Saturday, July 30, 2011

~ MEHDI LAGA KE RAKHNA~


"Hiasilah di jari mu dengan inai.."
Macam tu la kot maksudnya...   ngeh3~
Dulu, bila kepala serabut dengan study. Pantailah tempat aku selalu kunjungi. Petang2 drive kete lepak di pesisir pantai..alone!




Minggu lepas, Sara Ummaira asyik  merengek manja agar aku memakaikan inai tiub di jarinya. Kawan-kawan dekat sekolah ramai yang pakai inai katanya. Cantik! Sampai hari ini, dia masih lagi duk membangkitkan kisah inai tu di hadapan ku.

Aku masih ingat lagi, masa dulu kalau nak pakai inai kena pergi cari daun inai dulu. Mana-mana rumah yang ada pokok inai akan menjadi mangsa aku dan kawan-kawan yang tengah kemaruk nak pakai inai pada masa itu. Bila nak petik daun-daun inai tu tak boleh petik sembarangan. Kena pilih daun-daun yang agak tua yang ada banyak bintik-bintik hitam kat atas dia.

Lepas tu, kena buang "tulang" daun sebelum digiling sampai lumat. Bukan setakat digiling macam tu sahaja malah digiling bersama sedikit arang, gambir dan nasi. Kalau bahan campurannya tak betul, inainya tak jadi merah...pucat aje.

Dulu, kalau nak pakai inai kena pakai pada waktu malam sebelum tidur. Kalau pakai waktu siang, takut tak jadi merah sebab kena tegur dek ayam. Bila aku dewasa, aku fikir-fikirkan balik..aku tertawa kecil kerana hati dicuit rasa lucu. Tak pasal-pasal ayam dibabitkan dan dipersalahkan kalau inai yang dipakai  tidak menjadi merah. macam-macam la petua orang-orang lama. Entah apa la kisah disebaliknya.

Hari ini, akhirnya hajat Sara Ummaira tercapai jugak. Dari tadi aku lihat senyuman tak lekang dibibirnya. Adiknya Umar Hakimi pun sibuk jugak nak pakaikan inai di jarinya ermmm.. 
Korang suka pakai inai tak???

p/s: Orang-orang lama  mmg banyak petua kan? Aku, orang 'baru' yang tak pernah nak ikut petua orang 'lama'. Isk~
Perlu ke ikut petua-petua orang dulu kala?

3 comments:

  1. err..rasanya kita sama kot. saya pun jenis tak suka ikut petua dan suka langgar pantang larang org tua.

    tang inai tu, dulu rajin jugak la tlg taruk inai kat jari cousins. inai daun ni. giling. bau wangi je.

    zaman la punye inai bau yg dalam tiub tu mcm poster colour. hahaha~

    ReplyDelete
  2. @GadisBunga : Gb, inai pokok lagi lawa color dia. semulajadi merah tu..cantik! bau pun wangi ermmm.

    pasal petua tuh, kita selalu kena marah dgn mak kita sbb dia ckp org tua2 dulu wat cam tu sbb bersebab katanya hehehehe..

    ReplyDelete
  3. pantai mmg menenangkan... pergi la merata dunia mana pun xkan sama pantai paka dan pntai dungun.. sgt menenangkan:))

    ReplyDelete