Aku bukan pelukis yang mampu melarikan mata pena di atas kertas, menarikan tarian indah kata-kata yg menyentuh sukma. Aku bukan pelukis yg mampu menukarkan kanvas putih kpd pelangi yg berwarna-warni yg cantik menghiasi pandangan mata. Aku juga bukan penyair yg mampu melagukan rangkap2 kiasan indah yg lembut mengusik jiwa. Malahan diri kerdil ini tidak mampu menjadi pentafsir, yg bijak menterjemah maksud kehidupan. Dan..Aku..bukan siapa2.Aku, tetap aku..begini seadanya.
Tuesday, April 26, 2011
Wednesday, April 20, 2011
HIDUP SEKALI, MANFAAT SELAMANYA.
| Menikmati kehijauan & keindahan bumi TUHAN. |
Hari ini...
Sekeping hati ini
Tenang
Aman dan nyaman..
Tiada kata-kata yang dapat aku gambarkan
Ya Allah! kekalkan lah rasa ini untuk diri aku
sesungguhnya teramat sukar untukku menikmati detik waktu ini.
Janganlah KAU bawa pergi rasa ini
Kerana aku terlalu rindukan nya.
Akan aku hargainya
Dengan setiap nafas yang terhembus dari ruang rongga
Leka aku dengan kurniaan Mu
Bila suatu saat nanti rasa ini pergi dariku
Aku percaya itu adalah kesalahanku
Kerana aku tidak mampu menjadi yang terbaik untuk MU
Cuma hanya satu aku pinta
Andai saat dan waktu itu benar-benar terjadi
Kau bawalah aku kembali ke jalan MU
Berikanlah aku Nur dan Hidayah MU
Agar aku tidak tersesat jauh
Agar aku tergolong di bawah payung rahmat MU
Kerana...
Engkaulah yang memiliki semua yang ada padaku
Yang memiliki hati dan jiwaku
Ya Rabbul Alamin!!
AMIN.
P/s: Hendak bermadah, aku bukanlah sasterawan negara. Apa yg tertulis adalah apa yg 'ter'singgah kat dlm hati ini shj. Harap maklum :P
Tuesday, April 19, 2011
INNOCENT~
Aku gelak melihat telatah anak-anak aku. Mujurlah ada mereka dalam hidup aku. Kehadiran mereka membuatkan hati ini semakin tabah untuk meniti hari-hari yang mendatang. Semuanya demi anak-anak. Semalam pun aku gelak lagi. Korang nak tau kenapa aku gelak??? HAHAHAHA...
Meh sini..datang dekat.. duduk rapat-rapat..
Biasanya, setiap kali masuk waktu solat aku akan suruh Sara ambik air sembahyang, pakai baju solat. Turut bersolat bersama dengan aku walaupun dia masih tidak fasih bacaan dalam solat. Al-fatihah, bacaan dlm ruku' dan sujud semua dia dah ingat. Cuma yang lain2 tuh belum lagi. Tak mengapalah. At least, dia tahu macam mana cara bersolat kan?
Semalam dia tanya aku,
" Mummy, asal hari ni mummy tak solat? Papa sorang aje yg solat kakak tengok. Kakak tunggu jugak mummy ambik air sembahyang, tapi...mummy tak ambik pun. Kenapa??
" Urmmm...( tgh pikir nak bagi jawapan apa kat si mulut pot pet neh) zuppppp!! terlintas dgn jawapan neh. sebenarnya, hari neh hari A.B.C mummy."
" Hari A.B.C tu apa mummy??"
" Hari 'Allah Bagi Cuti'!." ( sengih)
" HAHAHAHHAHA...nakal nguh mummy neh.Macam kakak belajar kat school aje..ABC sampai Z. Mummy pun ada jugop."
(Aiii...dia boleh gelak kat kita bila kita ckp mcm tu kat dia. Agak-agaknya apa yang dia pikir dekat kepala otak dia bila aku cakap macam tuh?)
