Wednesday, March 30, 2011

BILA SUAMI MULA MEMUKUL

Tajuk kat atas tuh adalah topik yang dibincangkan dalam rancangan 'Wanita Hari Ini' semalam. Ingatkan nak post semalam,tetapi disebabkan ada sedikit kemalasan so tertunggak la sampai ke hari ini.


Kenapa ya ada sesetengah suami sanggup memukul si isteri? Bukan ke isteri adalah amanat Allah kepada suami dan suami sekaligus ditugaskan untuk melindungi kaum-kaum hawa yakni isteri mereka dan juga memberi nafkah zahir dan batin. Sebagaimana sifat Rasulullah s.a.w kita yang selalu membelai dan memeluk isteri-isteriNya. Walaupun isteri ada membuat kesilapan tetapi ditegur dengan cara yang baik dan penuh berhemah.

Sedih sangat bila aku mendengar luahan pemanggil rancangan tersebut, yang mana hampir 25 tahun hidup sebumbung dengan si suami yang kaki pukul. Menderita zahir dan batin tetapi sentiasa mendoakan kepada Allah S.W.T agar dilembutkan hati suaminya. Masih bertahan dengan sikap suaminya.

Wanita yang sebegini bila diajukan soalan kenapa taknak tinggalkan suami, jawapanya adalah:-


  • Disebabkan anak-anak yang masih kecil.
  • Tak tahu macam mana nak besarkan anak-anak,nak beri makan apa kpd anak2.
  • Saya tidak bekerja dan sebagainya


Dan ada juga kes yang mana, si isteri menunggu saat-saat apabila anak-anak dah meningkat dewasa, si isteri pula akan meminta untuk dilepaskan oleh si suami kerana sudah tidak dapat bersabar lagi.

Dimanakah letaknya sifat perikemanusian itu? Bukankah tujuan perkahwinan itu sendiri adalah untuk ketenangan dan ketenteraman sebab itulah wujudnya slogan " RumahKu SyurgaKu".

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana mengurniakan aku seorang suami yang amat menyayangi aku dan anak-anak serta dapat membimbing aku ke arah kebaikkan. Semoga rumahtangga kami diberkati dan diredhai oleh Mu Ya Allah. Amin!

ALHAMDULILLAH.

4 comments:

  1. tu nmnya manusia, bila hendak lain, dh dpt lain, sblm dpt brjnji mesra, dh dpt lupa tggjwb n amnat, mcm hr ni dlm sokabar, suami pukul isteri mengidam, sgguh bodoh, kita tgok istri mgndung smp ht pnuh rs ksian, ini lg dpukulnya...

    ReplyDelete
  2. risau pulak nak kawen kalau mcm ni. harap2 kite dapat suami yg baik nanti...

    *gambar masjid tu superb!!

    ReplyDelete
  3. Mashidania: ha'ah kan.tak faham la apa sebenarnya org lelaki yang macam tu nak..sbb tu org lelaki ni kena kuat iman barulah xjd perkara2 mcm tuh.

    ReplyDelete
  4. Gadis bunga: hahahaha...xyah risau GB.GB kan baik mesti dpt pasangan yg baik juga nnt..InsyaAllah!

    *thanks..

    ReplyDelete