Sunday, October 23, 2011

Hujung Minggu

Aku datang lagi...ke sini.


Seronoknya last weekend. First, sebab husband cakap nak pergi Johor Bharu.Nanti kalau sampai sana boleh la jumpa saudara mara sebelah ayah. Second, sebelum sampai JB....husband singgah di Melaka dulu sebab tak larat dah nak drive tp sempat jugak singgah di Masjid Selat. Third, sebab suami ajak jalan2 p round tempat-tempat yang menarik di Bandaraya yang penuh bersejarah ini pada keesokkan harinya sebelum kami bertolak ke JB, sambil tidak melepaskan peluang beserta aksi2 ganas ketika merakam gambar. (HAHAHA...ganazzzz sgt la tuh huh!)Fourth, ya sudah-sudah lah tuh ok!

Gambar-gambar yg sempat terakam oleh lensa ku:




Beca inilah yg membawa kami sekeluarga pusing2 bandar Melaka. Anak-anak aku suka sangat dapat naik basikal tiga roda ni. Maklumlah, perkara baru dalam hidup dorang. Siap joget2 lagi kt atas beca ni sebab ada radio. Kelasssss gitu. Dahla dihias dgn cantik..memang menarik. Tapi nak naik beca ni kena hati2 sebab mula2 pakcik tu cakap kalau nak p ronda2 kena bayar RM20. Aku ingatkan 20riyal tu buat pusing satu bandar la.Rupa2nya dia ikut jam. RM20/30minit. Hari tu aku kena RM60.



Suasana pagi di Banda Hilir..


Breakfast.Dah lama tak makan nasi lomak yg ada daun pisang. Hurmmm...sodap bau aroma daun pisang.


Kota A Famosa


Kena daki anak tangga untuk sampai kat sini. Mengah campur semput jugaklah untuk aku sampai kat atas ni. maklumlah, dah lama tak exercise. Anak aku yang perempuan tuh gagah betul. Langsung tak merungut semasa mendaki anak tangga sampai ke puncak. Tak macam Si Umar tu, bising je duk mintak papa dia dukungkan..isk..


Tertangkap sudah. Masa ni aku tengah snap gambar Pokok Melaka. Dari pokok inilah bermulanya asal usul nama Melaka. Cerita disebalik pokok tu aku tak tau. hehehehe...Daun dia kecik2 macam daun asam jawa. Buah dia pulak macam buah cermai tapi berasa sedikit kelat. Buah dia boleh makan dan tidak beracun tau!Info ni sebenarnya aku dapat dari Pak cik beca yg kami naiki. Katanya lagi, kapal terbang tu adalah merupakan kapal terbang yang  membawa Tunku Abdul Rahman pergi ke London untuk berunding dan juga merupakan kapal terbang yg pertama sampai ke London  pada tahun 1956. Dan daripada perundingan itulah negara kita merdeka pd tahun 1957. Haiii...kena bukak buku sejarah balik nampak gaya neh.



Suasan malam di bazar.


Beg yg bervariasi warna dan corak bergantung hayung disepanjang deretan bazar.


Sekarangkan musim hujan.Akak nak sgt payung tuh..tp papa cakap tak payah sebab payung tu xbleh tahan lama. Dia akur...Good girl.

Ralit. Asyik.. tengok pak cik ni buat kerja.



Sempat jugak beli beg angry bird untuk kakak kat sini.

Rehat sekejap selepas berpenat lelah sambil layan lagu Elthon John yang dimainkan oleh abang kat atas. Best gak suara Abang ni. Especially time dia tarik...'husky voice'.. gituuuu

weekend...memang ramai orang kan? Dah puas pusing2 bandar melaka, selepas tu aku bertolak ke JB pula. Sebelah siangnya memang tak pergi mana2 sbb suami aku ada kerja. Sebelah malam suami aku free, dan bawak kami semua pergi ke Danga Beach. Bawak anak main2 pulak. Seharian duk dalam kereta sudah tentu mereka bosan.



