Friday, February 5, 2010

Engagement Atiqah&Edy
















Tuesday, February 2, 2010

Wedding 01022010












Akhirnya...berakhirlah zaman bujang anak saudaraku Fazrool. Mak Su doakan semoga ikatan ini akan berkekalan sampai akhir hayat.Selamat menjalani kehidupan berkeluarga..semoga dapat menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab dan penyayang..InsyaAllah...

Sunday, January 24, 2010

Folk Art

Saje try and error kat atas kertas buat folk art nih. 1st time try..tak berapa jadik lagi..huhu..
kena cuba banyak kali..sampai tangan ni jadi lagi lembut dan mudah di lentur siket. Sebenarnya, aku belajar buat folk art ni daripada buku kak Nora. Bukan takder guru yang boleh ajarkan..masalahnya kat terengganu ni susah sket nak dapat guru folk art nih..










Yang ni pulak berpandukan buku daripada Encik Zahir.Belum siap lagi..tapi gatal jugak tangan nak post kat dalam blog ni..nanti bila siap aku post lagi hihihi..tak tau la bila nak siap sbb masa free tak menentu serang ni..tapi InsyaAllah..akan ku siap kan ASAP (as soon as possible)





Monday, January 18, 2010

1st Decoupage Project 2010

KEY HOLDER

Jumaat, 15 jan 2010..

Akhirnya sampai jugak aku kat kedai Encik Zahir.Dah lama dah teringin sangat nak pergi kat kedai dia.Dah puas pujuk hubby..lastly pergi jugak..(nak ambil hati kot...huhuhu).To my Hubby,thanks for your support.Aku dapat alamat kedai Encik Zahir ni pun dari salah seorang kawan WMC yang baik hati.Thanks to Irene also..

Apalagi, alang-alang dah sampai kat kedai En.Zahir ni..aku beli la barang-barang untuk buat decoupage dan folkart. Kat bawah ni aku ada letak gambar barang-barang yang aku beli kat kedai beliau..
Kat atas sekali..gambar decoupage hasil daripadaku yang tak seberapa.Almaklumlah...tangan ku ni keras kematu..so hasilnya takdelah begitu memuaskan.


Sunday, January 3, 2010

Umar Hakimi @ Barber

Amacam...?Ada style tak...hehe
Still standing...

Jeling baek punyerrr...


Hensom tuh...tp yang tak bagus..mummy terpaksa pegang kepala..nasib baik tukang gunting tu sporting...huhu...thanks ya Pak Cik Barber...




Tuesday, December 29, 2009

I'm a Smart Reader Kids!!

"Kakak" itulah panggilan yang selalu aku gunakan sebagai ganti diri untuk anak perempuanku Sara Ummaira..03 January 2010 akan bermulalah sesi persekolahan bagi kakak. Pertama kali nak hantar anak pergi 'sekolah' rasa nervous la jugak kan, berat hati pun ada jugak.Maklumlah selama ni anak tak pernah berpisah daripada aku..(mak la pulak yang terlebih nervous..anak suka aje..hehe..)..



Lagipun..Puan Dira, principal Smart Reader Paka ni adalah kawan aku masa belajar DIA AC110 dulu. So takder risau sangat bila kakak belajar kt sana. Everything under control la kan..tapi itulah, tak tahu lagi macam mana dengan penerimaan kakak..Boleh ke? umur kakak pun tak sampai 4 tahun lagi..still lagi pakai pampers dan minum susu botol. Itulah yang merisaukan aku sebenarnya..Harap2 kakak akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru ini.
*****************
Ya Allah..
permudahkanlah bagi anakku
dalam menuntut ilmuMu..
Kurniakanlah kepintaran, kepandaian dan kebijaksanaan
kepadanya (Sara Ummaira)
sebagaimana Nabi Luqman A.S..
Kurniakanlah kefahaman yang tinggi
dan keberkatan dalam setiap apa yang dilakukannya...Amin.

********************

Thursday, December 24, 2009

Wajah Rahsia Hati...


Masa berlalu begitu pantas bagiku..
siang berganti malam
malam berganti siang
hari berganti hari
tahun berganti tahun
sedar tak sedar
argh...usia ku semakin meningkat dewasa..
sejajar dengan peredaran waktu..
terasa diri ini masih banyak kekurangan
yang belum terisi..
masih sedikit pengalaman
yang belum di timba..
masih banyak yang belum dipelajari
segala apa yang ada di bumi ALLAH ini..
sempatkah aku untuk semua itu..?
Hanya DIA yang Maha Mengetahui...