Budak-budak...INNOCENT. Alangkah bagusnya dapat jadi kanak-kanak balik.tak payah nak pikir apa2. Makan. Tidur. main. *sigh*
SEGALANYA DIPERMUDAHKAN OLEH - MU
Alhamdulillah..dengan izin MU YA ALLAH!!
Pengganti kepada Si Timah
Entry ini adalah sambungan daripada SINI. Maaf sebab buat korang lama menunggu. *Peace*
Semalam..
Public bank call, cakap.. esok boleh datang ke sana untuk sign agreement for hire purchase.
Terkesima....
Loan Approved!!!!!
YEAHHHHH....
Hari ini...
Baru balik dari sana.
lenguh tangan aku duk sains hampir 50 signature aku turunkan.
Dulu,masa kereta estima takde la pulak banyak macam neh kena sign.
urm! tak kisah lah. Janji loan approved.
Finally, dah selesai satu perkara.
Akhirnya, apa yang hubby hajatkan dah tercapai.
Dulu dia selalu cakap nak pakai kereta ni sebelum dia berumur 31 tahun.
Allah telah makbulkan hajatnya. Amin!!!
Syukur Ya Allah. Sesungguhnya kau Maha Mendengar.
Terima kasih di atas rezeki MU yang telah kau berikan kepada kami sekeluarga.
ALHAMDULILLAH...
P/S: Trima kasih kepada smua kwn2 FB, MEOG yg tlh byk membantu kami dlm pemilihan warna. Trima kasih byk2 coz it very difficult to make a crucial decision. Fuhhhh!!!
sib baek ada uols..
P/S: Trima kasih kepada smua kwn2 FB, MEOG yg tlh byk membantu kami dlm pemilihan warna. Trima kasih byk2 coz it very difficult to make a crucial decision. Fuhhhh!!!
sib baek ada uols..
Saturday, April 16, 2011
KAU LAKSANA BULAN
Korang semua pernah tengok tak drama ni?
Drama adaptasi novel penulisan daripada Aina Emir.Seorang penulis novel kegemaran aku. Novel-novel keluaran beliau semuanya ada dalam simpanan aku.
Suka sangat tengok drama neh, sebab babak-babak kat dalam drama ini buat aku tersenyum sendirian.
Dan suka jugak tengok watak zulhuzaimi sebagai Firas Ali kat dalam cerita neh. Best!! Zul is talented actor...like Rosyam Nor.
Dan suka jugak tengok watak zulhuzaimi sebagai Firas Ali kat dalam cerita neh. Best!! Zul is talented actor...like Rosyam Nor.
Korang semua..jom ar tengok sama drama neh. :)
....
JOM!!!
.
.
.
LAYANNNNNN!!!!
Thursday, April 14, 2011
HATI BERGETAR RINDU
| Sunset at Pantai Mangkuk, Setiu. |
Warnamu begitu indah dikala senja
Gusar di hati lenyap...
Diketika aku menatap bahasa mu
Menunjukkkan sebuah keindahan Sang Pencipta Alam.
Arghhhh....aku rindu!!!!!
P/S :- Aku gian nak snap gambo sunset sbnrnya...kamera dh xdo..cmner????
.
.
.
pinjam yg hubby punyer leh tak???????????....
Wednesday, April 13, 2011
MASA ITU UMPAMA MATA PEDANG!!
AN AD HOC TRIP TO KL & JB
| Nite view KLCC from Restoran Nasi Lemak Sultan. Snap kat tengah hujan!!! |
Isnin lepas, Sekitar pukul 2.30 pm hubby cakap, " Jom! kuar jalan2, pi makan ke..." Kita orang pun tak fikir banyak, sebab dah terbiasa dengan situasi yang macam tu. Cuma aku sedikit terkilan sebab tak sempat nak menonton Telenovela MARIMAR. Urmmm...sedih sebab dah ketinggalan beberapa episode. Suka tengok Marimar dengan Sergio, sama cantik sama padan. Eeeiii...geram nengok!! ok. Dah ke laut. Noktah!
