Monday, February 21, 2011

Happy Birthday My Dearest Darling.


Remembering My Thoughts Of You..
Let me flashback our LOVE Story...

Bagaimana harus ku bermula? Ya! detik itu. Telefon!! panggilan telefon  itu antara titik permulaan perkenalan kami.

Bermula dengan satu panggilan telefon yang dibuat oleh sepupu 'Abang Yie' (nama manja suami dekat rumah..konon! sekarang dah jadi suami aku) yang bertujuan untuk mendapatkan bantuan dari dia. Masih lagi aku ingat, masa itu aku sangat-sangat memerlukan bantuan seseorang untuk booking tiket bas untuk pulang ke kampung halaman. Bukan apa, ini kes takut tiket habis dan secara tak langsung aku tidak dapat pulang ke tanah air tercinta. Desperate sangat-sangat time tuh. Seperti korang semua sedia maklum tentang aku di dalam entry-entry aku sebelum ini yang aku tidak pernah sekali-kali berpisah jauh dari keluarga aku.

Pertama kali dalam hidup, aku terpaksa tinggal berjauhan dari keluarga demi mengejar cita-cita. Detik demi detik, hari demi hari, kerja aku hanya menunggu hujung minggu sahaja untuk pulang ke rumah. Homesick! Ya itulah fasa dalam hidupku yang ketika itu bergelar seorang mahasiswi yang aku sendiri tidak mengerti kenapa aku bersikap sedemikian rupa. Sedangkan waktu itu, aku sudah cukup dewasa untuk menjalani alam remaja ku  sendirian. Aku terlalu rindukan saat-saat aku bersama dengan keluarga. Mungkin di sini, ada sesuatu yang lebih berharga buat diriku. Urm..entahlah  terasa sukar benar untuk aku menggambarkan perasaan aku di ketika itu.

Okey, kembali kepada sepupu si Abang Yie ni. Sebenarnya kami berkawan rapat. Rapat sebagai seorang sahabat. Hendak dijadikan cerita, suatu hari tuh dia datang bertandang ke rumah aku. Mak aku apa lagi, bila nampak aje kawan aku datang mulalah berkhutbah kat depan kawan-kawan aku. Kalau kat depan aku, mak aku diam aje. Takde lah pulak dia nak membebel. Lepas perasaan kot hahaha..Mak jangan marah ek! Sayang mak..mmmuaah! Yelah, ibu mana yang tidak naik hangin satu badan. Cuba korang bayangkan, tiket bas masa tuh dah berapa ringgit dari kl-trg. Every weekend aku balik bas hangkut aku. Lepas tu, peruntukkan untuk aku belanja barang-barang keperluan untuk makan minum aku lagi sepanjang pengajian aku kat kolej. Duit yuran dan buku lagi. Tak usah cakaplah kan. Dah namanya pun 'student'. So, semua perbelanjaan itu di tanggung dan dibiayai sepenuhnya oleh keluarga aku.

Aku masa tuh dah tak dapat nak fikir benda lain dah sebab dekat dalam kepala aku ni asyik fikir macam mana nak booking tiket bas untuk hujung minggu yang akan datang. Dalam tengah-tengah kepala aku yang berserabut tuh, tiba-tiba sepupu dia bagi cadangan kat aku, " Zira, ko tak payahlah duk fikir pasal tiket tu lagi. Nanti aku call sepupu aku yang belajar kat HUKM tu suruh dia tolong beli tiket untuk ko". Dalam hati aku dah berbunga-bunga riang. Yeah! nampaknya hujung minggu nanti,aku dapat balik kampung lagilah..hahaha..seronoknya!

