Kalau aku ada kekangan masa, akan ku penuhi masa itu dengan aktiviti-aktivi membaca buku-buku ini di samping aku membaca novel. (Aku kan HANTU. Dah namanya hantu novel mana boleh aku tak baca kan?) Walaupun sebenarnya masa lapang aku ciput ciput aje, tapi masih lagi berpeluang mencari sekelumit waktu untuk aku menambahkan pengetahuan aku ini. HAHAHA..masa itu kan emas, emas itu kan masa??? Lagipun, amalan membaca menjadi tuntutan semua. In reading, a lonely quite concert is given to our minds; all our mental faculties will be present in this symphonic exaltation.
Aku bukan pelukis yang mampu melarikan mata pena di atas kertas, menarikan tarian indah kata-kata yg menyentuh sukma. Aku bukan pelukis yg mampu menukarkan kanvas putih kpd pelangi yg berwarna-warni yg cantik menghiasi pandangan mata. Aku juga bukan penyair yg mampu melagukan rangkap2 kiasan indah yg lembut mengusik jiwa. Malahan diri kerdil ini tidak mampu menjadi pentafsir, yg bijak menterjemah maksud kehidupan. Dan..Aku..bukan siapa2.Aku, tetap aku..begini seadanya.
Tuesday, January 18, 2011
Aku dan Buku
Kalau aku ada kekangan masa, akan ku penuhi masa itu dengan aktiviti-aktivi membaca buku-buku ini di samping aku membaca novel. (Aku kan HANTU. Dah namanya hantu novel mana boleh aku tak baca kan?) Walaupun sebenarnya masa lapang aku ciput ciput aje, tapi masih lagi berpeluang mencari sekelumit waktu untuk aku menambahkan pengetahuan aku ini. HAHAHA..masa itu kan emas, emas itu kan masa??? Lagipun, amalan membaca menjadi tuntutan semua. In reading, a lonely quite concert is given to our minds; all our mental faculties will be present in this symphonic exaltation.
.:Mengharap Petunjuk dari Mu:.
Saturday, January 15, 2011
.::. Law of Attraction
Ya Allah, kenapalah minggu ini aku merasakan yang diri aku ini sungguh tidak bermotivasi. Betul! sungguh! aku tak tipu.tensionnya aku rasa.betul betul macam orang bodoh. ' Bodoh macam lembu '. Hurm, apa kaitannya bodoh dengan lembu ekk? Ironinya orang masih lagi kaitkan " bodoh macam lembu ". Takde plak orang cakap bodoh macam ayam ke, katak ke, apa-apalah yang seangkatan atau segerombolan dengannya. kan? Dah zira dah, ini dah jauh terpesong ni. (istighfar kat dalam hati). Eceh!
Nak update entry ini pun aku rasa macam malas malas dan malas. Penyakit ni dah mula menular dah dalam badan aku. Kalau aku biarkan, maka semakin berleluasalah penyakit 'M' ni bermaharajalela bertakhta kat dalam diri aku. Aish, tak boleh jadi ni. " Apa kes kau nak datang ganggu aku ni wahai Encik M?". Dengan penuh sarkastik aku mengutarakan soalan tadi. Itupun hanya untuk diri aku sendiri. Hahahahaha. "Pergi!.. pergi main jauh-jauh!". Syuhhh! syuhhhh! Macam halau anak ayam tengah makan nasi kat dapur aku plak..thehehhehe
Ok, berbalik kepada titik asal. Menurut pemahaman aku, law of attraction (hukum ketertarikan) ini mempunyai beberapa definisi yang diantaranya adalah seperti berikut :-
" Setiap perkara yang anda fikirkan melalui minda, emosi, gambaran mental dan tutur kata anda. sebenarnya anda menarik ia ke dalam kehidupan." ( Catherine Ponder, Dynamic law of prosperity)
" Setiap perkara yang anda fikirkan dengan segenap perhatian, energi dan konsentrasi minda, samada positif atau negatif, ianya akan datang ke dalam hidup anda." ( Micheal J. Losier, law of attraction)
Ini semua adalah pengertian law of attraction dari persepsi minda orang barat. manakala persepsi dari pemikir islam pula mengatakan bahawa hukum ketertarikan itu adalah sunnatullah. Ini kerana hukum ketertarikan ini sebenarnya telah dinyatakan di dalam al-quran iaitu Firman Allah S.W.T :-
" Barang siapa yang mengerjakan kebaikkan seberat zarah pun,nescaya dia akan melihat (balasan)nya."
" Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (Al-Zalzalah:7-8)
" Tidak ada balasan kebaikkan kecuali kebaikkan (pula)." ( Ar-Rahman:60)
" Ia mendapat pahala (dr kebaikkan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dr kejahatan) yang dikerjakannya." (Al-Baqarah:286)
Hukum ketertarikan ini sebenarnya banyak mempengaruhi dalam kehidupan seharian kita. samada kita sedar atau tidak. Sebagai contoh, sekiranya kita berkawan dengan seseorang yang suka mengumpat, suka menceritakan keburukkan orang lain, suka memikirkan suatu perkara yang negatif mengenai seseorang maka kita secara automatiknya akan melakukan perkara yang sama. Ini kerana tanpa sedar kita membiarkan minda kita, emosi kita dipengaruhi oleh sesuatu yang negatif. sebaliknya pula apabila kita berkawan dengan seseorang yang minat membaca, sentiasa berfikiran positif maka kita dengan sendirinya teringin untuk melakukan perkara yang sama dengan kawan kita itu. Ini kerana tanpa sedar kita membenarkan minda kita, emosi kita dipengaruhi perkara-perkara yang positif. Inilah dinamakan ' Law of Attraction'.
Bak kata orang-orang yang berjaya dan berilmu, " kalau kita hendak menjadi seseorang yang pandai,kenalah berkawan dengan orang-orang yang pandai."
Jadi sebelum kita terlewat, gunakanlah law of attraction yang ada pada diri kita ini sebagai satu platform untuk menjadikan kita sebagai seseorang yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, sumber-sumber pengetahuan saya ini diambil daripada buku ' Quranic Law of Attraction '. Jadi di sini saya tidak menghuraikan dengan lebih padat hanya sekadar mengikut pemahaman saya dan dari sudut pandangan pemikiran saya yang tidak seberapa ini sahaja.
Ilham yang baik datang daripada bacaan yang baik.
Kain berlipat dalam istana,
pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
Secubit budi jadi kenangan.
Friday, January 14, 2011
Puisi Buat Ibu yang Dikasihi
Tuesday, January 11, 2011
"Birrul Walidain"
'Birrul walidain' yang bermaksud berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Ustazah Fatimah yang mengajar subjek syariah islamiah masa zaman aku berada di tingkatan 4 dulu selalu menyebut ayat tersebut. Sebab itulah sampai sekarang aku masih lagi ingat 'Birrul Walidain'.
