Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

BANDUNG...Here We Come!!

From my perspective...
Day 1~ Trip to Bandung, Jakarta


Baru tergerak hati aku untuk update entry ini. Terlalu banyak sangat aktiviti bulan ini sampai habis lemau badan aku. Semalam, disebabkan dah tak boleh tahan sangat terus pi massage satu badan dekat Mekar Berseri. Pergh...seronok siott!! tapi yang tak boleh tahannya sebab aku ni seorang yang penggeli. Bila org tukang urut tu sentuh kat belakang aku aje, mula la mengeliat entah apa-apa. Sampai pecah perut si tukang urut tuh. Nak buat macam mana, dah memang aku macam tuh. Hubby aku selalu usik aku sbb dia tahu aku ni penggeli orang nya hahaha. kadang-kadang marah pun ada jugak huhuhu. Macam mana ye nak atasi masalah tu? aku dah set up aku punya mind dah supaya xde geli-geli punya. tapi..tak boleh ar.. eee...susahnya kan??

 Lepas massage plak perut aku dah mula buat hal. Memulas-mulas macam washing machine tgh spin. Rupanya aku tak ingat nak isi perut.patutla perutku meragam. Dah masuk angin rupanya. Lepas telan famotidine sebiji dgn minum JAHER HANGAT baru ok sikit... Legaaa


Group photo @ Husein Sastranegara International Airport, Bandung.

Ok, sekarang nak citer pasal trip kita orang ke Bandung Indonesia.
Kenapa kami semua memilih Bandung sebagai salah satu destinasi yang ingin kami pergi??
The answer is, i  don't know because i'm just follow my hubby. But, i can make a conclusion by my own that.. why they all choose bandung as a their destination for this time.. . maybe bandung is a shopping paradise. And their currency is cheaper than our currency. Dah save budget dah kat situ kan??     HAHAHA



@ LCCT.
Masa ni aku berada di dalam pesawat Boeing 747. Sedang enak merakam gambar kapal terbang yang ada di sekitar aku masa tuh.

Dari pandangan atas: wow! sungai yg mengalir deras..rimbunan pokok2 yg menghijau.. Indah bukan?
ada ke?? 

Sebagaimana yg korang semua dah sedia maklum. Bila dah berada kat atas awan sana, sepastinya xkan ada  pemandangan bukit bukau, gunung ganang dan sebagainya yang dapat menjamu mata kita. Tetapi kita masih lagi dapat menatapi keindahan ciptaan Tuhan kan? Subhanallah!



Indonesia.Tapi tak tahu which part of INDONESIA. Padatkan??

Yang ini pulak ketika pesawat dah nk mendarat. sempat lagi rakam pemandangan Indonesia dari pandangan atas. Mula2 aku lihat.. terfikir... uiks biar betul? banyaknya penempatan kat sini. nampak macam rapat2 aje kediaman dorang tuh. Tapi sebaik shj kaki berpijak di sana. Memang padat. Sampaikan beza antara ruang rumah ke sebuah rumah yg lain hanya dipisahkan dgn lorong pejalan kaki yg agak terlalu sempit. Nak masuk dengan kereta memang sah-sah dah tak lepas punya.. dahsyat kan?  Bersyukurlah kerana kita jadi rakyat Malaysia ni. Alhamdulillah Ya Allah!

Husein Sastranegara Airport, Bandung.
Alhamdulillah, akhirnya perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam setengah selamat mendarat di lapangan ini. Semuanya selamat dan gembira kerana kami semua dah berada di bumi   B.A.N.D.U.N.G
JOM!


P/S : Jaher hangat kalau kat malaysia teh halia..
Cerita ini tidak bertitik noktah di sini krn ada lagi untuk hari2 yg seterusnya...
jadi...jangan tidur lagi buahahaha...