Saturday, March 5, 2011

Dulu Dan Kini...

* Resolusi gambar tak brp cantekk

Petang tadi, teacher Sara datang dekat farmasi hantar 'homework' yang tertinggal. Dia cakap dekat aku dah call banyak kali, tapi tak berjawab. Sorry! sebab handset tengah tambah 'power' kat belakang kedai, jadi aku tak perasan..miahahaha.. Bagus betul punya guru macam ni kan. Anak tertinggal homework pun dia sanggup datang hantar. Terima kasih bebanyak la ye Puan Amy :)  Jasa mu dikenang!

Baru sekejap tadi aku kerahkan 'Princess' Sara (princess tu gelaran yang dia bagi utk diri dia sendiri. Ada jugak kanak-kanak mcm tu eh?) tu siapkan homework dia. Bukan apa, biasanya setiap hujung minggu kami satu keluarga tak pernah bertapa dekat rumah. Selalu aje ada aktiviti yang kami lakukan. Maklumlah, hanya pada setiap hujung minggu aje kami dapat lihat 'dunia' kerana hari-hari lain kami hanya menjadi 'penunggu' niyang rapik dekat farmasi. Dari pukul 9am sampailah ke pukul 10.30pm. Dahsyatkan waktu bekerja kami. Sampai belok tulang pinggul..hehehhe..

Sambil duk meneman si princess tu buat kerja, tetiba teringat pulak zaman aku ditabika dulu. Banyak betul perubahan. Masa aku umur 6 tahun dulu, takdelah nak buat kerja sekolah. Bukan taknak buat tapi cikgu memang tak pernah kasi. Masa tu baru nak belajar mengenal ABC. Anak aku yang baru berumur 5 tahun dah buat soalan yang macam budak sekolah rendah. Haiii...(mengeluh) betapa kehadapannya budak-budak zaman sekarang kan?

Kalau dulu pergi tadika, hari-hari mesti main dengan 'plasticine'. Buat keropok la..buat bunga la dengan plasticine tuh. Lepas tu belajar baca doa. Bermacam-macam doa dan juga belajar mengenal ABC sampai Z. Dulu dan kini..terlalu banyak perubahan. *sigh*

Tapi, alhamdulillah princess cepat belajar. Menurut teacher dia, sekarang tahap bacaan dia telah mendahului pelajar tahun 6. Alhamdulillah Ya Allah.. Amin!

Lega. Tetapi terselit jugak rasa bimbang dekat dalam hati ni, kerana kanak-kanak sekarang semuanya pandai-pandai belaka. Masing-masing seolah-olah berlumba-lumba untuk mendapat yang terbaik. Para ibu-bapa semuanya dah 'advance'. Sentiasa mendahulukan pelajaran. Maklum ajelah..orang yang berilmu akan dipandang mulia di mata masyarakat kini.

Harapan, mami doakan supaya setiap jalan yang anak-anak aku lalui tidak kira walau sesukar mana pun..harap-harap Allah akan memberkatinya. Tunjukkilah jalan yang lurus kepadanya. Permudahkanlah setiap urusan perjalanan hidunya. Jadikanlah anak-anakku seorang anak yang soleh dan solehah. Seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya.


AMIN!!!

4 comments:

  1. amennn..moga jadi ank yg solehah hendaknye princess sara~angg~

    ReplyDelete
  2. amin...tahniah utk sara,.mudah2an sentiasa terang hati..lagipun zira,berkat doa kita sebagai ibunya kan...
    btw,silibus SRK memang advance kan,Irham dah masuk darjah 1 mengulang semula apa yg dah diajar di SRK..hehe..sian plak..tapi nak wat mcmner kan,kena laa ikut apa yg dah cikgu suruh...;)

    ReplyDelete
  3. Anonymous: InsyaALLAH Amin!

    Thanks.

    ReplyDelete
  4. Shida: ye betul tu akak. Harap2 Irham pun sama. :)

    ReplyDelete