![]() |
Gambar ini aku snap pada hari khamis.
Tapi baru berkesempatan nak meng'upload'nya.
Kebetulan khamis hari tu aku kerja berdua aje dengan suamiku.
Seorang staf balik kampung.
Seorang lagi pergelangan tangan patah..jatuh bilik air katanya.
Seorang lagi berhenti sebab nak pergi sambung belajar.
Semuanya ada alasan yang tersendiri.
Tidak dapat tidak..
Aku terpaksa tolong suami kat farmasi.
Hanya berdua.. dan ..
Ditemani oleh dua orang anak yang sangat baik hati
sebab tak kacau Papa dengan Mami dia wat kerja.
Terima kasih anak-anak mami!
Gara-gara suami aku nak makan mee goreng mamak..
maka sampailah aku ke kedai mamak yang hanya berhadapan dengan bangunan farmasi kami.
" Macchaaaaa!!!! Mee goreng mamak satu."
"Boleh3~"
HAhAHahAHa
Mamak kat kedai tuh semuanya kenal aku sebab aku selalu cakap india dengan dorang.
Nak kata aku peminat fanatik cerita hindustan
mmmmmmmmmmm......
Dulu mungkin kottt!
Kalau tengok pun..hero dia mesti Shah Rukh Khan atau Rhithik Roshan.
Heroin pulak...Kajol, Rani mukherjee, dan Preity Zinta.
Yang lain-lain tu kurang berminat huhuhu...
Tiba-tiba, kuar aje dari kedai mamak..
Terasa nak dongak kepala untuk pandang langit.
Ini memang habit aku sebenarnya.
Kalau tak pandang langit..aku suka tengok bulan.
Aku berlari-lari anak masuk ke kedai farmasi..
dan tergopoh-gapah buat keluar kamera untuk rakam suasana awan pada petang itu.
jadi..gambar kat atas adalah hasil dari pembentukan awan yang sangat cantik pada hari tersebut.
Malangnya gambar tak berapa cantik sebab backlight la pulakkk.
Apa-apa pun.. Marilah kita sama-sama menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH S.W.T. ini.
![]() |
Masjid Terapung, Kuala Ibai. Terengganu. |
![]() |
Golden Hour @ Pantai Merang, Terengganu. |
![]() |
Pantai Merang, Terengganu. |
![]() |
Pantai Mangkuk, terengganu. |