Saturday, March 16, 2013

Pengalaman Umrah: Kembara Mata Hati

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullah.

Bersua kembali kita.

THE JOURNEY BEGIN


Setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Allah s.w.t aku panjatkan kerana diberi peluang yang sangat-sangat berharga kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah dengan rezeki dan nikmat kurniaan Allah s.w.t kepada kami. Tidak pernah terfikir oleh kami bahawa pada usia di awal 30 an ini, kami telah di jemput untuk menjadi tetamu Yang Maha Agung. Subhanallah, Maha Suci Allah. Maha Besar Allah. Segala perancangan Allah s.w.t terhadap hamba-hambanya adalah yang terbaik.

Di jemput menjadi tetamu Allah s.w.t adalah sesuatu yang sangat berbeza pengalamannya. Dalam banyak-banyak tempat yang pernah kami lawati, tidak ada satu tempat pun yang mana boleh menyamai dengan tempat suci yang penuh dengan barakah dan rahmat ini. Hati kami terasa terpanggil untuk menjejakkan lagi kaki ke Bumi Haramain itu. Insya Allah, sekiranya diberikan peluang lagi, tidak akan kami sia-siakan.



Hari pertama.
26 feb 2013
2.00 petang.

Kami terpaksa berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu 4 jam awal daripada masa berlepas. Maknanya, pukul 2 pm semua para jemaah umrah mesti berkumpul di sini untuk proses check in bagasi dan sebagainya.





Akhirnya selesai check-in bagasi.


Rezeki anak-anak kami, pada usia sekecil ini mereka telah pergi menjejakkan kaki mereka ke bumi Anbiya'.


Tepat pukul 7 petang, sebagaimana yang tercatat di dalam jadual perjalanan umrah kami, akhirnya tibalah masanya untuk kami berlepas terus ke Lapangan Madinah. Alhamdulillah kami panjatkan syukur kepada Allah s.w.t kerana perjalanan pergi kami segalanya berjalan dengan lancar dan di permudahkan oleh-NYA. 

"Allahumma Rabbi Yassir.. Wala tu'assir.. Rabbi Atmim Bilkhairr."

Sentiasalah mengamalkan doa ini di sepanjang perjalanan kita agar Allah s.w.t akan memudahkan segala urusan kita. Insha Allah.





No comments:

Post a Comment