Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU..CIKGU!


CIKGU, KAU IBARAT LILIN YG SANGGUP MEMBAKAR DIRI DEMI MENERANGI KEGELAPAN ORANG LAIN.




Tahun 1990
Masih basah dalam lipatan memoriku. Bangun seawal pagi dengan suatu perasaan yang tak boleh digambarkan oleh aku sendiri pada waktu itu. Suka, takut, nak menangis pun ada. Semuanya telah bercampur gaul dan telah menjadi satu adunan yang hampir sebati dalam diri aku. Ini kerana tahun itu merupakan tahun aku bergelar seorang pelajar tahun 1 dengan rasminya.

Hari pertama aku menjejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah. Masa itu aku ditempatkan di dalam kelas 1 Bakawali atau 1B. Aku memerhatikan suasana kat dalam kelas aku. Tiba-tiba terbit perasan takut kat dalam hati ini. Dan sepantas kilat, air mataku meluncur laju. Aku takut sebab tidak ada seorang pun yang aku kenal kat dalam kelas itu.

Tiba-tiba, datang seorang guru dan guru itu memperkenalkan dirinya.. Cikgu Khairil. Masa itu mata kami bertentangan buat seketika. Aku mengalihkan pandangan mataku kerana aku tidak mahu guru tersebut melihat aku nangis. Aku malu! Tiba-tiba aku dapat rasakan seseorang berada hampir dengan ku. Bila aku mengalih pandang ke sisi..ohw, cikgu Khairil rupanya. Cikgu Khairil bertanya padaku, " Kenapa nangis?". Aku pun menjawab, " Saya takut cikgu,sebab kawan-kawan saya tak de kat dalam kelas ni. Boleh tak kalau saya nak duduk sekelas dengan kawan-kawan saya?". Aku melihat cikgu Khairil mengangguk. Ah! lega. Selepas itu Cikgu Khairil mengajak aku pergi ke kelas 1 Dahlia (1D). Di sana aku nampak ramai kawan-kawan aku yang berada di dalam kelas itu. Setelah berbincang dengan guru kelas aku yang baru,maka aku bersetuju untuk ditukarkan kelas ke 1 Dahlia. Aku suka sangat!

Tahun 1992
Aku ditempatkan di dalam kelas 3 Anggerik (3A) yang merupakan kelas pertama di antara kelas-kelas lain.Pernah pada suatu hari tu, ayah aku ada kerja. Jadi dia tak dapat menghantar aku ke sekolah. Ibu aku mengajak aku tunggu kat tepi jalan depan rumah. Hasrat ibu aku untuk menahan mana2 kenderaan kawan-kawannya supaya aku boleh ditumpangkan untuk ke sekolah. Tiba-tiba, cikgu Khairil tiba dengan motosikal yamaha RS 100 (mcm tu la kot sbb aku pun dh ingat2 lupa) berhenti di hadapanku. Setelah berbicara yang aku sendiri tidak ambil tahu perbutiran percakapannya. Kemudian ibuku menyuruh aku naik motosikal bersama dengan guruku. Sampai aje kat sekolah, aku masih lagi ingat ramai mata yang memandang pada aku ketika itu. Aku malu sangat. Maklum ajelah tempat parking kenderaan guru berada di dalam kawasan sekolah. Betul2 bersebelahan dengan kantin sekolah. Aduh! aku macam biasa la. Cepat-cepat turun dari motosikal dan terus berlari menuju ke kelas aku. Terlupa untuk ucap terima kasih pada guru tersebut. Aduh! macam kacang lupakan kulit pulak terasa. Sebenarnya, aku bukan sengaja. Masa tu aku dah terlewat untuk masuk kelas sebenarnya. Dalam hati terkilan!

Tahun 1994
Aku tak dapat siapkan 'homework' yang diberikan oleh Cikgu Razzak kepada aku. Sebenarnya aku terlupa. Kalau korang nak tahu, dulu di sekolah aku adalah seorang yang kuat bersukan. Aku mewakili sekolah dalam sukan bola jaring dan bola baling. Jadi, seingat aku masa tu terlalu sibuk dengan perlawanan bola baling antara Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong. Lantas aku terlupa menyiapkan 'homework' yang ditugaskan untuk aku. Subjek alam dan manusia.. masak aku kena denda dengan Cikgu razzak. Berdiri di atas meja dan kena rotan satu kali di tapak tangan. Pedih giler..patah pembaris kayu yang berwarna kuning. Cuba kamu bayangkan kuat mana sampai patah pembaris tuh. tapi aku tak nangis masa tu sbb aku tahu aku yang silap.

