Wednesday, April 13, 2011

AN AD HOC TRIP TO KL & JB

Nite view KLCC from Restoran Nasi Lemak Sultan. Snap kat tengah hujan!!!


Isnin lepas, Sekitar pukul 2.30 pm hubby cakap, " Jom! kuar jalan2, pi makan ke..." Kita orang pun tak fikir banyak, sebab dah terbiasa dengan situasi yang macam tu. Cuma aku sedikit terkilan sebab tak sempat nak menonton Telenovela MARIMAR. Urmmm...sedih sebab dah ketinggalan beberapa episode. Suka tengok Marimar dengan Sergio, sama cantik sama padan. Eeeiii...geram nengok!!  ok. Dah ke laut. Noktah!

Bila kereta dah bergerak menelusuri jalan raya Kerteh-Kemaman-Kuantan, masa ni aku dah buat perkiraan kat dalam hati aku. ' Jauhnya nak pergi makan. Tak pernah-pernah pun ajak aku pi makan jauh-jauh macam ni bila waktu bekerja.' " Gulppp!!!!

Pusing sebelah,tgk hubby kat sebelah tenang aje memandu. Memberi sepenuh tumpuan terhadap pemanduannya. Aku nak kacau pun gerun!! Hehehehehe.. Tapi, terpaksa cuit jugak dia sebab kat dalam hati ni dah timbul rasa was-was.

" Ehem..Ehem..Pa, kita sebenarnya nak pergi makan kat ner?"

" Tengok sejauh mana kita boleh pergi, kat situlah kita p makan." Jawab hubby.

Aku dah rasa tak sedap hati dah ni. Aiii.. biar betul!! Buang tabiat ke apa???? Ni cakap kat dalam hati lerr. Sebab aku kat depan suami tak berani nak cakap. Silap-silap cakap nanti terasa hati pulak. Nanti karang dapat dosa kering free je sebab buat suami terasa. Maka dengan itu, aku diam sajelah. Cuma bercakap apabila menjawab soalan kepada setiap pertanyaan darinya.

Sampai dekat RnR Gambang, hubby kejutkan aku. Dia cakap, " Jom kuar makan2 dan minum."
Aku, dengan mata terkebil-kebil..terpisat-pisat.." Pa, asal jauh sangat pi makan neh?".

" Malam ni kita tido di KL, esok pagi-pagi kita p JB plak."

Hadoiiii!!!  Biar betul????

"Baju semua tak bawak. Pampers anak pun tak bawak. Berus gigi lagi..semua lah! Macam mana ni?"

" Tak pe, nanti semua tuh kita beli aje kat sana." 
Hurmmm....dah dia cakap macam tu, aku apa lagi..ikut aje laaa. Lagi pun dah masuk highway dah kan?

Korang pernah ke p jalan-jalan tapi tak bawak semua kelengkapan diri???
Tak selesa bukan????  :)

4 comments:

  1. uishhhhh...hehe..ganaz jugak last minute plan pokjak yer...dengan sehelai sepinggang lagi kan...tapi kan zira,sesekali mcm tu mcm best jer..nnti akak nak try suh abg wat mcm tu..hehe..kalo le dia layan...eh,gi jb watper??tetiba akak rindu kat kampung halaman bila zira duk sebut2 JB..huhu...

    ReplyDelete
  2. penah! main gamble je. tetibe dah kelaut. time tu apa lagi, cari la ubat gigi pencuci muka segala kat kedai runcit kampung. heheh~

    ReplyDelete
  3. Shida: hahahhaha...unpredictable tul kan??
    JB tu sbnrnya kg Arwah ayah..hehehhe. dah lama x p sana.jauh sgt nk drive,penattt.hehehehe...

    ReplyDelete
  4. GB: Kalau akak sorang xpe GB.Ini dgn anak2... kesian tgk dia sbb kena pakai seluar yg sama huhuhu~

    ReplyDelete