Bila kereta dah bergerak menelusuri jalan raya Kerteh-Kemaman-Kuantan, masa ni aku dah buat perkiraan kat dalam hati aku. ' Jauhnya nak pergi makan. Tak pernah-pernah pun ajak aku pi makan jauh-jauh macam ni bila waktu bekerja.' " Gulppp!!!!"
Pusing sebelah,tgk hubby kat sebelah tenang aje memandu. Memberi sepenuh tumpuan terhadap pemanduannya. Aku nak kacau pun gerun!! Hehehehehe.. Tapi, terpaksa cuit jugak dia sebab kat dalam hati ni dah timbul rasa was-was.
" Ehem..Ehem..Pa, kita sebenarnya nak pergi makan kat ner?"
" Tengok sejauh mana kita boleh pergi, kat situlah kita p makan." Jawab hubby.
Aku dah rasa tak sedap hati dah ni. Aiii.. biar betul!! Buang tabiat ke apa???? Ni cakap kat dalam hati lerr. Sebab aku kat depan suami tak berani nak cakap. Silap-silap cakap nanti terasa hati pulak. Nanti karang dapat dosa kering free je sebab buat suami terasa. Maka dengan itu, aku diam sajelah. Cuma bercakap apabila menjawab soalan kepada setiap pertanyaan darinya.
Sampai dekat RnR Gambang, hubby kejutkan aku. Dia cakap, " Jom kuar makan2 dan minum."
Aku, dengan mata terkebil-kebil..terpisat-pisat.." Pa, asal jauh sangat pi makan neh?".
" Malam ni kita tido di KL, esok pagi-pagi kita p JB plak."
Hadoiiii!!! Biar betul????
"Baju semua tak bawak. Pampers anak pun tak bawak. Berus gigi lagi..semua lah! Macam mana ni?"
" Tak pe, nanti semua tuh kita beli aje kat sana."
Hurmmm....dah dia cakap macam tu, aku apa lagi..ikut aje laaa. Lagi pun dah masuk highway dah kan?
Korang pernah ke p jalan-jalan tapi tak bawak semua kelengkapan diri???
Tak selesa bukan???? :)
Sunday, April 10, 2011
PADA USIA BERAPA PERLU KITA DIDIK ANAK SOLAT?
This is how wardina teach her amna to solat. very inspiring. Harap-harap aku dan kawan-kawan semua dapat manfaat dari perkongsian ini.semoga ilmu ini memberi manfaat dan menjadi amal ibadah yang akan kita persembahkan dihadapan Allah kelak. Insya Allah!
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...
I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...
I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat
2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"
3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....
4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!
I love you all!!! Good night.....
But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?
Wednesday, March 30, 2011
BILA SUAMI MULA MEMUKUL
Tajuk kat atas tuh adalah topik yang dibincangkan dalam rancangan 'Wanita Hari Ini' semalam. Ingatkan nak post semalam,tetapi disebabkan ada sedikit kemalasan so tertunggak la sampai ke hari ini.
Kenapa ya ada sesetengah suami sanggup memukul si isteri? Bukan ke isteri adalah amanat Allah kepada suami dan suami sekaligus ditugaskan untuk melindungi kaum-kaum hawa yakni isteri mereka dan juga memberi nafkah zahir dan batin. Sebagaimana sifat Rasulullah s.a.w kita yang selalu membelai dan memeluk isteri-isteriNya. Walaupun isteri ada membuat kesilapan tetapi ditegur dengan cara yang baik dan penuh berhemah.
Sedih sangat bila aku mendengar luahan pemanggil rancangan tersebut, yang mana hampir 25 tahun hidup sebumbung dengan si suami yang kaki pukul. Menderita zahir dan batin tetapi sentiasa mendoakan kepada Allah S.W.T agar dilembutkan hati suaminya. Masih bertahan dengan sikap suaminya.
Wanita yang sebegini bila diajukan soalan kenapa taknak tinggalkan suami, jawapanya adalah:-
- Disebabkan anak-anak yang masih kecil.
- Tak tahu macam mana nak besarkan anak-anak,nak beri makan apa kpd anak2.
