'Birrul walidain' yang bermaksud berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Ustazah Fatimah yang mengajar subjek syariah islamiah masa zaman aku berada di tingkatan 4 dulu selalu menyebut ayat tersebut. Sebab itulah sampai sekarang aku masih lagi ingat 'Birrul Walidain'.
Sekali lagi, di dalam 'entry' aku ini menyentuh bab pasal Ibu dan Ayah. Bukan apa, kerana ada seorang makhluk Allah ini datang berjumpa dengan aku dan berkongsikan masalahnya serta bertanya pendapat aku tentang masalah tersebut. Di sini aku tak nak menceritakan apa masalah yang dibicarakan olehnya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa. Cuma di sini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger sebuah kisah hikmah yang boleh kita jadikan jalan atau panduan untuk kita melaluinya nanti agar kita tidak akan tersasar dari landasan yang sebenarnya.
Firam Allah S.W.T:
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa... (surah An-Nisa:36)
Anakku, sudah cukup lama ibu hidup dan melihat kamu tumbuh membesar dan mempunyai keluarga. Ibu benar-benar meminta maaf jika selama hayat ibu hidup, ibu membuatkan kamu rasa malu dan marah dengan fizikal ibu yang hanya mempunyai sebelah mata. Tetapi adakah kamu tahu, ketika kamu kecil, kamu mengalami kemalangan dan kamu kehilangan sebelah matamu?
Ibu tidak dapat bayangkan bagaimana kamu membesar dengan sebelah mata sahaja. Pasti kami akan diejek dan menjadi bahan ketawa orang. Jadi, ibu memutuskan untuk memberikan sebelah mata ibu kepadamu sehingga kamu boleh hidup normal seperti kanak-kanak lain. Ibu tidak menyalahkan kamu apabila kamu marah dan malu mempunyai ibu sebegini. Malah ibu bangga kamu boleh berjaya seperti sekarang ini. Pesanan ibu, jagalah anakmu baik-baik hingga dia membesar dan dewasa seperti kamu. ALLAH selalu bersamamu, anakku.
Salam.
Ibu yang selalu mengasihi kamu
Moral daripada kisah ini:-
- Kita tidak boleh melukai perasaan ibu dengan perbuatan dan perkataan yang tidak disukai nya.
- Terimalah mereka seadanya.
- Kita tidak boleh menjauhi ibu atau bapa hanya kerana mereka memiliki kekurangan fizikal.
Sedarkan hati dengan segala kekurangan yang dimiliki oleh ibu bapa. Sedarkan hati bahawa kita lahir daripada ibu yang saat ini ada bersama kita. Apapun kekurangannya, apapun nilai ibu di mata kita. Sedarkan sepenuhnya bahawa dialah ibu yang melahirkan kita.
Mungkin banyak kekurangan yang ada pada ibu bapa kita, hinggakan kita malu dengan kekurangan itu. Hindarkanlah rasa seperti ini, hadapilah dengan jiwa yang tenang. Bahawa setiap orang diuji dan kadang-kadang ujian kita adalh ibu bapa kita sendiri.
Misalnya kita memiliki ibu bapa yang sering bercakap kasar dan bahasanya selalu membuat sakit hati dan sebagainya. Cubalah jadikan itu sebagai ujian dan cubaan daripada Allah. Berfikirlah supaya dapat melembutkannya, berusahalah supaya boleh menjadi orang yang pertama dapat mengubahnya.
Setiap ibu bapa kita adalah unik. Mereka punya sisi sisi yang tidak dimiliki oleh orang lain. Mereka juga selama ini mendidik kita dengan pengetahuan mereka. Jadi terimalah sifat-sifat mereka seadanya. Bukankah selain mereka memiliki sifat buruk, mereka juga memiliki banyak sifat baik. Kenapa selama ini kita hanya fokus terhadap sifat buruknya sahaja???
Tepuk dada, tanya selera..
" falaa taqul lahuma uffin," - maka janganlah berkata kepada kedua-duanya "ah", "cis" atau yang seumpamanya. Jangan memperdengarkan kepada kedua-duanya perkataan yang buruk.
"Wa laa tanharhuma"- dan janganlah kalian membenci kedua-duanya.
" wa qul lahuma qaulan karima"- dan katakanlah kepada kedua-duanya perkataan yang mulia iaitu perkataan yang lembut dan baik dengan penuh adab dan rasa hormat.
Berdoalah untuk mereka, sentiasa, ketika mereka dalam usia lanjut hingga kedua-duanya meninggal dunia dengan doa
" Ya Allah, sayangilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya menyayangiku dan mendidiku semasa aku kecil."
(Tafsir ibnu katsir juz 111 hal 39-40,cet.l Maktabah Daarus Salam Riyadh,Th.1413H)
No comments:
Post a Comment