Tahun 1995
Ini adalah tahun akhir aku di sini. Sepanjang aku berada di sekolah ini, tidak pernah aku duduk di dalam kelas yang tercorot. Berkat tunjuk ajar cikgu-cikgu aku semua, Alhamdulillah aku mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan UPSR.  Teringat lagi pada malam last perkhemahan sekolah. Aku dilantik untuk mejadi Pengerusi Puteri Islam walhal pada masa itu aku telah menyertai pasukan pengakap.

Aku juga masih mengingati guru muzik aku iaitu Cikgu Nazriah a.k.a kakak angkat aku. Juga merupakan cikgu sukan aku. Aku dulu merupakan salah seorang ahli kelab muzik. Pernah jugak mewakili sekolah dalam pertandingan koir dan nasyid. Cikgu Nazriah ni baik sangat. Dia pernah datang ke rumah aku dan aku juga pernah bermalam di rumah sewa Cikgu Nazriah. Aku pandai bermain keyboard pun atas ehsannya yang sudi mengajar aku setiap kali aku menemaninya di rumah sewa dahulu. Terima kasih cikgu!

Satu lagi kisah aku bersama dengan guruku iaitu Cikgu Mat Ngah. Dia merupakan guru bahasa Inggeris kepada pelajar 6 KENANGA (6 Elit). Sanggup aku dan rakan-rakan sepakat untuk mengayuh basikal ke Kg Seberang Takir untuk pergi melihat isteri kepada Cikgu Mat Ngah yang masa itu baru lepas bersalin anak yang ke 4.  Masa kami semua bertandang ke rumahnya, dia cakap rumah dia tidak ada apa-apa untuk dijamukan kepada kami semua. kami cakap tak mengapalah cikgu, tak payah susah-susahkan diri cikgu untuk    buat semua tu sebab kita org smua tak kisah. Last-last, kita org smua dipaksa oleh cikgu untuk memasak dekat umah dia plak. Lucu terasa. Tapi suka sangat masa tu sbb cikgu tukang jadi pemerhati kepada kita org smua. Selepas selesai semuanya dan perut pun dah kenyang makan dari hasil air tangan kami smua..cikgu  cakap, OK! lulus. dah boleh jadi isteri org . Hadoi!! kami baru berumur 12 tahun masa tuh cikgu. Belum layak lagi. basuh berak anak pun belum tentu lulus lagi thehehehehe...

Kini, hampir 20 tahun berlalu...sesungguhnya aku teramat merindui waktu2 dulu ketika aku begelar 'anak murid' kepada guru-guruku. Terima kasih cikgu di atas semua jasa-jasamu. Aku tidak pernah mendendami mu walaupun aku pernah kena marah dan pernah kena pukul olehmu. Sesungguhnya apa yang kamu lakukan itu adalah demi untuk kebaikkan diriku. Itu semua kujadikan bekal untuk aku terus meniti dan melukis hari-hari yang bakal aku lalui. Tidak ada satu ungkapan pun yang dapat aku gambarkan betapa aku tersangat-sangat ingin mengucapkan jutaan trima kasih kepada kamu. Hanya dengan secalit doa yang akan mengiringimu agar kamu semua bahgia dalam setiap langkahmu. Dan hingga ke hari ini, setelah aku di usia sekarang, aku masih lagi mampu untuk mengingati semua detik-detik dan saat-saat bersamamu dahulu. Sesungguhnya jasamu amat ku kenang sampai bila-bila. Cerita ini akan aku khabarkan kepada anak-anakku kelak agar mereka turut sama menghargai jasamu guru. kaulah pendidik nusa bangsa!

Selamat Hari Guru!
Buat semua cikgu-cikgu terutama cikgu2 yang pernah berkongsi ilmunya dengan aku suatu masa dahulu.

4 comments:

  1. Uncle pernah ada cita-cita nak jadi guru...

    Guru silat....

    ReplyDelete
  2. saya penah jadi cikgu suka2 kat umah. ajar adik dgn kawan2 dia.

    sekali tu je la diorang datang. heheheh~

    ReplyDelete
  3. Uncle GEDEK : Habis sekarang dh jadi ke belum guru silat? :P

    ReplyDelete
  4. GADIS BUNGA : Kenapa sekali je dorang datang? Garang sangat ke? wakakaka

    GB, gurau je he he he..

    ReplyDelete