- Saya tidak bekerja dan sebagainya
Dan ada juga kes yang mana, si isteri menunggu saat-saat apabila anak-anak dah meningkat dewasa, si isteri pula akan meminta untuk dilepaskan oleh si suami kerana sudah tidak dapat bersabar lagi.
Dimanakah letaknya sifat perikemanusian itu? Bukankah tujuan perkahwinan itu sendiri adalah untuk ketenangan dan ketenteraman sebab itulah wujudnya slogan " RumahKu SyurgaKu".
Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana mengurniakan aku seorang suami yang amat menyayangi aku dan anak-anak serta dapat membimbing aku ke arah kebaikkan. Semoga rumahtangga kami diberkati dan diredhai oleh Mu Ya Allah. Amin!
ALHAMDULILLAH.
Sunday, March 27, 2011
Friends... is Remedy of Life.
" Friendship..like gardens, grow with beauty."
Semalam ber'cit-cat' dengan Anis.
Ralit dan asyik.
Dah lama tak berhubung.
Cukup tersentuh dan terharu sangat bila anis cakap,
"zira, anis takkan lupakan zira sampai bila-bila.Sebab zira adalah kawan pertama Anis semasa belajar dulu."
Thanks Anis.
Zira pun sama jugak.
Walau apa pun yang terjadi, Anis tetap kawan zira sampai bila-bila.
Tidak kira walau sejauh mana jarak dan waktu memisahkan kita..
Sebab, kawan-kawan adalah penyeri kehidupan..
Tak sabar menunggu kedatangan Anis kat sini
Insya Allah, bulan September ni kita akan jumpa.
Wednesday, March 23, 2011
PENANGAN HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
* Gambar ehsan dari suami...hehehhe
Perbualan di antara anak-anak aku. Umar Hakimi dan Sara Ummaira.
Lokasi : Dalam kereta
Lagu Alhamdulillah yang didendangkan oleh Maher Zain ~ sedang berkumandang ~
Umar : "Alhamdulillah...Alhamdulillah..".. lalallalal (nyanyi)
Sara : ~ tengah perhatikan gelagat Umar yang tengah menyanyi tuh dengan mata bulat. Tetiba, sekali Umar perasan kot ada orang duk tenung dia..lantas dia berkata.
Umar : " Kakak! janganlah tengok adik. Mami..mami..tengoklah kakak tuh ye tengok kat adik, adik nak nyanyi pun xleh."
Sara : "PELAWOK..PELAWOK..PELAWOK..PELAWOK!!!"
Umar : " SOLLEY....SOLLEY..SOLLELEY..."
Hahahahha...tetiba pecah perut aku ngan hubby ketawa bila dengar gelagat dua beradik tuh..
Aduyaii...nakal betul dua orang tuh. Yang si kakak tuh dia pantang kalau nengok citer yang best2 mesti nak ditirunya.
*****
Ada satu hari tuh, lokasinya kat dalam kereta jugak. Masa tuh kami dalam perjalanan ke Cameron Highland.
Tiba-tiba, aku terdengar suara orang menangis, kuat plak tuh. Aku cepat-cepat menoleh ke belakang. Serentak pulak dengan hubby, yang turut sama menoleh ke arah tempat duduk belakang. Korang nak tahu siapa yang menangis???
Sebenarnya takde sesiapa pun yang nangis..si Sara tuh dia buat mimik muka orang nangis. Alah macam pelakon lah konon-kononnya yang sedang melakukan aksi menangis tuh. Lepas tu, Papa dia cakap dekat Sara.
Dalam nada tengah ketawa, " Aiii kakak ni..nape kuat sangat berkhayal ni? ~ masih lagi dalam situasi ketawa lagi.
~ Diam seketika dalam 15 minit macam tuh. Tiba-tiba... " HAHAHAHAHHAHA...kakak koyal." katanya.
Tersengih-sengih aje..
Adoi! dia baru perasan apa yang dia buat tadi. Sabar je laa..
p/s: Betapa kuatnya pengaruh televisyen ke atas kanak-kanak bukan? Para ibu bapa, pantaulah anak-anak kita ketika mereka sedang menonton TV kerana sekarang criter2 yg ditayangkan di kaca tv kebanyakkan nya tidak begitu sesuai untuk santapan mata anak2 kita.
