan demi rintihan kaum-kaum hawa ni. Meruntun jiwa jugak. Eceh..rintihan sangat la.. padahal bual-bual kosong saje. tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal yang macam ni kan. Sebab kadang-kadang sang arjuna tak bagitahu dan tidak berterus terang dengan si jantung hati..dan si jantung hati pulak mungkin tak memahami minat dan kecenderungan sang arjuna. Jadi, pandai-pandai korang lah. Malas aku nak campur pasal rumah tangga korang. Just menjadi pendengar setia sahaja..setia ke??

Dalam duk sibuk-sibuk melayan karenah teman-teman tu. sekali sekala terganggu jugak la dengan kehadiran karenah anak-anak yang sedikit nakal..sedikit sahaja..tak banyak pun. Sebab kenakalan anak-anak ku itulah yang selalu mencuit hatiku. Selalu buat aku ketawa dan tersenyum macam kerang busuk. Mana tak nya, pada suatu hari yang kelam. Kelam yang aku maksud kan kat sini adalah hari yang nasib tak menyebelahi aku sangat..Boring sesangat sebab hari-hari 'macam ni'. Static. Aku pun baring kat atas katil sambil melayan sahabat sejati (novel)
tiba-tiba datanglah si Umar Hakimi menghampiriku dengan kepetahan yang ada bersamanya maka terlahirlah ucapan " Kau tidoooooo aje!". Dengan mimik muka yang agak funny la bagi aku dan lenggok suara seakan-akan menyamai watak Bob dalam cerita Zoo..tetiba terhamburlah tawa aku yang tak bersisa ni. Tawa ada sisa jugak ke? takde kan?? isk...isk...nakal sungguh!

Eh...chupp!! chupp!!...apa yang aku duk melalut ni? Tajuk entry kt atas mengenai "PENAT". Tapi, title dengan isi macam tak selaras aje...hehehehe..lantak lah. Title kat atas tu just a 'teaser'.


*nnt aku sambung balik sbb hubby nk guna pc.

Tuesday, October 19, 2010

Saturday, October 2, 2010

Novel mood



Baru aje lepas habis baca novel sebelah..nak buat camner baru berpeluang untuk spent masa membaca. Lately sibuk dengan pemindahan farmasi lama ke premis baru..akhirnya siap jugak walaupun tak sepenuhnya. Apa-apa pun Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.



So apalagi..aku teringin untuk meneruskan hobi aku yg satu ni. Dah lama sangat rasanya tak sentuh novel2 yg aku beli tuh..hurmm..kalau korang nk tahu..dulu masa aku remaja aku ingin sekali menjadi seorang penulis novel..konon nye la.. Tapi nak wat camner..till this moment, hajat ku yang satu ni still lagi tidak kesampaian. Sebab tu la sampai sekarang aku suka sangat baca novel-novel. Sebab tiap kali aku baca novel tu..aku rasakan yg diri aku ada kt dalam novel yang aku baca..aku boleh rasa gembira..aku boleh merasa sedih..everything...lepas tu mulalah duk berangan ..mula lah kuar perkataan alangkah indahnya kalau hidup aku seperti yg digambarkan oleh penulis novel tu..hikhikhik..berangan lah kononnya..



Tapi itulah..the real life tak seindah seperti yang aku

gambarkan. Kadang-kadang ada turun naiknya...ada jugak pasang surutnya.. itulah yang dinamakan lumrah kehidupan. Kadang2 semua pengalaman yang kita lalui bila dikenang2 balik ada juga yang indah..bisa buat kita tersenyum dan mematang kan kita.

* terpaksa kuar dulu sbb ada ramai customer.chowww...

Wednesday, September 1, 2010

Bingkisan Hati Ramadhan




Ramadhan..
Kehadiranmu amat ku nantikan
Dengan penuh pengharapan dan penuh kesyukuran

Aku berharap agar hari-hari yang ku lalui
Penuh bermakna dan sempurna
Bersama doa yang kutitip bersama...
Aku juga berharap hari-hari yang aku lalui
penuh dengan pengisian.
Aku memanjatkan syukur ke hadrat mu Ya Allah
Kerana masih lagi diberikan kesempatan ini
Untuk menempuh ramadhan kali ini.
Alhamdulillah..
Sayu..ramadhan kali ini
Disambut dengan ketiadaan ayah di sisi
Ayah..doa anakmu sentiasa mengiringimu
Semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan para syuhada'.

