Monday, February 21, 2011

Engkau Yang Bernama Sahabat

*Qualiti gambar yg tdk memuaskan krn gambar ini dirakam melalui kamera hanset.

Maaf. Sudah lama aku tidak menghias rumah aku ini. Dah hampir bersawang nampaknya. Hari ini terasa ingin berceloteh tentang seseorang yang bernama sahabat. Seperti yang terlihat di dalam gambar di atas, itu adalah kawan aku yang bernama Nurliza. Nama manjanya Da sahaja hehehe... Mula mengenali dirinya dengan lebih rapat semasa aku ditingkatan lima.

 Dah hampir sebelas tahun jugak aku tak pernah berjumpa dengannya. Tup..tup.. 12 februari 2011, sebagaimana yang ditentukan oleh Allah, kami bertemu lagi setelah sekian lama menghilang dari pandangan mata kami (namun tidak luput dihati). Bertempat di MRSM Baling, Kedah.

Perasaan aku? mestilah gumbira dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat lama tentunya. Bersembang sampai tak hengat dunia. Masa pun begitu mencemburui kami. Sekejap aje dah nak melabuhkan tirai malamnya.

Apapun, terima kasih Da sebab sudi meluangkan sekelumit waktu mu itu. Dan terima kasih juga kerana sudi menjadi sahabat kepada diri ini.

No comments:

Post a Comment