Sunday, November 29, 2009

Hari Raya Qurban...2009

Dikesempatan ini..ku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban buat semua umat islam,27 november 2009...bersamaan 10 zulhijah 1430. Tidak lupa pula kepada Para Hujjaj (orang yang mengerjakan haji) Semoga mendapat haji yang mabrur...Aminn...

























Wednesday, November 25, 2009

Memory Lane...SMAKH


Disaat mata menatap gambar di atas..fikiran terus melayang teringatkan kenangan-kenangan di zaman persekolahan..di mana banyak tercipta saat-saat manis..pahit..suka duka dalam menjalin sebuah ikatan persahabatan..
Selepas tamat tingkatan 5..kami semua berpisah.Masing-masing mencari hala tuju masing2 bagi meneruskan saki baki kehidupan yang masih bersisa..Akhirnya...sekali lagi..sesetengah daripada 'kami'...dipertemukan di ruangan " Facebook". Di sini... terjalin kembali ikatan yang pernah terputus suatu ketika dahulu.
Terima kasih kapada teman-temanku...yang mana pernah menghadirkan dirimu dalam mewarnai dan menceriakan setiap perjalanan hidupku..sesungguhnya..saat-saat kita bersama tidak akan luput dari ingatan ku ini selagi jasad dikandung nyawa...
Buat sahabatku...Doa ku..semoga persahabatan kita akan tetap kekal sampai ke anak cucu.Semoga kebahagiaan akan menyusuri setiap langkah mu...Amin.

Thursday, November 19, 2009

Monday, November 16, 2009

Apakah Hukum Memakan Ketam Nipah???

Ada beberapa pendapat mengatakan makruh atau haram memakan ketam nipah. Ini kerana ketam nipah hidup di antara dua alam.

Hakikatnya...Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan..
1- TAKRIF HALAL
a) Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
b) Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
c) Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak; dan
d) Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
2- SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN HALAL
Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
2.1 HAIWAN
Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
a) Haiwan darat
b) Haiwan air
2.1.1 HAIWAN DARAT
Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:
a) Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak
b) Babi
c) Anjing
d) Haiwan yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya.
e) Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar umpamanya burung helang dan seumpamanya.
f) Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya iaitu seperti tikus, kala, burung helang, lipan dan seumpamanya.
g) Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk
h) Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya
.i) Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya dan seumpamanya.
2.1.2 HAIWAN AIR
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.
2.2 TUMBUH-TUMBUHAN
Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia

Monday, November 2, 2009

My Hubby Addiction

Hobi terbaru suamiku..
dah lama dah dia survey motor ni..entah macam mana nak dijadikan rezeki dia..akhirnya..hmmm...suka tahap gaban la dia..
First time tengok dia bawak balik motor ni..aku gelak sakan..sebab kelakor sangat..macam orang zaman-zaman dulu aje lagaknya..

Sejak ada C50 ni..aktiviti malam hubby ku pun turut sama berubah.Kebiasaannya..lepas pulang aje dari kerja..dia banyak spent masa dengan tengok HBO,sembang-sembang ngan aku sambil pekena air teh o..sekarang...sejak dua menjak ni..aktiviti dia setiap malam..ajak anak-anak aku round naik motor area rumah...anak-anak aku pun sekarang dah pandai demand dengan papa dia..sampai aje kt umah terus ajak papa dia naik motor bawak dia orang p jalan-jalan...

Lepas penat pusing-pusing..satu lagi aktiviti suami ku ialah mengelap motor sampai berkilat..Asyik kena gosok ajer kau ye C50..bila la nak sampai turn aku plak..huhu






Saturday, October 31, 2009

Trip VIP ke Guangzhou & Shenzhen CHINA

Restaurant Muslim di Guangzhou..Yang pakai jaket kuning tu adalah translator kita orang..Jackie..very nice person..Xie xie Jackie..yang pakai jaket hitam tu..shaharudin Jalil(Shah)..thanks kat 2orang nih sebab banyak sangat membantu sepanjang kami sekeluarga di China..

Tom..kawan hubby..datang dari Yiwu ke Guangzhou...untuk bersama2 ngan kita orang..
Sara siap pose lagi ngan girlfrenz Tom..
Masing-masing tengah belajar camner nak guna chopstick..wanita yang bertudung hitam tu adalah Kak Ida Faridah..Kroni Wanita Melayu.com (WMC)..Yang sebelah dia tu..dah tentu hubby dia..Abg Amzah... (T-shirt putih)




Restaurant muslim area Chan si lu (sbnrnya xtau cmner eja ikut cina,tp bunyinya mcm tu la kot)

Di Shenzhen..cuaca kat sini sejuk sangat..sampai kering kaki Sara ngan umar
Kasihan kat Sara Ummaira..letih sebab dah jauh berjalan..mujur laa Sara ngan Umar tak buat hal..kalau bab berjalan..tabik la kat 2 orang nih..huhu..Next time kita pi jalan lagi eee..


One-Link Plaza ..singgah sekejap beli toys untuk anak2..


Hotel kami sekeluarga menginap di Guangzhou China...4 hari 3 malam...


