Sunday, November 29, 2009

Special For U MOM...




My mother is the most significant figure in my life because without her i'll not live, from her womb untill today my mother have sacrificed her life just to make her children happy.. She always eats last during dinner time in order to see her children get enough food. She puts behind her wants in order to address our needs. Her unwavering support for my goals and ambitions has been my key in persuing my dream. And what makes my mother the most important individual im my life aside from those that i have mentioned? it is the fact that even though how many times we fight, and even if i am not the best child she could ever have, she always makes me feel that i am the best gift she ever received from God...
Thanks Mom...For everything..

Hari Raya Qurban...2009

Dikesempatan ini..ku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban buat semua umat islam,27 november 2009...bersamaan 10 zulhijah 1430. Tidak lupa pula kepada Para Hujjaj (orang yang mengerjakan haji) Semoga mendapat haji yang mabrur...Aminn...

























Wednesday, November 25, 2009

Memory Lane...SMAKH


Disaat mata menatap gambar di atas..fikiran terus melayang teringatkan kenangan-kenangan di zaman persekolahan..di mana banyak tercipta saat-saat manis..pahit..suka duka dalam menjalin sebuah ikatan persahabatan..
Selepas tamat tingkatan 5..kami semua berpisah.Masing-masing mencari hala tuju masing2 bagi meneruskan saki baki kehidupan yang masih bersisa..Akhirnya...sekali lagi..sesetengah daripada 'kami'...dipertemukan di ruangan " Facebook". Di sini... terjalin kembali ikatan yang pernah terputus suatu ketika dahulu.
Terima kasih kapada teman-temanku...yang mana pernah menghadirkan dirimu dalam mewarnai dan menceriakan setiap perjalanan hidupku..sesungguhnya..saat-saat kita bersama tidak akan luput dari ingatan ku ini selagi jasad dikandung nyawa...
Buat sahabatku...Doa ku..semoga persahabatan kita akan tetap kekal sampai ke anak cucu.Semoga kebahagiaan akan menyusuri setiap langkah mu...Amin.

Thursday, November 19, 2009

Monday, November 16, 2009

Apakah Hukum Memakan Ketam Nipah???

Ada beberapa pendapat mengatakan makruh atau haram memakan ketam nipah. Ini kerana ketam nipah hidup di antara dua alam.

Hakikatnya...Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan..
1- TAKRIF HALAL
a) Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b) Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
c) Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak; dan
d) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
2- SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN HALAL
Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
2.1 HAIWAN
Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
a) Haiwan darat
b) Haiwan air
2.1.1 HAIWAN DARAT
Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:
a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak
b) Babi
c) Anjing
d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.
e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya.
f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya.
g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk
h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya
.i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya dan seumpamanya.
2.1.2 HAIWAN AIR
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.
2.2 TUMBUH-TUMBUHAN
Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia

Monday, November 2, 2009

My Hubby Addiction

Hobi terbaru suamiku..
dah lama dah dia survey motor ni..entah macam mana nak dijadikan rezeki dia..akhirnya..hmmm...suka tahap gaban la dia..
First time tengok dia bawak balik motor ni..aku gelak sakan..sebab kelakor sangat..macam orang zaman-zaman dulu aje lagaknya..

Sejak ada C50 ni..aktiviti malam hubby ku pun turut sama berubah.Kebiasaannya..lepas pulang aje dari kerja..dia banyak spent masa dengan tengok HBO,sembang-sembang ngan aku sambil pekena air teh o..sekarang...sejak dua menjak ni..aktiviti dia setiap malam..ajak anak-anak aku round naik motor area rumah...anak-anak aku pun sekarang dah pandai demand dengan papa dia..sampai aje kt umah terus ajak papa dia naik motor bawak dia orang p jalan-jalan...

Lepas penat pusing-pusing..satu lagi aktiviti suami ku ialah mengelap motor sampai berkilat..Asyik kena gosok ajer kau ye C50..bila la nak sampai turn aku plak..huhu