Wednesday, January 19, 2011

Alahai...Cucu!

SUNGAI PETANI : Seorang warga emas patah tulang rusuk sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas dipukul dan ditendang cucunya sendiri yang naik angin apabila tidak mendapat wang RM100 dimintanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang khamis lalu, Saad Man, 66, didatangi cucu lelakinya berusia 22 tahun di rumahnya di kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda, di sini dan meminta wang RM100
Sumber polis berkata, apabila Saad enggan memenuhi permintaannya, suspek memukul mangsa sebelum keluar dari rumah berkenaan...


Membaca keratan akhbar hari ini, yang mana tajuk terpapar besar di hadapan muka surat depan akhbar metro " Datuk Mati Diterajang kerana RM100, CUCU SETAN" membuatkan hati aku jadi tersentuh, sedih, hiba dan marah sesangat. Di mana silapnya? Berita ini membuatku tertanya-tanya dan terfikir sejenak betapa anak-anak remaja sekarang kebanyakannya amat kurang diberi santapan rohani lalu membuatkan jiwa mereka kosong. Mereka langsung tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

Tersentuh: Kerana seorang cucu yang sanggup memukul datuknya sendiri sampai mati apabila hajatnya tidak disampaikan.

Sedih : Sebab cucu tersebut tidak tahu langsung bagaimana untuk menghormati dan menghargai pengorbanan datuknya.

Hiba : Apa nak jadi pada anak-anak muda sekarang yang seolah-olah langsung tidak takut dengan pembalasan dikemudian hari.

Marah : Duhai anak-anak, tolonglah... jadi manusia yang punya perasaan. Janganlah berperangai macam hantu! (ayat marah ni, hantu tu untuk setan).

Kesimpulannya, jadilah seorang anak atau cucu yang mengenang budi, menghormati orang yang lebih tua daripada kita kerana dalam Al-quran ada nyatakan selain ibu bapa yang perlu kita hormati adalah saudara terdekat kita sendiri seperti datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara dan sebagainya. Tolonglah faham akan kesusahan dan penderitaan mereka.

Kisah hikmah

Ketika Rasulullah S.A.W sedang tawaf, Rasulullah S.A.W bertemu seorang anak muda yang bahunya bengkak-bengkak. Selepas selesai tawaf Rasulullah S.A.W bertanya kepada anak muda itu, " Kenapa bahumu itu?"

Jawab anak muda itu, " Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah meninggalkan dia. Saya meletak ibu saya hanya ketika saya buang hajat, ketika solat atau ketika istirahat. Selain itu, saya sentiasa mendukungnya."

Lalu anak muda itu bertanya, " Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?"

Rasulullah S.A.W memeluk anak muda itu sambil mengatakan, " Sungguh Allah reda kepadamu. Kamu anak yang soleh, anak yang berbakti. Tetapi anakku, ketahuilah, cinta orang tuamu tidak akan terbalaskan olehmu."

Renung-renungkan lah wahai kawan...

No comments:

Post a Comment