Monday, August 1, 2011

MANISNYA KURMA.....ngeeeeee~


Suatu hari Rasulullah s.a.w telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud : " Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang muslim, apakah pokok tersebut?"


Sunnah berbuka dengan kurma.
Gambar di atas adalah hiasan semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan entry aku kali ini ngeeee~


Hingga ke hari ini, aku masih lagi tercari-cari jawapan kepada pertanyaan ku sendiri. Sebelum arwah ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. 3 hari sebelum arwah tiada, dia ada datang menemui aku dengan membawa sebiji buah labu. Masa itu, aku baru aje habis berpantang anak ke-2.

Masa itu, hati aku tertanya-tanya jugak. Kenapa Bak (panggilan untuk arwah) bawak buah labu untuk aku? Sedangkan Bak tahu yang aku memang tidak menggemari buah labu. Dan sampai ke hari ini, aku masih tak dapat nak kaitkan peristiwa buah labu tersebut. Kerana hanya aku sahaja yang dapat 'sesuatu' dalam keluarga aku. Adik-beradik lain arwah bak tak tinggalkan apa-apa. Cuma bak aku ada cakap dekat abang aku, " Jangan halang kalau bak nak pergi jauh."

Hari ini, melalui pembacaan..aku mendapat sesuatu..

Rupa-rupanya...

RASULULLAH S.A.W MENGGEMARI BUAH LABU.

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan : "Rasulullah s.a.w ialah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali diberikan makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan menghidangkan buah labu di hadapan Baginda kerana saya tahu bahawa Baginda menyukainya."

(Riwayat Ahmad, Al-Darimi, Al-Nasa'i dan Abu Daud)



Arwah juga sangat menggemari buah labu.  Al-fatihah buat arwah Bak. Semoga Bak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan bertaqwa. Semoga Arwah Bak juga menjadi salah seorang penghuni Syurga ALLAH.. Amin!


10 comments:

  1. em, ya..
    Rasul kita mmg suka buah labu

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah...

    Saya baru tahu bahawa Rasul SAW suka buah labu. Saya pun suka, lebih2 lagi dimasak lemak. :)

    ReplyDelete
  3. @alien : Ya,Sy pun baru dpt tahu hari ini. :)

    ReplyDelete
  4. @Daddy Ziyyad

    Terima kasih :)
    Slps peristiwa tuh,sy bawak balik buah labu bg kat mak dan masak..kitaorg pun mkn beramai2.
    mmg best rupanya buah labu msk lemak..

    ReplyDelete
  5. salam Ramadhan Azira..
    :)

    Al_Fatihah buat arwahBak

    ReplyDelete
  6. alfatihah wat Bak k.ira..smoga rohnya dcucuri rahmat

    ReplyDelete
  7. @DrSinga

    Salam Ramadhan Doc.
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  8. alfatihah untuk arawah Bak...


    *


    labu masak lemak taruk daun kunyit - sedap!!!

    ReplyDelete
  9. @GadisBunga

    Terima kasih GB.
    Ha'ah..nanti nk msk la wat berbuka puasa :D

    ReplyDelete