Monday, May 23, 2011

HUSNU DZHON..BERSANGKA BAIKLAH...


" Amri tu bekerja siang malam duk cari duit. Harta dah bertimbun-timbun. Agaknya bila mati besok, dia nak bawak masuk kubur kot."


Pernah tak korang semua terdengar atau mendengar keluh kesah, cakap cakap atau bunyi bunyi ayat sarkastik seperti di atas ataupun yang sewaktu dengannya??
Aku?? pernah..dan acap kali mendengarnya.

BETUL!!!
Harta memang tidak boleh dibawa bersama apabila kita mati. Apa yang boleh dibawa hanyalah bekalan amalan-amalan yang baik yang kita lakukan di dunia sepanjang kita hidup.

AKAN TETAPI...
Kerja itu juga merupakan satu ibadah bukan? 
KERJA, merupakan kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapat upah dan ganjaran.
IBADAH, bermaksud kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan ALLAH yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNYA.

APABILA DIGABUNGKAN..
Ini bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan ALLAH S.W.T
Sesungguhnya bekerja amat dituntut oleh islam bagi membolehkan umat manusia mendapat rezeki kurniaan ALLAH, secara tidak langsung menjadi mekanisme memakmurkan muka bumi ALLAH. Setiap pekerjaan yang pada lahirnya tidak dilarang oleh ALLAH, tidak akan menjadi baik melainkan apabila amal itu terbit daripada niatnya yang baik,bersih dan tulus kerana ALLAH.

ALLAH Taala berfirman:
"Kemudian setelah selesai solat,maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan ALLAH, serta ingatlah ALLAH sebanyak-banyaknya.(dalam setiap keadaan),supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)
Surah al-jumaah: ayat 10



P/S:- Lebih baik bekerja daripada meminta-minta. Sentiasa bersangka baik kepada smua org kerana, jika hati manusia baik dia tidak akan mengata mengenai perkara-perkara yg tidak baik serta tidak betul.


6 comments:

  1. Blogwalk bagi baik daripada meminta-minta....

    Tu gambar kat indon, kan?

    ReplyDelete
  2. ayu pernah dengar.. bagus sangat entri ni kak. sekali gus bagi pengajaran kepada saya.

    ReplyDelete
  3. PHD. malas nak layan, heheh.

    layan gambo lagi baik. cun gambo!

    ReplyDelete
  4. @GEDEK : stuju uncle!

    yup..kat sana ramai yg duk jual kat kaki lima dgn basikal roda tiga tuh. hehehe

    ReplyDelete
  5. @NUR AYUNI : Sbnrnya apa yg akak tulis kt atas tu merupakan peringatan utk akak juga dik. :)
    manusia mana yg xpernah buat silap kan?

    ReplyDelete