Tuesday, October 11, 2011

RESTING.....



Seronoknya kalau setiap malam macam ni..berehat sambil membaca dan menonton tv. Akan ku tunggu saat itu. Tapi...bila?? hurmmmm


Entry ni sebenarnya dah lama aku nak share dengan kawan-kawan semua. Tetapi, memandangkan aku kesuntukkan waktu untuk duduk berlama-lama di hadapan pc maka terpaksalah ditangguhkan dahulu buat sementara waktu.

Sebenarnya macam ni ceritanya,  aku selalu mendengar keluhan rakan-rakan mengenai para suami yang sentiasa mengambil peluang dan kesempatan di atas kebaikkan para isteri yang mana telah meninggalkan kesan dan sedikit terkilan di hati ini. Alhamdulillah, setakat hari ini Allah s.w.t masih lagi pelihara rumah tangga aku daripada perkara-perkara yang tidak baik. Semoga biarlah segalanya berjalan dengan baik dan sentiasa berada di bawah lembayung Allah s.w.t hendaknya....amin!  Insya Allah.

Pada pendapat aku, suami dan isteri sebenarnya adalah saling melengkapi antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai kelemahan dan kekuatan. Kelemahan yang terdapat pada isteri akan ditampung oleh suami. Dan begitulah sebaliknya. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah, ayat yang ke-187 yang bermaksud :-

".....mereka itu (yakni isteri2 kamu) pakaian bagi kamu, dan kamu pula pakaian bagi mereka..."

Dan bagi kaum Adam pula, janganlah kamu menganggap kelemahan dan kekurangan isteri adalah merupakan satu tiket untuk kamu mencari pasangan lain. Sebaliknya didiklah mereka agar menjadi isteri yang solehah. Kerana untuk ada isteri empat mudah sahaja tetapi untuk mendidik isteri agar jadi seorang isteri yang solehah dan cerdik pandai bukanlah mudah dan ianya memerlukan kebijaksanaan para suami sebagai ketua keluarga. Mengajar isteri bukanlah dengan cara mengherdik, menyindir, menghina dan meninggikan suara seolah-olah ingin menunjukkan kekuasaan kamu sebagai ketua keluarga. Tetapi ajarilah mereka dengan penuh kelembutan. Insya Allah, para isteri pasti akan cair bila melihat suami mereka melayan mereka dengan penuh berhemah.

Sebagai ketua keluarga, kamulah yang perlu terlebih dahulu melayan dan bergaul mesra dengan isteri sebaik mungkin. Secara fitrahnya, lelaki yang mampu menambat hati isteri melalui layanan yang baik dan mesra akan mampu menjadikan isteri yang keletihan kembali bertenaga, menukar ketegangan menjadi ketenangan dan seterusnya menghidupkan suasana yang harmoni dalam keluarga.

Sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa' ayat yang ke-19 yang bermaksud :-

"....dan bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu itu dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikkan yang banyak (untuk kamu).

Pokok pangkalnya, yang paling penting ialah kedua-dua pihak suami dan isteri hendaklah saling memahami antara satu sama lain, memahami tugas dan peranan dalam rumah tangga, bertolak ansur, hormat menghormati dan saling sayang menyayangi adalah kunci keharmonian dan kebahagiaan keluarga.

p/s : Dan ingatlah, syurga bagi isteri..terletak di bawah tapak kaki suami. Selamat beramal dan renung-renungkanlah :)



2 comments:

  1. ayu belum kawen , tapi bila tengok papa dan mama, mmg kedua2nya saling melengkapi. suami isteri harus bertolak ansur dan memahami. kalau tak, punah la kot mahligai.

    *ketua keluarga tonggak kejayaan. :)

    ReplyDelete
  2. saya nak suami nanti jadik bestfriend saya jugak. :)

    zira, boleh add saya kat fb kat http://www.facebook.com/fadzilah.omar

    :)

    ReplyDelete