View dari atas..CHINA

KLIA










Tuesday, October 6, 2009

Anugerah Terindah..Yang Pernah Kumiliki

Melihat tawamu... Mendengar senandungmu...
Terlihat jelas di mataku..
Warna-warna indah mu
Saat kau disisi ku.. kembali dunia ceria
Belai lembut jarimu...
Sejuk tatap wajahmu...




Tegaslah bahawa kamu.... ANUGERAH TERINDAH YANG PERNAH KUMILIKI...



Tuesday, September 29, 2009

Eid Fitri 2009

Suasana pagi raya penuh emosi apabila adik-beradik dan sanak saudara mula memohon maaf sesama mereka.
Aidilfitri tahun ni...simple aje bagi aku sekeluarga..ingatkan nak pakai baju raya yang warnanya sedondong ngan suami dan anak-anak..malangnya baju raya suamiku serta anak-anak tak sempat siap.So raya tahun ni kita orang takde "tema" la...Hmmmm....sedey...
Apa2 pun, raya cuma setahun sekali je...So kita orang manfaatkan lah hari raya tu dengan menziarahi kubur arwah ayahku..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahku dan ampunkanlah segala dosa2 ayahku...tempatkanlah ayahku di dalam golongan-golongan orang2 yang beriman dan bertaqwa...Aminnnn..Juga menziarahi sanak-saudara jauh...dapatlah mengeratkan silaturahim sesama kami.




Duit Raya Umar Hakimi...huhu...(Umar share ngan mami sket Buleh????)

Beraya di rumah Abang Azli MY...(tokey farmasi Bestari)


Beraya di kampung Buluh Gading...



Sara Ummaira beraya dengan baju kurung hasil dari jahitanku sendiri...1st trial jahit baju kurung nih...nasib baik menjadi...Next raye..ingat nak jahit sendiri je smua baju anak2...Insya ALLAH...





Tuesday, September 15, 2009

Layan...

"Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah
kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu ...duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati
Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaKu"

My Decoupage Project




Percubaan pertama kat atas tray yang daripada Hazdi Home Decor..

Inilah hasil kreativiti yang tak seberapa dari air tangan ku...makeover kat senduk lama...di transform smula..



ini pulak makeover kuali kat dapur...


ini decoupage kat botol ubat yang dah habis...huhu...tengah kemaruk men'decoupage' macam ni laa jadiknya...




Rak ni plak saya beli di KB Mall kota bharu...





Wednesday, September 9, 2009

Persiapan Hari Raya

1. Dalam kesibukan ku di bulan Ramadhan al-mubarak ni..dengan nak melayan karenah anak2 yang sedang membesar ..hanya Tuhan aje yang tahu betapa letihnya diri ini. Mana taknya..rutinku bermula seawal subuh..kul 4am dah kena bangun utk prepare makanan untuk bersahur. Lepas siap semua berkemas umah..kul 10am kena pergi kerja kat farmasi suamiku..semua diangkutnya anak2 aku ke sana.Maklumlah..fulltime housewife yang berkerjaya katakan..huhu..xde pakai maid..dulu pernah jugak guna tenaga orang gaji ni..dari Indonesia..tapi tak tahan lama..asyik2 nak guna phone untuk call suami dia kat kg..satu lagi tabiatnya ialah tangan panjang.suami aku dah bising2 kat maid tu..tapi dia boleh lagi wat muka poyorrr aje..cam xde apa2 berlaku..terpaksa la hantar maid tu pulang ke indo..

2. Lastly aku wat keputusan untuk jaga sendiri anak2 aku ni. Aku tak kisah..lagipun suka tengok anak2 membesar kat depan mata kita ni..boleh lihat perkembangan mereka setiap hari..hubby aku jugak banyak membantu diriku.Alhamdulillah... aku bersyukur dapat suami macam tu.
3. Ini je la persiapan umah yang sempat aku buat untuk sementara ini...langsir aku tak siap jahit lagi...ntah sempat ntah tidak untuk buat beraya nanti...fuuhhh...Dah la raya ke-6 nak wat open house...pening...pening...

4. Laman pun belum buat apa2 lagi...rasanya dah tak sempat dah nak buat semua tu kot...just tanam rumput aje..water feature xbeli lagi...


5. hmmm...pelita raya tu untuk Sara Ummaira ngan Umar Hakimi wat main bunga api...suka sangat dua beradik tu bila tengok percikan api yang memecah jatuh ke bumi...huhu..ayaaaatt...sebenarnya kepala aku dah pusing..nak layaaaan blog lagi...nak laaaayan customer yang datang kt farmasi lagi...mana la sempat..



6. Rasanya...stop kat sini dulu la kot..nak rehat jap..nak telan pain killer pun xdpt..pose..nak wat camno tuh...perut pun dah berkaraoke dah...lagu apa yea..???lagu raya kot...wahkakaka...


Ramadhan..kian meninggalkan kita..

Begitu pantas masa berlalu...tanpa sedar..hanya tinggal 10hr aje lagi kita berpuasa..sekejap aje rasanya..ramadhan pun kian melabuhkan tirainya..

