Monday, January 31, 2011

Bila Hatiku Berbicara

Hati...
Bicara mengenai hati kadang-kadang buat aku jadi resah, gelisah.
Ada getaran halus yang menyelinap, mengisi di ruang kosong hatiku
Ah! terlalu sukar untuk aku menafsirkannya
Apakah maksud ini semua?
Tolonglah, jangan biarkan aku tersilap menilai hatiku sendiri
Setiap saat, setiap detik yang berlalu
Semakin sukar untukku tangkis ia pergi jauh
Rindu, jangan biarkan hati merindu
Kerana aku masih lagi ada tanggungjawab yang perlu aku laksanakan
Ada bebanan yang harus aku pikul


Hati...
kenapa kau tidak mahu mengerti
usah lagi berbicara hal itu dengan ku!
Kerana, setiap kali ia dibicarakan
betapa sakitnya hati ini
bagaikan disayat-sayat kulitnya, pedih!
Kerana aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan
untuk memuaskan hati semua orang..
Hatta hati aku sendiri.


Hati..
Tolong.. fahamilah aku.
Betapa sukarnya untuk melepaskan rasa ini pergi
kerap kali ia mendatangi diriku
Dan setiap kali itulah aku hanyut terbuai indah
dalam lautan yang tak bertepian.
Tolonglah dayungi aku ke daratan
agar aku tidak terlupa akan siapa sebenarnya aku.


Hati..
Tolong ingatkan aku pada yang SATU..
Berikan aku sedikit kekuatanmu
Agar aku tidak tergelincir dari rasa yang menjerut hati.
Kirimkan aku hembusan rindumu
Agar dapat aku lampiaskan dengan sedikit rindu hatiku.

Aku kena kelentong!!!

Ya Allah! Aku kena kelentong dengan suami.

Apa neh?? Kena kelentong mentah-mentah lagi. Kot ye pun kalau nak kelentong aku neh, see the leg lah kawan. Adoi lerrrr. Dia hengat aku neh haper? Bagilah reason yang bagus siket. Ini tidak, atas darat kering dia bagi.

Hari ni aku dengan dia pergi ke dungun untuk setelkan semua bil-bil yang tertunggak. Selepas setel semua kerja, kami takde plan nak pergi kemana-mana jadi pandu terus untuk pulang ke paka. Dalam perjalanan pulang, kami melalui jalan pantai. Kemudian aku terpandanglah kat tepi jalan yang berhampiran dengan taman permainan kanak-kanak tu ada orang menjual air tebu. Teringinlah pulak aku nak minum air tebu lalu aku menyuarakan hasrat yang terbuku dihati aku ni kat dia.

" Pa, dah lama saya tak minum air tebu. Boleh tak tolong berhenti dekat pakcik tu sekejap. Sekejap aje." Eceh, dengan penuh lemah gemalai aku suarakan kehendak hati aku ini dengan harapan dia cair mendengar permintaan aku neh lalu tunaikan permintaan aku yang tidak seberapa tuh..hehehehe

" Oh, pakcik tuh bukan jual air tebu mi, tapi jual air pisang." dengan pantas dia menjawab. Selamba badak aje.

"urm".. terkedu sekejap aku. Air pisang??? mana ada air pisang lak. Dah terpampan kat situ tulis ' AIR TEBU'. Satu lagi tak pernah-pernah aku dengar orang jual air pisang. Buang tebiat ke apa suami aku neh. Dia ni biar betul!! Ni cakap senyap-senyap kat dalam hati aje. Bukan tak berani nak suarakan, cuma tunggu masa aje.

Aku toleh sekali lagi kat pakcik jual air tuh. Barulah aku perasan ada dalam 2-3 sikat pisang berangan kat atas gerai dia. Aku pun haper lagi. "ooo..papa pandai eee. kalau taknak berhenti tu cakap aje la. Tak payahlah bagi reason pakcik jual air pisang. Langsung mami kena tipu. Huh! takpe, takpe. Ada lori ada bas."

Bila aku pandang muka dia aje, dia buat senyum-senyum kambing pulak dekat aku. Tidak dapat tidak, aku pun turut tergelak sama mengenangkan kebodohan diri sendiri. Apa kes!!
Hahahahha...tipah tertipu lagi. Nasib badan..

Sunday, January 30, 2011

For The rest of My Life

...For the rest of my life
i'll be with you
i'll stay by your side
honest and true
till the end of my time
i'll be loving you..loving you
i know that deep in my heart
i feel so blessed when i
think of you
and i ask ALLAH to bless all we do
you're my hubby, my friend
and my strength
and i pray we're together
in JANNAH...
Maher, thanks for this song. Feel like this song was created for us.Really love to hear this song.