Sekali lagi, di dalam 'entry' aku ini menyentuh bab pasal Ibu dan Ayah. Bukan apa, kerana ada seorang makhluk Allah ini datang berjumpa dengan aku dan berkongsikan masalahnya serta bertanya pendapat aku tentang masalah tersebut. Di sini aku tak nak menceritakan apa masalah yang dibicarakan olehnya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa. Cuma di sini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger sebuah kisah hikmah yang boleh kita jadikan jalan atau panduan untuk kita melaluinya nanti agar kita tidak akan tersasar dari landasan yang sebenarnya.
Firam Allah S.W.T:
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa... (surah An-Nisa:36)
Anakku, sudah cukup lama ibu hidup dan melihat kamu tumbuh membesar dan mempunyai keluarga. Ibu benar-benar meminta maaf jika selama hayat ibu hidup, ibu membuatkan kamu rasa malu dan marah dengan fizikal ibu yang hanya mempunyai sebelah mata. Tetapi adakah kamu tahu, ketika kamu kecil, kamu mengalami kemalangan dan kamu kehilangan sebelah matamu?
Ibu tidak dapat bayangkan bagaimana kamu membesar dengan sebelah mata sahaja. Pasti kami akan diejek dan menjadi bahan ketawa orang. Jadi, ibu memutuskan untuk memberikan sebelah mata ibu kepadamu sehingga kamu boleh hidup normal seperti kanak-kanak lain. Ibu tidak menyalahkan kamu apabila kamu marah dan malu mempunyai ibu sebegini. Malah ibu bangga kamu boleh berjaya seperti sekarang ini. Pesanan ibu, jagalah anakmu baik-baik hingga dia membesar dan dewasa seperti kamu. ALLAH selalu bersamamu, anakku.
Salam.
Ibu yang selalu mengasihi kamu
Moral daripada kisah ini:-
- Kita tidak boleh melukai perasaan ibu dengan perbuatan dan perkataan yang tidak disukai nya.
- Terimalah mereka seadanya.
- Kita tidak boleh menjauhi ibu atau bapa hanya kerana mereka memiliki kekurangan fizikal.
Sedarkan hati dengan segala kekurangan yang dimiliki oleh ibu bapa. Sedarkan hati bahawa kita lahir daripada ibu yang saat ini ada bersama kita. Apapun kekurangannya, apapun nilai ibu di mata kita. Sedarkan sepenuhnya bahawa dialah ibu yang melahirkan kita.
Mungkin banyak kekurangan yang ada pada ibu bapa kita, hinggakan kita malu dengan kekurangan itu. Hindarkanlah rasa seperti ini, hadapilah dengan jiwa yang tenang. Bahawa setiap orang diuji dan kadang-kadang ujian kita adalh ibu bapa kita sendiri.
Misalnya kita memiliki ibu bapa yang sering bercakap kasar dan bahasanya selalu membuat sakit hati dan sebagainya. Cubalah jadikan itu sebagai ujian dan cubaan daripada Allah. Berfikirlah supaya dapat melembutkannya, berusahalah supaya boleh menjadi orang yang pertama dapat mengubahnya.
Setiap ibu bapa kita adalah unik. Mereka punya sisi sisi yang tidak dimiliki oleh orang lain. Mereka juga selama ini mendidik kita dengan pengetahuan mereka. Jadi terimalah sifat-sifat mereka seadanya. Bukankah selain mereka memiliki sifat buruk, mereka juga memiliki banyak sifat baik. Kenapa selama ini kita hanya fokus terhadap sifat buruknya sahaja???
Tepuk dada, tanya selera..
" falaa taqul lahuma uffin," - maka janganlah berkata kepada kedua-duanya "ah", "cis" atau yang seumpamanya. Jangan memperdengarkan kepada kedua-duanya perkataan yang buruk.
"Wa laa tanharhuma"- dan janganlah kalian membenci kedua-duanya.
" wa qul lahuma qaulan karima"- dan katakanlah kepada kedua-duanya perkataan yang mulia iaitu perkataan yang lembut dan baik dengan penuh adab dan rasa hormat.
Berdoalah untuk mereka, sentiasa, ketika mereka dalam usia lanjut hingga kedua-duanya meninggal dunia dengan doa
" Ya Allah, sayangilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya menyayangiku dan mendidiku semasa aku kecil."
(Tafsir ibnu katsir juz 111 hal 39-40,cet.l Maktabah Daarus Salam Riyadh,Th.1413H)
Monday, January 10, 2011
Sunday, January 9, 2011
Ibu, Aku Sayang Kamu
Duhai anak-anak Umi...Sara Ummaira Dan Umar Hakimi,Pesanan Umi untuk anak-anak Umi yang dikasihi. Setiap urusan atau pergaulan kamu bersama kami iaitu ibu bapa kamu hendaklah kamu jaga dan pelihara segala sikap dan perilaku yang sopan serta disusuli dengan penuh rasa hormat terhadap kami. Dibawah ini, Umi ada senarai pendekkan etika-etika yang harus kamu contohi kelak sehingga kamu dewasa. Semoga apa yang umi warkahkan disini akan menjadi sesuatu yang bermanfaat suatu hari nanti untuk anak-anak Umi.
- Bersikap hormat dalam keadaan apa jua emosi sekalipun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita. Tetap tenang dan tetap bijak menjaga emosi dengan baik
- Jangan membantah apabila ada pendapat yang berbeza. Pendapat perlu disampaikan dengan cara yang halus dan sopan, bukan dengan keras. Beza generasi, beza usia, beza pengalaman membuatkan ruang perbezaan semakin luas. Jangan bersikap kasar dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan. Tetaplah menjaga etika dengan mereka.
- Bagaimana sekalipun perasaan kita pada masa itu, jangan berteriak, membentak, bersuara dan bernada keras dalam berbicara dengan ibu bapa. Ya, memang sangat susah mengendalikan emosi ketika marah, tetapi cubalah lakukan dengan baik.InsyaAllah, semuanya dapat di atasi dengan baik.
- Meminta izin dan mencium tangan ibu bapa sebelum pergi atau selepas pulang. Kita menerapkan hal ini berdasarkan apa yang ibu bapa kita ajarkan sewaktu kita masih kecil dahulu. Kita pasti dapat merasakan kesan positif hasil tabiat ini.
