Tuesday, May 10, 2011

BANDUNG..Here We Come!! Part 2

Ini adalah pengangkutan yang kami gunakan sepanjang kami berada di Bandung. Menurut pemandu kami En. Adi, kenderaan ini asalnya sebuah lori tetapi telah dimodifikasikan oleh orang-orang disana dan di daftarkan sebagai PARIWISATA yang bermaksud 'Bas Pelancong' gitu.(kalau diMalaysia ler)

Yang ganteng kat atas tu la Encik Adi, merupakan pemandu kami sepanjang kami berada di sana. Adi ni orangnya baik banget dan pemalu HaHaHa.. Tapi tabik spring la kat mamat ni kan dalam bab parking-memarking neh...pergh~ Bagus betul komunikasi dorang bila tiba saat nak park kereta. kalau di malaysia, Nauzubillah.


Restoran Simpang Raya
Ini restoran yang pertama kami singgah sebaik sahaja kaki berpijak di bumi Bandung. Maklumlah sampai di sana dalam kul 2pm macam tu la kot. Aku pun tak berapa pasti. So, perut masing-masing dah berkeroncong, bukan setakat berkeroncong shj tp dah berkocak dah HeHeHe.. 

Terlalu banyak juadah dan lauk pauk yang dihidangkan untuk kami. Sampai dah tak tahu nak pilih lauk yang mana satu. Dah rambang mata orang cakap. Fuhh~


Antara lauk-pauk yang sempat di snap sblm makan.

Kalau dari segi rasa, makanan dekat sana takde lah banyak perbezaan sangat dengan makanan di Malaysia. Cuma kena hati-hati la dalam pemilihan tempat makan sebab kadang-kadang ada restoran yang memasak makanan yang halal dicampur sekali dengan yang tidak halal. 




2 comments:

  1. Gadis Bunga : cembese tu apa ek? cam best ye. kalau betul apa yg sy teka tuh, ha'ah best la jugak he he he sbb leh kenal tmpt org..anyway thanks ya!

    ReplyDelete