Monday, January 24, 2011

Susahnya..nak bagi orang paham

Uishh..minda aku terasa letih yang amat. Letih kerana sibuk memikirkan bagaimana cara nak menyalurkan semangat yang positif dekat staff-staff RazzaQ Pharmacy. Sebab, aku sendiri pun tak tahulah macam mana nak cakap samada aku dan suami sahaja yang mungkin mengalami masalah yang sebegini atau orang lain pun mungkin mengalami masalah yang sama? Very difficult to get an employee who is aware of its responsibilities as an employee. *sigh* and *sigh* again.

Hard to say, sometimes the workers are not to be transparent with the employer. They always present themselves as if they were hard workers. Tetapi bila majikan takde, mereka bersorak gembira kerana mereka akan berpeluang untuk duduk goyang kaki sahaja. They seem to come to work as a condition untuk dapatkan gaji pada setiap hujung bulan. Langsung takde perasaan bersalah. Seolah-olah makan gaji buta. Tak boleh ke mereka semua bagi sumbangan yang setimpal kepada majikan?

Tahukah mereka yang kerja ini merupakan satu ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak. Janganlah pula menganggap kerja ini sebagai satu bebanan yang berat untuk dipikul semata-mata hanya untuk mendapatkan upah atau hasil. Disebabkan itu mereka sentiasa bersikap sambil lewa, tidak beretika dan tiada kualiti.

Memang ada kebenaran pada kata pepatah melayu " Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya." Bila dah besar panjang kalau ditegur cepat aje mereka melenting, melatah. Apa salahnya, sekiranya mereka mengambil teguran itu sebagai satu sudut pemikiran yang positif. Cuba perbaiki kelemahan yang ada pada diri kita. Cuba meningkatkan kualiti yang telah sedia ada kat dalam diri kita. Ini tidak, apa yang ditegur seolah-olah mencurahkan air ke daun keladi. Bagai pahat dengan tukul, sekali diketuk sekali bergerak. Sekali kita tegur, buatlah dalam masa dua tiga hari. Selepas tu dah berbalik kepada perangai asal. Memang susahlah nak memotivasikan pekerja ni kalau diri sendiri yang takde sikap tersebut.

Pepagi lagi dah start brainwash bebudak ni. Kadang-kadang stress jugak dengan kerenah mereka. Harap-harap lepas ni tak berulang lagi perkara yang sama. Dan harap-harap jugak selepas ni tak kedengaran lagi aduan daripada pelanggan-pelanggan tetap kami tentang perangai pekerja kami. Harap harap... urmm,betapa tingginya harapan kami dekat korang semua..kalau korang nak tahu. So, please!!

Sunday, January 23, 2011

Aku Dan Restoran Tempayan

Lokasi Tempayan Restaurant neh terletak di dalam Rumbia Resort,Paka. Alah, sebelah umah aku je. Tapi memang best duk melepak dan menjamu di sini sebab takde banyak gangguan. Suasananya tenang dan aman sahaja. Dikelilingi oleh rimbunan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Sejuk mata memandang. Besttt!!
Kat sini juga ada horse riding. Sambil-sambil makan tu boleh la tunggang kuda plak.


Makanan kat sini pun best. Harga pun kira berpatutan la.
Jom la datang lepak sini ramai-ramai. Hehehehe... tolong buat promosi siket. Bukan apa restoran ni baru aje lagi buka. Ala-ala kopitiam gitu. Owner dia pun baik dengan aku. Jadi, aku neh kira tolong promote untuk dia la.. :)




Saturday, January 22, 2011

Que Sera Sera

Alhamdulillah, syukur aku yang tidak terhingga ke Hadrat Ilahi diatas kurniaan NYA. Baru berkesempatan untuk aku meng'update blog tentang outlet baru RazzaQ Pharmacy yang hampir 5 bulan beroperasi di premis baru. Setelah diberikan 'wajah baru' oleh suami dan juga aku akhirnya, jadilah seperti yang kami angan-angankan selama ini. Alhamdulillah! menjadi kebanggaan kami kerana di sinilah tempat kami mencari rezeki demi sesuap nasi. AMIN!

Siapa cakap bahawa orang yang suka berangan itu,adalah orang yang suka membuang masa? Bermula dengan angan-anganlah kami memasang niat untuk merperkembangkan perniagaan kami agar setanding dengan peniaga-peniaga bukan bumiputera. Apa yang kita ketahui pada masa ini, dunia perniagaan yang berjaya biasanya diceburi oleh orang cina. Sebagai contoh guardian dan watson. Jadi bermula dengan angan-anganlah kemudian disusuli dengan usaha dan tawakal kepada Allah, akhirnya ilusi menjadi realiti.