Teringat plak zaman kanak2 dulu...dulu waktu puasa terasa lama sgt..bila tiba waktu asar..time tu la yg paling seronok.apa tak nya..time ni mak sibuk duk memasak kt dapur...aku plak sibuk duduk kt mak memasak..sbb nk ambik bau...huhu..

Lepas mak siap memasak...arwah ayah plak ajak pi bazar ramadhan..time ni lah bila tgk smua makanan,smuanya aku nak...ikutkan nafsu yg tgh lapar time tu..smua makanan yg ada kt bazar tu aku nk borong...

Bila hampir waktu berbuka..mulalah aku meringkuk kt bawah meja yang dh tersedia juadah untuk dibuat berbuka..abang2 aku selalu perli aku..katanya..'adik..makan aje lah nasi tu..sedih sangat duk nengoknya'... suka2 hati dia orang aje nk suruh aku berbuka...

Bila perut dah kenyang...mak ajak aku p sembahyang terawih..seronok bila mengimbau kembali kenangan di zaman kanak2. Seronok dapat pergi sembahyang terawih di bulan puasa..aku ngan sepupu aku duduk di saf yang paling belakang..ada ramai lagi la kanak2 yang sebaya ngan aku time tu..masa solat isyak tu..ok lagi..still lagi ikut tok imam..tapi tiba saat solat terawih..ada satu part tu memang aku xdapat lupa..

masjid tempat aku sembahyang tu..antara tmpat solat lelaki dan tempat solat wanita hanya dipisahkan oleh sehelai bidai (yang macam langsir gitu). Tiba masa sujud..siapa2 yang duduk betul2 tepi langsir tu pasti kena..bila bangun aje dari sujud..sedar2 dia dah duduk kat sebelah tempat solat lelaki..apalagi..terkejut sakan la minah yang kena tu..wakakaka...

Satu lagi..time sujud jugak la..dia orang sibuk nak jolok punggung orang yang tengah sembahyang..satu hari tu sepupu tersalah jolok punggung orang tua..dia tak perasan yang ada orang tua yang duk satu saf dengan kita orang..sebab kebiasaanya..saf last tu hanya budak2 yang sebaya dengan kita orang aje yang duduk 'port' tu..sekali tersilap cucuk...apalagi..melatah makcik tu..bising satu masjid...

lepas dari peristiwa itulah dah tak de lagi perbuatan cucuk-mencucuk gitu..sebab dah merah dah cuping telinga asyik duk kena dengar makcik tu 'berleter'.mak aku pun turut sama bising2..kalau aku teringatkan peristiwa ni..gelak dan senyum sorang2 la jawabnya..hmmmm...

Ada lagi satu crita lucu selepas pulang daripada terawih...masa tu jalan kat kampung aku tak macam jalan raya sekarang yang terang benderang dengan lampu neon bercerucuk di tepi jalan..so aku and the gang mula la usik minah ni sorang..dh siap pakai baju smbahyang tu..duduk dalam gelap kat bawah pokok jambu air 'mek cek de' (nama makcik kt kg aku)..time minah tu lintas kat bawah pokok tu...apalagi kitaorg pun goyang la pokok2 tu kuat2 siap dengan bunyi-bunyian lagi..nangis minah tu..sampai terkencing dalam seluar...kesian jugak la aku tengok dia..

Itulah...zaman kanak2...nakal semacam aje..nasib baik bila dah dewasa tak ada lagi sifat2 cam gitu..bila flashback balik semua kenangan tu...rasa rindu plak..kalaulah masa boleh diputarkan kembali..ingin rasanya kembali ke zaman itu...

Apa2 pun..aku sedih bila memikirkan bulan ramadhan yang penuh barakah ini akan meninggalkan kita semua.Semoga bulan ramadhan kali ini penuh bermakna buat aku sekeluarga..amiiiin.

Sunday, September 6, 2009

Beraya Di Rumah Baru...


Syukur ku kehadrat ALLAH kerana dengan limpahan rezeki NYA...dapat jugak kami sekeluarga beraya di teratak kami sendiri..
Alhamdulillah...

Tak tahu camner nak mendekorasikan dalaman rumah..pening den nak memikirkannya..Aku suka hiasan rumah ala-ala shabby pink gitu..paling tidak pun hiasan dalaman yang berkonsepkan 'english style'...
tapi..hubbyku tak berapa berkenan konsep tu..katanya..rumah nampak macam semak sikit la..lagipun dia tak berapa suka flower byk2.so dia lebih suka konsep moden kotemporari..ringkas..tenang dan menarik katanya..hmmm...orang lelaki..biasalaa bukannya suka sangat ngan bunga-bungaan ni kan..

Mmmm...sodihnya hati..pada permulaannya lah..tapi sejak akhir2 ini..my hubby cam ada minat ngan konsep 'English Style'...ada minat sket la..mungkin disebabkan dia tengok cara aku yang degil ini jugak.. sebab dalam diam aku hias rumah tu seperti yang aku nak..huhuhu..kesian suamiku..Thanks to my hubby bcoz sangat memahami..