- Jangan sekali-kali memarahi ibu bapa walaupun ada yang kita rasakan tidak betul pada mereka. Teguran mesti disampaikan secara sopan. Mengapa perkara ini disampaikan berulang kali, kerana ia penting untuk kita perhatikan. Jangan sekali kali membentak mereka meskipun mereka di pihak yang salah
- Jangan mengajari, menasihati atau memberi ceramah kepada ibu bapa. Apabila mahu memberi pandangan atau apabila ibu bapa meminta pendapat kita, perlulah diberikan dengan sopan dan berhikmah. Mungkin banyak perbezaan pandangan, pendapat, pengetahuan dalam banyak perkara yang tidak mungkin pernah sama. Tetapi mereka berhak bagi mendapatkan cinta dan sayang dari kita.
- Jangan sekali kali menyampuk perbicaraan ibu bapa. Jika etika ini kita terus lakukan hingga dewasa, ini akan menjadi nilai yang baik. Kita tahu bila sepatutnya bercakap dan bila kita perlu memerhati dengan baik.
- Mengutamakan atau mendahulukan ibu bapa dalam segala aktiviti seperti memberikan tempat duduk, memulakan makan minum dan sebagainya. Akhlak ini jarang kita dapati pada jiwa anak muda hari ini.
- Jangan sekali kali menyentuh kepala ibu bapa apabila sedang berhadapan atau berkomunikasi kecuali untuk tindakan tertentu seperti memotong rambut.
- Apabila berhadapan dan berbicara dengan ibu bapa mesti bersikap sopan, tidak bercekak pinggang, tidak melutut, tidak bersuara keras dan membentak.
- Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat dan mengerjakan pekerjaan berat yang lain tanpa diminta kita sepatutnya segera membantu.
Wednesday, January 5, 2011
Koleksi Umar Hakimi
Semua barang kt atas ni masih lagi disimpan baik oleh tuan empunya diri
Barang-barang kepunyaan Umar tidak boleh disentuh oleh kakaknya. Sangat cermat kerana setiap kali lepas main dia akan simpan di satu sudut hanya terdapat barang-barang BEN 10 dia sahaja. Sebenarnya, bukan setakat gambar kat atas tu sahaja.. banyak lagi barang-barang BEN 10 dia yang belum sempat aku snap. Nak tahu kenapa? sebab dia dah nangis-nangis taknak mami dia ambik barang-barang BEN 10 dia..
Kecil kecil dah mula nampak karisma dia. Baguslah. mami harap Umar dapat kekalkan momentum ni ek :)
Tuesday, January 4, 2011
:. A new thing in Umar's life
Credit to sara Ummaira for that pictures taken by her.
Friday, December 31, 2010
.: We Meet Again...
Monday, December 27, 2010
Jual Agama
Ramai yang diri mereka ingin di kenali sebagai ustaz atau pendakwah menjual air yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci al-quran sebagai contohnya menjual air bagi memudahkan kelahiran bayi atau lebih dikenali dengan air selusuh di kalangan masyarakat kini.
Yang pasti motif daripada jualan itu adalah untuk mengaut keuntungan. Sudah tentu hal ini dikategorikan sebagai menjual agama. Firman Allah yang bermaksud:-
" mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (untuk kepentingan dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) daripada agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang telah mereka kerjakan." surah at-taubat:9
Disini saya juga ada cut paste daripada blog2 orang lain yang membicarakan tentang isu ini.
" Allah menyebut dalam Al-Quran, jangan menjual ayat Allah dengan harga yang murah, merujuk kepada sikap orang munafiq dan orang yahudi yang mengambil peluang menyebarkan fahaman agama islam seolah-olah mereka tersangat faham ajaran islam. Tetapi apabila orang ramai sudah percaya kepadanya,maka dia mula mempengaruhi pengikutnya ke arah dirinya," jawabku.
memang wujud pada hari ini golongan yang menjual agama untuk kepentingan diri, kumpulannya atau pemimpin politiknya. Golongan ini akan berhujah dengan ayat al-quran dan hadis atau hujah tokoh-tokoh tertentu untuk meyakinkan orang ramai kepadanya. Tetapi dia cuba selewengkan kefahaman sebenar untuk kepentingannya.
Golongan ini tidak berani menggunakan Al-Quran dan hadis sepenuhnya terutama yang mesejnya agak bertentangan dengan dasar perjuangan mereka. Hujahnya ialah, perkara ini tidak boleh di sebut secara umum kerana terlalu sensitif. " Kita mesti jaga hati orang lain, kita perlu bersikap tolenrasi, itulah ajaran islam". Kata mereka.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
" Dan berimanlah kamu dengan apa yang aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya kitab yang ada bersama kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat KU (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada AKUlah sahaja hendaklah kamu bertaqwa." (surah al-baqarah 41)
Our Achievements

Sunday, December 26, 2010
Back To The Past
Memori silam yang sentiasa menggamit rasa. Terpatri kukuh dihati sentiasa. Entah macam mana semasa mengemas buku-buku semasa zaman belajar dahulu, tiba-tiba aje gambar ni jatuh. Entah datang dari celah mana aku sendiri tidak perasan sebab terlalu ralit menyusun buku-buku itu. Apa apa pun inilah ' kuda tunggangan' aku semasa belajar dahulu. Kalau tidak silap aku gambar ni diambil semasa aku di tingkatan 4 di Kampung Losong.Dah lama tak menunggang motor. Rindu sangat saat-saat itu. :)
Kerana motor ni jugak la semua parut-parut sesuka hati duk menumpang di badan-badan aku urmm.. tak tahulah kenapa aku selalu aje kemalangan ngan motor neh. Tapi kemalangan yang paling aku tak boleh lupa ialah kemalangan yang berlaku di Gong Kapas betul-betul dekat dengan stesen minyak apa ntah aku dah lupa. Masa tu aku dengan Haiza @ Nor suhaiza Ali nak pergi ke bandar. Aku tak drive motor neh tp haiza yang drive. Haiza kalau ko ingat lagi mesti ko gelak sorang-sorang macam aku HAHAHAHA. Time tuh ada sebuah kereta nak corner nak masuk ke stesen minyak tuh. Kereta tuh corner camtu aje tanpa bagi signal. Masa tu kita orang follow betul-betul tepi kereta tuh. Apalagi dengan kita orang sekali terpaksa corner kiri sampai tak menyempat nak break...Dummmm! maka dengan itu terselamatla kita orang tertunggeng kat depan stesen tuh. Tak pasal-pasal hari tuh aku terpaksa bikin drama kat depan tuh. Tak usah cakap..malu memang la malu. Tapi masih lagi control ayu. Taknak bagi jatuh saham beb! Ramai orang masa tuh.maklum aje la tempat kejadian tuh selepas lampu hijau. Cover memang baik punya jugak la time tuh. Nasib baik takde apa-apa cuma ada sedikit calar pada aku dan jugak motor aku. Lepas tuh kita orang terus angkat motor dan blah je la. Lagi lama duk situ lagi tebal muka kita orang ngeh3
Tapi 2, 3 hari lepas hubby ajak aku pergi survey motor KAWASAKI Z1000 dekat Kl dan jugak di Kuantan Kawasaki GT Bike. Aku pulak pergi survey motor Ducati Monster. Saje sembang-sembang ngan hubby ingat nak cuba hobi baru main motor besar. Tapi hubby lebih suka kepada naked bike atau easy rider. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang, anak-anak masih kecil lagi. Susah sikit kalau nak melibatkan diri dalam hobi neh. Kena fikir 2-3 kali jugak. Mungkin kena tunggu sedikit masa lagi...hurmm tengoklah macam mana nanti..InsyaALLAH.