Bukan main lagi hepi budak berdua ni. Macam2 dorang nak main. Yang jadi masalahnya, ada permainan yang dorang nak main, tapi takut nak naik sorang2. Yang jadi mangsanya aku jugak. Budak paling besar yg turut sama bermain pd malam itu..HAHAHAHA..



OTW back to Paka. Singgah sekejap di Mersing untuk solat dan makan2. kebetulan warna senja hari tu memang superb! Haku hape lageyyyy...klik sana..klik sini..klik3~



Selamat tinggal Mersing. InsyaALLAH, kalau dipanjangkan umur..sampai lg aku di sini.

Tuesday, October 11, 2011

RESTING.....



Seronoknya kalau setiap malam macam ni..berehat sambil membaca dan menonton tv. Akan ku tunggu saat itu. Tapi...bila?? hurmmmm


Entry ni sebenarnya dah lama aku nak share dengan kawan-kawan semua. Tetapi, memandangkan aku kesuntukkan waktu untuk duduk berlama-lama di hadapan pc maka terpaksalah ditangguhkan dahulu buat sementara waktu.

Sebenarnya macam ni ceritanya,  aku selalu mendengar keluhan rakan-rakan mengenai para suami yang sentiasa mengambil peluang dan kesempatan di atas kebaikkan para isteri yang mana telah meninggalkan kesan dan sedikit terkilan di hati ini. Alhamdulillah, setakat hari ini Allah s.w.t masih lagi pelihara rumah tangga aku daripada perkara-perkara yang tidak baik. Semoga biarlah segalanya berjalan dengan baik dan sentiasa berada di bawah lembayung Allah s.w.t hendaknya....amin!  Insya Allah.

Pada pendapat aku, suami dan isteri sebenarnya adalah saling melengkapi antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai kelemahan dan kekuatan. Kelemahan yang terdapat pada isteri akan ditampung oleh suami. Dan begitulah sebaliknya. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah, ayat yang ke-187 yang bermaksud :-

".....mereka itu (yakni isteri2 kamu) pakaian bagi kamu, dan kamu pula pakaian bagi mereka..."

Dan bagi kaum Adam pula, janganlah kamu menganggap kelemahan dan kekurangan isteri adalah merupakan satu tiket untuk kamu mencari pasangan lain. Sebaliknya didiklah mereka agar menjadi isteri yang solehah. Kerana untuk ada isteri empat mudah sahaja tetapi untuk mendidik isteri agar jadi seorang isteri yang solehah dan cerdik pandai bukanlah mudah dan ianya memerlukan kebijaksanaan para suami sebagai ketua keluarga. Mengajar isteri bukanlah dengan cara mengherdik, menyindir, menghina dan meninggikan suara seolah-olah ingin menunjukkan kekuasaan kamu sebagai ketua keluarga. Tetapi ajarilah mereka dengan penuh kelembutan. Insya Allah, para isteri pasti akan cair bila melihat suami mereka melayan mereka dengan penuh berhemah.

Sebagai ketua keluarga, kamulah yang perlu terlebih dahulu melayan dan bergaul mesra dengan isteri sebaik mungkin. Secara fitrahnya, lelaki yang mampu menambat hati isteri melalui layanan yang baik dan mesra akan mampu menjadikan isteri yang keletihan kembali bertenaga, menukar ketegangan menjadi ketenangan dan seterusnya menghidupkan suasana yang harmoni dalam keluarga.

Sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa' ayat yang ke-19 yang bermaksud :-

"....dan bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu itu dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikkan yang banyak (untuk kamu).

Pokok pangkalnya, yang paling penting ialah kedua-dua pihak suami dan isteri hendaklah saling memahami antara satu sama lain, memahami tugas dan peranan dalam rumah tangga, bertolak ansur, hormat menghormati dan saling sayang menyayangi adalah kunci keharmonian dan kebahagiaan keluarga.

p/s : Dan ingatlah, syurga bagi isteri..terletak di bawah tapak kaki suami. Selamat beramal dan renung-renungkanlah :)



Tuesday, September 27, 2011

DARE TO BE DIFFERENT????

