Sunday, September 18, 2011

SEPETANG DI CHINATOWN, TERENGGANU.


ChinaTown atau lebih dikenali sebagai Kampung Cina dikalangan rakyat jelata negeri Terengganu telah wujud  semenjak sekian lama dulu.

Menurut sejarah, kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu yang bermula sejak awal abad ke-15.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, Kampung Cina di Terengganu ini lebih kurang macam Jonker Street di Melaka jugak la.


ChinaTown is famous for its architecture and heritage.

Kini, Kampung Cina telah diubahsuai dan dikomersialkan sebagai tarikan terbaru pelancong dari seluruh negara. Akan tetapi, Kerajaan Negeri Terengganu masih lagi mengekalkan rumah-rumah kedai yang unik dengan hasil ketukangan orang dahulu kala.

walking around..u will notice some of the old shop still operating here.


Old buildings done architecture from the chinese.








Dulu, semasa arwah ayah masih ada. Aku selalu datang sini melawat seseorang. Atuk aku sebenarnya seorang muallaf. Jadi masih ada saudara2 atuk aku yang masih belum memeluk agama islam yang tinggal di Kampung Cina ini.


p/s : hargailah warisan tinggalan sejarah kita. so, enjoy the picture here!
hehehehe

4 comments:

  1. wow..patut la akak putih melepak...ehem! hehe..
    cantik sangat gambar yang ditangkap. kalau la saya boleh ke sana. seronok nya!

    ReplyDelete
  2. @nur ayuni : hahaha..mana ada dik.putih tampal bedak.macam opera cina dh :p jom la dtg jejalan ke KT wokkeh..akak tunggu!

    ReplyDelete
  3. breathtaking! great photos! :D

    ok, a good reason kenapa saya kene pegi terengganu! hoyehhh~

    ReplyDelete
  4. Bilik ke Pasar Payang selalunya lalu ikut Kampong China ni. Memang unit seni bina rumah2 di situ.

    ReplyDelete