Wednesday, December 22, 2010
Apa nak jadi??
Sepatutnya seseorang manusia, mereka yang bila semakin dewasa..semakin sarat dengan ilmu dunia dan akhirat bukan menjadi besi buruk yang terbuang akibat dirosakkan oleh karat tetapi berkongsi ilmu dengan masyarakat yang memerlukan mereka.
Lalang berubah-ubah mengikut angin yang bertiup kerana tak berprinsip, tak berilmu. Ahli agama yang semakin hari semakin tinggi ego dan keperibadian yang terpesong dari Al-Quran dan As-Sunnah tanpa disedari membawa umat Muhammad dari jalan siratul mustaqim. Apa yang ada dibawah kopiah putihnya siapa pun tak tahu kerana ramai yang macam ayam bertelur sebiji riuh sekampung, tak seperti penyu yang bertelur beratus, siapa pun tidak tahu.
Monday, December 20, 2010
Aku tak Bodoh..
Pakaian ketat, mini skirt singkat dan segala yang terdedah sudah menjadi pakaian harian remaja sekarang. Budaya hip hop, shuffle adalah contoh-contoh budaya kuning yang sudah sebati dengan darah daging orang kita.Malah orang yang tiada akaun facebook atau tiada pengetahuan tentang komputer dianggap kolot dan ketinggalan zaman oleh remaja masa kini.
Begitulah takrifan remaja melihat kehidupan. Kalaulah mendiang Boon siew masih ada, sudah pasti dia mentertawakan pemikiran remaja zaman sekarang kerana dia walaupun buta huruf dan tidak ada asas pendidikan rasmi tetap menjadi usahawan motosikal terhebat dalam sejarah.
Ini bermakna, untuk mencapai kejayaan dan kesenangan di dalam hidup hendaklah sentiasa cekal berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.
Ramai manusia apabila sudah kaya mereka lupa diri, lupa Tuhan, lupa tanggungjawab terhadap keluarga, lupa anak isteri dan jiran tetangga. Kekayaan yang dimiliki bukan untuk membantu yang susah. Selain mahu kaya seorang, menjadi tamak, bakhil, stress takut tak tentu pasal. Rumah dipagari tembok tinggi, kalau perompak masuk tiada siapa yang tahu. Keliling rumah penuh dengan kamera yang canggih memantau keadaan sekeliling. Pelikkan?? dengan Tuhan tidak takut, terlupa jiran terdekat lebih baik dari saudara, lupa sanak-saudara yang nanti akan mengangkat keranda.
Ingat, amalan yang tidak memutuskan anak Adam a.s dengan akhirat ialah ilmu yang bermanfaat.
" jangan berikan ikan kepada mereka yang meminta, sebaliknya ajarkan mereka bagaimana cara untuk menangkap ikan."
Sunday, December 19, 2010
Ayam Goreng Kicap Berserai
1.Bawang merah
2.bawang putih
3.halia
(dikisar)
4.serai- diketuk
5. cili boh
Bahan-bahan B:
1. kicap pekat
2.ayam (di goreng terlebih dahulu..xnk grg pun xpe jugak)
3.bawang besar yg dihiris bulat
Cara membuat:
- tumis bahan2 A sehingga hingga naik bau @ pecah minyak.
-masukkan bahan2 B
-secukup rasa
-masukkan tomato kecil sebagai hiasan.
-siap dan boleh dihidang.
Puding Nanas
Hasil daripada resepi k.liza. Best sangat. Saya dah cuba anda bila lagi? ..hehehehhe...
Bahan-bahan:
1. Serbuk agar-agar
2. Air
3. 1 tin buah nanas gelang(asingkan air & buah
4. 1 tin susu cair
5. Gula
6. tepung kastard
7. beberapa biji ceri merah+hijau
Cara membuat:
1. Masak agar2 dan gula sehingga mendidih
2. masukkan air buah nanas tin
3. Bancuhkan tepung kastard dgn susu cair-tapiskan. Kmdn tuangkan dlm adunan agar-agar tadi.
4. Susun buah nanas ke dalam acuan.
5. Apabila agar2 masak, tuangkan kedalam.
6. Simpan dalam peti sejuk
7. Sedia di hidangkan.
* Ini adalah resepi dari k.liza. Sy cuma cut n paste sahaja bahan2 dan cara membuat nya.
Blackpepper Prawn Resepi
Bahan-bahan:1) udang
2) sos lada hitam
3) Lada hitam (kisar)
4)Bawang besar (hiris bulat2)
5) bawang merah
6) bawang putih
7) Cili besar
8) Daun Bawang
9) Tomato
Cara memasak:
1)Tumis bawang putih, bawang merah dan lada.
2)Kemudian masukkan udang beserta sos lada hitam dan sedikit lada hitam yg telah
ditumbuk halus.
3)Di ikuti dengan bawang besar yg dipotong bulat,buah tomato dan akhir sekali daun bawang.
4) rasa mengikut citarasa masing2.
5) Siap untuk di hidang.
Friday, December 17, 2010
This Land..is your land???

Jumaat 17/12/10
Baca aje title kat atas..cam ntah ape2 kan.Aku pun tak tahu kenapa keluar macam tu dari kepala otak aku yang gila2 bila ber'blog'ging neh.. kesal.. Semalam masa kuar ngan hubby tak tahu ke mana hala tuju kami. Main redah aje. Mula-mula pergi ke Mesra Mall
tujuan utama kami bank. Hari jumaat semua bank tutup kecuali dekat Mesra Mall. Lepas tuh hubby ajak tgk wayang cerita ngangkung tapi aku tolak sebab dah banyak kali aku pergi sana untuk menonton cerita tu. Setiap kali pergi mesti FULL.
So, kita orang berpatah balik menghala ke kuala Terengganu. On the way to KT, cik suami ada cakap dah boring dah asyik lalu jalan yang sama aje setiap kali nak pulang ke kampung. Apa kata kali ini kita cuba tukar jalan pula kata dia.So, untuk dapatkan kelainan seperti kehendaknya dia pun menukar arah perjalanan kami sebaik sahaja sampai dekat simpang yang menghala ke kampung Tok Kah. (...hehhehehe..ini pun guna garmin tau..) betapa canggihnya dunia sekarang..bermula di hujung jari sahaja.