Ada sesetengah kelompok manusia menganggap hidup ini sebagai QUE SERA SERA, what will be,will be. Hanya memasang angan-angan kosong tanpa berusaha ke arah yang mereka inginkan. Implikasi dari pemikiran yang sedemikianlah orang kita hanya hidup tanpa quality yang bagus. Hendak jadi apa pun jadilah. Berbalik kepada falsafah Za'ba, " Perangai kita bergantung kepada diri kita sendiri." Seperti juga kata pepatah arab, Man Jadda Wajada yang bermaksud bagi sesiapa yang rajin berusaha, dia akan berjaya.
Usaha tangga kejayaan. so, CHAIYOKKK!!!
Ini adalah ruang untuk kami sekeluarga melepaskan penat lelah. 'Office ku rumah ku' la katakan...hehehehhe..

Ini juga merupakan ruang bagi anak-anakku bermain, belajar dan sebagainya.

Wednesday, January 19, 2011

Alahai...Cucu!

SUNGAI PETANI : Seorang warga emas patah tulang rusuk sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas dipukul dan ditendang cucunya sendiri yang naik angin apabila tidak mendapat wang RM100 dimintanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang khamis lalu, Saad Man, 66, didatangi cucu lelakinya berusia 22 tahun di rumahnya di kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda, di sini dan meminta wang RM100
Sumber polis berkata, apabila Saad enggan memenuhi permintaannya, suspek memukul mangsa sebelum keluar dari rumah berkenaan...


Membaca keratan akhbar hari ini, yang mana tajuk terpapar besar di hadapan muka surat depan akhbar metro " Datuk Mati Diterajang kerana RM100, CUCU SETAN" membuatkan hati aku jadi tersentuh, sedih, hiba dan marah sesangat. Di mana silapnya? Berita ini membuatku tertanya-tanya dan terfikir sejenak betapa anak-anak remaja sekarang kebanyakannya amat kurang diberi santapan rohani lalu membuatkan jiwa mereka kosong. Mereka langsung tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

Tersentuh: Kerana seorang cucu yang sanggup memukul datuknya sendiri sampai mati apabila hajatnya tidak disampaikan.

Sedih : Sebab cucu tersebut tidak tahu langsung bagaimana untuk menghormati dan menghargai pengorbanan datuknya.

Hiba : Apa nak jadi pada anak-anak muda sekarang yang seolah-olah langsung tidak takut dengan pembalasan dikemudian hari.

Marah : Duhai anak-anak, tolonglah... jadi manusia yang punya perasaan. Janganlah berperangai macam hantu! (ayat marah ni, hantu tu untuk setan).

Kesimpulannya, jadilah seorang anak atau cucu yang mengenang budi, menghormati orang yang lebih tua daripada kita kerana dalam Al-quran ada nyatakan selain ibu bapa yang perlu kita hormati adalah saudara terdekat kita sendiri seperti datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara dan sebagainya. Tolonglah faham akan kesusahan dan penderitaan mereka.

Kisah hikmah

Ketika Rasulullah S.A.W sedang tawaf, Rasulullah S.A.W bertemu seorang anak muda yang bahunya bengkak-bengkak. Selepas selesai tawaf Rasulullah S.A.W bertanya kepada anak muda itu, " Kenapa bahumu itu?"

Jawab anak muda itu, " Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah meninggalkan dia. Saya meletak ibu saya hanya ketika saya buang hajat, ketika solat atau ketika istirahat. Selain itu, saya sentiasa mendukungnya."

Lalu anak muda itu bertanya, " Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?"

Rasulullah S.A.W memeluk anak muda itu sambil mengatakan, " Sungguh Allah reda kepadamu. Kamu anak yang soleh, anak yang berbakti. Tetapi anakku, ketahuilah, cinta orang tuamu tidak akan terbalaskan olehmu."

Renung-renungkan lah wahai kawan...

Tuesday, January 18, 2011

Aku dan Buku

Buku merupakan makanan nombor dua aku. Bagai kata pepatah omputih ' a book is like a garden carried in the pocket'. Kat bawah ni merupakan ' di antara ' (byk lagi buku yang aku tak sempat nak snap.cupp! cupp! bukan tak sempat snap tapi dh malas sebab byk sangat. tak terkira. Berjuta-juta lemon banyak nye! Eceh, wat siot ko pepagi nim ye.) koleksi buku-buku motivasi aku. Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada penulis-penulis buku ini sebab kongsikan segala pengetahuan korang kat dalam buku ini, even though i know you'll also get high profit from selling this book. But its ok for me. like peribahasa ' Bawa canang taruh buat apa ' kan? (maksudnya ; Anda memiliki ilmu, mengapa disimpan. bg mereka yg tdk tahu :P)



Kalau aku ada kekangan masa, akan ku penuhi masa itu dengan aktiviti-aktivi membaca buku-buku ini di samping aku membaca novel. (Aku kan HANTU. Dah namanya hantu novel mana boleh aku tak baca kan?) Walaupun sebenarnya masa lapang aku ciput ciput aje, tapi masih lagi berpeluang mencari sekelumit waktu untuk aku menambahkan pengetahuan aku ini. HAHAHA..masa itu kan emas, emas itu kan masa??? Lagipun, amalan membaca menjadi tuntutan semua. In reading, a lonely quite concert is given to our minds; all our mental faculties will be present in this symphonic exaltation.