Aku snap gambar ni kat teluk cempedak. Guna gear D40 je. Masa mula2 dulu belajar rakam gambar guna kamera DSLR. Sebelum ni kamera digital BENQ aje.


Maaf. Sepi seketika daripada mengemaskini blog. Lately, terasa diri ini begitu CHAOS... so STUPID. Biasalah.. life does'nt always will fit us, but we should fit to the life by ourself. Righttttt????

Actually, i'm a little bit emoooo..because my gear dh takde. This emoooo started this morning when i casually asked my husband if he would buy me one of those cool new camera for replacing my old camera which is he has sold it. :(

Sementelah itu, aku di sini bagai mati kutu. Tangan ni dah terasa gatal nak tekan shutter tapi tak dapat. (of course la sbb kamera xde kan) Bukan apa, takde kamera bermakna tak dapatlah aku nak update blog aku macam dulu. (elleshh...mcm la rajin sgt update blog kan???)  huuuuuu...

Ingat-ingat, malam ni nak selongkar balik almari kat umah. Rasa-rasanya ada D40 kat situ. D40?? ok la daripada takleh ambik gambar langsung kan? Lagipun aku bukan pro. Kamera sekadar hobi dan gambar yang aku rakamkan adalah sekadar penyeri di dalam blog aku ini aje.

Blog? Sebenarnya dulu aku ada diari. Setiap aktiviti yang aku lakukan, pasti aku catat di dalam diari tersebut. Aku suka diari. Macam-macam diari yang aku ada. Yang berkunci, yang bergambar kartun, semuanya lah.Nak tahu kenapa? Kerana..kita ni manusia yang tak perfect kan. Kadang-kadang, apa yang kita lakukan, kita sering lupa. Seperti kata Dr. M, Melayu Mudah Lupa. HEHEHEHE. So, hari ini kita catat apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita...akan menjadi sejarah juga dalam kehidupan kita pada masa akan datang. Untuk tatapan anak-anak kita juga mungkin?
Siapa tahu..



Sunday, September 18, 2011

SEPETANG DI CHINATOWN, TERENGGANU.


ChinaTown atau lebih dikenali sebagai Kampung Cina dikalangan rakyat jelata negeri Terengganu telah wujud  semenjak sekian lama dulu.

Menurut sejarah, kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu yang bermula sejak awal abad ke-15.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, Kampung Cina di Terengganu ini lebih kurang macam Jonker Street di Melaka jugak la.


ChinaTown is famous for its architecture and heritage.

Kini, Kampung Cina telah diubahsuai dan dikomersialkan sebagai tarikan terbaru pelancong dari seluruh negara. Akan tetapi, Kerajaan Negeri Terengganu masih lagi mengekalkan rumah-rumah kedai yang unik dengan hasil ketukangan orang dahulu kala.

walking around..u will notice some of the old shop still operating here.


Old buildings done architecture from the chinese.








Dulu, semasa arwah ayah masih ada. Aku selalu datang sini melawat seseorang. Atuk aku sebenarnya seorang muallaf. Jadi masih ada saudara2 atuk aku yang masih belum memeluk agama islam yang tinggal di Kampung Cina ini.


p/s : hargailah warisan tinggalan sejarah kita. so, enjoy the picture here!
hehehehe

Tuesday, September 13, 2011

ASPARAGUS GORENG


Semalam, setibanya aku di rumah selepas berpenat lelah bekerja, terus bergegas ke dapur untuk memasak pulak. Orang perempuan ni...bila dah bergelar seorang isteri dan ibu, sibuknya mengalahkan Perdana Menteri la lagaknya. Ha! termasuklah dengan aku sekali.

