Thursday, February 17, 2011

Life Is A Journey

 Orang kata,jauh berjalan luas pemandangan. Betul ke? Siapa yang setuju dengan statement ini sila angkat tangan!! hahahaha..kalau korang angkat tangan pun, bukannya aku boleh lihat.Kepenatan berjalan jauh tidak terlalu aku rasai kerana sepanjang perjalan kami, mata aku dijamu oleh pemandangan-pemandangan yang mendamaikan hati. Betapa hijaunya bumi ciptaan Tuhan.


Sabtu, 12/02/11 
Gambar ni aku snap semasa berada di bandar Tapah. Masa ni kami pusing-pusing bandar tapah sementara menunggu pukul 11am untuk membawa keluar anak buah yang baru masuk bersekolah di Sekolah Menengah Sains, Tapah. Sempat lagi bersarapan pagi di pekan Tapah. Bandarnya takde lah besar sangat, lebih kurang pekan Batu Enam macam tu la kot.


Setelah selesai semuanya, kami beransur-ansur bergerak ke Baling, Kedah. Pertama kali dalam hidup aku menjejakkan kaki ke negeri Kedah. Teruja! 


Alhamdulillah...akhirnya kami semua selamat sampai ke Baling. Sebaik sahaja sampai di sana, kami terus bergegas menuju ke MRSM baling untuk melawat anak buah kami yang seorang lagi. Maklumlah, aku dan suami dua-dua anak bongsu. Jadi ramailah anak-anak buah kami.

Ahad, 13/02/11
Perjalanan pulang, singgah sebentar di Lenggong dan Bukit sauk. Sempat jugak merakamkan keindahan pagi di desa ini. Udara yang begitu nyaman dan sejuk sekali. Dapat tenteramkan minda diketika ini.
Setelah penat berjalan, kami check in dulu di Regency Hotel.
Isnin, 14/02/11
Sempat lagi merakam satu lagi keindahan Tuhan yang cukup indah iaitu matahari terbit pada keesokkan harinya.

No comments:

Post a Comment