Anyway, banyak yang aku dapat belajar dari buku-buku ini. Sebagai contoh buku kat atas merupakan salah satu buku yang aku suka. Menarik! buku ini banyak membantu aku dalam mengenali dunia penulisan kreatif. Thanks to faizal tehrani for the book published by him. Actually, I'm really love bahasa because language is not sold or purchased. ( bahasa tidak boleh dijual atau dibeli) . Is it true? Depending on individual itself, right?




The other is a book that teaches me how many ways to deal with the planned financial. This book also very useful to anyone who does not know the economic plan and for those who want to be rich hahahahha. You have to try to read first.

.:Mengharap Petunjuk dari Mu:.




Dikala aku merindu
Ingin kutulis sejuta syair indah
Untuk ku gambarkan lukisan di hati
Yang sedang kembang mekar mewangi..
Aku terbayang akan manisnya senyumanmu
Seakan hanya aku yang menikmatinya
Namun aku hanya bisa merindu
Membawaku ke alam khayalan yang indah..
Saat perjalanan adalah perasaan
Terbuai oleh hembusan bayu
Menyedarkan aku dari dunia khayalan
Mengejutkan aku dari hakikat realiti baru..
Rindu hanya satu ilusi
Sekadar fantasi jiwa berukir mimpi
Lantas ku sedar dan bangkit sendiri
Lalu kuhadiahkan rindu ini pada Yang Maha Suci..
Ku sujud tunduk memandang MU
Diantara gelapnya hutan tak berlampu
Agar aku dikembalikan rasa itu
Hanya padamu yang SATU.
Pena Kreatif
Azira Mohamad

Saturday, January 15, 2011

.::. Law of Attraction

Ya Allah, kenapalah minggu ini aku merasakan yang diri aku ini sungguh tidak bermotivasi. Betul! sungguh! aku tak tipu.tensionnya aku rasa.betul betul macam orang bodoh. ' Bodoh macam lembu '. Hurm, apa kaitannya bodoh dengan lembu ekk? Ironinya orang masih lagi kaitkan " bodoh macam lembu ". Takde plak orang cakap bodoh macam ayam ke, katak ke, apa-apalah yang seangkatan atau segerombolan dengannya. kan? Dah zira dah, ini dah jauh terpesong ni. (istighfar kat dalam hati). Eceh!

Nak update entry ini pun aku rasa macam malas malas dan malas. Penyakit ni dah mula menular dah dalam badan aku. Kalau aku biarkan, maka semakin berleluasalah penyakit 'M' ni bermaharajalela bertakhta kat dalam diri aku. Aish, tak boleh jadi ni. " Apa kes kau nak datang ganggu aku ni wahai Encik M?". Dengan penuh sarkastik aku mengutarakan soalan tadi. Itupun hanya untuk diri aku sendiri. Hahahahaha. "Pergi!.. pergi main jauh-jauh!". Syuhhh! syuhhhh! Macam halau anak ayam tengah makan nasi kat dapur aku plak..thehehhehe

Ok, berbalik kepada titik asal. Menurut pemahaman aku, law of attraction (hukum ketertarikan) ini mempunyai beberapa definisi yang diantaranya adalah seperti berikut :-

" Setiap perkara yang anda fikirkan melalui minda, emosi, gambaran mental dan tutur kata anda. sebenarnya anda menarik ia ke dalam kehidupan." ( Catherine Ponder, Dynamic law of prosperity)

" Setiap perkara yang anda fikirkan dengan segenap perhatian, energi dan konsentrasi minda, samada positif atau negatif, ianya akan datang ke dalam hidup anda." ( Micheal J. Losier, law of attraction)

Ini semua adalah pengertian law of attraction dari persepsi minda orang barat. manakala persepsi dari pemikir islam pula mengatakan bahawa hukum ketertarikan itu adalah sunnatullah. Ini kerana hukum ketertarikan ini sebenarnya telah dinyatakan di dalam al-quran iaitu Firman Allah S.W.T :-

" Barang siapa yang mengerjakan kebaikkan seberat zarah pun,nescaya dia akan melihat (balasan)nya."

" Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (Al-Zalzalah:7-8)

" Tidak ada balasan kebaikkan kecuali kebaikkan (pula)." ( Ar-Rahman:60)

" Ia mendapat pahala (dr kebaikkan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dr kejahatan) yang dikerjakannya." (Al-Baqarah:286)

Hukum ketertarikan ini sebenarnya banyak mempengaruhi dalam kehidupan seharian kita. samada kita sedar atau tidak. Sebagai contoh, sekiranya kita berkawan dengan seseorang yang suka mengumpat, suka menceritakan keburukkan orang lain, suka memikirkan suatu perkara yang negatif mengenai seseorang maka kita secara automatiknya akan melakukan perkara yang sama. Ini kerana tanpa sedar kita membiarkan minda kita, emosi kita dipengaruhi oleh sesuatu yang negatif. sebaliknya pula apabila kita berkawan dengan seseorang yang minat membaca, sentiasa berfikiran positif maka kita dengan sendirinya teringin untuk melakukan perkara yang sama dengan kawan kita itu. Ini kerana tanpa sedar kita membenarkan minda kita, emosi kita dipengaruhi perkara-perkara yang positif. Inilah dinamakan ' Law of Attraction'.