Walaupun terasa jugak nak menjerit (kerana penat) dan kadang kala bila dah tak sempat nak menguruskan rumah dan sebagainya, terlintas jugalah hendak menggunakan khidmat bibik pada masa tuh. Tapi bila rumah dah nampak kemas dan bersih, kalau aku tengok muka bibik time tuh..rasa menyampah pun ado. NO PRIVACY kan?

Akan tetapi, apa-apa pun aku berpuas hati kerana aku dapat lakukan semua kerja untuk suami dan juga anak-anak dengan kudrat ku sendiri...dengan tulang empat kerat ni tanpa banyak mengeluh. Sentiasa ingat bahawa ini semua adalah untuk mendapat keredhaan suami dan juga Allah s.w.t. Walaupun kadang-kadang, kelam kabut jugak jadinya. Tetapi..Alhamdulillah, suami ku sangat memahami diri ini. Terima kasih!
Semoga Allah sentiasa membalas kebaikkan abang terhadap keluarga abang.   :)

Semasa duk mencari stock apa yang boleh aku masak untuk keluarga semalam, yang aku jumpa kat dalam peti ais aku hanyalah asparagus, cendawan korea, capsicum dan ayam sahaja. Hurm...Boleh la untuk buat alas perut pada malam itu.

Pertama kali makan asparagus ni, memang enak sangat. Dengan rasa lembutnya, rapuhnya, berlemaknya..uish..yummy..yummy...

Korang cuba lah. kat bawah ni nanti aku kongsi cara-cara nak memasaknya. Senang sangat. Cepat dan mudah serta berkhasiat.


Step 1 : Rebus dulu asparagus tuh. tak payah nak rebus lama-lama sebab asparagus ni lembut. Sekejap sahaja.


Step 2: Toskan asparagus rebus tadi. Kemudian masukkan kedalam air yang telah diletakkan ais. Yang ni nak pastikan asparagus itu sentiasa kekal hijau.


Yang ni adalah cendawan korea (ini aku yg panggil, nama cendawan ni aku xtau sbnrnya) dengan lada benggala.

Step 3: Tumis ler bawang putih, bawang merah, halia,capsicum dan akhirnya ayam. Kemudian taruk sos tiram  sedikit dan sedikit garam..last sekali masukkan asparagus dan terus angkat. Tak nak lama2 sbb kita dah rebus asparagus di awal tadi. kalau korang suka manis-manis gitu, boleh la taruk gula sket. Tp bagi aku dah cukup dah taruk garam sbb sos tiram pun dah manis kan.


Akhirnya...dah siap! Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama keluarga! hehehehhe..


P/s: Maaf ler ye..Minggu ni mood untuk berblog dah kembali. Terima kasih kepada GB kerana sentiasa bagi support kepada saya :)


Sunday, September 11, 2011

BUMI GAJAH PUTIH

Cuti yang lalu, aku sekeluarga menyertai konvoi dengan kelab kereta estima (MEOG) menjelajahi ke Bumi Gajah Putih, Thailand.

Thailand dikenali sebagai negara 'Gajah Putih' kerana rakyat di sana menganggap 'gajah putih' sebagai simbol kedaulatan, pengiktirafan kuasa Raja oleh kuasa-kuasa ghaib dan lambang kesucian sekaligus menjadikan haiwan itu dipelihara dan dijaga begitu rapi. Haiwan ini juga merupakan simbol kebanggaan Raja negara Thai.

Akhirnya kami semua sampai ke sempadan Thailand (sadao border) untuk uruskan kemasukan kereta kami ke sana. Untuk pengetahuan korang semua, di sini terdapat zone ' No Mans Land' di antara stesen imigresen Thai dan stesen Malaysia. Terdapat kedai bebas cukai dan asas Angkatan Tentera Malaysia ditengah-tengah. Dekat sini aku tak sempat nak snap gambar kerana sibuk duk uruskan pasal visa kenderaan kita orang. 


