Saturday, January 15, 2011

.::. Law of Attraction

Ya Allah, kenapalah minggu ini aku merasakan yang diri aku ini sungguh tidak bermotivasi. Betul! sungguh! aku tak tipu.tensionnya aku rasa.betul betul macam orang bodoh. ' Bodoh macam lembu '. Hurm, apa kaitannya bodoh dengan lembu ekk? Ironinya orang masih lagi kaitkan " bodoh macam lembu ". Takde plak orang cakap bodoh macam ayam ke, katak ke, apa-apalah yang seangkatan atau segerombolan dengannya. kan? Dah zira dah, ini dah jauh terpesong ni. (istighfar kat dalam hati). Eceh!

Nak update entry ini pun aku rasa macam malas malas dan malas. Penyakit ni dah mula menular dah dalam badan aku. Kalau aku biarkan, maka semakin berleluasalah penyakit 'M' ni bermaharajalela bertakhta kat dalam diri aku. Aish, tak boleh jadi ni. " Apa kes kau nak datang ganggu aku ni wahai Encik M?". Dengan penuh sarkastik aku mengutarakan soalan tadi. Itupun hanya untuk diri aku sendiri. Hahahahaha. "Pergi!.. pergi main jauh-jauh!". Syuhhh! syuhhhh! Macam halau anak ayam tengah makan nasi kat dapur aku plak..thehehhehe

Ok, berbalik kepada titik asal. Menurut pemahaman aku, law of attraction (hukum ketertarikan) ini mempunyai beberapa definisi yang diantaranya adalah seperti berikut :-

" Setiap perkara yang anda fikirkan melalui minda, emosi, gambaran mental dan tutur kata anda. sebenarnya anda menarik ia ke dalam kehidupan." ( Catherine Ponder, Dynamic law of prosperity)

" Setiap perkara yang anda fikirkan dengan segenap perhatian, energi dan konsentrasi minda, samada positif atau negatif, ianya akan datang ke dalam hidup anda." ( Micheal J. Losier, law of attraction)

Ini semua adalah pengertian law of attraction dari persepsi minda orang barat. manakala persepsi dari pemikir islam pula mengatakan bahawa hukum ketertarikan itu adalah sunnatullah. Ini kerana hukum ketertarikan ini sebenarnya telah dinyatakan di dalam al-quran iaitu Firman Allah S.W.T :-

" Barang siapa yang mengerjakan kebaikkan seberat zarah pun,nescaya dia akan melihat (balasan)nya."

" Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (Al-Zalzalah:7-8)

" Tidak ada balasan kebaikkan kecuali kebaikkan (pula)." ( Ar-Rahman:60)

" Ia mendapat pahala (dr kebaikkan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dr kejahatan) yang dikerjakannya." (Al-Baqarah:286)

Hukum ketertarikan ini sebenarnya banyak mempengaruhi dalam kehidupan seharian kita. samada kita sedar atau tidak. Sebagai contoh, sekiranya kita berkawan dengan seseorang yang suka mengumpat, suka menceritakan keburukkan orang lain, suka memikirkan suatu perkara yang negatif mengenai seseorang maka kita secara automatiknya akan melakukan perkara yang sama. Ini kerana tanpa sedar kita membiarkan minda kita, emosi kita dipengaruhi oleh sesuatu yang negatif. sebaliknya pula apabila kita berkawan dengan seseorang yang minat membaca, sentiasa berfikiran positif maka kita dengan sendirinya teringin untuk melakukan perkara yang sama dengan kawan kita itu. Ini kerana tanpa sedar kita membenarkan minda kita, emosi kita dipengaruhi perkara-perkara yang positif. Inilah dinamakan ' Law of Attraction'.

Bak kata orang-orang yang berjaya dan berilmu, " kalau kita hendak menjadi seseorang yang pandai,kenalah berkawan dengan orang-orang yang pandai."

Jadi sebelum kita terlewat, gunakanlah law of attraction yang ada pada diri kita ini sebagai satu platform untuk menjadikan kita sebagai seseorang yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, sumber-sumber pengetahuan saya ini diambil daripada buku ' Quranic Law of Attraction '. Jadi di sini saya tidak menghuraikan dengan lebih padat hanya sekadar mengikut pemahaman saya dan dari sudut pandangan pemikiran saya yang tidak seberapa ini sahaja.

Ilham yang baik datang daripada bacaan yang baik.

Kain berlipat dalam istana,

pakaian puteri raja kayangan;

Sepatah nasihat ilmu yang berguna,

Secubit budi jadi kenangan.

No comments:

Post a Comment