Sunday, March 20, 2011
Pesan Sayidina Ali K.W
"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi membelakangi
dan sesungguhnya akhirat itu berangkat mendatangi.
Bagi setiap daripada kedua-duanya ada anak-anaknya.
Maka jadilah kamu anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia.
Kerana sesungguhnya hari ini hari amal dan tiada perhitungan sedangkan keesokanya adalah hari perhitungan dan tiada amal."
.
.
.
.
.
.
Kadang kala susah hendak buat baik
tetapi mudah pula membuat jahat
.........Sedangkan kedua-duanya ada hisab
Sunday, March 13, 2011
Semalam...Ku bermimpi
2-3 minggu lepas, aku ada bertanya dengan kawan-kawan mengenai sesiapa yang tahu dekat mana boleh dapatkan tukang urut dekat area tempat aku tinggal. Adalah sorang dua yang mengesyorkan tukang urut pada aku. terima kasih yea! Tapi belum berkesempatan untuk menjengah ke rumahnya lagi.
Sebenarnya, kaki aku selalu terasa macam ada aliran elektrik mengalir..jari tengah sebelah kiri. Kalau tersentuh aje, terus rasa.
Semalam, aku bermimpi berjalan-jalan dekat sebuah kampung. Cantik sangat.. Tetiba ternampak sebuah pondok usang tapi interior dia cantik sangat macam ala-ala spa gitu. Tetiba aje terjengul sorang perempuan setengah abad macam tu la kot. Dia mempelawa aku masuk ke 'rumahnya' itu. Kemudian dia terus pegang kaki aku dan urut pada bahagian sakit itu.
"Anak ni sakit kaki dah lama kan?." aku hanya mengangguk sahaja. " Mari sini, nenek tolong tengokkan."
Aku biar sahaja kaki ku di urut oleh nenek itu. Tak banyak cakap. Akhirnya nenek tu cakap, " Dah siap!"
Tetiba aku terkejut dari mimpi..masih lagi tidak lupa pada jalan cerita mimpi aku itu. Kemudian aku cuba gerakkan kaki aku..cuba tarik2 jari itu..cuba lipat-lipatkan jari tu.
"Ya Allah!" kaki ku dah takde lagi rasa sakit seperti sebelum ni. Sampai ke hari ini pun rasa sakit itu dah takde.
betul ke? atau ia hanya sekadar mimpi. Mimpi hanya mainan tidur???
notakaki:- masa aku terkejut dari mimpi, aku tengok jam masa tu baru pukul 3.30am.
Sunday, March 6, 2011
Improving On Catchlights
Atas permintaan kawan2...Maaf lah ye kawan-kawan sebab saya takde la pandai sangat dalam PS. Semoga dengan sedikit tips ini dapat membantu sedikit sebanyak pengetahuan korang semua tentang edit mengedit neh. *Peace*
1) Duplicate layer
2) Click Lasso Tool dan adjust Feather level of 20 pixels. Kemudian select bahagian kornea mata. Hasilnya mcm gambar dekat bawah ni.
3) Kemudian tekan shift key. Sambil tekan shift key tuh, bulatkan kornea mata yang satu lagi. Hasilnya...
4) Kemudian pergi ke Image>Adjustments>shadow/Highlight dan tekan. Dialog box akan muncul
5) Adjust Midtones contrast +70. Terpulang kepada anda nak adjust midtones contrast.
6) Setelah berpuas hati, tekan OK. Lepas tu nak hilangkan Lasso tadi, tekan aje kat mana gambar.
7) Lepas tuh kalau korang perasaan, kat tepi mata tu kan dah jadi warna cerahkan. So, korang berus balik supaya kembali kepada sedia kala.
Kalau korang semua nak tengok contoh gambar-gambar yang mata ada catchlights...
Boleh la ke SINI
Saturday, March 5, 2011
Dulu Dan Kini...