Bak kata orang-orang yang berjaya dan berilmu, " kalau kita hendak menjadi seseorang yang pandai,kenalah berkawan dengan orang-orang yang pandai."

Jadi sebelum kita terlewat, gunakanlah law of attraction yang ada pada diri kita ini sebagai satu platform untuk menjadikan kita sebagai seseorang yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, sumber-sumber pengetahuan saya ini diambil daripada buku ' Quranic Law of Attraction '. Jadi di sini saya tidak menghuraikan dengan lebih padat hanya sekadar mengikut pemahaman saya dan dari sudut pandangan pemikiran saya yang tidak seberapa ini sahaja.

Ilham yang baik datang daripada bacaan yang baik.

Kain berlipat dalam istana,

pakaian puteri raja kayangan;

Sepatah nasihat ilmu yang berguna,

Secubit budi jadi kenangan.

Friday, January 14, 2011

Puisi Buat Ibu yang Dikasihi




Ibu,
menatap wajahmu membawa sendu di hatiku
kerana, masih jelas setiap garisan halus
yang terpamer di lukisan wajahmu
Bila senyuman yang engkau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
menghiasi di wajahmu
sewaktu kau merenung wajahku
Ah! terdetik di hatiku
bergetar di dalam kalbu
berbisik di hati sendiri
bahawa ibuku semakin dimamah usia
berapa banyak lagi masa yang ada untuk aku bersamanya?
Dapatkah aku membalas segala jasa-jasanya?
Cukukah aku berbakti kepada Ibuku?
Ibu,
Aku bukan siapa-siapa tanpa dirimu
terima kasih di atas segala-galanya
kasih sayang yang engkau curahkan
didikan yang telah engkau berikan
Tanpa mengira penat lelahmu
membanting tulang empat keratmu
untuk membesarkan aku menjadi insan yang dewasa
untuk memahami aku dalam mengenal dunia
InsyaAllah, akan aku jadikan bekalan di dunia
akan ku bawa sampai ke akhirat.
ku titip bersama sepotong doa
semoga Allah sentiasa memelihara dan menyayangi dirimu
sebagaimana kamu mencurahkan sepenuh hati dan kasihmu kepadaku.
Ibu,
ku menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan dari mu
sekiranya diri ini pernah melukakan hatimu
sekiranya diri ini telah membuat hatimu berkecil dan terguris
sekiranya diri ini telah membuat dirimu menangis
tanpa kusedari hatta dalam sedar sekalipun
kerana terlalu menurut rasa hati
maafkanlah, ampunkanlah aku ibu
kerana syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki mu ibu
halalkanlah setiap titisan susumu
yang mengalir ke dalam tubuh ku ini.
Ibu,
inginku kucup tanganmu
inginku peluk tubuhmu
setiap waktu
untuk ku buktikan bahawa anak ini menyayangi dirimu
sebagaimana kamu menyayangi diri ini
semoga,segala kenangan aku bersama mu ibu
dari kecil sehingga aku telah bergelar seorang ibu
akan aku simpan kemas
di sebalik lipatan memori
akan aku susun rapi
di sudut ruangan hati.
INSYA ALLAH!





Karya kreatif
Azira Mohamad

Tuesday, January 11, 2011

"Birrul Walidain"


'Birrul walidain' yang bermaksud berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Ustazah Fatimah yang mengajar subjek syariah islamiah masa zaman aku berada di tingkatan 4 dulu selalu menyebut ayat tersebut. Sebab itulah sampai sekarang aku masih lagi ingat 'Birrul Walidain'.

Sekali lagi, di dalam 'entry' aku ini menyentuh bab pasal Ibu dan Ayah. Bukan apa, kerana ada seorang makhluk Allah ini datang berjumpa dengan aku dan berkongsikan masalahnya serta bertanya pendapat aku tentang masalah tersebut. Di sini aku tak nak menceritakan apa masalah yang dibicarakan olehnya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa. Cuma di sini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger sebuah kisah hikmah yang boleh kita jadikan jalan atau panduan untuk kita melaluinya nanti agar kita tidak akan tersasar dari landasan yang sebenarnya.

