Wednesday, September 1, 2010

Bingkisan Hati Ramadhan




Ramadhan..
Kehadiranmu amat ku nantikan
Dengan penuh pengharapan dan penuh kesyukuran

Aku berharap agar hari-hari yang ku lalui
Penuh bermakna dan sempurna
Bersama doa yang kutitip bersama...
Aku juga berharap hari-hari yang aku lalui
penuh dengan pengisian.
Aku memanjatkan syukur ke hadrat mu Ya Allah
Kerana masih lagi diberikan kesempatan ini
Untuk menempuh ramadhan kali ini.
Alhamdulillah..
Sayu..ramadhan kali ini
Disambut dengan ketiadaan ayah di sisi
Ayah..doa anakmu sentiasa mengiringimu
Semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan para syuhada'.

Buat emak..
Doa anakmu ini juga senantiasa mengiringimu
Semoga dikurniakan oleh Allah
Kesihatan tubuh badan
Untuk beramal ibadah kepada-Nya.

Buat suami yang tercinta..
Tiada kata seindah bahasa
Yang mampu kuluahkan dengan kata-kata..
Aku juga bersyukur..
Kehadiranmu di sisi penuh bermakna
Terima kasih di atas segala-galanya
Ramadhan bersamamu
Melengkapi kekurangan diriku
Semoga amal ibadah kita diberkati dan diterima oleh-Nya.

Terasa terlalu pantas masa berlalu
Tirai ramadhan kian berlabuh
Sedih..kerana terasa diri ini masih belum cukup sempurna
Masih banyak lagi ruang kosong yang masih belum di isi
Masihkah aku berpeluang?
bertemu denganmu lagi..ramadhan
Kerana..disaat malaikat maut menjelma
Maka terputuslah segala amalan-amalan anak adam di dunia..

No comments:

Post a Comment