Tuesday, April 26, 2011

KITA TAKKAN PERNAH TAHU...


(Rindu sangat suasana sawah padi kat belakang umah)


Tiada siapa mengetahui apa yang telah ditakdirkan untuk kita. Takdir TUHAN sentiasa melakari kehidupan kita sebagai hambanya.


Siapa sangka disebalik wajah yang tenang,
Tersembunyi sebuah cerita duka.
Disebalik sepasang mata yang sentiasa bersinar dan penuh pengertian itu,
Rupanya menderita dalam diam.
Sendirian.


Namun, rahsia ALLAH, tiada siapa yang tahu.
Janji DIA pada kita memang kita takkan pernah tahu.
Disebalik kesedihan ini,
Pasti akan ada keindahan di penghujungnya.


.

Wednesday, April 20, 2011

HIDUP SEKALI, MANFAAT SELAMANYA.

Menikmati kehijauan & keindahan bumi TUHAN.



Hari ini...
Sekeping hati ini
Tenang
Aman dan nyaman..
Tiada kata-kata yang dapat aku gambarkan
Ya Allah! kekalkan lah rasa ini untuk diri aku
sesungguhnya teramat sukar untukku menikmati detik waktu ini.
Janganlah KAU bawa pergi rasa ini
Kerana aku terlalu rindukan nya.
Akan aku hargainya
Dengan setiap nafas yang terhembus dari ruang rongga
Leka aku dengan kurniaan Mu

Bila suatu saat nanti rasa ini pergi dariku
Aku percaya itu adalah kesalahanku
Kerana aku tidak mampu menjadi yang terbaik untuk MU
Cuma hanya satu aku pinta
Andai saat dan waktu itu benar-benar terjadi
Kau bawalah aku kembali ke jalan MU
Berikanlah aku Nur dan Hidayah MU
Agar aku tidak tersesat jauh
Agar aku tergolong di bawah payung rahmat MU

Kerana...
Engkaulah yang memiliki semua yang ada padaku
Yang memiliki hati dan jiwaku
Ya Rabbul Alamin!!

AMIN.


P/s: Hendak bermadah, aku bukanlah sasterawan negara. Apa yg tertulis adalah apa yg 'ter'singgah kat dlm hati ini shj. Harap maklum :P

Tuesday, April 19, 2011

INNOCENT~



Aku gelak melihat telatah anak-anak aku. Mujurlah ada mereka dalam hidup aku. Kehadiran mereka membuatkan hati ini semakin tabah untuk meniti hari-hari yang mendatang. Semuanya demi anak-anak.  Semalam pun aku gelak lagi. Korang nak tau kenapa aku gelak???  HAHAHAHA...
Meh sini..datang dekat.. duduk rapat-rapat..

Biasanya, setiap kali masuk waktu solat aku akan suruh Sara ambik air sembahyang, pakai baju solat. Turut bersolat bersama dengan aku walaupun dia masih tidak fasih bacaan dalam solat. Al-fatihah, bacaan dlm ruku' dan sujud semua dia dah ingat. Cuma yang lain2 tuh belum lagi. Tak mengapalah. At least, dia tahu macam mana cara bersolat kan?

Semalam dia tanya aku,

" Mummy, asal hari ni mummy tak solat? Papa sorang aje yg solat kakak tengok. Kakak tunggu jugak mummy ambik air sembahyang, tapi...mummy tak ambik pun. Kenapa??

" Urmmm...( tgh pikir nak bagi jawapan apa kat si mulut pot pet neh) zuppppp!! terlintas dgn jawapan neh. sebenarnya, hari neh hari A.B.C mummy."

" Hari A.B.C tu apa mummy??"

" Hari 'Allah Bagi Cuti'!." ( sengih)

" HAHAHAHHAHA...nakal nguh mummy neh.Macam kakak belajar kat school aje..ABC sampai Z. Mummy pun ada jugop."

(Aiii...dia boleh gelak kat kita bila kita ckp mcm tu kat dia. Agak-agaknya apa yang dia pikir dekat kepala otak dia bila aku cakap macam tuh?)

Budak-budak...INNOCENT. Alangkah bagusnya dapat jadi kanak-kanak balik.tak payah nak pikir apa2. Makan. Tidur. main. *sigh*

SEGALANYA DIPERMUDAHKAN OLEH - MU

Alhamdulillah..dengan izin MU YA ALLAH!! 


Pengganti kepada Si Timah

Entry ini adalah sambungan daripada SINI. Maaf sebab buat korang lama menunggu. *Peace*



Semalam..
Public bank call, cakap.. esok boleh datang ke sana untuk sign agreement for hire purchase.
Terkesima....


Loan Approved!!!!!
YEAHHHHH....

Hari ini...
Baru balik dari sana.
lenguh tangan aku duk sains hampir 50 signature aku turunkan.
Dulu,masa kereta estima takde la pulak banyak macam neh kena sign.
urm! tak kisah lah. Janji loan approved.
Finally, dah selesai satu perkara.

Akhirnya, apa yang hubby hajatkan dah tercapai.
Dulu dia selalu cakap nak pakai kereta ni sebelum dia berumur 31 tahun.
Allah telah makbulkan hajatnya. Amin!!!
Syukur Ya Allah. Sesungguhnya kau Maha Mendengar.
Terima kasih di atas rezeki MU yang telah kau berikan kepada kami sekeluarga.


ALHAMDULILLAH...


P/S: Trima kasih kepada smua kwn2 FB, MEOG  yg tlh byk membantu kami dlm pemilihan warna. Trima kasih byk2 coz it very difficult to make a crucial decision. Fuhhhh!!! 
sib baek ada uols..