Buat emak..
Doa anakmu ini juga senantiasa mengiringimu
Semoga dikurniakan oleh Allah
Kesihatan tubuh badan
Untuk beramal ibadah kepada-Nya.

Buat suami yang tercinta..
Tiada kata seindah bahasa
Yang mampu kuluahkan dengan kata-kata..
Aku juga bersyukur..
Kehadiranmu di sisi penuh bermakna
Terima kasih di atas segala-galanya
Ramadhan bersamamu
Melengkapi kekurangan diriku
Semoga amal ibadah kita diberkati dan diterima oleh-Nya.

Terasa terlalu pantas masa berlalu
Tirai ramadhan kian berlabuh
Sedih..kerana terasa diri ini masih belum cukup sempurna
Masih banyak lagi ruang kosong yang masih belum di isi
Masihkah aku berpeluang?
bertemu denganmu lagi..ramadhan
Kerana..disaat malaikat maut menjelma
Maka terputuslah segala amalan-amalan anak adam di dunia..

Wednesday, August 25, 2010

Tangisan Bilal bin Rabah

Seusai aku bersolat subuh di Masjid Jamek,Paka..adalah seorang ustaz..aku lupa nama apa..telah mengadakan kuliah subuh. Kuliah ini mengambil masa lebih kurang dalam 30minit. Ustaz tu cakap tak boleh buat kuliah panjang2 sbb takut nanti para jemaah yg mengikuti kuliah itu xsempat utk pergi ke tempat kerja.

Tajuk kuliah pagi itu adalah berkaitan dengan AZAN. Panjang lebar ustaz tu bg kuliah cuma hanya sebahagian sahaja yang aku ingin kongsikan di dalam blog ini iaitu mengenai Bilal bin Rabah.

Sebagaimana yg telah kita tahu dan maklum..asal Bilal bin Rabah ni adalah seorang hamba sahaya kepada tuannya yg bernama Umayyah. Setelah Bilal memeluk agama Islam dan diketahui oleh Umayyah, tuannya telah menyiksa Bilal. Antara penyiksaan yg dilakukan ke atas Bilal bin Rabah ialah Bilal diletakkan dalam keadaan tanpa seurat benang pun di atas bara api. Mereka membawanya keluar pada siang hari ke padang pasir dan m'campakkannya di atas pasir2 yg panas dalam keadaan yg tidak berbaju. Kemudian mereka membawa batu yg tlh dipanaskan dan meletakkan batu itu di atas tubuh dan dada Bilal. Penyiksaan demi penyiksaan yg mereka telah lakukan terhadap Bilal bin Rabah..namun Bilal ttp tegar dan tetap utuh keimanannya terhadap Allah.

Bayangkanlah..betapa siksanya bilal masa tu kan? mampukah kita utk menjadi sehebat Bilal bin Rabah dalam menegakkan agama islam?

Sebagaimana yg kita ketahui juga, Bilal bin Rabah merupakan pilihan Rasulullah s.a.w yg pertama yg menjadi mu'adzin solat selepas Abu Bakar As-Siddiq membeli Bilal drpd tuannya Umayyah. ketika Rasulullah s.a.w sampai ke Madinah, baginda menyuruh Bilal menjadi mu'adzin solat. Maka Bilal pun melantunkan suaranya yang menyejukkan dan mengembirakan, yang memenuhi hati dengan iman, dan pendengaran dengan keindahan.

Rasulullah s.a.w menyifatkan Bilal bin Rabah sebagai "Seorang Pria Ahli Syurga". Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w Bilal tidak lagi mengumandangkan azan. Hal ini kerana setiap kali Bilal hendak mengucapkan " Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah" (aku bersaksi bahawa muhammad adalah Rasulullah)- kenangan2 masa lalu menahan dirinya, lalu suaranya tersembunyi di kerongkong nya dan sebagai gantinya..air matanya lah yg meneriakkan kata2nya itu.

