Saturday, May 21, 2011

ILMU ALLAH TIDAK BERTEPI

Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.

- Surah Al-Kahf (18:109)




Semakin banyak yang aku cuba untuk mempelajari sesuatu...
Rasanya, semakin banyak yang aku tidak tahu.
Semakin banyak pula yang aku kena pelajari


Semakin aku cuba untuk menggalinya..
Sampai ada suatu ketika, suatu saat dan suatu masa
Aku berasa terlalu penat.. 
kerana terpaksa menggalinya dengan lebih dalam... dalam.. dan dalam
Hingga ke dasar... hingga ke akar umbi..
Betapa luasnya ilmu ALLAH
Ilmu-NYA yang tidak bertepi.


Ya ALLAH..Berkatilah aku dalam setiap ilmu MU yang aku timba
Sesungguhnya ilmu yang aku cari bukanlah untuk bermegah-megah
Tetapi untuk menjadikan aku sebagai seorang mukminah yang mempunyai akhlak yang mulia dan tinggi
Bukan sahaja mendapat kemuliaan di dunia
Malah..mendapat darjat yang tinggi di sisi MU Ya ALLAH..
AMIN YA RABBA Al-AMIN!

6 comments:

  1. terasa sangat baca ayat kat atas. betapa luas nya ilmu Allah tu.

    ReplyDelete
  2. tuh la..kite manusia jgn sekali2 rasa pandai sebab apa yg kite rasa pandai sgt tu, cuma setitik kecik dari setitik kecik ilmu Allah yang dia bagi kat kita. semoga Allah redha akan ilmu yg dikurniakannya terhadap kita semua. amin...

    ReplyDelete
  3. Foto = berbakat.

    Menulis = pon berbakat!

    ReplyDelete
  4. @NUR AYUNI : dlm hadis pun ada berkata tuntutlah ilmu sampai ke negeri china,sy tuntut ilmu kt malaysia ni pun xhbs lagi muahahaha.. *insert muka gula-gula*

    sbnrnya nk bgth,betul apa yg ayuni ckp kt atas tu he he he..

    ReplyDelete