Wednesday, May 26, 2010

I'm Proud of U..My Daughter


Inginku kongsikan kegembiraan ini..inginku kongsikan perasaan ini..kepada semua yg sudi membaca blog ku ini. Hari ini betapa gembiranya rasa hati ku apabila mendapat tahu daripada teachernya yang Sara mendapat markah yang paling tinggi dalam kelas..96/100..subjek sains..Alhamdulillah..
Apa yg ingin ku kongsikan di sini adalah..betapa gembiranya hati seorang ibu apabila mendegar khabaran berita tentang kejayaan anaknya..kini..baru aku mengerti, apa yang ibuku rasa selama ini..bukan ibu ku sahaja..bahkan semua wanita yang bergelar IBU..
Buat semua kawan2..buatlah sesuatu yang boleh membuatkan ibumu berasa bangga dengan kamu..sesungguhnya kebanggaan kamu itu membuahkan bibit2 bahagia di hati mereka.
Buat Sara,
Mami tahu kamu sedang membesar.
walaupun pada usia seusia mu ini..
kamu masih belum mengerti sepenuhnya..
apa yang berlaku di sekelilingmu..nak..
namun..mami sentiasa akan mendoakan..agar kejayaan sentiasa mengiringimu..Amin.

Tuesday, May 4, 2010

Sunrise @ Pantai Mangkuk,Setiu

Saat aku merakamkan gambar2 permandangan dari Pantai Mangkuk setiu, terengganu..
betapa terpegun dan terpesonanya aku..
melihat keindahan alam semulajadi
anugerah daripada ILLAHI


Aku bersyukur..
kerana masih dapat mengecapi keindahan ini.
Walaupun ada sesetengah drpd mereka
yang tidak tahu menghargai..
Dari lensa kamera, aku..
Melihat burung-burung terbang merendah
menukik dan menepis tali air
Sang camar pulang ke sarang
tenang dan mendamaikan