Untuk mengisi ruang kosong di antara kami berdua, tetiba aje keluar topik macam mana nak jadi KAYA DENGAN CEPAT means cepat kaya..hehehehe... Apa perniagaan yang boleh membawa profit yang tinggi tanpa high risk??? urmmm ada ke perniagaan yang memberi pulangan yang banyak @ tinggi tanpa sebarang risiko erk? setahu aku dan sepanjang pengetahuan aku semasa belajar dulu pun mengatakan " High Risk High Return". So takde apa-apa yang mudah dalam dunia ni kan? Sentiasa kena berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Sebab itu semakin tinggi ilmu seseorang semakin tinggi la martabat seseorang itu. betulkan?
Kemudian beralih pula kepada topik TANAH. Di kiri-kanan sepanjang perjalanan kami banyak tanah2 kebun yang di usahakan oleh landlord. Agaknya. Aku main agak-agak aje. Sebab aku sendiri pun tak tahu apa2. Tanah sangat bernilai pada masa ini berbanding masa dahulu. menurut cerita Mak dan Ayah aku dulu dia orang hanya bayar duit Rm50 sahaja dan kerajaan berikan tanah sebanyak 6 ekar setiap seorang. Wow! can you imaging that.. 6 hectars?? banyak tu kan. Sekarang..6 ekar maunya tak pergi dengan harga 1 million depend on location. Lagi elok @ strategik tanah tu berada lagilah melambung-lambung harganya. Hebatkan?
Berbalik kepada sejarah kita. hubby aku pun ada cakap pasal Abdul Rahman Limbong. Kalau korang still lagi ingat tentang sejarah ni. Aku rasa mesti korang tak ingatkan @ tak berapa ingat? sebab rata-rata dan majoriti pelajar2 sekarang ramai yang tak suka history subject. Termasuklah aku juga. Boring! tapi tanpa sejarah dimanakah kita sekarang?? Kalau dulu Haji Abdul Rahman Limbong menentang para penjajah asing, british mengenakan cukai tanah kepada orang melayu yang membuka tanah untuk pertanian dengan mengatakan TANAH yang dibuka olek rakyat itu adalah HAK ALLAH SWT. Aku rasa kisah ni ada dalam subjek sejarah masa form 2. Peristiwa kebangkitan tani tahun brp tak ingat. Korang leh google sendiri atau buka balik buku sejarah form 2 @ form 3 macam tu la kot. Itupun kalau korang rajin..hehehhe..
Bila baca atau ambik tahu pasal sejarah. Rasa macam sekejap aje masa berlalukan? Bertuah dan bersyukurnya aku kerana dilahirkan di sini. Terima kasih lah kepada Tokoh-tokoh perjuangan Islam di bumi Terengganu.
Thursday, December 16, 2010
Spaghetti Goreng

Menu kami sekeluarga untuk malam ni. As usual, aku kan suka memasak masakan yang simple sahaja yang tak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya...hehehehe.. Nak share resepi kat dalam blog aku la..Ini adalah resepi yg aku main campak2 aje.
Bahan2:
spaghetti
capsicum (hijau,merah & Kuning)
crab stick
sosej
prawn
garlic
prego sauce
Mushroom
*boleh tambah apa2 lagi yg korang suka
Cara Penyediaan:
1) rebus spaghetti dahulu kemudian toskan
2) Tumiskan bawang putih tadi sampai warna bertukar kekuning2an.
3)masukkan sos prego. Tambah air sdkt bila kuah nmpak kering.
4)Masukkan capsicum @ lada benggala yg tlh didadukan. Diikuti dgn udang,sosej dan crab stick tadi.
5)masukkan cendawan diikuti dgn spaghetti yg tlh di toskan.
6)Gaul sampai sebati.Rasa mengikut citarasa masing2.
Siap untuk dihidang!
*kalau suka leh la taruk lada hitam sket..hehehe. Selamat Mencuba yaa!!
Wednesday, December 15, 2010
More Than Words...
Really love this song..hahaha..
Tetiba aje teringat zaman aku bercintan cintun dahulu. Rasa macam nak jatuh cinta sekali lagi aje. Agak-agak..boleh ke tidak ye??..hurmmm..
Ada betulnya cakap orang-orang tua dahulu..masa bercinta semuanya kita nampak indah. Semuanya nampak baik dan semuanya nampak manis di mata kita kan? ...everything is perfect.. maklumlah dia orang, apa orang cakap "terlebih dulu makan garam" daripada kita. Sekarang, bila kita sendiri duduk dalam situasi "ini"..melaluinya..kita sendiri juga yang akan merasakannya.
Tetapi..hakikatnya, kehidupan tidak selalunya indah. Ada masanya kita akan gembira. Ada ketikanya kita akan bersedih. Ada pasang surutnya dan ada pula turun naiknya. Inilah yang dinamakan rencah kehidupan. ah! yang pasti semua orang akan melalui frasa ini. *pro & con*
Apa yang abadi dan hakiki..hanyalah untuk DIA Yang Maha ESA. Apa yang ada di dunia adalah jalan yang akan membawa kita ke akhirat kelak. Cinta, suka ,duka,pahit manis adalah satu perkara yang melengkapkan kepada kehidupan kita seharian. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Hargailah dengan apa yang kita miliki hari ini. Ini kerana kita bukanlah seorang manusia yang sempurna. sentiasa mengulangi kesilapan..dan cubalah memiliki sekeping hati yang bersih.
Jiwa tengah kacau..tak tahu kenapa tiba-tiba aku cerita benda2 yang karut marut neh. tapi yang pasti cerita ini tidak ada kena mengena dengan orang lain. Apa yang aku tulis..merupakan apa yang aku rasa..dari sudut pandangan hatiku..yang selalu 'thinking out of box'...betul ke neh?? aku pun kurang pasti..hahahaha..blaaa nkg ke kemaman jap agi ambik barang. ok then...fullstop!
Tuesday, December 14, 2010
Is it True?
Monday, December 13, 2010
Minum Petang
Nyum...nyumy.. Thanks to K.Liza di atas perkongsian resepi tersebut. Sedap sangat. Berbaloi- baloi mencuba resepi dari K.Liza. Sangat cepat dan mudah untuk menyiapkannya.
Tak sampai pun sepuluh minit..hehehe..
Hari sabtu lepas, balik dari Kuala Lumpur aku singgah sekejap kat Megamall Kuantan. Sebenarnya sebelum pulang ke Kuala Terengganu aku ada ajak hubby pergi ke KLCC. Ingat nak pergi ke KINOKUNIYA Book Store. Tapi...malang tak berbau..tak dapat pergi sebab tempat parking dia orang tutup. Di buka hanya untuk orang yang ada season pass sahaja.
