Tuesday, May 4, 2010

Sunrise @ Pantai Mangkuk,Setiu

Saat aku merakamkan gambar2 permandangan dari Pantai Mangkuk setiu, terengganu..
betapa terpegun dan terpesonanya aku..
melihat keindahan alam semulajadi
anugerah daripada ILLAHI


Aku bersyukur..
kerana masih dapat mengecapi keindahan ini.
Walaupun ada sesetengah drpd mereka
yang tidak tahu menghargai..
Dari lensa kamera, aku..
Melihat burung-burung terbang merendah
menukik dan menepis tali air
Sang camar pulang ke sarang
tenang dan mendamaikan


Sunday, April 25, 2010

My viewfinder

I was out with my hubby for a sunrise shoot at seberang paka..near at my house. The sky was clear and the sea was calm. Just at the sun was breaching the horizon, i took the shot. Makes you feel that no matter how blue you're feeling, the sun will eventually come out to brighten your day. I love black and white..but i do shoot colour too.so guys..enjoy this moment through my viewfinder.


This picture was taken at Batu burok Beach during evening time and i saw a nice man with his eagle kite. His attracts me so much with the
'slumber' face.

Faces on the streets..haha..my hubby captured this beautiful moment during my visit to Shenzhen, China. I like this picture with crowded cities in the background.



Friday, April 23, 2010

My Deco Plate

Selain decoupage, folk art, photograhy..decal juga merupakan salah 1 hobi aku di masa lapang. Gambar yg kt atas ni pun actually old stock. Baru nk upload..hehe..ada lagi gambar yg xsempat nak upload..tak tahu kenapa, sejak akhir2 ni rasa macam terlalu sibuk..hehe. Hari ni pun mood aku untuk ber'blog' pun xde..so layan je la hasil yg tidak seberapa ini...chowwww....

Tuesday, April 20, 2010

Adam Maya

Hai kawan-kawan...
Dah lama tak update blog ni..sorry because very bz with my new interest dan maaf juga kpd sesiapa yg rajin blogwalking blog ini. Haa...bila korang baca jer tajuk n3 ni mesti korang terbayangkan slot akasia drama bersiri TV3 yg tengah hot di layar skrin tv3 skrg kan?..

Just want to share my opinion 'bout this drama only..
1st time tgk crita ni..dh agak dah jln crita ni mesti ada persamaan dengan "I'M NOT SINGLE" lakonan oleh Farid Kamil dan Lisa Surihani.
Well, suka sangat tengok crita ni sebab ada babak tertentu di antara Adam & Maya membuatkan aku tersenyum sorang-sorang..huhu..
Tapi lagi bagus kalau Lisa digandingkan dengan Farid kamil lagi sekali..sbb mereka berdua ada chemistry.Hussain mcm tak berapa nak menjiwai watak Adam tu. Apa2 pun watak yg dibawakan oleh Adam tu as a photographer sambilan dapat menambat jiwaku ini..huhu (Same interest)..
Tak sabar nk tgk ending crita ni..xsabar jugak nk tgk sambungan ptg ni..mesti maya tolak cinta dani sbb Maya sudah suka dekat Adam..suka2.
Hmm..oklah kawan2 aku brenti setakat ni aje untuk entry kali ni. Kepada sesiapa yg suka menonton drama bersiri ini..slmt menonton aku ucapkan..

Tuesday, February 2, 2010

Wedding 01022010












Akhirnya...berakhirlah zaman bujang anak saudaraku Fazrool. Mak Su doakan semoga ikatan ini akan berkekalan sampai akhir hayat.Selamat menjalani kehidupan berkeluarga..semoga dapat menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab dan penyayang..InsyaAllah...

Sunday, January 24, 2010

Folk Art

Saje try and error kat atas kertas buat folk art nih. 1st time try..tak berapa jadik lagi..huhu..
kena cuba banyak kali..sampai tangan ni jadi lagi lembut dan mudah di lentur siket. Sebenarnya, aku belajar buat folk art ni daripada buku kak Nora. Bukan takder guru yang boleh ajarkan..masalahnya kat terengganu ni susah sket nak dapat guru folk art nih..










Yang ni pulak berpandukan buku daripada Encik Zahir.Belum siap lagi..tapi gatal jugak tangan nak post kat dalam blog ni..nanti bila siap aku post lagi hihihi..tak tau la bila nak siap sbb masa free tak menentu serang ni..tapi InsyaAllah..akan ku siap kan ASAP (as soon as possible)





Monday, January 18, 2010

1st Decoupage Project 2010

KEY HOLDER

Jumaat, 15 jan 2010..

Akhirnya sampai jugak aku kat kedai Encik Zahir.Dah lama dah teringin sangat nak pergi kat kedai dia.Dah puas pujuk hubby..lastly pergi jugak..(nak ambil hati kot...huhuhu).To my Hubby,thanks for your support.Aku dapat alamat kedai Encik Zahir ni pun dari salah seorang kawan WMC yang baik hati.Thanks to Irene also..

Apalagi, alang-alang dah sampai kat kedai En.Zahir ni..aku beli la barang-barang untuk buat decoupage dan folkart. Kat bawah ni aku ada letak gambar barang-barang yang aku beli kat kedai beliau..
Kat atas sekali..gambar decoupage hasil daripadaku yang tak seberapa.Almaklumlah...tangan ku ni keras kematu..so hasilnya takdelah begitu memuaskan.