Firam Allah S.W.T:
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa... (surah An-Nisa:36)

********

Di satu kampung, tinggal seorang ibu dan anak lelakinya yang masih kecil. Si ibu mengalami kecacatan fizikal dan si anak berasa malu sekali gus kesal dengan keadaan fizikal ibunya. Kerana kecacatan ibunya itu, dia selalu menjadi buah mulut teman-temannya di sekolah bahkan dalam kalangan masyarakat. Ibunya hanya menpunyai sebelah mata. Hinggakan anak ini selalu berkata, " Lebih baik aku hidup tanpa ibu daripada aku harus malu seperti ini." Namun dengan penuh kasih sayang, ibu itu tetap menyayangi anaknya. Sayang selayaknya ibu terhadap anak..

Suatu malam, si anak ini terjaga dari tidurnya kerana berasa sangat dahaga. Untuk ke dapur, dia perlu melalui bilik ibunya. Tanpa sengaja, semasa menuju ke dapur, dia melihat pintu bilik ibunya sedikit terbuka. Kemudian dia mengintip ke dalam bilik ibunya dan melihat ibunya sedang berdoa. Anak ini mendengar namanya disebut dalam doa ibunya. Tetapi anak ini berkata dalam hati, " Aku boleh hidup sendiri di luar ruma."


Masa terus berjalan seiring pertumbuhan anak itu. Si anak meningkat dewasa dan mula keluar dari rumah bagi mencari nafkah. Dalam menempuh alam kerjaya, dia berjaya. Dia juga bertemu dengan wanita pilihannya dan menikah tanpa memberitahu kepada ibunya kerana rasa malu masih menebal. Tetapi ibunya tetap mendapat khabar daripada teman-teman anak itu.


Suatu hari, si ibu berjaya mendapatkan alamat rumah anak kesayangannya. Dia lantas ke sana bagi melepaskan rindunya terhadap anak, menantu dan cucunya. Namun setibanya di rumah anaknya, dia hanya boleh melihat mereka dari jauh sahaja.


Keadaan itu berterusan hingga si anak mengetahui ibunya sentiasa mengawasi dia dan keluarga barunya dari jauh. Akhirnya, dia menemui ibunya dan memarahinya. Kerana sedih, si ibu pulang ke kampung dengan nafas yang sudah mulai sesak kerana berjalan jauh.

Pada suatu ketika, anak itu menghadiri satu perjumpaan. Selepas itu, dia pulang ke kampungnya untuk melepaskan rindu dengan masa kecilnya dahulu. Diam-diam, anak itu datang menjenguk ke rumah ibunya dan tempat dia di besarkan. Dia tahu pada siang hari, ibunya ke sawah untuk melihat padinya. Lalu dia masuk ke dalam rumah perlahan-lahan sambil memerhati keadaan rumah.

Dia mendapati posisi di pintu bilik ibunya seperti mana malam itu. Kemudian dia membayangkan masa kecilnya sewaktu mengintip ibunya berdoa di bilik. Tiba-tiba dia tergerak hati untuk masuk ke bilik ibunya. si anak melihat susuk tubuh ibunya dalam keadaan bersujud.


Melihatkan ibunya kaku, dia cuba memanggil ibunya. Tetapi panggilan tidak berjawab. Dia memegang tubuh ibunya. Pada masa itu, dia mendapati ibunya tidak bernyawa lagi. Dia terlihat di tangan ibunya terdapat sekeping kertas. Kemudian anak itu pun mengambil kertas itu dan membukanya. Ia adalah surat tulisan tangan ibunya. Surat itu dibaca.

********


Anakku, sudah cukup lama ibu hidup dan melihat kamu tumbuh membesar dan mempunyai keluarga. Ibu benar-benar meminta maaf jika selama hayat ibu hidup, ibu membuatkan kamu rasa malu dan marah dengan fizikal ibu yang hanya mempunyai sebelah mata. Tetapi adakah kamu tahu, ketika kamu kecil, kamu mengalami kemalangan dan kamu kehilangan sebelah matamu?

Ibu tidak dapat bayangkan bagaimana kamu membesar dengan sebelah mata sahaja. Pasti kami akan diejek dan menjadi bahan ketawa orang. Jadi, ibu memutuskan untuk memberikan sebelah mata ibu kepadamu sehingga kamu boleh hidup normal seperti kanak-kanak lain. Ibu tidak menyalahkan kamu apabila kamu marah dan malu mempunyai ibu sebegini. Malah ibu bangga kamu boleh berjaya seperti sekarang ini. Pesanan ibu, jagalah anakmu baik-baik hingga dia membesar dan dewasa seperti kamu. ALLAH selalu bersamamu, anakku.

Salam.
Ibu yang selalu mengasihi kamu


Moral daripada kisah ini:-

  • Kita tidak boleh melukai perasaan ibu dengan perbuatan dan perkataan yang tidak disukai nya.
  • Terimalah mereka seadanya.
  • Kita tidak boleh menjauhi ibu atau bapa hanya kerana mereka memiliki kekurangan fizikal.

