Monday, November 16, 2009

Apakah Hukum Memakan Ketam Nipah???

Ada beberapa pendapat mengatakan makruh atau haram memakan ketam nipah. Ini kerana ketam nipah hidup di antara dua alam.

Hakikatnya...Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan..
1- TAKRIF HALAL
a) Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b) Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
c) Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak; dan
d) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
2- SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN HALAL
Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
2.1 HAIWAN
Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
a) Haiwan darat
b) Haiwan air
2.1.1 HAIWAN DARAT
Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:
a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak
b) Babi
c) Anjing
d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.
e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya.
f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya.
g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk
h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya
.i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya dan seumpamanya.
2.1.2 HAIWAN AIR
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.
2.2 TUMBUH-TUMBUHAN
Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia

1 comment:

  1. alhamdullilah,baru tau ketam ni tergolong dlm geng udang dan kerang.tima kasih berkonsi ilmu

    ReplyDelete