Akhir azan yg dikumandangkan oleh Bilal ialah pada saat khalifah Umar al khattab mengunjungi syam. Kaum muslimin meminta khalifah Umar membawa Bilal agar mengumandangkan azan untuk solat mereka. Ketika Bilal mengumandangkan azan...maka menangislah para sahabat yg pernah bersama Rasulullah s.a.w. Mereka menangis seakan-akan mereka tidak pernah menangis sebelumnya.

Ustaz tu pun ada cakap yg Bilal bin Rabah adalah seorang yg mempunyai suara yg lantang dan kuat. Azan yg dikumandangkan oleh Bilal dapat didegari oleh para malaikat. Suara Bilal didengari sampai ke Arash. Setelah kewafatan Bilal..malaikat berkata tiada lagi kedengaran suara azan.

Ketika lawatan Rasulullah s.a.w ke langit..Rasulullah mendengar bunyi derapan tapak kaki.Maka Rasulullah s.a.w pun bertanya kpd malaikat bunyi tapak kaki siapakah itu? jawab malaikat.." itu adalah tapak kaki Bilal bin Rabah".

Betapa tingginya Allah mengangkat martabat seseorang yang bernama Bilal bin Rabah..

Thursday, August 5, 2010

Sharing is Caring

Sayyidatina Aisyah Meminta Penjelasan daripada Rasulullah s.a.w

Pd suatu hari, Rasulullah s.a.w bersabda:

" Barangsiapa dihisab, maka dia akan diseksa."

Mendengar sabda Rasulullah itu, Aisyah bertanya.. " Bukankah Allah s.w.t telah berfirman,
Ertinya: Maka dia akan diperiksa dgn pemeriksaan yg mudah."

Rasulullah s.a.w menjawab:
" Kemudahan itu hanya terjadi semasa amal perbuatan dinampakkan. Tetapi setiap orang yg amal perbuatannya di persoalkan, dia pasti celaka."
(HR.Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Abu Daud)

Pernah Aisyah membaca ayat yg berbunyi:
Ertinya:- "(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dgn bumi yg lain dan (demikian pula) langit, dan mereka (manusia) berkumpul (di padang Mahsyar) menghadap Allah Yang Maha Esa, Maha Perkasa."
(Ibrahim:48)

Dalam riwayat lain Aisyah membaca ayat yang berbunyi:
Ertinya:- "...padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan-Nya..."
(Az-Zumar:67)

Aisyah kemudian bertanya kpd Rasulullah, Di manakah para manusia pd waktu itu, wahai Rasulullah?"

"Di atas Sirath," jawab baginda.
(HR. Muslim, Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah & darimi)

Pada kesempatan lain, Aisyah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda bahawa manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang. Mendengar hal itu, dia bertanya kpd baginda, "Tidakkah para lelaki dan perempuan akan saling memandang antara satu sama lain?"

" Mereka tidak sempat memikirkan hal itu pada hari tersebut," jawab rasulullah s.a.w.

Dalam riwayat lain, jawapan Rasulullah s.a.w itu berbunyi:

" Wahai Aisyah. Begitu dahsyat perkara yang mereka hadapi sehingga mereka tidak akan sempat saling memandang diantara satu sama lain."
(HR. Muslim)

Aisyah juga pernah bertanya kpd Rasulullah s.a.w
" Apakah seorang lelaki akan mengingat kekasihnya pada hari kiamat?"

Rasulullah s.a.w menjawab:
" Tidak dalam tiga kesempatan, wahai Aisyah. Tidak semasa amal perbuatan ditimbang hingga ditentukan mana yang lebih berat dan yang mana yang lebih ringan. Tidak saat cacatan amal perbuatan itu diberikan ke tangan kanan atau ke tangan kiri. Tidak saat sebahagian api neraka naik melumat dan menyelimuti manusia lalu berkata, 'Aku diperintahkan utk membakar 3 jenis manusia.' "

bersambung....