Sedarkan hati dengan segala kekurangan yang dimiliki oleh ibu bapa. Sedarkan hati bahawa kita lahir daripada ibu yang saat ini ada bersama kita. Apapun kekurangannya, apapun nilai ibu di mata kita. Sedarkan sepenuhnya bahawa dialah ibu yang melahirkan kita.

Mungkin banyak kekurangan yang ada pada ibu bapa kita, hinggakan kita malu dengan kekurangan itu. Hindarkanlah rasa seperti ini, hadapilah dengan jiwa yang tenang. Bahawa setiap orang diuji dan kadang-kadang ujian kita adalh ibu bapa kita sendiri.

Misalnya kita memiliki ibu bapa yang sering bercakap kasar dan bahasanya selalu membuat sakit hati dan sebagainya. Cubalah jadikan itu sebagai ujian dan cubaan daripada Allah. Berfikirlah supaya dapat melembutkannya, berusahalah supaya boleh menjadi orang yang pertama dapat mengubahnya.

Setiap ibu bapa kita adalah unik. Mereka punya sisi sisi yang tidak dimiliki oleh orang lain. Mereka juga selama ini mendidik kita dengan pengetahuan mereka. Jadi terimalah sifat-sifat mereka seadanya. Bukankah selain mereka memiliki sifat buruk, mereka juga memiliki banyak sifat baik. Kenapa selama ini kita hanya fokus terhadap sifat buruknya sahaja???

Tepuk dada, tanya selera..

" falaa taqul lahuma uffin," - maka janganlah berkata kepada kedua-duanya "ah", "cis" atau yang seumpamanya. Jangan memperdengarkan kepada kedua-duanya perkataan yang buruk.

"Wa laa tanharhuma"- dan janganlah kalian membenci kedua-duanya.

" wa qul lahuma qaulan karima"- dan katakanlah kepada kedua-duanya perkataan yang mulia iaitu perkataan yang lembut dan baik dengan penuh adab dan rasa hormat.

Berdoalah untuk mereka, sentiasa, ketika mereka dalam usia lanjut hingga kedua-duanya meninggal dunia dengan doa

" Ya Allah, sayangilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya menyayangiku dan mendidiku semasa aku kecil."



(Tafsir ibnu katsir juz 111 hal 39-40,cet.l Maktabah Daarus Salam Riyadh,Th.1413H)

Sunday, January 9, 2011

Ibu, Aku Sayang Kamu

Duhai anak-anak Umi...Sara Ummaira Dan Umar Hakimi,Pesanan Umi untuk anak-anak Umi yang dikasihi. Setiap urusan atau pergaulan kamu bersama kami iaitu ibu bapa kamu hendaklah kamu jaga dan pelihara segala sikap dan perilaku yang sopan serta disusuli dengan penuh rasa hormat terhadap kami. Dibawah ini, Umi ada senarai pendekkan etika-etika yang harus kamu contohi kelak sehingga kamu dewasa. Semoga apa yang umi warkahkan disini akan menjadi sesuatu yang bermanfaat suatu hari nanti untuk anak-anak Umi.

  • Bersikap hormat dalam keadaan apa jua emosi sekalipun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita. Tetap tenang dan tetap bijak menjaga emosi dengan baik
  • Jangan membantah apabila ada pendapat yang berbeza. Pendapat perlu disampaikan dengan cara yang halus dan sopan, bukan dengan keras. Beza generasi, beza usia, beza pengalaman membuatkan ruang perbezaan semakin luas. Jangan bersikap kasar dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan. Tetaplah menjaga etika dengan mereka.
  • Bagaimana sekalipun perasaan kita pada masa itu, jangan berteriak, membentak, bersuara dan bernada keras dalam berbicara dengan ibu bapa. Ya, memang sangat susah mengendalikan emosi ketika marah, tetapi cubalah lakukan dengan baik.InsyaAllah, semuanya dapat di atasi dengan baik.
  • Meminta izin dan mencium tangan ibu bapa sebelum pergi atau selepas pulang. Kita menerapkan hal ini berdasarkan apa yang ibu bapa kita ajarkan sewaktu kita masih kecil dahulu. Kita pasti dapat merasakan kesan positif hasil tabiat ini.
  • Jangan sekali-kali memarahi ibu bapa walaupun ada yang kita rasakan tidak betul pada mereka. Teguran mesti disampaikan secara sopan. Mengapa perkara ini disampaikan berulang kali, kerana ia penting untuk kita perhatikan. Jangan sekali kali membentak mereka meskipun mereka di pihak yang salah
  • Jangan mengajari, menasihati atau memberi ceramah kepada ibu bapa. Apabila mahu memberi pandangan atau apabila ibu bapa meminta pendapat kita, perlulah diberikan dengan sopan dan berhikmah. Mungkin banyak perbezaan pandangan, pendapat, pengetahuan dalam banyak perkara yang tidak mungkin pernah sama. Tetapi mereka berhak bagi mendapatkan cinta dan sayang dari kita.
  • Jangan sekali kali menyampuk perbicaraan ibu bapa. Jika etika ini kita terus lakukan hingga dewasa, ini akan menjadi nilai yang baik. Kita tahu bila sepatutnya bercakap dan bila kita perlu memerhati dengan baik.
  • Mengutamakan atau mendahulukan ibu bapa dalam segala aktiviti seperti memberikan tempat duduk, memulakan makan minum dan sebagainya. Akhlak ini jarang kita dapati pada jiwa anak muda hari ini.
  • Jangan sekali kali menyentuh kepala ibu bapa apabila sedang berhadapan atau berkomunikasi kecuali untuk tindakan tertentu seperti memotong rambut.
  • Apabila berhadapan dan berbicara dengan ibu bapa mesti bersikap sopan, tidak bercekak pinggang, tidak melutut, tidak bersuara keras dan membentak.
  • Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat dan mengerjakan pekerjaan berat yang lain tanpa diminta kita sepatutnya segera membantu.

