Sunday, November 14, 2010

Good or Bad Habit


Semalam, ada seorang pesara guru datang dan bersembang dengan aku. Banyak perkara yang di sembangkan..terlanjur sembang sampailah kat topik mengenai habit anak-anak. Sebagai seorang guru tentulah banyak pengalaman yang ada pada dirinya kan. Selalu berhadapan dengan kerenah pelajar-pelajarnya membuatkan apa yang dilalui olehnya itu merupakan satu pengalaman yang berharga. Ini kerana bukan semua orang yang dapat pengalaman sebagaimana beliau sendiri.

Bercakap tentang perangai anak-anak ini, sebenarnya aku sentiasa memerhati dan mengenalpasti tabiat dan minat anak-anak aku sendiri. Bagi aku dengan mengetahui cara mereka ini maka aku boleh menyediakan apa-apa bahan yang diperlukan oleh mereka. Ini semua untuk memastikan setiap pelaburan yang aku buat untuk masa depan anak-anak aku betul-betul bernilai.

Kalau mengikut dari sumber pembacaan ku dari buku yang ditulis oleh Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Rasulullah S.A.W telah menggariskan 4 tahap mendidik anak iaitu :-

Tahap Pertama: Anak yg baru lahir sehingga mumayyiz (6 Tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 Tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin, dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak yg berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah di didik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yg tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak yg berumur lebih dari 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak hanya sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Dalam buku ini banyak menerangkan kaedah-kaedah mendidik anak-anak kita. Sebenarnya dalam mendidik anak-anak tidak ada cara yang khusus. Bergantung kepada kemahiran dan ilmu yang ada pada kita sebagai ibu bapa.

No comments:

Post a Comment