Saturday, February 5, 2011

Bila Aku Mula menjadi Guru


Macam biasa, aku dah bermula sesi untuk merapu. Tidak ada kisah yang menarik cuma cerita mengenai karenah anak-anak aku semasa cuti sekolah. Tak kisah apa orang nak cakap sebab ini merupakan 'rumah' aku. Ikut suka aku lah bagaimana aku nak mendekorasikan rumah ku ini. Ada ku kesah??

Cuti sekolah kali ini, terlalu banyak homework yang cikgu bagi.  Jadi secara tak langsung aku terpaksa menjadi guru untuk anak-anak aku. Guru sementara. Bila guru yang tak bertauliah ni mula bagi arahan apa yang patut student buat, masing-masing dah mula buat muka gerun (Sara Ummaira) dan muka seposen (Umar hakimi)..hahahaha..cuak semacam aje aku nengok. Garang sangat ke aku neh?? Menjadi persoalan di dalam hatiku.


Dalam banyak hal, aku menitik beratkan soal kekemasan dalam  menyiapkan apa-apa perkara. kesian dekat kakak sebab terpaksa padam banyak kali kerana tulisan yang comot bagi aku. Mata dah start berair.Tapi akhirnya, dapat hasil yang agak memuaskan. Alhamdulillah juga, kakak dah pandai membaca sebarang buku ketika dia berumur 4 tahun lagi. Malasnya nak tulis panjang-panjang. Sambung semula lah nanti.

No comments:

Post a Comment