Sunday, March 24, 2013

PENGALAMAN UMRAH: Kembara Mata Hati~ Part 2




MADINAH AL-MUNAWWARAH

Bismillah... 


Menuju Destinasi Cinta
Cinta Kekasih Allah.





Tiba di Lapangan Terbang Madinah sekitar 1.00 pagi waktu Madinah. Alhamdulillah. Saya memanjatkan syukur kepada-NYA. Satu demi satu urusan kami dipermudahkan-Nya. Sebelum kami melangkah turun dari pesawat, kami telah dimaklumkan oleh anak-anak pesawat kepada para jemaah umrah yang tidak berupaya yang mana memerlukan kerusi roda, sila duduk di tempat duduk masing-masing sehingga anak-anak kapal datang kepada mereka dengan membawa kerusi roda tersebut. Manakala bagi mereka yang tidak memerlukannya, seperti biasa berpusu-pusu turun melalui laluan yang disediakan. Kami tahu mereka semua juga sama seperti kami yang tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Kota Madinah atau disebut juga oleh Rasulullah sebagai Thabah yang bermakna sebuah negeri yang baik dan menyenangkan.

Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Madinah, kami di suruh menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak Rayhar Travels yang mana akan membawa semua jemaah umrah terus ke hotel. Semuanya riang ceria kerana sebentar lagi kami semua akan berada di bumi yang dilimpahi berkat sebanyak dua kali ganda daripada Kota Mekah. Keberkatan dua kali ganda itu tentu sahaja bermaksud kepada hal-hal keduniaan manakala Mekah tetap melebihi Madinah dalam hal-hal yang berkaitan akhirat. Contohnya, menunaikan solat di Mekah pahalanya seratus ribu solat manakala solat di Masjid Nabawi pula pahalanya adalah seribu solat. Allahuakbar!





Kami tiba di hadapan Hotel Dallah Taibah lebih kurang pukul 1.30 pagi. Setinggi-tinggi  kesyukuran kami  rafa'kan kepada Allah Yang Maha Berkuasa ke atas semua hidupan di bumi ini dan selawat serta salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w kerana kami telah selamat sampai dan bertambah seronok lagi apabila mendapati penginapan kami tidak jauh dengan Dataran Masjid Nabawi. Kami boleh nampak cahaya Masjid Nabawi daripada tingkap bilik kami. Allahuakbar!

Suhu di Kota madinah sangat sejuk dan nyaman sekali. Hati saya sangat tenang di sini. Terdetik di dalam hati, patutlah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Kota Madinah. Sebuah kota yang sangat nyaman dan tenang sekali. Subhanallah! Mulut saya terus terkumat kamit memohon kepada Allah s.w.t supaya dipermudahkan segala urusan kami sehingga berpeluang solat di Masjid Nabawi, dapat ziarah ke makam kekasih-NYA dan tempat-tempat yang diaturkan oleh Rayhar Travels. Malah saya mahu terus berulang alik sebanyak mungkin sepanjang berada di sini. Ya Allah yang maha mendengar permohonan hamba-hambanya, perkenankanlah doa hamba-MU ini.

Tanpa berlengah lagi, sebaik sahaja selesai urusan penyerahan kunci bilik masing-masing serta beg-beg pakaian kami, suami saya mengajak kami semua menuju ke lif untuk ke tingkat 13. Banyak kelihatan poster-poster yang memaparkan jadual dan perjalanan program-program dari agensi-agensi selain daripada agensi kami turut ditampal di ruang lobi. Setibanya di bilik, saya menyuruh Ummaira dan Umar mandi dahulu sebelum mereka tidur manakala saya mengeluarkan semua pakaian kami dan menyusunnya didalam almari yang disediakan oleh pihak hotel. 

Oleh kerana hati kami terlalu gembira dan teruja mungkin kerana ini adalah pertama kali kami menjejakkan kaki di Kota Madinah ini, kami tidak sempat pun tidur walau sekejap  kerana waktu subuh sudah pun hampir tiba. Tepat pukul 4.15 pagi, kami terus bersiap sedia untuk bersolat subuh di Masjid Nabawi. 

Rindu kami sedikit terubat. Cahaya lampu yang terang benderang menerangi sekeliling Masjid Nabawi. Berulang kali saya memanjatkan syukur dan membisikkan salam kepada Nabi Muhammad daripada jauh. 



Seorang isteri yang setia menemani suaminya.


Suasana subuh di perkarangan Masjid Nabawi.

