Saturday, June 11, 2011

TERENGGANU JUARA PIALA FA 2011 !!!!!!!


Sumber gambar :    JUARA PIALA FA 2011


First of all... 
CONGRATULATIONs for Turtles Scuad kendalian Irfan Bakti di atas kemenangan Pasukan Terengganu yang berjaya merangkul Piala FA 2011. 
Hebatttt...Hebatttt...

Sebenarnya, aku bukanlah peminat tegar bola sepak. Entah macam mana, semalam tersangkut pulak. Rasanya sebab yang pertama, semalam team Ghanu  yang main.. so aku sebagai anak jati terengganu memberi sokongan yang jitu gitu..chewahhh. takde jitu nyer pun He hE He...
Reason no 2, ni sebab hubby aku sibuk nak tengok bola..bola.. tapi.. masa kelantan dapat sumbat gol yang pertama tu dia dah frust dah. Langsung pergi wax kereta dia..hangat-hangat taik ayam betuiiii!

Perlawanan yang mendebarkan pada awalnya. Setelah tiada harapan yang di letakkan. Cuak jugak aku wehh!! Lepas kelantan dapat gol tuh aku siap cakap dekat anak buah hubby aku yang turut sama menyaksikan perlawanan bola sepak tuh. Aku cakap, harap-harap di saat2 akhir akan berlaku keajaiban. Kalau betul berlaku keajaiban itu, dan Skuad Terengganu berjaya merangkul Piala FA..hari isnin ni aku nak puasa.

Dan akhirnya... kuasa Allah siap tahu kan? memang betul-betul berlaku keajaiban apabila Daudsu telah 'ter'jaringkan gol bagi pihak Terengganu. Bagi aku, Daudsu tidak boleh dipersalahkan. Dah rezeki untuk team ghanu. Pada pengamatan aku.. Daudsu seorang pemain yang rajin kejar bola apa.. Urmmm...nampaknya, Besok aku kena berpuasa la. :)

Apa-apa pun tahniah juga kepada pemain Kelantan. kamu bermain cukup baik cuma nasib tidak menyebelahi kamu.

Suka sangat tengok muka penjaga gol terengganu yang selamba dan tenang je walaupun dah lepas satu gol. Memang dia layak menyaingi Fahmi.Semangat juang yang ada dalam team ghanu yang tak pernah putus asa dalam percubaan menjaringkan gol akhirnya membuahkan hasil sekali gus dapat menewaskan team kelantan 2-1. 

Kalah dan menang merupakan adat pertandingan. Tahniah kepada yang menang dan yang kalah cuba lagi akan datang. Kedua-dua pasukan adalah terbaikkk!!!

6 comments:

  1. Uncle mesti penyokong klate neh??? he he he...
    xpuas hati la tuh :P

    ReplyDelete
  2. cak!

    player ganu ada yg kiut2 tak? heheheh!

    ReplyDelete
  3. @Gadis Bunga : tak taulah GB sbb sy sbnrnya xminat bola keh keh keh...~

    ReplyDelete
  4. Malam itu, saya pun jadi penyokong Terengganu..horeyyyyyy!! :P

    ReplyDelete
  5. Oh, by the way, budak yg tidur tertonggeng tu tak semestinya ada masalah worm infestation..tapi safe enough kalau u nak beri dia zentel tu..twice a year

    ReplyDelete