* Resolusi gambar tak brp cantekk
Petang tadi, teacher Sara datang dekat farmasi hantar 'homework' yang tertinggal. Dia cakap dekat aku dah call banyak kali, tapi tak berjawab. Sorry! sebab handset tengah tambah 'power' kat belakang kedai, jadi aku tak perasan..miahahaha.. Bagus betul punya guru macam ni kan. Anak tertinggal homework pun dia sanggup datang hantar. Terima kasih bebanyak la ye Puan Amy :) Jasa mu dikenang!
Baru sekejap tadi aku kerahkan 'Princess' Sara (princess tu gelaran yang dia bagi utk diri dia sendiri. Ada jugak kanak-kanak mcm tu eh?) tu siapkan homework dia. Bukan apa, biasanya setiap hujung minggu kami satu keluarga tak pernah bertapa dekat rumah. Selalu aje ada aktiviti yang kami lakukan. Maklumlah, hanya pada setiap hujung minggu aje kami dapat lihat 'dunia' kerana hari-hari lain kami hanya menjadi 'penunggu'
Sambil duk meneman si princess tu buat kerja, tetiba teringat pulak zaman aku ditabika dulu. Banyak betul perubahan. Masa aku umur 6 tahun dulu, takdelah nak buat kerja sekolah. Bukan taknak buat tapi cikgu memang tak pernah kasi. Masa tu baru nak belajar mengenal ABC. Anak aku yang baru berumur 5 tahun dah buat soalan yang macam budak sekolah rendah. Haiii...(mengeluh) betapa kehadapannya budak-budak zaman sekarang kan?
Kalau dulu pergi tadika, hari-hari mesti main dengan 'plasticine'. Buat keropok la..buat bunga la dengan plasticine tuh. Lepas tu belajar baca doa. Bermacam-macam doa dan juga belajar mengenal ABC sampai Z. Dulu dan kini..terlalu banyak perubahan. *sigh*
Tapi, alhamdulillah princess cepat belajar. Menurut teacher dia, sekarang tahap bacaan dia telah mendahului pelajar tahun 6. Alhamdulillah Ya Allah.. Amin!
Lega. Tetapi terselit jugak rasa bimbang dekat dalam hati ni, kerana kanak-kanak sekarang semuanya pandai-pandai belaka. Masing-masing seolah-olah berlumba-lumba untuk mendapat yang terbaik. Para ibu-bapa semuanya dah 'advance'. Sentiasa mendahulukan pelajaran. Maklum ajelah..orang yang berilmu akan dipandang mulia di mata masyarakat kini.
Harapan, mami doakan supaya setiap jalan yang anak-anak aku lalui tidak kira walau sesukar mana pun..harap-harap Allah akan memberkatinya. Tunjukkilah jalan yang lurus kepadanya. Permudahkanlah setiap urusan perjalanan hidunya. Jadikanlah anak-anakku seorang anak yang soleh dan solehah. Seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya.
AMIN!!!
Wednesday, March 2, 2011
I'M OFFICIALLY not A NIKONIAN ANYMORE :(
*Tinggal Kenangan
Uwaaaaaa!! sedihnya...sob..sob... :((
Sukarnya nak lepaskan 'Si D' ni.
Kerana terpaksa dan dipaksa.
Benci! Benci!
benci dengan perasaan ketika ini
Jiwa bergelut hebat..
Pengganti Si D?
....ADA?
Kalau ada..
Pastinya...
.
.
.
.
.
.
.
TAKKAN ADA YANG SAMA....
P/S : Harap tuan Si D akan menjaga kamu sebaik mungkin sebagaimana aku....
Fening..Fening Lalat..
Malas. Takde Mood.
Tapi sempat lagi update blog..hehehe..
Tetiba hari ni rasa pening.
Tadi dah telan NSAIDs sebiji
Situasi sekarang..dah ok siket.
Tapi, fening-fening lalat tu still lagi terasa.
Handset aku! Satu hari ini, langsung tak tersentuh dek aku.
malam ni gatal tangan..akhirnya sentuh jugak.