Suasana Dalam masjid Nabawi

Bangunan di belakang adalah hotel penginapan kami. PEACE!
Sarapan Pagi Di Hotel Selepas Subuh






, "Ya Tuhanku, sesungguhnya Tanah Haram ini Tanah Haram Nabi-Mu, Muhammad dan Engkau sudah mengharamkannya menerusi kenyataan lisan nabi-Mu maka ku pohonkan dengan kemuliaannya jadikanlah ia sebagai perisai untuk diriku daripada api neraka dan keamanan daripada perhitungan yang tidak baik pada hari kiamat."









.................to be continued



Saturday, March 16, 2013

Pengalaman Umrah: Kembara Mata Hati

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullah.

Bersua kembali kita.

THE JOURNEY BEGIN


Setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Allah s.w.t aku panjatkan kerana diberi peluang yang sangat-sangat berharga kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah dengan rezeki dan nikmat kurniaan Allah s.w.t kepada kami. Tidak pernah terfikir oleh kami bahawa pada usia di awal 30 an ini, kami telah di jemput untuk menjadi tetamu Yang Maha Agung. Subhanallah, Maha Suci Allah. Maha Besar Allah. Segala perancangan Allah s.w.t terhadap hamba-hambanya adalah yang terbaik.

Di jemput menjadi tetamu Allah s.w.t adalah sesuatu yang sangat berbeza pengalamannya. Dalam banyak-banyak tempat yang pernah kami lawati, tidak ada satu tempat pun yang mana boleh menyamai dengan tempat suci yang penuh dengan barakah dan rahmat ini. Hati kami terasa terpanggil untuk menjejakkan lagi kaki ke Bumi Haramain itu. Insya Allah, sekiranya diberikan peluang lagi, tidak akan kami sia-siakan.



Hari pertama.
26 feb 2013
2.00 petang.

Kami terpaksa berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu 4 jam awal daripada masa berlepas. Maknanya, pukul 2 pm semua para jemaah umrah mesti berkumpul di sini untuk proses check in bagasi dan sebagainya.





Akhirnya selesai check-in bagasi.


Rezeki anak-anak kami, pada usia sekecil ini mereka telah pergi menjejakkan kaki mereka ke bumi Anbiya'.


Tepat pukul 7 petang, sebagaimana yang tercatat di dalam jadual perjalanan umrah kami, akhirnya tibalah masanya untuk kami berlepas terus ke Lapangan Madinah. Alhamdulillah kami panjatkan syukur kepada Allah s.w.t kerana perjalanan pergi kami segalanya berjalan dengan lancar dan di permudahkan oleh-NYA. 

"Allahumma Rabbi Yassir.. Wala tu'assir.. Rabbi Atmim Bilkhairr."

Sentiasalah mengamalkan doa ini di sepanjang perjalanan kita agar Allah s.w.t akan memudahkan segala urusan kita. Insha Allah.





Monday, February 4, 2013

Kembara Mata Hati




Syukur Ya Allah. Tak terkata rasanya apabila mendapat perkhabaran gembira dari pihak Rayhar Travel pada 6 januari 2013 lepas.

Alhamdulillah..saya, suami dan anak-anak telah diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Allah telah makbulkan doa kami. Dan Allah juga telah mempermudahkan segalanya buat kami.

" Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan "(wahai umat manusia dan jin)?".

Semua nikmat MU benar Ya Allah! Tidak ada satu pun nikmat MU yang dapat kami dustakan.

Mengalir air mata kerinduan yang disimpan selama ini. Rindu dan rasa tidak sabar untuk mengunjungi makam Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang melawat masjidku tetapi tidak melawat makam ku, nescaya di akhirat esok tidak akan mendapat syafaatku.

Ya Allah, tidak sabar rasanya untuk berdiri dalam ihram dan melakukan tawaf mengelilingi Baitullah. Berdoa di hadapan rumah Mu. Meminum air zam zam dari telaga Mu yang penuh barakah. Segala-galanya..sesungguhnya rasa cinta ini tidak akan pernah padam. Malah semakin kuat sehingga kami menitiskan air mata kerinduan setiap kali memikirkannya.

Jadual penerbangan telah diperolehi dan dimaklumkan oleh pihak Rayhar Travel. InshaAllah, kami akan berlepas dari Terengganu terus ke Madinah pada pukul 7.30 petang pada 26 Febuari ini di LPT Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Kepada semua kawan-kawan, sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, saya memohon maaf sekiranya saya ada membuat silap sepanjang perkenalan kita. Halalkan makan dan minum sekiranya ada. Sesungguhnya, saya juga merupakan manusia biasa yang sentiasa terlupa dan tersilap di dalam perbuatan dan tutur kata.

