Monday, January 31, 2011

Bila Hatiku Berbicara

Hati...
Bicara mengenai hati kadang-kadang buat aku jadi resah, gelisah.
Ada getaran halus yang menyelinap, mengisi di ruang kosong hatiku
Ah! terlalu sukar untuk aku menafsirkannya
Apakah maksud ini semua?
Tolonglah, jangan biarkan aku tersilap menilai hatiku sendiri
Setiap saat, setiap detik yang berlalu
Semakin sukar untukku tangkis ia pergi jauh
Rindu, jangan biarkan hati merindu
Kerana aku masih lagi ada tanggungjawab yang perlu aku laksanakan
Ada bebanan yang harus aku pikul


Hati...
kenapa kau tidak mahu mengerti
usah lagi berbicara hal itu dengan ku!
Kerana, setiap kali ia dibicarakan
betapa sakitnya hati ini
bagaikan disayat-sayat kulitnya, pedih!
Kerana aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan
untuk memuaskan hati semua orang..
Hatta hati aku sendiri.


Hati..
Tolong.. fahamilah aku.
Betapa sukarnya untuk melepaskan rasa ini pergi
kerap kali ia mendatangi diriku
Dan setiap kali itulah aku hanyut terbuai indah
dalam lautan yang tak bertepian.
Tolonglah dayungi aku ke daratan
agar aku tidak terlupa akan siapa sebenarnya aku.


Hati..
Tolong ingatkan aku pada yang SATU..
Berikan aku sedikit kekuatanmu
Agar aku tidak tergelincir dari rasa yang menjerut hati.
Kirimkan aku hembusan rindumu
Agar dapat aku lampiaskan dengan sedikit rindu hatiku.

No comments:

Post a Comment