Sebaik sahaja aku melepasi Sadao Border ni, terus nampak haiwan yang menjadi lambang kedaulatan negara mereka. Gajah-gajah ni selamba je jalan-jalan kat atas jalan raya. Gerun juga aku tengok. Silap haribulan, dibuatnya gajah tu mengamuk, di pijaknya kereta yang lalu lalang kat situ.. isk! hancurrrr leburrrr la jawabnya.
Aku dah menghampiri pintu gerbang Hat Yai. Seronoknya!! Sampai di Hat Yai terus cari kedai makan. Makanan kat situ memang sedap sangat. Lazat hingga menjilat jari. 

Tapi disebabkan terlalu pelahap mengadap makanan, aku terlupa pulak nak snap gambar. Masa tu cuaca amat panas. Terasa bagaikan matahari betul-betul duduk kat atas kepala. Eeee...kalau betul-betul terjadi macam tu camner??? Nauzubillah... Mintak selisih malaikat 44.


Setelah usai sesi menggemukkan badan, kami beralih pula ke tempat penginapan kami di Hat Yai.. iaitu di Hat Yai Paradise Hotel & Resort. Not bad la service hotel ni. Tapi yang lawaknya, aku beria-ia cakap omputih dengan recepcetionist girl hotel ni. Tetiba cakap " Akak boleh kecek klate dok kak?". hampeh betul!! kalau aku tahu dari awal lagi aku dah cakap kelantan. Takde lah aku nak susah payah susun ayat kat dalam kepala aku ni. Lagipun, aku ni bukannya fasih cakap omputih pun. Tersedak..tersendu..tersedan dibueknyooo yeooop!



Yang ini pulak dikenali sebagai Floating Market ataupun lebih dikenali sebagai THALAT NAM KLONG HAE.

Thalat = pasar, Nam = air , Klong Hae adalah nama sungai di situ.
Meriahkan tempat ni.


Sentiasa dikunjungi oleh pengunjung dari pelbagai bangsa dan bahasa yang bertandang ke sana untuk melihat keunikan orang-orang di sana berurus niaga di atas sampan. 

Mak cik, air satu!! He He He


Inilah suasana mereka berurus niaga. Menarik!!  kan???..

Keadaan jalan raya dekat sini dah mula meriah. Kenderaan dah semakin banyak. Ini adalah jalan menuju ke wet market.


Kesibukakan di pasar basah.


Cili kering dijemur di atas simen tanpa sebarang alas.



Carrefour kat Thailand..macam kat Malaysia jugak.



Pintu gerbang zoo, jalan utama nak ke sana. Dulu jalan lain, sekarang dah tukar dah. Nak sampai kat sini kita orang tersesat sebenarnya. Sebab map yang suami aku update kat GPS merupakan map lama. Last sekali kita orang ikut signboard je. Akhirnya jumpa la zoo ni.


Tengok tuh! Jinak-jinak rusa kat sini..





Rusa ni dapat makan free. Nak bagi makan rusa ni kena beli makanan dia 10 bath (RM1)






will be continue..

Saturday, September 10, 2011

FOR THE GOOD SAKE of MY CHILDREN..in future.