Doakan kami agar segala amal ibadat kami di sana nanti dipermudahkan dan mendapat umrah yang makbul. Sesungguhnya kembara kami kali ini adalah untuk membersihkan hati, memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti sifat mahmudah. InshaAllah, Allah akan membantu hambaNya yang berniat ke arah kebaikkan.

Semoga sahabat-sahabat saya juga akan berpeluang ke sana jika di izin Nya.

Monday, April 2, 2012

Rona Kehidupan






Mencari rezeki yang halal dan redha Allah s.w.t

Syukur Ya Allah di atas selaut limpahan rezeki Mu.
Alhamdulillah.

Wednesday, March 28, 2012

Mendidik Hati

Kata Hamka : Lihatlah bagaimana Allah S.W.T membahagi-bahagikan nikmat-NYA.



Bila aku merenung kembali perkara-perkara yang pernah berlaku di dalam hidupku. Aku telah tersedar tentang satu perkara.

Jika kita membantu seseorang dengan niat menyenangkan hati ALLAH, akan ada seseorang akan membantu kita apabila kita memerlukan.



In a nutshell, what you sow is what you reap.




Sunday, February 5, 2012

...repeating myself..



.
.
.
.
.
.
.
.


I feel like i'm a bit lost of focus and inspiration at the moment,
repeating myself.
I'm not sure whether it's because i'm busy with my work or because i'm distracted by a move coming up next week.
.
.

Lately i've been finding myself less inspired and more put off the whole thing.
*sighhh...
I need an air to breath.. to regain the spirit within me.

I guess everyone has some down time.


p/s : Salam Maulidur Rasul S.A.W ~untuk semua :)

Wednesday, January 25, 2012

I was absolutely 'ecstatic'..



Kaum cina di Malaysia sibuk beraya.
Jalan raya sesak dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan.

Aku..

Memandang sepintas lalu jam ditangan,
menunjukkan tepat 6.59 pm
Duduk dibawah rimbunan pokok
Mengelak daripada kesesakan lalu lintas
Di kiri kanan aku terdapat beberapa pohon kelapa yang cukup rendang
Sambil mulut menguyah keropok
Menikmati..
Sambil mata asyik memandang langit
menyaksikan keindahan warna-warna alam
Sementara menunggu azan berkumandang di seberang.

Berdiri.

Pantas tangan ini meraba-raba di segenap ruang beg galas yang terletak di bahuku.
Lantas..
Dengan pantas aku mengeluarkan kamera
yang sentiasa ada bersamaku walau ke mana sahaja aku pergi
Mencari sudut yang sesuai
Kemudian, rancak jari jemari menekan butang 'shutter'
Akhirnya..aku tersenyum

I was absolutely ECSTATIC.

Sebab..

my addiction is to shoot sunset..
Lepas.. puas..
Terubat rindu dihati ini
dapat jugak rakam beberapa keping gambar.

Azan pun dah kedengaran..
Simpan semua peralatan
Menunaikan kewajipan..








Tuesday, January 17, 2012

Adam Khoo Kata "MASTER UR MIND N DESIGN UR DESTINY"

Rezeki Allah s.w.t ada dimana-mana sahaja. Berusahalah..



Alhamdulillah..Segala kerja-kerja yang tertangguh daripada tahun lepas akhirnya selesai dengan jayanya. Anak-anak pun telah selamat didaftarkan ke sekolah baru. Kakak sudah berusia enam tahun,manakala si adik pula sudah menginjak ke usia lima tahun pada tahun ini.. Mereka pun nampaknya gembira bersekolah di situ walaupun terpaksa bagun di awal pagi. Macam-macam cerita yang dikhabarkan mereka berdua sebaik pulang dari sekolah. Setiap hari ada sahaja cerita yang nak diceritakan. Sampai letih telinga ini untuk mendengarnya. Maklumlah sekolah baru mereka sekarang bercampur dengan pelajar cina, india dan " Mok Soleh" (mat salleh sbnrnya. Mok soleh tu umar yg sebut. pandai2 dia aje...isk!). Sampai terbelit-belit lidah dorang berdua ni untuk sebut satu persatu nama rakan-rakan dorang.