So, hubby gantikan dengan Megamall Kuantan.Apalagi..terus pergi ke Popular Book Store..heheheh...seronaknyaaa..
Lepas tu aku ternampak K.liza tengah sembang-sembang ngan peminat-peminat buku beliau. Niat di hati nak jugak bertegur sapa dengan k.liza tapi tak dapat sebab aku tengah kejar masa time neh..hubby ada janji dengan kawan2 MEOG nak jumpa dekat Taman Gelora. So, aku batalkan aje niat yang aku dah pasang tuh.
Anyway, K. Liza..saya pun dah beli buku k.Liza tuh..tengah practise masakan kat dalam buku tuh. Kebanyakkan nya semua sedap2 belaka.blog k.Liza pun dah i follow tau...hehehehe
Wednesday, December 8, 2010
A Bouquet of Daisies
Wednesday, December 1, 2010
Welcome December
Every Move You Make...

Monday, November 15, 2010
WISH
Sunday, November 14, 2010
Good or Bad Habit

Semalam, ada seorang pesara guru datang dan bersembang dengan aku. Banyak perkara yang di sembangkan..terlanjur sembang sampailah kat topik mengenai habit anak-anak. Sebagai seorang guru tentulah banyak pengalaman yang ada pada dirinya kan. Selalu berhadapan dengan kerenah pelajar-pelajarnya membuatkan apa yang dilalui olehnya itu merupakan satu pengalaman yang berharga. Ini kerana bukan semua orang yang dapat pengalaman sebagaimana beliau sendiri.
Bercakap tentang perangai anak-anak ini, sebenarnya aku sentiasa memerhati dan mengenalpasti tabiat dan minat anak-anak aku sendiri. Bagi aku dengan mengetahui cara mereka ini maka aku boleh menyediakan apa-apa bahan yang diperlukan oleh mereka. Ini semua untuk memastikan setiap pelaburan yang aku buat untuk masa depan anak-anak aku betul-betul bernilai.
Kalau mengikut dari sumber pembacaan ku dari buku yang ditulis oleh Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Rasulullah S.A.W telah menggariskan 4 tahap mendidik anak iaitu :-
Tahap Pertama: Anak yg baru lahir sehingga mumayyiz (6 Tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 Tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin, dan beri tanggungjawab.
Tahap Ketiga: Anak yg berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah di didik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yg tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap Keempat: Anak yg berumur lebih dari 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak hanya sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Dalam buku ini banyak menerangkan kaedah-kaedah mendidik anak-anak kita. Sebenarnya dalam mendidik anak-anak tidak ada cara yang khusus. Bergantung kepada kemahiran dan ilmu yang ada pada kita sebagai ibu bapa.
"NO ENTRY"

Tak tahu nak buat entry apa kali ini. Sebab otak aku sekarang tengah dalam mood novel. "Cinta Datang Lagi..". Jom join aku makan ikan celup tepung nih.. Home made punya!!
Tetiba aje hari ni terasa nak makan ikan celup tepung pulak. Nak pergi beli kat tepi pantai tu..rasanya tak sesedap aku buat...chewahhh.. Biasalah lembu angkat ekor sendiri..muahahaha.. Hampeh!!
Otak dah tepu sesangat neh sebab kekenyangan makan ikan goreng celup tepung tuh. Idea takde walaupun aku cuba kerahkan otak aku supaya datanglah wahai *ting*.. Jadi setakat ini ajelah duhai diari..tengoklah, nanti esok-esok aku datang jenguk kau lagi..heheheh..harap kau dapat bersabar melayan karenah aku yang ntah apa-apa ntah. Sori sebab selalu aje merapu kat sini kan?? :)
Wednesday, November 10, 2010
The Story behind " Desa Siswa Raja Nong Chik". PART 1

Kalau korang semua nak tahu, di sinilah (DSRNC) aku menumpang buat sementara waktu sepanjang pengajian aku berlangsung di KYPM Bangi dulu. Inilah pertama kali dalam hidupku, aku terpisah jauh daripada keluarga aku. Sebelum nih tak pernah walaupun sekali aku duduk berjauhan dengan keluarga. Tahu-tahu je lah kan..aku ni boleh dikategorikan sebagai anak manja. Walaupun sekolah aku dulu ada kemudahan asrama yang di sediakan. Namun, aku tidak pernah memudahkan diri aku untuk duduk dekat asrama sekolah melainkan hampir waktu peperiksaan. Kerana waktu itu semua pelajar di wajibkan untuk stay dekat hostel bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku. Maka, terpaksalah aku memaksakan diri aku untuk duduk di asrama sehingga waktu peperiksaan selesai.
Sebaik sahaja selesai segala urusan pendaftaran aku dekat kolej tu. Keluarga aku meminta diri untuk berangkat pulang ke Terengganu. Seperti biasa seorang ibu dan ayah yang tak pernah meninggalkan anaknya berjauhan daripadanya..banyak pulak nasihat yang di pesan untuk aku. "Jaga diri baik baik. Duduk dekat tempat orang ni kena jaga semuanyalah." " Belajar rajin rajin". " Sembahyang jangan tinggal.Perbanyakkan doa selepas solat." " Jangan lupa mengaji al-quran setiap kali selepas solat." Itu adalah diantara pesanan-pesanan daripada emak dan Bak aku yang aku masih lagi ingatlah.. Yang lain-lain tu dah kaburrr...hehehehehe.
Aku..time nih dah sebak..sedih..segala macam perasaan dah berlibang libur kat dalam hati aku tuh. Rasa macam nak keluar aje perkataan "mak, boleh tak kalau aku taknak belajar kat sini? Aku nak balik..nak duduk ngan mak kat kampung. Orang perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi pun tak pe..nanti duduk ceruk dapur jugak." Keluarlah spekulasi serta alasan- alasan yang bodoh dan tak munasabah langsung daripada kepala hotak aku tuh..tapi itu semua hanya jeritan di dalam hati aku aje. Tak terkeluar walau sepatah kata pun. Sebab aku taknak mengecewakan hati ibu bapa aku. Sudahlah penat-penat dia orang hantar aku dari jauh. Masa tu aku banyak menganggukkan kepala aku serta mengawal airmata aku supaya tidak menitis di hadapan mereka berdua. Aku mesti tabah dan kuat!!
Tabah dan kuat konon. Selepas beberapa jam mak ayah aku pulang. Tanpa segan silu aku menitiskan air mata. Sedih kononnya ditinggalkan. "Apadaaa..kau zira. Buat malu saje..". Dalam hati mengutuk diri sendiri. Dalam asyik aku duk nangis tu..tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu..tuk..tuk..tuk.. "Assalamualaikum..!!". Terdengar ucapan salam diiringi dengan tolakan daun pintu. Tersembul muka seorang 'gadis'...kt muka pintu sambil tersengih-sengih kat aku. Masa tu aku cepat-cepat sapu air mata yang sebentar tadi tidak segan silu untuk membasahi pipi aku. Malu beb kalau orang lain nampak aku nangis..macam budak-budak. Eh..aku masih budak-budak lagi apa time tuh?..hehehehe..perasan nk mampuihss siottt !! Adehhh....
