Tuesday, March 1, 2011

DI MANAKAH TEMPAT KITA DI SISI ALLAH S.W.T SEBENARNYA??

TePuK DadA ..TanYa Hati....SetEbAL MaNa ImaN?
Dalam banyak-banyak surah dekat dalam Al-Quran Al-Karim, Surah yang paling aku suka baca adalah Surah Luqman. Entah mengapa diri ini terlalu gemarkan membaca surah ini. Mungkin surah ini telah sebati dekat dalam jiwa ini, kerana surah ini merupakan diantara surah-surah yang kerap kali menitir dibibir mungil ini (mungil ke? Ah lantak ler..hehehehe..) semasa aku mengandungkan anak-anak aku dahulu.

Pesanan suami ketika aku mula disahkan hamil anak sulung oleh doktor tidak pernah sekalipun aku lupa dari detik itu sehinggalah ke detik ini. Dia menyuruh aku supaya sentiasa mengamalkan membaca tiga surah iaitu Surah Maryam, Luqman dan juga Yusuf setiap kali seusai menunaikan solat. Dan Alhamdulillah..surah-surah itu sentiasa menitir dibibir ini sepanjang tempoh kehamilan anak-anak aku sehinggalah kini. Mungkin sudah terbiasa.

Hari ini, entah bagaimana, mungkin terlebih rajin. Dan mungkin ada sedikit kekangan masa yang terluang. Hati ini tergerak untuk membaca Tafsir Al-Quran (Rasm Uthmani). Iya lah..sebelum ini aku main redah baca aje ayat-ayat Al-Quran tuh tapi tak pernah ambik tahu apa yang terkandung dan tersirat disebalik Surah Luqman itu.

Sedang ralit aku membaca, tiba-tiba hatiku ditimpa rasa hiba. Jauh disudut hatiku terasa begitu sayu. Tanpa sedar kelopak mata ini basah digenangi air mata yang aku sendiri tidak sedar bila ia mula menakungi kelopak mataku. Terpaku! berfikir barang sejenak dua....

" Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah pada hari yang ( ketika itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun. Seseungguhnya janji ALLAH itu benar, maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan, dunia dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) ALLAH.

Sesungguhnya di sisi ALLAH ilmu tentang hari kiamat, dan dia yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (DGN PASTI) apa yang akan dikerjakan esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-NYA."

Surah Luqman:Ayat 33&34

Terasa terlalu kerdil diri ini. Terlalu banyak kekhilafan. Kita tidak tahu apa yang kita lakukan hari ini, di dunia ini bagi kita adalah sesuatu yang cukup baik tetapi bagaimanakah penerimaan ALLAH terhadap kita dan segala yang kita rasakan itu?

Kalau di dunia ini, kita rasa segala perbuatan dan kebaikkan kita seolah-olah kita akan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak, tetapi belum tentu lagi bagi ALLAH S.W.T.

Kesimpulannya, usahlah kita menganggap keji atau buruk sesuatu perkara kerana mungkin 'sesuatu' yang pada pandangan kita buruk sebenarnya mulia di sisi ALLAH S.W.T. Hanya dia Yang Maha Mengetahui.

2 comments:

  1. silapnya kita adalah kita banyak diasuh untuk mengaji dgn tajwid yang betul, siap dgn tarannum untuk menyedapkan bacaan, tanpa tahu tafsir ayat-ayat yang kita baca tu...

    cuma pandangan peribadi.. :)

    ReplyDelete
  2. GB, Sebenarnya saya pun rasa mcm tuh jugak. Membaca tanpa memahami maksud disebaliknya seolah-olah beriman tanpa amal kan?

    Wallahualam.. :)

    ReplyDelete