Dan Alhamdulillah juga sebab dorang berdua sekarang ni dah pandai berwudhu' beserta dengan niat sekali. Semalam siap ajak aku masuk bilik air supaya tengok betul tak cara dorang berwudhu'. Dulu, semasa suami aku menyatakan hasratnya untuk menghantar anak-anak kat sekolah mereka sekarang, pernah jugak aku menyuarakan rasa takut yang bersarang dihati. Manalah tau, takut-takut kat situ hanya menekankan subjek english semata-mata. Tetapi ternyata sangkaan ku salah. Bila aku tengok balik jadual mereka, rupa-rupanya subjek FARDHU AIN setiap hari diajarkan kepada pelajar-pelajar di situ. Yang si Umar pulak, setiap kali pulang sekolah selalu sahaja baca Zikrullah. Alhamdulillah.

Sebenarnya kami sebagai ibu bapa, cuba memberi yang terbaik untuk anak-anak kami. Ini kerana anak-anak adalah anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t. Mereka adalah tanggungjawab kami. Sebagaimana kata Adam Khoo,Pada hari ini kita hidup dalam zaman yang sering berubah. Perkembangan dunia pada hari ini sungguh dinamik sehingga 80% daripada apa yang anda pelajari menjadi ketinggalan zaman sebaik sahaja anda keluar daripada universiti. Dunia sekarang semakin ramai orang yang cerdik pandai. Jadi, bila lagi kita mahu bermula????  Kalau bukan dari sekarang???? kan???


p/s : sebenarnya aku sedang baca buku hasil penulisan Adam Khoo ni. Tetiba pulak teringat kt blog yg dh lama 'terbengkalai' dan tetiba plak ada idea utk menulis kt dlm ni..heeee :)





Sunday, November 27, 2011

My Boy Turns 4 Years Old Already..


doing nothing...but we're having a great fun together.




2 days before date of  November 22,2011. Aku telah beritahu dekat  Umar yang aku akan beli kek untuk dia. Then, atas kek tu aku akan taruk lilin kemudian aku akan suruh dia tiup lilin tu. Aku nampak muka dia masa tu sooooo excited bila dengar aku cakap macam tu. Aku tau Umar suka sangat tengok api dan bermain dengan candle.

Tiba pada tarikh tersebut. This is my fault. I admit. Aku langsung tidak ingat apa yang aku janjikan dengan Umar. Mungkin aku terlalu asyik dan sibuk dengan kerja2 yang tak pernah hendak berenggang daripada aku. Aku jadi seorang yang pelupa dan sangat pelupa. (nampaknya kena makan buah kismis lebih neh hurmm...) Sehinggalah Umar mengingatkan aku kembali, " Mummy, hari tu mummy cakap kat adik, nak beli kek..nak suh Adik tiup lilin. Mananya ?." Aaaaaaaaaaaa?????

"Oppps! sorry dear. Mummy lupa..but mummy promise mummy akan belikan kek untuk Umar. Tapi, untuk masa ni mami bagi cokelat dulu boleh?."  Dengar aje 'cokelat' terus hangguk. Dah memang hantu 'cokelat' hape lageyyyy!!! eeeeee.....sabar aje la. Masih lagi tak sedar walaupun gigi yang satu tuh dah 'genting' dah. haisssssh.

However,tiup lilin dan kek tu tidak penting Umar. Yang penting, Umar dapat membesar dengan baik, memiliki ilmu pengetahuan yang baik, menjadi anak yang baik akhlak dan pekertinya, menjadi seorang anak yang tahu berbakti kepada kedua ibu bapanya..anak soleh..di dunia dan di akhirat. Amin!

Itu doa Mummy buat Umar Hakimi.


Selamat meniti hari kedewasaan Umar :D

Wednesday, November 9, 2011

QURBAN 2011

Ini adalah qurbanku, Satu bahagian daripada Tujuh bahagian...kerana Allah Taala.





Credit to my other half for all this pic..xsmpt nk snap hari tu sbb org yg sy wakilkan tuk sembelih haiwan qurban tersebut suh tunggu kt dpn haiwan qurban masing2..sebaik shj darah mengalir keluar masing2 mula berniat qurban..dan segalanya berjalan dgn baik dan lancar.



Alhamdulillah...

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA :)



Thursday, October 27, 2011

What's In My Bag?


Credit to  My Other Half  for this picture.


This is my sweet camera which i love it very much.
Thank you to my generous and kind hubby for giving me the priceless gift.
And know i realised..i'm so in LOVE with it.
Because it is a point and shoot camera with a very nice design, small in size, and look like a leica.
.
.
......And....
it suits me very well
.
.
.
.
.
Easy to bring it everywhere...by putting in my handbag.
And the most important is, it can produce and deliver quality picture as DSLR!
i like it...i love it.. :D

Sunday, October 23, 2011

Hujung Minggu

Aku datang lagi...ke sini.