Friday, July 30, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan


Dessert: Yam Special
BBQ Chicken

Belacan Thai Fried Rice

Pineapple Thai Fried Rice



Aku dan Johnny's Restaurant

Kali ni hubby bawak aku dan anak-anak bersantap di Restoran Johnny. Ini adalah kali ke-2 aku makan kat restoran ni. Hmmm...makanan boleh tahan, service pun bagus, harga pun boleh tahan juga..anak-anak pun happy.

Wednesday, July 28, 2010

Ibnu Sina

Betapa hebatnya para ilmuan islam terdahulu..

KEPAKARAN IBNU SINA DLM BIDANG KEDOKTORAN

  1. Ibnu Sina merupakan slh seorg doktor terkemuka pd abad pertengahan. Beliau sibuk menyembuhkan org dan berusaha mendalami ilmu kedoktoran sejak masih muda. Ibnu sina juga tlh menulis b'bagai tulisan, buku, ataupun merangka bbrp bait syair dlm pelbagai bahasan ttg ilmu kedoktoran.
  2. Bahkan hasil2 karya tersebut ttp m,jd pedoman utama bg para doktor muda hampir seluruh universiti terkemuka di Eropah, kira2 lbh kurang 7 abad lamanya.
  3. Dia juga terkenal sebagai seorang pencetus utama dlm pelbagai penemuan ilmu kedoktoran dan merupakan doktor pertama yg berbicara tentang tumor otak.
  4. Beliau juga termasuk doktor yg sgt mendalami penyakit perut dan usus, lbh khususnya lg ttg luka di perut.
  5. Di samping itu, beliau juga sgt memberi perhatian t'hadap p'nyakit kolera. Bahkan belia sndr mengidap penyakit tersebut hingga m'jd asbab musabab yg m'hantarnya pd pintu kematian.
  6. Ibnu Sina b'pndpt bahawa gejala2 penyakit perut dan usus disbbkan oleh 2 hal utama :-

1)Psiko (mental)

2) Fizikal (anggota tubuh)

Dengan itu, Ibnu Sina merupakan org pertama yg menyedari tahap situasi kejiwaan seseorang dpt menimbulkan bbrp penyakit tertentu pd anggota luar tubuh.

7. Selain itu, Ibnu Sina juga pernah berbicara ttg operasi kanser. Beliau berpendapat bahawa kanser yg tumbuh pada anggota luar tubuh dpt dihalang jika kelenjar yg tumbuh dr kecil segera dibuang melalui operasi pembedahan.

8. Ibnu Sina juga tlh memberikan rahsia penyembuhan terhadap diabetes yg sehingga kini masih diguna pakai oleh pengamal perubatan.

9. Beliau juga menyebut beberapa langkah pencegahan klinikal utk mencegah terjadinya radang kandung kemih dan radang selaput otak.

Hebatnya ilmu dan pandangan yg dilontarkan oleh Ibnu Sina hampir tidak jauh beza dgn apa yg disarankan oleh ilmu kedoktoran moden pd zaman sekarang.

10. Ibnu Sina termasuk doktor yg pertama yg memberikan penyembuhan dgn cara menyuntikkan ubat cairan dibawah permukaan kulit.

11. Beliau juga merupakan doktor yg pertama m,gunakan ubat bius ketika melakukan operasi pembedahan.

12. Disamping itu, Ibnu Sina merupakan doktor pertama yg mengenal pasti aliran darah bayi dlm kandungan melalui bunyi detakan hati ke jantung bayi tersebut dgn sangat cermat.

sumber dari:12 tokoh pengubah dunia(Khalid Haddad)

Bacalah wahai teman...

ketahuilah, betapa hebatnya orang-orang islam..

jangan sekali-kali memandang rendah tentang kebolehan orang islam.

Tuesday, July 27, 2010

Evening Primrose Oil (EPO)


Evening Primrose Oil merupakan punca khasiat semula jadi yang terkaya (selain drpd susu ibu) bagi Asid Gamma Linoleik (GLA) prekursor kpd prostagladin. Setiap sel dan organ di dalam tubuh manusia bergantung kepada prostaglandin yang diperlukan oleh tubuh 24jam sehari. Di England ia telah diberikan kepada wanita sejak 30 tahunyg lalu oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan.

KEBAIKKAN EVENING PRIMROSE OIL

-Dapat membantu menurunkan tekanan darah, kolestrol, dan berat badan.