Saat gambar ini dirakamkan, aku sekeluarga berada di Head Office Linguaphone yang terletak di Endah Parade. Berjumpa dengan Language consultant iaitu Puan Edora untuk melihat preview linguaphone set for children's english.
Kesian dekat Puan Edora (yang pakai baju serba hitam) sebab ternanti-nanti kehadiran kami. Maaf kerana tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas disebabkan hujan renyai-renyai. Apa-apa pun terima kasih kepada Puan Edora di atas penerangan yang diberikan. Ini adalah di antara usaha-usaha yang kami terdaya lakukan demi anak-anak kami bagi memudahkan mereka menguasai subjek Bahasa Inggeris.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya kan?? nanti takde lah anak-anak jadi cam aku ni. Nak cakap orang putih pun lidah dah keras kematu. Berbelit-belit urat lidah jadinya. Kalau dekat area Paka, Terengganu susah nak cari kindergarten yang macam dekat KL. Semuanya mengutamakan bahasa inggeris.  Kadang-kadang tu, aku dengan suami selalu jugak komunikasi dengan anak-anak menggunakan bahasa inggeris, tapi lepas tu anak-anak tanya balik dekat kita orang, mami dengan papa cakap apa tu? tak paham la...isk..
Yang ni aku snap dari dalam kereta. Masa ni kita orang tengah berpusing-pusing untuk cari kedai makan. Pada awalnya, kami telah sepakat untuk makan kedai yang ada masakan korea atau jepun. Tapi tak jumpa pulak HeHeHe..
Sebaliknya,yang jumpa kedai ini. Ingatkan nak berhenti tetapi tempat parking full. Jadi terpaksa la kami mengubah perancangan asal kami. Sempat snap gamba aje ler.
Akhirnya kami terjumpa restoran yang kat atas ni, dan kami decide untuk makan kat sini aje.
Di Restoran Sri Ayutthaya, Wangsa Maju.
Lagipun, suami aku memang dah lama mengidam nak makan makanan Thai ni. Selalu je ajak aku pergi makan kat Hat Yai. Dia dah start nak buat kerja gila la tuh. Dia bukan boleh di percayai sangat.Silap-silap haribulan jadi macam dulu..Kalau korang pernah baca link ni..isk!
Kerabu Mangga. Seriously memang marvelous! Semua makanan kat sini rasanya sama dengan makanan dekat  Songkhla dan Hat Yai. Perghhhh....meleleh derrr.  Menu yang kami sekeluarga order malam tu, Tom Yam..biasalah cakap je masakan thai..tom yam mana boleh tinggalkan kan? Steam Fish with garlic and lime, Baby squid with dry chilli, kerabu mangga and Glutinous Rice with Mango.
Masam manis dia memang terasa.. Sampai saat ini pun still lagi terasa keenakan masakan Thai. No wonder la ramai warga thai yang datang buka restoran kat negara kita..urmmm.. banyak gambar lauk pauk yang tak sempat aku snap sebab dah tak sabar nak melantak dah. Tak boleh tahan tengok lauk-pauk yang terhidang di depan mato.
Errrkkk...Alhamdulillah. We really enjoy our meals here. Next time boleh la datang lagi kat tempat ni. Korang semua pun boleh cuba. Memang mantop!!!

Wednesday, September 7, 2011

Jika Masih Belum Terlewat...


Saya nak ucapkan, 
.
.
.
.
.
.


Saat ini aku sedang menekuni buku Kasih Benar Kasih.

Novel yang tak sempat aku habiskan bacaannya kerana terlalu sibuk dengan rutin harianku yang sedikit berubah pada bulan Ramadhan lalu.

Maaf kerana baru hari ini berkesempatan untuk mengemas kini blog. 

Sebenarnya kat dalam kepala ni ada banyak sangat cerita dan idea untuk mengupdate blog..tp masa tidak begitu mengizinkan.

InsyaALLAH, mungkin sedikit masa lagi.

Ini pun aku curi-curi masa berblogging, sambil jual ubat kat customer sambil duk menaip entah apa-apa entah. Customer pun asyik jeling-jeling je kat PC cabuk aku. Ni kes nak curi baca hasil penulisan aku kat blog ni la.. isk  isk  tak baik tau ambik kesempatan ye pak cik! malu saya tau ngeeee~

Customer plak tak putus-putus datang beli ubat lepas musim perayaan ni.
Ramai sungguh orang yang berpenyakit ni.

Alhamdulillah..rezeki yang Allah bagi jangan sekali-kali kita menolaknya...kan??

mmm... tak best sangat la update blog mcm ni.
Sebab takde feeling... HeHeHe
Nak cari mood dulu lah.. wokkeh..