Aku memerhatikan gelagat sepupu dia yang mengeluarkan handset dari dalam poket seluar, kemudian menekan-nekan punat nombor di keypad telefon bimbit tersebut. Selang beberapa minit mendapat sahutan dari dia mungkin kerana aku terdengar ada perbualan diantara mereka berdua walaupun aku tidak memahami perbutiran percakapan mereka. Ah! tak kisah, janji tiket bas tu ada hahaha. Tiba-tiba sepupu dia menyuakan telefon itu kearah ku sambil menjuihkan bibir agar aku menyahut panggilan itu. Aku terkejut. Bukan terkejut sangat tetapi lebih kepada malu sebab aku tidak mengenali dia di saat itu. Aku menolak sekeras-kerasnya. Bagiku biar mereka sahaja yang membuat perhitungan untuk diriku. Bukankah lebih mudah begitu?

Akhirnya, aku terpaksa juga mengalah dan merampas telefon itu dari tangan sepupu dia. Hahahaha...kejam kan? sebenarnya geram. Sebab aku tak suka orang memaksa aku buat perkara yang aku tak suka. Tapi yang ini lain sikit sebab yang ini aku memerlukan pertolongan dengan orang yang berada di talian saat itu.

" Assalamualaikum!". Aku memberi salam kepada dia.
"Waalaikummussalam!" sape ni? Jawab si dia.
maka, pada ketika itu bermulalah kisah aku dan dia...tak tahu kenapa, bila terdengar aje suara dia, hatiku berdebar-debar deras, bedetak keras. Sempat lagi aku berbisik kat dalam hati, wow! machonya suara mamat ni.  Kalau suara macam ni, mesti handsome nih. Perempuan! biasalah. Selalu buat decision tanpa usul periksa kan. So, aku pun bagitahulah kat dia apa tujuan aku yang sebenarnya. Dan dia berjanji akan tolong belikan aku tiket pada tarikh sekian-sekian itu sebagaimana permintaan aku tadi.

 Bermula dari detik itu,hubungan aku dengan dia tidak berakhir di situ sahaja. Kami selalu berhubung di telefon. Tak tahu mengapa dia suka menghubungi aku dan aku juga selesa berbual-bual dengan dia. Kadang-kadang aku juga ada menghubunginya sekadar bertanya khabar. BerSMS boleh dikatakan setiap hari.Lagaknya bagaikan mengalahkan orang sedang bercinta. Walaupun kami tak pernah berjumpa dan tidak mengenali diantara satu sama lain, tetapi kami dapat merasai keserasian atau lebih tepat lagi chemistry di antara kami. Masa ini, kami belum lagi ada apa-apa hubungan istimewa. Hanya kawan!

Suatu hari tuh, dia berjanji dengan aku yang dia akan call aku pada sebelah malam nanti. Setelah malam menjelma, aku ternanti-nantila jugakkan panggilan daripada dia. Dah orang tu berjanji dan dah maklumkan kat kita awal-awal lagi takkan aku taknak tunggu plak. Tunggu punya tunggu sampai lewat malam pun belum ada satu panggilan pun yang masuk kat telefon aku. Tetiba, hati aku ni rasa kecewa sangat. Dia mungkir janji! Dan tiba-tiba jugak aku rasa rindu sangat nak dengar suara dia yang suka berceloteh tu. Pelik jugak. Kenapa tetiba rindu dekat suara mamat ni neh? Mungkin halwa telinga aku dah biasa dijamu dengan suara dia setiap malam. Suara dia yang menjadi peneman dikala aku mentelaah pelajaran masa tuh. Ya Allah! rindunya dekat suara dia. Kenapa ni?  Tak boleh jadi. Aku menjadi penasaran. Aku sasau! biar benar?

Oleh kerana dia telah memungkiri janjinya, aku telah membuat keputusan yang selepas ini aku tidak akan menjawab sebarang call daripada dia. Dan aku juga nekad aku ingin membuang rindu terhadap suara-suaranya yang sentiasa kedengaran di halwa telingaku. Aku takut, aku akan tersalah membuat pilihan lagi. Dan aku ingin membuang segala-galanya jauh! tetapi, mengapa bibir dan hati ini tidak pernah sekata? Argggghhhh!!!!