-Melancarkan peredaran haid

-Menstabilkan ketakseimbangan hormon dan membaiki kulit wajah.

-Meningkatkan kesihatan kulit dan menolong mengawal keradangan.

EVENING PRIMROSE OIL juga :

  • Melegakan simptom pra haid
  • Melegakan sklerosis
  • Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri
  • Mengurangkan radang sendi otot
  • Menguatkan sistem imun.

Saturday, July 24, 2010

Dengar Kata Hati


Novel seterusnya..tunggu turn untuk di baca...Dah ada novel ni..cuma tak berpeluang untuk bersekang mata membacanya lagi...tak sabar rasanya nak tau kisah disebalik cover Dengar Kata Hati..

Kau Selalu Ada


Indahmu persis kerlipan bintang
melatari pekat malam....

Title n3 kali ini adalah dr sebuah novel terbitan Alaf 21. Actually..aku baru aje hbs baca novel ni. Dari segi jalan crite best jugak la..So kepada pencinta2 novel terutama novel terbitan Alaf 21..dapatkan novel ini sekarang!!!...hehehehe..siap promote lagi tuh.. *peace*.

Ok..aku crite siket tentang novel ni eh..

Kau selalu ada ni mengisahkan tentang 3 orang sahabat..Malihah,Syahindah dan Nurnisa. Mereka bertiga ni adalah sahabat susah senang bersama. Persahabatan mereka bermula sejak dibangku sekolah tinggi lagi sehingga ke alam universiti..ke alam pekerjaan dan ke alam rumahtangga. Pendek kata mereka bertiga adalah sahabat dunia akhirat la..

Mereka bertiga sering mencuri perhatian Qayyim lewat karenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandung Qayyim, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim.

Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yang mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin. Mereka jelik dengan sikap manja syiqin. Lantas Indah dan Nisa cuba utk mengalihkan cinta Qayyim terhadap syiqin.

Akhirnya..perbuatan mereka berdua telah memakan diri kerana Indah dan Nisa telah jatuh hati kepada Qayyim. Dan Qayyim juga menyedari yg dia juga telah tertarik kpd kedua-dua sahabat adiknya yg telah pun dia anggap sebagai adik sendiri.Antara Indah dan Nisa..mana Satu menjadi pilihan hati Qayyim???

Nak tahu penyudah crite ni..kena belilah buku ni..hehehhe..Apapun..best..sbb kisah persahabatan dia orang ssh kita nak cari sekarang. sebab kawan ketawa ramai..kawan menangis sukar untuk di cari.

Rhythm of My Heart

Kadang-kala...
Kita terlupa dengan apa yang kita ada
Kadang-kala..
Kita terleka dengan nikmat dunia
Kadang-kala...
Kita lupa siapa sebenarnya kita
Sedarlah..
Segala yang ada dalam hidup kita
Semuanya Adalah milik yang Esa
Kita hanyalah hamba-Nya yang berlumur dosa
Ya Allah..Ya Rabbi..
Tunjukkanlah jalan lurusmu
Untuk menggapai syurgamu
Terangilah aku untuk setiap langkah hidupku
Kerana ku tahu
Hanya kau Tuhan ku..

Tuesday, July 13, 2010

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Jajahan Tumpat, Kelantan.

09072010
Friday

Beginilah aku dgn keluarga aku pd hujung minggu..seperti biasa, hanya kebanyakkan hari jumaat sahaja yg suamiku dpt bawak kami sekeluarga pergi bersiar-siar smbil 'mkn angin' hehehe..

Hari ini kami sekeluarga pergi ke negeri kelantan. Terlampau banyak kenangan suka duka antara aku dan suami kt negeri cik Siti Wan Kembang ini.Bila berada di negeri ini, terimbau kembali kenangan2 suatu ketika dulu. Di sini, banyak mengajar kami erti kehidupan yg sebenar..susah senang dihadapi bersama tanpa banyak mengeluh dan merintih. Redha dengan segala ujian yg Allah berikan kepada kami.Alhamdulillah...akhirnya kami menjadi "seseorang". Berdikari di atas kaki sendiri tanpa mendapatkan sebarang bantuan dari org lain.