Sunday, January 3, 2010

Umar Hakimi @ Barber

Amacam...?Ada style tak...hehe
Still standing...

Jeling baek punyerrr...


Hensom tuh...tp yang tak bagus..mummy terpaksa pegang kepala..nasib baik tukang gunting tu sporting...huhu...thanks ya Pak Cik Barber...




Tuesday, December 29, 2009

I'm a Smart Reader Kids!!

"Kakak" itulah panggilan yang selalu aku gunakan sebagai ganti diri untuk anak perempuanku Sara Ummaira..03 January 2010 akan bermulalah sesi persekolahan bagi kakak. Pertama kali nak hantar anak pergi 'sekolah' rasa nervous la jugak kan, berat hati pun ada jugak.Maklumlah selama ni anak tak pernah berpisah daripada aku..(mak la pulak yang terlebih nervous..anak suka aje..hehe..)..



Lagipun..Puan Dira, principal Smart Reader Paka ni adalah kawan aku masa belajar DIA AC110 dulu. So takder risau sangat bila kakak belajar kt sana. Everything under control la kan..tapi itulah, tak tahu lagi macam mana dengan penerimaan kakak..Boleh ke? umur kakak pun tak sampai 4 tahun lagi..still lagi pakai pampers dan minum susu botol. Itulah yang merisaukan aku sebenarnya..Harap2 kakak akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru ini.
*****************
Ya Allah..
permudahkanlah bagi anakku
dalam menuntut ilmuMu..
Kurniakanlah kepintaran, kepandaian dan kebijaksanaan
kepadanya (Sara Ummaira)
sebagaimana Nabi Luqman A.S..
Kurniakanlah kefahaman yang tinggi
dan keberkatan dalam setiap apa yang dilakukannya...Amin.

********************

Thursday, December 24, 2009

Wajah Rahsia Hati...


Masa berlalu begitu pantas bagiku..
siang berganti malam
malam berganti siang
hari berganti hari
tahun berganti tahun
sedar tak sedar
argh...usia ku semakin meningkat dewasa..
sejajar dengan peredaran waktu..
terasa diri ini masih banyak kekurangan
yang belum terisi..
masih sedikit pengalaman
yang belum di timba..
masih banyak yang belum dipelajari
segala apa yang ada di bumi ALLAH ini..
sempatkah aku untuk semua itu..?
Hanya DIA yang Maha Mengetahui...

Monday, December 21, 2009

Seindah Biasa..


Kehidupan kadang2 tak "seindah Biasa'...macam title lagu Dato' Siti Nurhaliza. Sekejap berada di atas dan sekejap berada di bawah..berputar bagai putaran roda..teringat satu petikan daripada salah satu buku yang menjadi bahan bacaan ku..kata-kata orang jepun dengan kaizen mereka..

"Hari semalam sudah berlalu, hari ini mesti lebih baik daripada semalam dan esok mesti lebih baik daripada hari ini."

Lagi satu..kata Mr Donald Trump, " Hidup ini bukan untuk esok, tapi untuk masa depan yg entah bagaimana."


Hmmm...itulah, kita hanya mampu merancang..tapi TUHAN yang menentukan..
"Ya Allah..Perbaikilah agamaku, kerana ia merupakan penjaga setiap urusanku..perbaikilah duniaku kerana ia tempat aku tinggal...perbaikilah akhiratku kerana ia tempat aku kembali.Jadikan hidup bagiku peluang untuk menambah kebaikan dan jadikanlah matiku sebagai istirahat daripada setiap keburukan."
Hadis Riwayat Muslim

Friday, December 18, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1430


Seribu empat ratus yang lampau
dari hijrah seorang insan suci...
meloloskan diri dari kejahilan
petualang-petualang Quraisy Makkah
membawa sinar wahyu Allah
di bumi gersang kontang yang simpati
bergelar Madinah al-Munawwarah
Seribu empat ratus yang lampau
dari hijrah seorang insan Agung..
rasul yang membawa rahmat
ke seluruh alam buana
membebaskan jiwa yang terpenjara
oleh rantaian-rantaian syaitan
memerdekakan nafsu serakah
yang beraja di kalbu berkarat
memecahkan kejumudan
yang membatu keras
melepaskan cengkaman jahiliah
yang menusuk merobek jiwa
merobohkan tuhan-tuhan palsu...
penipu karut marut... tahyul
Seribu empat ratus yang lampau
dari hijrah seorang insan mulia...
Islam...
yang kaubawa
menarik kalbu dari jurang kejahilan
membersihkan kelodak dosa dan noda
yang terpalit di benak yang gelita
supaya jiwa hamba ini mengabdikan diri
kepada Allah tuhan yang Esa
mencontohi Muhammad insan yang terpuji
menusuklah iman jauh ke lubuk hati
memancarkan nur Illahi ke sanubari
terpahat dan terukir
kalimah agung yang suci
"TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"
Seribu empat ratus yang lampau
dari hijrah seorang insan terpuji...
adakah anda sudah berhijrah?
adakah anda sudah berubah?
adakah anda sudah bertaubat?
adakah anda sudah menyesali?
selaut dosa dan segunung maksiat
yang kita bina selama ini
Sedarlah! Sedarlah! SemuaKembalilah...
kepada Allah dan Rasulnya

Saturday, December 5, 2009