Wednesday, February 2, 2011

Saat Terakhirku bersama dengan 'Si Timah'.


Rabu
2/2/2011

"Pong! Pong!"
Gema hon begitu sadis.Aku memandang sepi ke arah kereta estima berwarna kelabu yang berlalu melepasi aku. Hatiku dipagut sayu. Ah! hampir setahun setengah 'Si Timah' ini menemani aku. Akhirnya, hari ini merupakan hari terakhir aku bersamanya. Kunci bertukar tangan menandakan hak milik penjagaan ke atas 'Si Timah' juga bertukar. Sebak bila terkenangkan semua itu. Takde rezeki aku untuk berlama-lama dengan "Si Timah'. Takpe, mungkin Tuhan ingin memberi yang lebih baik daripada itu. Siapa tahu kan??

Ramai yang bertanya, " kenapa kau nak lepaskan 'Si Timah'?". Aku tak tahu camner nak cakap sebab aku sendiri pun tidak pasti. Masih lagi samar-samar. Semua keputusan terletak di tangan suamiku. Aku sekadar yang menurut perintah sahaja. Kalau Putih kata suamiku, maka putihlah bagiku. Sedih, sudah tentulah aku bersedih sebab 'ia' merupkan kereta MPV pertamaku. Dengan'nya' telah membawa aku menjelajahi ke serata destinasi. Utara, selatan, timur dan barat. Ke kotaraya, bandar, kampung dan serata ceruk. Pelbagai destinasi bervariasi tujuan.

Menyesal? Pastinya tidak. Yang datang silih berganti yang pergi mesti bersebab.
Sebab? Musababnya nanti kutanyakan kepada suamiku. Tinjauan demi tinjauan masih belum ber resolusi.
Mencari yang lebih baik daripada yang terbaik sepastinya sukar kan???

Tunggulah entry yang akan datang :P

No comments:

Post a Comment