* Gambar kt atas ni aku rakam ketika berada di Tumpat, Kelantan.

Monday, July 12, 2010

Alice In Wonderland

12.54am tepat

Mlm ni aku rasa malas sgt nk layan FB dgn DM. Tak tau kenapa, lately aku sering diserang sakit kepala..berdenyut2. Rasa cam nak hantuk aje kepala aku kt dinding..dh try mkn pain killer but still got that pain. Aaaaaarghh...tension nyer...dahla kena selsema..cara aku bernafas pun dh tak betul jadinya. Sekejap melalui mulut..sekejap dgn hidung..bilalah nk baik ni..??

Dalam keadaan yg x brp sihat ni pun, aku still lg ada hati utk update blog ni sambil layan citer 'Alice In Wonderland'. Hurmmm...hb aku dh lama dh menerokai alam mimpi..tp..aku masih lg stay kt dpn tv ni. Apa darr baguih punya isteri hehehe..nk layan citer ni dulu arr..

mcm best je bila aku baca sinopsis citer ni..crite yg ber'genre' Fantasy..i luv it..berkisarkan ttg kisah pengembaraan seorang gadis yg bernama Alice bermula semasa dia menghadiri sebuah parti..kemudian ternmpk seekor arnab yg memakai west kot sama mcm kt dlm mimpi dia..dia mengekori arnab tersebut menghampiri sebatang pokok... sampai la dia terjatuh ke dlm sebuah lubang. Maka bermulalah perjalanan Alice berjumpa dgn makhluk2 aneh yg sedang menunggu dia utk menyelamatkan that kingdom from Permaisuri merah..

Lbh kurang mcm tu la kot sinopsis citer tu yg tlh aku translatekan mengikut pemahaman aku..wakaka..kalau korang xphm jugak..jom la tgk citer nim..okla buat aku yg sentiasa meminati genre fantasy ni..thehehehe..

Monday, July 5, 2010

My Diary

5/7/2010

Today is the 1st day i started fasting in this year(pose ganti)..very tired but i'm happy. These days most of the time i spent reading the novel....at the start my head throbbing and i felt dizzy..maybe sbb dah lama tak pose kot..xde mood untuk buka FB..thats why la sepi aje kt FB aku hr ni..huhuhu..

4.30pm- return home to prepare food for breaking fast...dgn anak2 sambil layan citer kt tv..counting the time..lambat betul rasanya masa berlalu. Itulah...diri ini xpernah belajar untuk menjadi seorang yang penyabar..

7.30pm- Finally,masa yg ditunggu pun tiba..apalagi melantaklah aku with my kids n hubby.. :)

8.15pm- pergi ke surau Pinang merah dgn suami untuk mengikuti kuliah agama bersama Ustaz azhar Idrus.

These are my activities on this day..skrg dh kul 4:11 am..dh ngantuk..jap agi nak pergi sahur lps tu tidorrr..

Wednesday, May 26, 2010

I'm Proud of U..My Daughter


Inginku kongsikan kegembiraan ini..inginku kongsikan perasaan ini..kepada semua yg sudi membaca blog ku ini. Hari ini betapa gembiranya rasa hati ku apabila mendapat tahu daripada teachernya yang Sara mendapat markah yang paling tinggi dalam kelas..96/100..subjek sains..Alhamdulillah..
Apa yg ingin ku kongsikan di sini adalah..betapa gembiranya hati seorang ibu apabila mendegar khabaran berita tentang kejayaan anaknya..kini..baru aku mengerti, apa yang ibuku rasa selama ini..bukan ibu ku sahaja..bahkan semua wanita yang bergelar IBU..
Buat semua kawan2..buatlah sesuatu yang boleh membuatkan ibumu berasa bangga dengan kamu..sesungguhnya kebanggaan kamu itu membuahkan bibit2 bahagia di hati mereka.
Buat Sara,
Mami tahu kamu sedang membesar.
walaupun pada usia seusia mu ini..
kamu masih belum mengerti sepenuhnya..
apa yang berlaku di sekelilingmu..nak..
namun..mami sentiasa akan mendoakan..agar kejayaan sentiasa mengiringimu..Amin.