" Hai...nama saya Zaihanis. Panggil anis pun cukup. Saya dari kuantan. Awak nama apa? Asal mana?." Sapa anis sambil mengenalkan dirinya kat aku. Aku yang still lagi terkedu dengan apa yang berlaku tanpa melengahkan diri terus meng'intro'kan diri aku. " Hai..saya Nor Azira. Panggil Ira aje. Asal dari Terengganu. Dari detik itu, bermulalah sesi kenal mengenal antara aku dan Anis. Kami cepat mesra sebab mungkin di datangkan dari daerah yang sama. Maksud aku dari ' Pantai Timur'.
Thursday, November 4, 2010
Tom Yam Putih...Slurrrpppp!!!

Tom yam..satu nama makanan yang paling sinonim dalam hidup aku. Kalau korang nk tahu..tom yam ni la makanan kegemaran aku. Macam mana ye aku mula suka dan tertarik dengan tom yam ni ?? Masih lagi aku ingat, al kisahnya bermula ketika aku pergi jalan2 dekat rumah kawan aku. Nama kawan aku ni , suzi. Hai suzi!!..kalau hang ada baca blog aku neh..jangan marah erk sebab aku mention nama kau kat dalam ni. *peace* HAHAHAHA...
Aku dengan Suzi ni adalah kawan rapat semasa kita orang kat sekolah menengah. Selalu berkongsi apa-apa masalah, suka duka, pahit manis dalam sebuah ikatan persahabatan. Dan sekarang still lagi jadi kawan yang paling rapat dengan aku. Thanks for your relationship..'setia kawan'. Memandangkan persahabatan aku dengan suzi memang agak rapat.. rapat yang macam mana ye? okay..keluarga suzi, aku dah anggap macam keluarga aku. Emak suzi pun aku panggil dengan panggilan mak. Dulu-dulu aku selalu la study kat umah suzi dan tidur kat sana. Rumah dia pun dah jadi macam rumah aku sendiri.Dan dia pun sama jugak macam aku. VICE VERSA. That's why la aku cakap "rapat".
Nak dijadikan cerita dan rezeki aku..suatu hari aku pergilah jalan-jalan kat umah suzi ni. Sebab bosan sangat duduk kat rumah masa tuh. Aku ni anak bongsu. Jadi takde adik untuk aku buat kawan sembang. Nak sembang ngan abang aku yg tua 6 tahun daripada aku, huh...jangan harap!. Sibuk je memanjang dia dengan kawan-kawan sekampung. Kebetulan Kak Long dia masak lauk tom yam. Masa tu..aku tak pernah lagi makan tom yam. Sebab kat umah, mak aku tak pernah masak lauk tom yam neh. Aku pun tak tunggu lama untuk merasa lauk yang kak long masak tu sebaik sahaja kak long mengajak aku join makan tengah hari kat umah dia hari tuh. Perghhh....sedap.
Selepas daripada hari itu, kat rumah..akulah yang memperkenalkan tom yam tu kat keluarga aku. Setiap kali nak makan tom yam, arwah ayah yang aku panggil 'BAK' dan juga abang aku selalu aje suruh aku masak. Hehehehe...katanya bila aku masak best!! Abang aku tu kuat ampu aku. Kalau nak makan apa-apa dia takut nak suruh mak aku buatkan untuk dia. Alih-alih, aku yang jadi mangsa keadaan. Kesian kat diri sendiri sebab ada abang macam tu..hehehehe.. Shamsul a.k.a Wan *SORRY!!*
Boleh dikatakan setiap malam aku makan tom yam + meehun. Selepas study mesti ada makanan tu untuk aku.Arggggghh... Rindunya saat-saat semasa bergelar pelajarkan?
Tapi satu aje yang buat aku terkilan. Di saat akhir arwah Bak masih ada, mak aku bagitahu dekat aku yang arwah teringin sangat nak makan tom yam yang aku masak. Masa ni aku dah kawin. Duduk jauh daripada keluarga. Jadi tak dapatlah nak buatkan untuk dia. Itulah yang buat aku rasa tersangat terkilan dan terkesan berbuku di hati. Sebab ajal maut di tangan Allah. Kita sendiri tidak tahu berapa lama kita dapat hidup di dunia ni kan?
Saturday, October 23, 2010
Express and Simple Cooking For My Family
Semalam aku pergi jalan-jalan kat flea market. Jalan punya jalan terpandanglah kat seseorang yang sangat familiar bagi aku. Mana taknya..orang itu adalah customer tetap RazzaQ Pharmacy. Aku pun apalagi, dah terjumpa orang yang aku kenal mestilah dengan jujurnya menghadiahkan senyuman manis (manis ke? entah-entah aku aje yang berasa manis.padahal pakcik yang tengok tu pun luuugaaa...AHAHAHA...) kat Pak cik tu. Pak cik tu pun bagi respon baekk punya. Dia hadiah balik senyuman kat aku. Aiii..sesi balas membalas senyuman pun bermula antara pak cik tu dan aku..hahahhaa..
Rupa-rupanya Pak cik tuh jual ikan kt flea market. Aku nampak Pak cik tuh dah start buka mulut.Ni soheh nak tegur aku tuh (dalam Hati). Sah! " Adik, tak mahu beli ikan ke? fresh-fresh ni harga pun berpatutannnn." Aku pun tersengih-sengih macam monkey dapat flower. Tetiba laju aje mulut aku cakap " Boleh jugak pak cik. Bagi ikan selayang ni half kilo." Dalam hati aku menyumpah seranah.pasai apa mulut aku ni celupar sangat neh. Laju aje cakap mahu ikan. Padahal tadi niat di hati lain sebelum aku menapak ke flea market neh.
Dah terlanjur beli ikan, mestilah kena beli barang keperluan memasak yang lain kan? Aku pun mengorak langkah menyusuri deretan-deretan gerai para penjual sambil memerhati keperluan dapur yang aku sendiri tak tau nak masak lauk apa untuk makan malam neh. Sebab tak dirancang dan terancang kat dalam kepala otak aku nih. Tiba-tiba aku terpandang buah' labu air'. Hurrmmmm...*ting!* i've got an idea! :)
Seusai membeli aku terus pulang ke kedai Razzaq Pharmacy. Actually, masa aku lebih banyak kat kedai berbanding di rumah. Jadi, bahagian belakang kedai ni husband aku renovate seakan-akan rumah supaya aku dan yang paling utama anak-anak kami selesa ketika mereka berada di sini. Barang-barang dapur pun ada sekadar ala kadar aje..hahaha..
taknak cerita apa-apa lagi.... LET'S START COOKING!!