Wednesday, January 5, 2011

Koleksi Umar Hakimi



Semua barang kt atas ni masih lagi disimpan baik oleh tuan empunya diri

Siapa sangka kan kanak-kanak yang di usia Umar Hakimi ( 3 tahun 2 bulan) sudah pandai mengumpul barang-barang yang mereka gemari dan sukai. Begitu kuatnya pengaruh iklan dan cerita kartun ke atas anakku sampaikan setiap kali pergi ke toys'R'us apa yang hendak dia beli semuanya BEN 10.

Barang-barang kepunyaan Umar tidak boleh disentuh oleh kakaknya. Sangat cermat kerana setiap kali lepas main dia akan simpan di satu sudut hanya terdapat barang-barang BEN 10 dia sahaja. Sebenarnya, bukan setakat gambar kat atas tu sahaja.. banyak lagi barang-barang BEN 10 dia yang belum sempat aku snap. Nak tahu kenapa? sebab dia dah nangis-nangis taknak mami dia ambik barang-barang BEN 10 dia..

Kecil kecil dah mula nampak karisma dia. Baguslah. mami harap Umar dapat kekalkan momentum ni ek :)

Tuesday, January 4, 2011

:. A new thing in Umar's life



Credit to sara Ummaira for that pictures taken by her.

Balik dari sekolah, naik kereta duk atas riba terus je tido. Apalah agaknya dia duk main sampai letih cam tu skaley??


Perkara baru dalam hidup seorang kanak-kanak yang bergelar Umar Hakimi. Hari pertama dalam hidup Umar kena pergi sekolah. Bangun di awal pagi sekitar 7am. Kebiasaannya Umar akan bangun pukul 9am. Umi harap Umar dapat sesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Sebab pagi tadi dah dapat selsema. Kesian.

Masa mula-mula kejutkan dia pagi tadi dah mula merengek taknak bangun. Mata masih lagi terpejam rapat bagai kena gam..hahahaha but really sweet to me. Susah betul untuk kejutkan dia pagi pagi. Tapi bila dah start bangun, segalanya berjalan dengan lancar sekali. Pakaikan baju sekolah kat dia dan kakaknya. Lepas tu sediakan breakfast untuk mereka berdua. Kemudian terus gerak ke Smart Reader Kids.

Sebaik aje turun dari kereta, setiap hayunan langkah kakinya..penuh dengan keyakinan. Okey. Umi can see that.. yes! confident level Umar hakimi. But Umi still lg confuse dengan dia because i know who is Umar Hakimi. Bak kata pepatah ' sekilas ikan di air sudah tahu jantan dan betinanya'. Umar ni kalau nak dibandingkan dia dengan kakak sebenarnya dia lagi manja. Kakak independent sket.

Agaknya macam nilah kan hati seorang ibu bila setiap kali nak lepaskan anak-anak mereka berjauhan dengannya walaupun seketika cuma. Naluri seorang ibu akan sentiasa merasa bahawasanya anaknya tetap seorang anak yang kecil di pandangan matanya. Walaupun anak itu sudah meningkat dewasa.

Tepat pukul 12am , aku dah tak sabar-sabar nak pergi ambil mereka pulang dari sekolah. Bukan apa, hanya nak tahu apa perkembangan Umar kat sekolah barunya. Sampai aje kat SRK, bila nampak muka Umar di depan pintu sambil tersenyum.. Ah! lega..satu perkembangan yang positif bagi umar maklum ajela umar baru 3 tahun 1 bulan. Macam terlalu awal sangat bagi dia. Kalau zaman aku dulu start mengenal ABC masa umur 6 tahun. Itupun ada lagi yang nangis nangis taknak pergi tadika. Lucu jugak bila teringatkan waktu waktu kecil dulu.