Monday, December 27, 2010

Jual Agama

Entry kali ini sangatlah sensitif untuk dibicarakan kerana takut akan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Akan tetapi, aku sebagai seseorang yang berada di dalam dunia perniagaan ini terasa terpanggil untuk membicarakan isu ini di sini kerana kadang-kadang terkilan melihat sesetengah pihak yang masih tidak sedar dengan perkara yang mereka lakukan itu seolah-olah 'menjual agama'. Mereka pintar memberi penjelasan dan yang menjadi mangsa adalah islam dan orang islam itu sendiri.

Ramai yang diri mereka ingin di kenali sebagai ustaz atau pendakwah menjual air yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci al-quran sebagai contohnya menjual air bagi memudahkan kelahiran bayi atau lebih dikenali dengan air selusuh di kalangan masyarakat kini.

Yang pasti motif daripada jualan itu adalah untuk mengaut keuntungan. Sudah tentu hal ini dikategorikan sebagai menjual agama. Firman Allah yang bermaksud:-

" mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (untuk kepentingan dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) daripada agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang telah mereka kerjakan." surah at-taubat:9

Disini saya juga ada cut paste daripada blog2 orang lain yang membicarakan tentang isu ini.

" Allah menyebut dalam Al-Quran, jangan menjual ayat Allah dengan harga yang murah, merujuk kepada sikap orang munafiq dan orang yahudi yang mengambil peluang menyebarkan fahaman agama islam seolah-olah mereka tersangat faham ajaran islam. Tetapi apabila orang ramai sudah percaya kepadanya,maka dia mula mempengaruhi pengikutnya ke arah dirinya," jawabku.

memang wujud pada hari ini golongan yang menjual agama untuk kepentingan diri, kumpulannya atau pemimpin politiknya. Golongan ini akan berhujah dengan ayat al-quran dan hadis atau hujah tokoh-tokoh tertentu untuk meyakinkan orang ramai kepadanya. Tetapi dia cuba selewengkan kefahaman sebenar untuk kepentingannya.

Golongan ini tidak berani menggunakan Al-Quran dan hadis sepenuhnya terutama yang mesejnya agak bertentangan dengan dasar perjuangan mereka. Hujahnya ialah, perkara ini tidak boleh di sebut secara umum kerana terlalu sensitif. " Kita mesti jaga hati orang lain, kita perlu bersikap tolenrasi, itulah ajaran islam". Kata mereka.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

" Dan berimanlah kamu dengan apa yang aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya kitab yang ada bersama kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat KU (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada AKUlah sahaja hendaklah kamu bertaqwa." (surah al-baqarah 41)

No comments:

Post a Comment