Monday, December 20, 2010

Aku tak Bodoh..

Orang melayu dikatakan bangsa yang mudah mengadaptasi perubahan. sebab itu kalau kita lihat pada masa sekarang banyak budaya kuning yang dibawa dari luar negara sekelip mata boleh meresap dan menular dalam masyarakat kita hari ini. khususnya bagi remaja-remaja yang sering menterjemahkan apa yang datang dari barat adalah kemajuan.

Pakaian ketat, mini skirt singkat dan segala yang terdedah sudah menjadi pakaian harian remaja sekarang. Budaya hip hop, shuffle adalah contoh-contoh budaya kuning yang sudah sebati dengan darah daging orang kita.Malah orang yang tiada akaun facebook atau tiada pengetahuan tentang komputer dianggap kolot dan ketinggalan zaman oleh remaja masa kini.

Begitulah takrifan remaja melihat kehidupan. Kalaulah mendiang Boon siew masih ada, sudah pasti dia mentertawakan pemikiran remaja zaman sekarang kerana dia walaupun buta huruf dan tidak ada asas pendidikan rasmi tetap menjadi usahawan motosikal terhebat dalam sejarah.

Ini bermakna, untuk mencapai kejayaan dan kesenangan di dalam hidup hendaklah sentiasa cekal berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.

Ramai manusia apabila sudah kaya mereka lupa diri, lupa Tuhan, lupa tanggungjawab terhadap keluarga, lupa anak isteri dan jiran tetangga. Kekayaan yang dimiliki bukan untuk membantu yang susah. Selain mahu kaya seorang, menjadi tamak, bakhil, stress takut tak tentu pasal. Rumah dipagari tembok tinggi, kalau perompak masuk tiada siapa yang tahu. Keliling rumah penuh dengan kamera yang canggih memantau keadaan sekeliling. Pelikkan?? dengan Tuhan tidak takut, terlupa jiran terdekat lebih baik dari saudara, lupa sanak-saudara yang nanti akan mengangkat keranda.

Ingat, amalan yang tidak memutuskan anak Adam a.s dengan akhirat ialah ilmu yang bermanfaat.

" jangan berikan ikan kepada mereka yang meminta, sebaliknya ajarkan mereka bagaimana cara untuk menangkap ikan."

No comments:

Post a Comment