Pada keesokkan harinya, dia menghubungiku lagi. Aku berjeda di dalam hati seketika. Biarkan deringan itu berakhir tanpa pamitan. Dibiarkan beberapa ketika, aku tidak sampai hati untuk meneruskan perancanganku itu. Lantas dengan pantas jari ini menekan punat di telefon tersebut. Tanpa meminta sebarang penjelasan daripada dia, dia telah meminta maaf terlebih dahulu kerana tidak mengotakan janjinya semalam disebabkan oleh 'blackout' di kolej dia. Dia cakap, "Awak ada tunggu tak call daripada kita semalam?".
"Tak. Kenapa?". Aku berbohong. Alah bohong sunat. Takpe kot!! Takkan aku nak bagitahu kat dia masa tuh yang aku tunggu panggilan daripada dia kan.Jual mahal sikitlah konon. Malu weh. Mana aku nak sorok muka aku ni kalau dia dapat baca hati aku terhadap dia sekarang. Sedangkan aku sendiri tak pernah tahu tentang apa yang ada kat dalam hati dia masa tuh COZ WE'RE JUST ONLY A FRIEND at that time.
" Awak tipu kita ee, awak ada tunggu call daripada kita semalam kan?". Aikk! dia duk provok aku lagi. Apa kehel mamat ni yeop. Aduh! macam mana aku nak jawab ni. Tetiba terpancar idea ni, " Semalam saya sibuk study dengan kawan-kawanlah awak. Tadi saya ada test. So, takdelah tertunggu sangat. Tapi kalau awak call kita pun, kita takde masalah".Bohong lagi. Ah! lega. Terselamat aku kali ini..hehehehe.. Benarlah cakap orang tua-tua, belajar bercinta bererti kita dah mula belajar berbohong.

Tapi aku dapat rasakan yang dia juga ada menyimpan perasaan yang sama terhadap aku. Terlalu mengambil berat perihal aku. Segalanya, walaupun pada waktu itu kami belum lagi mengenali wajah masing-masing. Pelikkan? Boleh ke rasa cinta itu hadir tanpa mengenali seseorang? Sejauh manakah perhubungan kami ini andai hati berbisik namun mulut tidak pernah berbicara? Memang benar cinta itu aneh. Samalah dengan cinta kami. Aneh..kerana sukar diluahkan, sukar dibaca bahasa jiwanya.


Pertemuan Empat Mata..
' Lafazkanlah jika benar kata hatiku ini sama dengan kata hatimu. Jangan terus bermain dengan bahasa jiwa.'

Akhirnya, kita masuk ke episod macam mana aku boleh berjumpa dengan dia. Kalau tak silap aku, masa tu ada cuti umum jadi aku nak balik kampung dan sekali lagi terpaksa minta pertolongan dengan dia. Aku berjanji untuk berjumpa di The Mall berhampiran dengan Hentian Bas Putra dengan dia untuk mengambil tiket bas tersebut. Dalam hati ada sejuta rasa. berdebar-debar, takut, gemuruh, gementar segala macam rasa yang dah bergaul sebati secara tiba-tiba aje kat dalam diri ini. Aku terpaksa meminta bantuan rakan sebilik aku untuk menemankan aku pergi berjumpa dengan mamat tu..hehehe. Kesian kat ko Anis.Apa-apa pun, terima kasih banyak dekat ko dengan Zai sebab sudi teman aku dikala itu. Kalau tak, aku rasa tak dapat balik bercutilah aku.

Sebaik sahaja sampai di The Mall.kalau tidak silap masa tu dah masuk waktu maghrib,sebab waktu aku keluar tadi pun dah agak lewat selepas kuliah akhir berakhir. Kami terus pergi solat di musolla dulu kemudian kami terus naik ke 'foodcourt' kerana perut kami masa tu dah berkeroncong mendendangkan lagu yang membingitkan telinga kami. Sebelum tu aku ada menghantar pesanan ringkas dekat dia yang mengatakan aku dah berada di sana. So, aku tanyalah macam mana nak cam awak nanti untuk memudahkan  aku mengambil tiket dengan dia. Selang beberapa saat deringan mesej ku berbunyi lagi.

