Friday, July 1, 2011

AKU PERNAH...


Pernahkah kau mendongak ke langit, melihat burung-burung yang bebas berterbangan di udara dan lantas kau menjerit keghairahan, meminta ia membawamu terbang bersamanya?

AKU PERNAH.

Pernahkah kau berlari-lari di titian batas, di kiri kanan dikelilingi rimbunan padi yang menguning subur. Daun padi yang meliuk lintuk melambai dalam kehijauan semilir angin membelai syahdu sehinggakan kamu pernah mengimpikan bahawa kamu akan selamanya menikmati keindahan itu?

AKU PERNAH.

Pernahkah kau menjerit memanggil nama ayahmu di dalam wad ICU setelah doktor mengkhabarkan berita bahawa ayahmu telah dipanggil mengadap ILAHI. Berjuraian air mata mengalir tanpa henti sambil membaca surah yasin di sisi sekujur badannya, disaksikan oleh doktor-doktor dan jururawat. Merasakan yang kamu seolah-olah kehilangan satu tempat bergantung harap,merasakan kamu seolah-olah kepatahan sebelah sayap?

AKU PERNAH.

Pernahkah kau berlari di gigi air sambil mendengar nyanyian ombak yang tidak pernah jemu memukul pantai, lalu kau tersenyum dan mengibaratkan cinta kekasihmu adalah ombak dan hatimu adalah pantainya?

AKU PERNAH.

Tapi itu semua telah berlalu..
Itu semua kisah dahulu..
itu semua sebahagian dari kisah hidupku.
Sekali dalam seumur hidupku.
Walaupun aku dipaksa untuk melupakan semuanya..
Aku pasti tidak akan dapat menyingkirkan kenangan itu dari lipatan memoriku.
Aku hargai detik itu walaupun ada masanya pedih menghiris kalbu..
Ada masanya aku seolah-olah terbang ke langit
Sesungguhnya kenangan itu tidak ternilai bagiku..
Sentimental value..


Belajarlah menghargai setiap apa yang pernah berlaku dalam hidup kita. Kerana kita mungkin tidak akan merasainya untuk yang ke dua kali..


4 comments: