Saturday, June 18, 2011

Sumber Rezeki Kami Sekeluarga..Di sini



Gambar ini aku snap pada hari khamis.
Tapi baru berkesempatan nak meng'upload'nya.
Kebetulan khamis hari tu aku kerja berdua aje dengan suamiku.
Seorang staf balik kampung.
Seorang lagi pergelangan tangan patah..jatuh bilik air katanya.
Seorang lagi berhenti sebab nak pergi sambung belajar.
Semuanya ada alasan yang tersendiri.
Tidak dapat tidak..
Aku terpaksa tolong suami kat farmasi.
Hanya berdua.. dan ..
Ditemani oleh dua orang anak yang sangat baik hati
sebab tak kacau Papa dengan Mami dia wat kerja.
Terima kasih anak-anak mami!

Gara-gara suami aku nak makan mee goreng mamak..
maka sampailah aku ke kedai mamak yang hanya berhadapan dengan bangunan farmasi kami.
" Macchaaaaa!!!! Mee goreng mamak satu."
"Boleh3~"
HAhAHahAHa
Mamak kat kedai tuh semuanya kenal aku sebab aku selalu cakap india dengan dorang.
Nak kata aku peminat fanatik cerita hindustan
mmmmmmmmmmm......
Dulu mungkin kottt!
Kalau tengok pun..hero dia mesti Shah Rukh Khan atau Rhithik Roshan.
Heroin pulak...Kajol, Rani mukherjee, dan Preity Zinta.
Yang lain-lain tu kurang berminat huhuhu...

Tiba-tiba, kuar aje dari kedai mamak..
Terasa nak dongak kepala untuk pandang langit.
Ini memang habit aku sebenarnya.
Kalau tak pandang langit..aku suka tengok bulan.
Aku berlari-lari anak masuk ke kedai farmasi..
dan tergopoh-gapah buat keluar kamera untuk rakam suasana awan pada petang itu.
jadi..gambar kat atas adalah hasil dari pembentukan awan yang sangat cantik pada hari tersebut.
Malangnya gambar tak berapa cantik sebab backlight la pulakkk.
Apa-apa pun.. Marilah kita sama-sama menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH S.W.T. ini.




Masjid Terapung, Kuala Ibai.
Terengganu.

Golden Hour @ Pantai Merang, Terengganu.

Pantai Merang, Terengganu.

Pantai Mangkuk, terengganu.






Wednesday, June 15, 2011

BACK FROM THE HOLIDAY THOUGHT TO REST...but much work to be done

Inilah kerja aku dekat farmasi utk hari ini. Check Blood Cholesterol , Blood Pressure , Glucose dan Uric Acid.

Sambil2 check customer, sempat lg snap gambar. Makcik ni sporting beb!!
Thanks Makcik! next time dtg lagi dan borong byk2 sket vitamin tuh...muahahahaa :D


Tired . That's what I feel now. Since returning from vacation with my family the other day,until today, still looking for the right time to relax my body and mind. Gawat sihhhh!!!

I started early in the morning routine and back home at 10.30 pm. but still need to complete jobs such as washing clothes and so on.


Responsibilities of a wife..right???
.
.
.
.
.
.





Tak tertanggung rasanya huuhuhhu~


Let me breathe...


Sejenak... heheh~



SONY NEX5 For Sale!!!!!






Camera For Sale!!!

SONY NEX-5 with cake lens 2.8/16 + Lens 3.5-5.6/18-55+ pouch bag + screen protector + warranty till march 2012.
Price : Rm 2500
offer me..

Saturday, June 11, 2011

TERENGGANU JUARA PIALA FA 2011 !!!!!!!


Sumber gambar :    JUARA PIALA FA 2011


First of all... 
CONGRATULATIONs for Turtles Scuad kendalian Irfan Bakti di atas kemenangan Pasukan Terengganu yang berjaya merangkul Piala FA 2011. 
Hebatttt...Hebatttt...

Sebenarnya, aku bukanlah peminat tegar bola sepak. Entah macam mana, semalam tersangkut pulak. Rasanya sebab yang pertama, semalam team Ghanu  yang main.. so aku sebagai anak jati terengganu memberi sokongan yang jitu gitu..chewahhh. takde jitu nyer pun He hE He...
Reason no 2, ni sebab hubby aku sibuk nak tengok bola..bola.. tapi.. masa kelantan dapat sumbat gol yang pertama tu dia dah frust dah. Langsung pergi wax kereta dia..hangat-hangat taik ayam betuiiii!

Perlawanan yang mendebarkan pada awalnya. Setelah tiada harapan yang di letakkan. Cuak jugak aku wehh!! Lepas kelantan dapat gol tuh aku siap cakap dekat anak buah hubby aku yang turut sama menyaksikan perlawanan bola sepak tuh. Aku cakap, harap-harap di saat2 akhir akan berlaku keajaiban. Kalau betul berlaku keajaiban itu, dan Skuad Terengganu berjaya merangkul Piala FA..hari isnin ni aku nak puasa.

Dan akhirnya... kuasa Allah siap tahu kan? memang betul-betul berlaku keajaiban apabila Daudsu telah 'ter'jaringkan gol bagi pihak Terengganu. Bagi aku, Daudsu tidak boleh dipersalahkan. Dah rezeki untuk team ghanu. Pada pengamatan aku.. Daudsu seorang pemain yang rajin kejar bola apa.. Urmmm...nampaknya, Besok aku kena berpuasa la. :)

Apa-apa pun tahniah juga kepada pemain Kelantan. kamu bermain cukup baik cuma nasib tidak menyebelahi kamu.

Suka sangat tengok muka penjaga gol terengganu yang selamba dan tenang je walaupun dah lepas satu gol. Memang dia layak menyaingi Fahmi.Semangat juang yang ada dalam team ghanu yang tak pernah putus asa dalam percubaan menjaringkan gol akhirnya membuahkan hasil sekali gus dapat menewaskan team kelantan 2-1. 

Kalah dan menang merupakan adat pertandingan. Tahniah kepada yang menang dan yang kalah cuba lagi akan datang. Kedua-dua pasukan adalah terbaikkk!!!

Thursday, June 2, 2011

...ON VACATION~

Puteri hatiku.. Sara Ummaira.

Musim cuti sekolah. Orang lain sibuk bawak anak bercuti sana sini. Aku jugak sibuk nak bercuti. Kali ini kami sekeluarga pergi ke negara jiran, Thailand
Letih..
Tetapi dalam keletihan ada juga terselit keseronokan.
.
.
.
.
.
.
.

SELAMAT BERCUTI SEMUA DAN ENJOY UR HOLIDAY ok!!





NotaKaki: Rindu nak main2 dengan kamera.Dah lama dah tinggal hobi yg satu tuh. Td try main2 dgn photoshop plak.Belek2 folder lama, terjumpa gambar Sara.Pastu try edit2 ala2 vintage tone. Hasilnya yg xbrp nak menjadi. Rasa mcm nkg belajar mengedit la plakkkkkk!!!