" Ok. Saya dah ada kat depan 'foodcourt' ni.Awak duk kat mana? Saya galas beg yang berwarna biru".

Alamak! cepatnya dia sampai. Jantungku berdegup semakin pantas.

 " Anis, ko menyamar jadi akulah pergi jumpa dengan dia nak?".Tetiba aje keluar idea tu.
"Eh, kenapa aku pulak! tak baik la ko zira.Pergilah jumpa dengan dia. Silap haribulan, ko tak dapat balik karang kan susah." Jawab Anis. " Aku seganlah anis." Cakap punya cakap punya cakap, akhirnya aku mengalah dan terus pergi ke luar perkarangan foodcourt . aku dah terpandang kat seorang mamat tuh yang galas beg GAP warna merah tapi bukan biru seperti yang dia mentionkan kat aku dalam mesej tadi. Aku pun terus masuk balik kat tempat aku makan dengan kawan-kawan aku tadi. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. "Awak ada kat mana? Saya dah ada kat dalam nih. Duduk kat belakang tiang. Tengah minum air."  Tiang mana plak la dia ni pergi duduk. Dalam asyik aku mencari kelibat dia, tiba-tiba terjengul kepala seseorang di sebalik tiang kat depan aku. Siap lambai-lambai lagi dekat aku. Ya Allah! mamat ni la tadi yang aku nampak kat luar foodcourt. Kami bertiga pun menghampirinya. Dia menjemput kami minum bersama. Pipiku dikala itu bagai udang kena bakar. Tak banyak yang kami bicarakan. Matanya pun aku tak pandang sebab malu. Dia pun sama. Kat dalam telefon bukan main lagi kalau bersembang tapi bila dah berada di depan mata lidah kami kelu untuk berbicara. mata aku terpandang tepat ke arah beg yang dibawa. Ha'ah la. Dia tidak tipu. memang beg dia berwarna biru dan merah di sebelah yang lagi satu. 

Sebaik sahaja selesai minum, dia bagi tiket tu dekat aku dan aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada dia. Masa pun dah suntuk, kami terus pergi ke hentian putra dan mencari bas tambahan tersebut. akhirnya kami dah jumpa bas yang sepatutnya dinaiki oleh aku jadi tanpa membuang masa aku terus meminta diri dengan rakan-rakan aku yang sudi menemani aku pada waktu itu.  Alangkah terkejutnya aku, rupa-rupanya pertemuan kami tidak berakhir di hentian putra sahaja. Tetapi sebaliknya dia juga menaiki bas yang sama dengan aku, tempat duduknya juga disebelah aku, untuk pulang bercuti di kampung. Waduh waduh! Gawat sih! Macam manalah aku tak boleh tahu tentang hal itu. Sepanjang perjalanan kami hanya bersembang berkisarkan tentang aku dan dia. Tentang kami!

5 comments:

  1. sweeet....haha

    **aloh tgh syok bace ade iklan la plok.. huhu

    ReplyDelete
  2. thanks pjah..hahahha..
    lotih nak menaip sebenarnya..pastu asyik terganggu dengan kehadiran customer yg dtg nk beli ubat.nnt free sambung balik.

    ReplyDelete
  3. so sweettttt....haha..mengimbau kenangan dulu2 yer...zira dah pernah singgah blog akak tak??
    btw,hepi besday to darling zira yer....semoga sentiasa sihat,dimurahkan rezeki dan berbahagia sokmo disamping zira dan anak2 yg comel itu....

    ReplyDelete
  4. thanks kak shida! Apa link blog akak? ada dekat fb tak link tuh? Nanti zira try singgah ok. :)

    ReplyDelete
  5. Sori k.shida.ingtkan k.shida kwn zira satu skolah dulu.Blog akak selalu la singgah.dh jd follower pun dan dh siap link lagi blog akak ngan blog sy hehehhe...:P

    ReplyDelete