Seronoknya last weekend. First, sebab husband cakap nak pergi Johor Bharu.Nanti kalau sampai sana boleh la jumpa saudara mara sebelah ayah. Second, sebelum sampai JB....husband singgah di Melaka dulu sebab tak larat dah nak drive tp sempat jugak singgah di Masjid Selat. Third, sebab suami ajak jalan2 p round tempat-tempat yang menarik di Bandaraya yang penuh bersejarah ini pada keesokkan harinya sebelum kami bertolak ke JB, sambil tidak melepaskan peluang beserta aksi2 ganas ketika merakam gambar. (HAHAHA...ganazzzz sgt la tuh huh!)Fourth, ya sudah-sudah lah tuh ok!

Gambar-gambar yg sempat terakam oleh lensa ku:




Beca inilah yg membawa kami sekeluarga pusing2 bandar Melaka. Anak-anak aku suka sangat dapat naik basikal tiga roda ni. Maklumlah, perkara baru dalam hidup dorang. Siap joget2 lagi kt atas beca ni sebab ada radio. Kelasssss gitu. Dahla dihias dgn cantik..memang menarik. Tapi nak naik beca ni kena hati2 sebab mula2 pakcik tu cakap kalau nak p ronda2 kena bayar RM20. Aku ingatkan 20riyal tu buat pusing satu bandar la.Rupa2nya dia ikut jam. RM20/30minit. Hari tu aku kena RM60.



Suasana pagi di Banda Hilir..


Breakfast.Dah lama tak makan nasi lomak yg ada daun pisang. Hurmmm...sodap bau aroma daun pisang.


Kota A Famosa


Kena daki anak tangga untuk sampai kat sini. Mengah campur semput jugaklah untuk aku sampai kat atas ni. maklumlah, dah lama tak exercise. Anak aku yang perempuan tuh gagah betul. Langsung tak merungut semasa mendaki anak tangga sampai ke puncak. Tak macam Si Umar tu, bising je duk mintak papa dia dukungkan..isk..


Tertangkap sudah. Masa ni aku tengah snap gambar Pokok Melaka. Dari pokok inilah bermulanya asal usul nama Melaka. Cerita disebalik pokok tu aku tak tau. hehehehe...Daun dia kecik2 macam daun asam jawa. Buah dia pulak macam buah cermai tapi berasa sedikit kelat. Buah dia boleh makan dan tidak beracun tau!Info ni sebenarnya aku dapat dari Pak cik beca yg kami naiki. Katanya lagi, kapal terbang tu adalah merupakan kapal terbang yang  membawa Tunku Abdul Rahman pergi ke London untuk berunding dan juga merupakan kapal terbang yg pertama sampai ke London  pada tahun 1956. Dan daripada perundingan itulah negara kita merdeka pd tahun 1957. Haiii...kena bukak buku sejarah balik nampak gaya neh.



Suasan malam di bazar.


Beg yg bervariasi warna dan corak bergantung hayung disepanjang deretan bazar.


Sekarangkan musim hujan.Akak nak sgt payung tuh..tp papa cakap tak payah sebab payung tu xbleh tahan lama. Dia akur...Good girl.

Ralit. Asyik.. tengok pak cik ni buat kerja.



Sempat jugak beli beg angry bird untuk kakak kat sini.

Rehat sekejap selepas berpenat lelah sambil layan lagu Elthon John yang dimainkan oleh abang kat atas. Best gak suara Abang ni. Especially time dia tarik...'husky voice'.. gituuuu

weekend...memang ramai orang kan? Dah puas pusing2 bandar melaka, selepas tu aku bertolak ke JB pula. Sebelah siangnya memang tak pergi mana2 sbb suami aku ada kerja. Sebelah malam suami aku free, dan bawak kami semua pergi ke Danga Beach. Bawak anak main2 pulak. Seharian duk dalam kereta sudah tentu mereka bosan.



Bukan main lagi hepi budak berdua ni. Macam2 dorang nak main. Yang jadi masalahnya, ada permainan yang dorang nak main, tapi takut nak naik sorang2. Yang jadi mangsanya aku jugak. Budak paling besar yg turut sama bermain pd malam itu..HAHAHAHA..



OTW back to Paka. Singgah sekejap di Mersing untuk solat dan makan2. kebetulan warna senja hari tu memang superb! Haku hape lageyyyy...klik sana..klik sini..klik3~



Selamat tinggal Mersing. InsyaALLAH, kalau dipanjangkan umur..sampai lg aku di sini.