Mak oiii !!!..banyaknya notification kat tepon aku.
Tak larat den nak membeleknya...
Haddoiiiii..!!!.
*Mata korang liar tak bila baca blog aku neh?? Sorry..kita kasik fening lagiiii
Tuesday, March 1, 2011
DI MANAKAH TEMPAT KITA DI SISI ALLAH S.W.T SEBENARNYA??
TePuK DadA ..TanYa Hati....SetEbAL MaNa ImaN?
Dalam banyak-banyak surah dekat dalam Al-Quran Al-Karim, Surah yang paling aku suka baca adalah Surah Luqman. Entah mengapa diri ini terlalu gemarkan Pesanan suami ketika aku mula disahkan hamil anak sulung oleh doktor tidak pernah sekalipun aku lupa dari detik itu sehinggalah ke detik ini. Dia menyuruh aku supaya sentiasa mengamalkan membaca tiga surah iaitu Surah Maryam, Luqman dan juga Yusuf setiap kali seusai menunaikan solat. Dan Alhamdulillah..surah-surah itu sentiasa menitir dibibir ini sepanjang tempoh kehamilan anak-anak aku sehinggalah kini. Mungkin sudah terbiasa.
Hari ini, entah bagaimana, mungkin terlebih rajin. Dan mungkin ada sedikit kekangan masa yang terluang. Hati ini tergerak untuk membaca Tafsir Al-Quran (Rasm Uthmani). Iya lah..sebelum ini aku main
Sedang ralit aku membaca, tiba-tiba hatiku ditimpa rasa hiba. Jauh disudut hatiku terasa begitu sayu. Tanpa sedar kelopak mata ini basah digenangi air mata yang aku sendiri tidak sedar bila ia mula menakungi kelopak mataku. Terpaku! berfikir barang sejenak dua....
" Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah pada hari yang ( ketika itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun. Seseungguhnya janji ALLAH itu benar, maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan, dunia dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) ALLAH.
Sesungguhnya di sisi ALLAH ilmu tentang hari kiamat, dan dia yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (DGN PASTI) apa yang akan dikerjakan esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-NYA."
Surah Luqman:Ayat 33&34
Terasa terlalu kerdil diri ini. Terlalu banyak kekhilafan. Kita tidak tahu apa yang kita lakukan hari ini, di dunia ini bagi kita adalah sesuatu yang cukup baik tetapi bagaimanakah penerimaan ALLAH terhadap kita dan segala yang kita rasakan itu?
Kalau di dunia ini, kita rasa segala perbuatan dan kebaikkan kita seolah-olah kita akan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak, tetapi belum tentu lagi bagi ALLAH S.W.T.
Kesimpulannya, usahlah kita menganggap keji atau buruk sesuatu perkara kerana mungkin 'sesuatu' yang pada pandangan kita buruk sebenarnya mulia di sisi ALLAH S.W.T. Hanya dia Yang Maha Mengetahui.
HIDUP INI SEPERTI BERMAIN YOYO
* cu teka jari sapo tuh? :p
Sama juga dengan tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Tetapi mesti kena ingat bahawa tangan yang memberi itu hendaklah memberi dengan penuh keikhlasan dan diikuti dengan niat yang betul.
Kadang-kadang aku terkilan jugak dengan sesetengah pandangan kawan-kawan yang selalu aje terlepas cakap, " Alah! orang ni banyak duit tapi kedekut yang amat!." Korang tahu ke apa yang 'orang kaya' tu dah buat? Untuk pengetahuan korang semua, setiap perbuatan baik yang kita lakukan tidak perlulah dihebahkan. Dan bila nak berkata-kata tuh pandanglah kiri kanan depan belakang sebelum membuat sesuatu spekulasi terhadap seseorang.
Daripada kita duk mengutuk orang lain,apa kata kita sama-sama buat. Sebab untuk memberi tidak semestinya dari golongan yang berada kan? Untuk memberi bukan sahaja dengan wang ringgit. Ayuh!
Subscribe to:
Posts (Atom)