Saturday, April 16, 2011

KAU LAKSANA BULAN


Korang semua pernah tengok tak drama ni? 
Drama adaptasi novel penulisan daripada Aina Emir.Seorang penulis novel kegemaran aku. Novel-novel keluaran beliau semuanya ada dalam simpanan aku.

Suka sangat tengok drama neh, sebab babak-babak kat dalam drama ini buat aku tersenyum sendirian.
Dan suka jugak tengok watak zulhuzaimi sebagai Firas Ali kat dalam cerita neh. Best!! Zul is talented actor...like Rosyam Nor.

Korang semua..jom ar tengok sama drama neh. :)
....
JOM!!!
.
.
LAYANNNNNN!!!!




Thursday, April 14, 2011

HATI BERGETAR RINDU

Sunset at Pantai Mangkuk, Setiu.




Warnamu begitu indah dikala senja
Gusar di hati lenyap...
Diketika aku menatap bahasa mu
Menunjukkkan sebuah keindahan Sang Pencipta Alam.
Arghhhh....aku rindu!!!!!




P/S :- Aku gian nak snap gambo sunset sbnrnya...kamera dh xdo..cmner????
.
.
.
pinjam yg hubby punyer leh tak???????????....

Wednesday, April 13, 2011

MASA ITU UMPAMA MATA PEDANG!!

Korang tau apa nama bunga neh?? GB..adakah anda tahu?? :P



Kaluttttt!!!!!
Semalam baru balik dari JB.
Pagi..hantar Sara pergi sekolah.
 9am, dah terpacak kat depan Razzaq Pharmacy. Waktu berurus niaga!
10am, aku dengan Umar tergesa-gesa pergi ke Public Bank Dungun untuk buat 'Hire Purchase Loan'.
( tergesa2 tu sebab kul 12pm aku kena berkejar balik ke paka utk ambik sara dari sekolah)
Pegawai bank cakap, ok xde masalah. Maybe next week, dia akan call aku. Just tungguuuuuu!!!!

Lega!!!!
Sebab urusan dengan bank dah selesai.
Lepas ni kena pergi ke TM pulak. 
Bayar bil telefon yang tertunggak.

Ah! akhirnya....
Semuanya selesai.
Cuma terlewat ambik Sara dari sekolah.


JOM!!!
(tetiba aje hahahahaha.....)


AN AD HOC TRIP TO KL & JB

Nite view KLCC from Restoran Nasi Lemak Sultan. Snap kat tengah hujan!!!


Isnin lepas, Sekitar pukul 2.30 pm hubby cakap, " Jom! kuar jalan2, pi makan ke..." Kita orang pun tak fikir banyak, sebab dah terbiasa dengan situasi yang macam tu. Cuma aku sedikit terkilan sebab tak sempat nak menonton Telenovela MARIMAR. Urmmm...sedih sebab dah ketinggalan beberapa episode. Suka tengok Marimar dengan Sergio, sama cantik sama padan. Eeeiii...geram nengok!!  ok. Dah ke laut. Noktah!

Bila kereta dah bergerak menelusuri jalan raya Kerteh-Kemaman-Kuantan, masa ni aku dah buat perkiraan kat dalam hati aku. ' Jauhnya nak pergi makan. Tak pernah-pernah pun ajak aku pi makan jauh-jauh macam ni bila waktu bekerja.' " Gulppp!!!!

Pusing sebelah,tgk hubby kat sebelah tenang aje memandu. Memberi sepenuh tumpuan terhadap pemanduannya. Aku nak kacau pun gerun!! Hehehehehe.. Tapi, terpaksa cuit jugak dia sebab kat dalam hati ni dah timbul rasa was-was.

" Ehem..Ehem..Pa, kita sebenarnya nak pergi makan kat ner?"

" Tengok sejauh mana kita boleh pergi, kat situlah kita p makan." Jawab hubby.

Aku dah rasa tak sedap hati dah ni. Aiii.. biar betul!! Buang tabiat ke apa???? Ni cakap kat dalam hati lerr. Sebab aku kat depan suami tak berani nak cakap. Silap-silap cakap nanti terasa hati pulak. Nanti karang dapat dosa kering free je sebab buat suami terasa. Maka dengan itu, aku diam sajelah. Cuma bercakap apabila menjawab soalan kepada setiap pertanyaan darinya.

Sampai dekat RnR Gambang, hubby kejutkan aku. Dia cakap, " Jom kuar makan2 dan minum."
Aku, dengan mata terkebil-kebil..terpisat-pisat.." Pa, asal jauh sangat pi makan neh?".

" Malam ni kita tido di KL, esok pagi-pagi kita p JB plak."

Hadoiiii!!!  Biar betul????

"Baju semua tak bawak. Pampers anak pun tak bawak. Berus gigi lagi..semua lah! Macam mana ni?"

" Tak pe, nanti semua tuh kita beli aje kat sana." 
Hurmmm....dah dia cakap macam tu, aku apa lagi..ikut aje laaa. Lagi pun dah masuk highway dah kan?

Korang pernah ke p jalan-jalan tapi tak bawak semua kelengkapan diri???
Tak selesa bukan????  :)

Sunday, April 10, 2011

PADA USIA BERAPA PERLU KITA DIDIK ANAK SOLAT?

This is how wardina teach her amna to solat. very inspiring. Harap-harap aku dan kawan-kawan semua dapat manfaat dari perkongsian ini.semoga ilmu ini memberi manfaat dan menjadi amal ibadah yang akan kita persembahkan dihadapan Allah kelak. Insya Allah!




------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?