Saturday, July 30, 2011

~ MEHDI LAGA KE RAKHNA~


"Hiasilah di jari mu dengan inai.."
Macam tu la kot maksudnya...   ngeh3~
Dulu, bila kepala serabut dengan study. Pantailah tempat aku selalu kunjungi. Petang2 drive kete lepak di pesisir pantai..alone!




Minggu lepas, Sara Ummaira asyik  merengek manja agar aku memakaikan inai tiub di jarinya. Kawan-kawan dekat sekolah ramai yang pakai inai katanya. Cantik! Sampai hari ini, dia masih lagi duk membangkitkan kisah inai tu di hadapan ku.

Aku masih ingat lagi, masa dulu kalau nak pakai inai kena pergi cari daun inai dulu. Mana-mana rumah yang ada pokok inai akan menjadi mangsa aku dan kawan-kawan yang tengah kemaruk nak pakai inai pada masa itu. Bila nak petik daun-daun inai tu tak boleh petik sembarangan. Kena pilih daun-daun yang agak tua yang ada banyak bintik-bintik hitam kat atas dia.

Lepas tu, kena buang "tulang" daun sebelum digiling sampai lumat. Bukan setakat digiling macam tu sahaja malah digiling bersama sedikit arang, gambir dan nasi. Kalau bahan campurannya tak betul, inainya tak jadi merah...pucat aje.

Dulu, kalau nak pakai inai kena pakai pada waktu malam sebelum tidur. Kalau pakai waktu siang, takut tak jadi merah sebab kena tegur dek ayam. Bila aku dewasa, aku fikir-fikirkan balik..aku tertawa kecil kerana hati dicuit rasa lucu. Tak pasal-pasal ayam dibabitkan dan dipersalahkan kalau inai yang dipakai  tidak menjadi merah. macam-macam la petua orang-orang lama. Entah apa la kisah disebaliknya.

Hari ini, akhirnya hajat Sara Ummaira tercapai jugak. Dari tadi aku lihat senyuman tak lekang dibibirnya. Adiknya Umar Hakimi pun sibuk jugak nak pakaikan inai di jarinya ermmm.. 
Korang suka pakai inai tak???

p/s: Orang-orang lama  mmg banyak petua kan? Aku, orang 'baru' yang tak pernah nak ikut petua orang 'lama'. Isk~
Perlu ke ikut petua-petua orang dulu kala?

Tuesday, July 26, 2011

UNTUK KITA SEMUA,TERUTAMA BAGI DIRIKU YG SELALU TERLUPA..

Rujukan: MASTIKA HADIS RASULULLAH , JILID 2.
Jilid 3 tak sempat beli lagi sbb yg 2 ni pun xhbs baca lagi hehehehe..

Kenapa kita, manusia yang mengaku beragama islam tetapi masih lagi ingin bermusuh-musuhan sesama islam? Sedangkan pengertian ISLAM itu sendiri bermaksud 'Selamat sejahtera. Tunduk, patuh dan berserah bulat-bulat kepada Allah S.W.T.'???....



p/s: mls dh nk tulis memandangkan masa yg agak dengki dgn saya. Maaf kpd rakan2 blogger dan kwn2 yg sudi jd silent reader blog ni. Lately mmg sy sibuk..berhibernasi hehehehe..xdelah. Tp mmg sibuk yg teramat sibuk tp masih sempat ber'FB'.. :)
So.. HAPPY WEDNESDAY!

Friday, July 1, 2011

AKU PERNAH...


Pernahkah kau mendongak ke langit, melihat burung-burung yang bebas berterbangan di udara dan lantas kau menjerit keghairahan, meminta ia membawamu terbang bersamanya?

AKU PERNAH.

Pernahkah kau berlari-lari di titian batas, di kiri kanan dikelilingi rimbunan padi yang menguning subur. Daun padi yang meliuk lintuk melambai dalam kehijauan semilir angin membelai syahdu sehinggakan kamu pernah mengimpikan bahawa kamu akan selamanya menikmati keindahan itu?

AKU PERNAH.

Pernahkah kau menjerit memanggil nama ayahmu di dalam wad ICU setelah doktor mengkhabarkan berita bahawa ayahmu telah dipanggil mengadap ILAHI. Berjuraian air mata mengalir tanpa henti sambil membaca surah yasin di sisi sekujur badannya, disaksikan oleh doktor-doktor dan jururawat. Merasakan yang kamu seolah-olah kehilangan satu tempat bergantung harap,merasakan kamu seolah-olah kepatahan sebelah sayap?

AKU PERNAH.

Pernahkah kau berlari di gigi air sambil mendengar nyanyian ombak yang tidak pernah jemu memukul pantai, lalu kau tersenyum dan mengibaratkan cinta kekasihmu adalah ombak dan hatimu adalah pantainya?

AKU PERNAH.

Tapi itu semua telah berlalu..
Itu semua kisah dahulu..
itu semua sebahagian dari kisah hidupku.
Sekali dalam seumur hidupku.
Walaupun aku dipaksa untuk melupakan semuanya..
Aku pasti tidak akan dapat menyingkirkan kenangan itu dari lipatan memoriku.
Aku hargai detik itu walaupun ada masanya pedih menghiris kalbu..
Ada masanya aku seolah-olah terbang ke langit
Sesungguhnya kenangan itu tidak ternilai bagiku..
Sentimental value..


Belajarlah menghargai setiap apa yang pernah berlaku dalam hidup kita. Kerana kita mungkin tidak akan merasainya untuk yang ke dua kali..