Sunday, March 13, 2011

Semalam...Ku bermimpi


2-3 minggu lepas, aku ada bertanya dengan kawan-kawan mengenai sesiapa yang tahu dekat mana boleh dapatkan tukang urut dekat area tempat aku tinggal. Adalah sorang dua yang mengesyorkan tukang urut pada aku. terima kasih yea! Tapi belum berkesempatan untuk menjengah ke rumahnya lagi.

Sebenarnya, kaki aku selalu terasa macam ada aliran elektrik mengalir..jari tengah sebelah kiri. Kalau tersentuh aje, terus rasa.

Semalam, aku bermimpi berjalan-jalan dekat sebuah kampung. Cantik sangat.. Tetiba ternampak sebuah pondok usang tapi interior dia cantik sangat macam ala-ala spa gitu. Tetiba aje terjengul sorang perempuan setengah abad macam tu la kot. Dia mempelawa aku masuk ke 'rumahnya' itu. Kemudian dia terus pegang kaki aku dan urut pada bahagian sakit itu.

"Anak ni sakit kaki dah lama kan?." aku hanya mengangguk sahaja. " Mari sini, nenek tolong tengokkan."
Aku biar sahaja kaki ku di urut oleh nenek itu. Tak banyak cakap. Akhirnya nenek tu cakap, " Dah siap!"

Tetiba aku terkejut dari mimpi..masih lagi tidak lupa pada jalan cerita mimpi aku itu. Kemudian aku cuba gerakkan kaki aku..cuba tarik2 jari itu..cuba lipat-lipatkan jari tu.

"Ya Allah!" kaki ku dah takde lagi rasa sakit seperti sebelum ni. Sampai ke hari ini pun rasa sakit itu dah takde.

betul ke? atau ia hanya sekadar mimpi. Mimpi hanya mainan tidur???

notakaki:- masa aku terkejut dari mimpi, aku tengok jam masa tu baru pukul 3.30am.

2 comments:

  1. kuasa Allah kan...siapa yang tahu...Alhamdulillah lega dah kaki zira..buleh g jalan jauh sikit...hehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..

    hahahha..jauh mana la sangat kita berjalan.xmcm org tuh..:p

    ReplyDelete