Friday, October 22, 2010
Penat..aku penat..otak penat..aargh!!! segala yang memenatkan..
Sebenarnya, malam ni suami aku ada buat BBQ kt pantai kemasik dengan kawan-kawan komeranya. Mula-mula tu aku tak nak join aktiviti suamiku ini sebabnya aku takut tetamu yang hadir tu nanti terdiri daripada kaum adam semuanya. Buatnya aku seorang sahaja mawar diantara kumbang-kumbang tu karang..malu kawan. nanti mula la duduk serba tak kena..senyum kambing semacam aje..muka merah macam udang kena bakar. uishh...taknak la aku.
Tapi bila suamiku beria-ia mengajak..ye ke beria-ia dia ajak aku?...hehehehe..+ - macam tu la kot..katanya ada jugak isteri-isteri kawan seangkatannya datang. So apalagi..tanpa membuang masa walau sesaat pun, aku pun telah melafazkan kata 'deal with it!'...hehehe. kerekkk semacamm je aku neh. dipendekkan cerita..takkan lah aku kena cerita semua yg aku buat kan..daripada aku buat puding cocktail, bersiap anak-anak, kacau suami masa cuci kereta dan sehinggalah aku sampai ke Pantai Kemasik..hehehe
jeng..jeng...AHAHAHA...suspen sangatla kunun. Sesampai je aku kat sana. Macam biasalah mula-mula tu sesi perkenalan di antara isteri-isteri pun bermula. Bermula dengan salam bersalaman kemudian di ikuti dengan ' siapa nama?'..hehehe. Apabila dah tahu nama masing-masing terasa seolah-olah kemesraan tu semakin terjalin la kott..iya ka? betui la... *hikhikhik*
Sembang punya sembang punya sembang (berapa banyak daa mau sembang dah) terdengarlah luahan hati sang isteri. Biasalah kalau suami selalu keluar malam lepas tu pulang lewat-lewat malam, isteri mana yang tak suspicious kan?
Aku???? macam mana??? kalau tanya sama aku, aku tak kesah sangat sebab husband aku setakat ni Alhamdulillah. Kita orang saling memahami antara satu sama lain. ye ke?? YANGGG!! betui ka neh? Syyyyyyhh....Rahsia kita berdua..hahaha..poyo betul la aku nih kan..tak kisah la aku ni poyo ke apa janji I'M HAPPY... Kadang-kadang kami mempunyai hobi yang sama..apa yang aku minat atau suka. husband aku pun like jugak. Apa yang husband aku minat atau suka.. i pun like jugak. So setakat ni masing-masing faham dan cuba lagi memahami kehendak hati masing-masing.
Tapi itulah..apabila terdengar rintihan demi rintihan kaum-kaum hawa ni. Meruntun jiwa jugak. Eceh..rintihan sangat la.. padahal bual-bual kosong saje. tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal yang macam ni kan. Sebab kadang-kadang sang arjuna tak bagitahu dan tidak berterus terang dengan si jantung hati..dan si jantung hati pulak mungkin tak memahami minat dan kecenderungan sang arjuna. Jadi, pandai-pandai korang lah. Malas aku nak campur pasal rumah tangga korang. Just menjadi pendengar setia sahaja..setia ke??
Dalam duk sibuk-sibuk melayan karenah teman-teman tu. sekali sekala terganggu jugak la dengan kehadiran karenah anak-anak yang sedikit nakal..sedikit sahaja..tak banyak pun. Sebab kenakalan anak-anak ku itulah yang selalu mencuit hatiku. Selalu buat aku ketawa dan tersenyum macam kerang busuk. Mana tak nya, pada suatu hari yang kelam. Kelam yang aku maksud kan kat sini adalah hari yang nasib tak menyebelahi aku sangat..Boring sesangat sebab hari-hari 'macam ni'. Static. Aku pun baring kat atas katil sambil melayan sahabat sejati (novel)
tiba-tiba datanglah si Umar Hakimi menghampiriku dengan kepetahan yang ada bersamanya maka terlahirlah ucapan " Kau tidoooooo aje!". Dengan mimik muka yang agak funny la bagi aku dan lenggok suara seakan-akan menyamai watak Bob dalam cerita Zoo..tetiba terhamburlah tawa aku yang tak bersisa ni. Tawa ada sisa jugak ke? takde kan?? isk...isk...nakal sungguh!
Eh...chupp!! chupp!!...apa yang aku duk melalut ni? Tajuk entry kt atas mengenai "PENAT". Tapi, title dengan isi macam tak selaras aje...hehehehe..lantak lah. Title kat atas tu just a 'teaser'.
*nnt aku sambung balik sbb hubby nk guna pc.
Tuesday, October 19, 2010
Friday, October 8, 2010
Saturday, October 2, 2010
Novel mood

Baru aje lepas habis baca novel sebelah..nak buat camner baru berpeluang untuk spent masa membaca. Lately sibuk dengan pemindahan farmasi lama ke premis baru..akhirnya siap jugak walaupun tak sepenuhnya. Apa-apa pun Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
So apalagi..aku teringin untuk meneruskan hobi aku yg satu ni. Dah lama sangat rasanya tak sentuh novel2 yg aku beli tuh..hurmm..kalau korang nk tahu..dulu masa aku remaja aku ingin sekali menjadi seorang penulis novel..konon nye la.. Tapi nak wat camner..till this moment, hajat ku yang satu ni still lagi tidak kesampaian. Sebab tu la sampai sekarang aku suka sangat baca novel-novel. Sebab tiap kali aku baca novel tu..aku rasakan yg diri aku ada kt dalam novel yang aku baca..aku boleh rasa gembira..aku boleh merasa sedih..everything...lepas tu mulalah duk berangan ..mula lah kuar perkataan alangkah indahnya kalau hidup aku seperti yg digambarkan oleh penulis novel tu..hikhikhik..berangan lah kononnya..
Tapi itulah..the real life tak seindah seperti yang aku
gambarkan. Kadang-kadang ada turun naiknya...ada jugak pasang surutnya.. itulah yang dinamakan lumrah kehidupan. Kadang2 semua pengalaman yang kita lalui bila dikenang2 balik ada juga yang indah..bisa buat kita tersenyum dan mematang kan kita.
* terpaksa kuar dulu sbb ada ramai customer.chowww...
Wednesday, September 1, 2010
Bingkisan Hati Ramadhan

Kehadiranmu amat ku nantikan
Sedih..kerana terasa diri ini masih belum cukup sempurna