Assalamualaikum!




Wednesday, August 10, 2011

HAPPY 6th ANNIVERSARY MY DEAREST HUSBAND!



We open our eyes every morning,
and we see each other.
We open our minds,
and we understand each other.
We open our arms,
we have each other...
...and..
When we open our hearts..
We know that we love each other.
May ALLAH bless our true love.
May our marriage last forever...
You may not be my first, 
but i will make it true that InsyaALLAH.
You will always be my last, here and thereafter....



Notakaki:
 Sepanjang tempoh enam tahun kami mendirikan rumah tangga. Ini adalah yg pertama aku wish bg hari ulangtahun perkahwinan kami. Ini pun wish kat dalam blog je.  Harap dia baca ler...ngeeee~
Tak pernah sekali pun meraikannya. Lagipun aku malu nak wish direct kat depan dia. Sebenarnya aku tak kisah kalau kami tak pernah meraikannya. Bagi aku semua itu tidak penting. Yang penting antara kami sentiasa ada persefahaman. Saling mempercayai antara satu sama lain. Saling menyayangi dengan sepenuh hati.. give and take..Dan saling mendoakan kesejahteraan dan keharmonian dalam keluarga kami. Itu sudah mencukupi. Aku bukanlah seorang yang romantik agaknya.. akan tetapi aku mempunyai jiwa yang puitis.  Agaknya jugak la kot. HA HA HA...perasan :p. Sebab kadang-kadang aku tak suka berterus terang. Aku suka pendam. Aku bukan jenis seorang yang pandai memikat hati orang. Aku bukan seorang yang pandai melawan kata. Aku akur pada keadaan. Tetapi..aku jenis ' sekali aku jatuh cinta, selamanya aku cinta...'

Eeeee...'ter'jiwang la pulakkk...grrrrr. Kan aku dah cakap aku memang berjiwa puitis tetapi malu nak tunjukkan. Ok, titik. Kalau tulis panjang-panjang lagi akan terbongkarlah rahsia hati ku kui..kui..kui..


Sharing our life together is sharing step in time.
Thank you for your tender love!

Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada kami
Yang kau jadikan pengikat rindu Rasulullah saw dan Khadijah al-Qubro
Yang kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Talib dan Fatimah az Zahra
Yang kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Andai semua itu tidak layak bagi kami
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan reda-Mu
Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat
Saling menjaga kehormatan diri di kala jauh
Saling menghibur di kala duka
Saling mengingatkan di kala bahagia
Saling mendoakan di dalam kebaikkan dan ketaqwaan
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepadaMu
Dan bukti ketaatan kami kepada Sunnah RasulMu.
Amin.

Wednesday, August 3, 2011

ENJOYING




Slowly..
But surely,
I am learning to live in the moment.
Enjoying where i am..
What i have and the wonderful people i share it with.


Enjoying a few thing lately...


  • Sweet morning light
  • Soft breezes
  • My digital camera (He has been a bit neglected lately)
  • My Children who are cute, and always make me happy and angry..sometimes.
  • Husband who understand and love me.




I *live* for moments like this.

TIGA RAMADHAN

Kuih Seri kaya @ Sekaya.
masuk dalam peti ais, makan sejuk2...nyum..nyumm!


Dulu..
Aku suka melewatkan makan sahur.
Bila azan subuh nak berkumandang..
masa itulah aku sibuk nak minum air.
Sebenarnya takut dahaga di siang harinya.
Aku ingatkan, tabiat itu tidak bagus sebenarnya.
Rupa-rupanya..

Nabi Muhammad s.a.w melewatkan makan sahur iaitu sebaik-baiknya sebelum subuh (fajar).

Ibnu Khatir meriwayatkan, bahawa kebanyakan ulama salaf bertoleransi dalam bab makan sahur sehingga hampir fajar, begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang. Sunnah baginya menyelesaikan dan bukan meludahkan air.

Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : " Apabila salah seorang daripada kamu mendengar azan sementara piring sudah di tangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya."

(Riwayat A-Hakim)


Aku dapat kuih ni tanpa berbayar     ...ngeeeee...
Ada makcik kat bazar ramadhan bagi.
Alhamdulillah.




Monday, August 1, 2011

MANISNYA KURMA.....ngeeeeee~


Suatu hari Rasulullah s.a.w telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud : " Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang muslim, apakah pokok tersebut?"


Sunnah berbuka dengan kurma.
Gambar di atas adalah hiasan semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan entry aku kali ini ngeeee~


Hingga ke hari ini, aku masih lagi tercari-cari jawapan kepada pertanyaan ku sendiri. Sebelum arwah ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. 3 hari sebelum arwah tiada, dia ada datang menemui aku dengan membawa sebiji buah labu. Masa itu, aku baru aje habis berpantang anak ke-2.

Masa itu, hati aku tertanya-tanya jugak. Kenapa Bak (panggilan untuk arwah) bawak buah labu untuk aku? Sedangkan Bak tahu yang aku memang tidak menggemari buah labu. Dan sampai ke hari ini, aku masih tak dapat nak kaitkan peristiwa buah labu tersebut. Kerana hanya aku sahaja yang dapat 'sesuatu' dalam keluarga aku. Adik-beradik lain arwah bak tak tinggalkan apa-apa. Cuma bak aku ada cakap dekat abang aku, " Jangan halang kalau bak nak pergi jauh."

Hari ini, melalui pembacaan..aku mendapat sesuatu..

Rupa-rupanya...

RASULULLAH S.A.W MENGGEMARI BUAH LABU.

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan : "Rasulullah s.a.w ialah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali diberikan makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan menghidangkan buah labu di hadapan Baginda kerana saya tahu bahawa Baginda menyukainya."

(Riwayat Ahmad, Al-Darimi, Al-Nasa'i dan Abu Daud)



Arwah juga sangat menggemari buah labu.  Al-fatihah buat arwah Bak. Semoga Bak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan bertaqwa. Semoga Arwah Bak juga menjadi salah seorang penghuni Syurga ALLAH.. Amin!


SATU RAMADHAN

Kuih Tok Aji Serban (bagi org Terengganu) atau Seri Muka eh (Bagi kamu?)


  • Rutin harian yang tidak ada banyak perbezaan kalau hendak dibandingkan dengan hari-hari bukan pada Bulan Ramadhan. Cuma, aku kena bangun awal untuk menyediakan juadah sahur.

  • Mengantuk sebab tidak mempunyai tidur yang secukupnya.

  • Azam untuk bulan yang penuh barakah ini, aku ingin mengkhatamkan Al-quran. Untuk hari ini aku dh baca sampai mukasurat 33, Surah Al-Baqarah. Terpaksa berhenti setakat itu dahulu kerana kondisi tubuh badan yang tidak mengizinkan.

  • Di awal puasa, aku dah kena demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Penyakit semakin menjadi-jadi sebab tidak boleh mengambil ubat pada waktu yang ditetapkan. Dugaan..

  • Hari ini secara tidak sengaja juga, aku dan suami telah menjadi kaunselor kepada pasangan suami isteri yang bermasalah. Tetiba pulak jadi bidan terjun. Kami bukanlah pasangan yang sempurna sehingga orang datang kepada kami untuk meminta nasihat dan pandangan. Akan tetapi, kami cuba sedaya upaya membantu setakat yang kami mampu. Semoga kita sama-sama memperbaiki kelemahan diri kita. Saling mengingati di antara satu sama lain. Insya ALLAH.

  • Aku tak sempat bertarawikh di masjid, namun aku cuba melakukannya di rumah. Semoga ALLAH S.W.T menerima segala amalan ku..Semoga Allah Ampunkan segala dosa-dosaku.Amin.


P/s: Niat puasa untuk hari yang seterusnya..