Wednesday, March 30, 2011

BILA SUAMI MULA MEMUKUL

Tajuk kat atas tuh adalah topik yang dibincangkan dalam rancangan 'Wanita Hari Ini' semalam. Ingatkan nak post semalam,tetapi disebabkan ada sedikit kemalasan so tertunggak la sampai ke hari ini.


Kenapa ya ada sesetengah suami sanggup memukul si isteri? Bukan ke isteri adalah amanat Allah kepada suami dan suami sekaligus ditugaskan untuk melindungi kaum-kaum hawa yakni isteri mereka dan juga memberi nafkah zahir dan batin. Sebagaimana sifat Rasulullah s.a.w kita yang selalu membelai dan memeluk isteri-isteriNya. Walaupun isteri ada membuat kesilapan tetapi ditegur dengan cara yang baik dan penuh berhemah.

Sedih sangat bila aku mendengar luahan pemanggil rancangan tersebut, yang mana hampir 25 tahun hidup sebumbung dengan si suami yang kaki pukul. Menderita zahir dan batin tetapi sentiasa mendoakan kepada Allah S.W.T agar dilembutkan hati suaminya. Masih bertahan dengan sikap suaminya.

Wanita yang sebegini bila diajukan soalan kenapa taknak tinggalkan suami, jawapanya adalah:-


  • Disebabkan anak-anak yang masih kecil.
  • Tak tahu macam mana nak besarkan anak-anak,nak beri makan apa kpd anak2.
  • Saya tidak bekerja dan sebagainya


Dan ada juga kes yang mana, si isteri menunggu saat-saat apabila anak-anak dah meningkat dewasa, si isteri pula akan meminta untuk dilepaskan oleh si suami kerana sudah tidak dapat bersabar lagi.

Dimanakah letaknya sifat perikemanusian itu? Bukankah tujuan perkahwinan itu sendiri adalah untuk ketenangan dan ketenteraman sebab itulah wujudnya slogan " RumahKu SyurgaKu".

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana mengurniakan aku seorang suami yang amat menyayangi aku dan anak-anak serta dapat membimbing aku ke arah kebaikkan. Semoga rumahtangga kami diberkati dan diredhai oleh Mu Ya Allah. Amin!

ALHAMDULILLAH.

Sunday, March 27, 2011

Friends... is Remedy of Life.

" Friendship..like gardens, grow with beauty."




Semalam ber'cit-cat' dengan Anis. 
Ralit dan asyik.
Dah lama tak berhubung.
Cukup tersentuh dan terharu sangat bila anis cakap,

"zira, anis takkan lupakan zira sampai bila-bila.Sebab zira adalah kawan pertama Anis semasa belajar dulu." 

Thanks Anis.
Zira pun sama jugak.
Walau apa pun yang terjadi, Anis tetap kawan zira sampai bila-bila.
Tidak kira walau sejauh mana jarak dan waktu memisahkan kita..
Sebab, kawan-kawan adalah penyeri kehidupan..

Tak sabar menunggu kedatangan Anis kat sini
Insya Allah, bulan September ni kita akan jumpa.





Wednesday, March 23, 2011

PENANGAN HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

* Gambar ehsan dari suami...hehehhe


Perbualan di antara anak-anak aku. Umar Hakimi dan Sara Ummaira.
Lokasi : Dalam kereta


Lagu Alhamdulillah yang didendangkan oleh Maher Zain ~ sedang berkumandang ~

Umar :           "Alhamdulillah...Alhamdulillah..".. lalallalal (nyanyi)

Sara  :    ~ tengah perhatikan gelagat Umar yang tengah menyanyi tuh dengan mata bulat. Tetiba, sekali Umar                     perasan kot ada orang duk tenung dia..lantas dia berkata.

Umar : " Kakak! janganlah tengok adik. Mami..mami..tengoklah kakak tuh ye tengok kat adik, adik nak     nyanyi pun xleh."

Sara :   "PELAWOK..PELAWOK..PELAWOK..PELAWOK!!!"

Umar :  " SOLLEY....SOLLEY..SOLLELEY..."

Hahahahha...tetiba pecah perut aku ngan hubby ketawa bila dengar gelagat dua beradik tuh..
Aduyaii...nakal betul dua orang tuh. Yang si kakak tuh dia pantang kalau nengok citer yang best2 mesti nak ditirunya.


*****
Ada satu hari tuh, lokasinya kat dalam kereta jugak. Masa tuh kami dalam perjalanan ke Cameron Highland.
Tiba-tiba, aku terdengar suara orang menangis, kuat plak tuh. Aku cepat-cepat menoleh ke belakang. Serentak pulak dengan hubby, yang turut sama menoleh ke arah tempat duduk belakang. Korang nak tahu siapa yang menangis???

Sebenarnya takde sesiapa pun yang nangis..si Sara tuh dia buat mimik muka orang nangis. Alah macam pelakon lah konon-kononnya yang sedang melakukan aksi menangis tuh. Lepas tu, Papa dia cakap dekat Sara.

Dalam nada tengah ketawa, " Aiii kakak ni..nape kuat sangat berkhayal ni? ~ masih lagi dalam situasi ketawa lagi.


~ Diam seketika dalam 15 minit macam tuh. Tiba-tiba... " HAHAHAHAHHAHA...kakak koyal." katanya. 
Tersengih-sengih aje..
Adoi! dia baru perasan apa yang dia buat tadi. Sabar je laa..



p/s: Betapa kuatnya pengaruh televisyen ke atas kanak-kanak bukan? Para ibu bapa, pantaulah anak-anak kita ketika mereka sedang menonton TV kerana sekarang criter2 yg ditayangkan di kaca tv kebanyakkan nya tidak begitu sesuai untuk santapan mata anak2 kita.

Sunday, March 20, 2011

Pesan Sayidina Ali K.W



"Sesungguhnya dunia ini telah berangkat pergi membelakangi 
dan sesungguhnya akhirat itu berangkat mendatangi.

Bagi setiap daripada kedua-duanya ada anak-anaknya.
 Maka jadilah kamu anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia.

Kerana sesungguhnya hari ini hari amal dan tiada perhitungan sedangkan keesokanya adalah hari perhitungan dan tiada amal."
.
.
.
.
.
.
Kadang kala susah hendak buat baik
tetapi mudah pula membuat jahat
.........Sedangkan kedua-duanya ada hisab

Sunday, March 13, 2011

Semalam...Ku bermimpi


2-3 minggu lepas, aku ada bertanya dengan kawan-kawan mengenai sesiapa yang tahu dekat mana boleh dapatkan tukang urut dekat area tempat aku tinggal. Adalah sorang dua yang mengesyorkan tukang urut pada aku. terima kasih yea! Tapi belum berkesempatan untuk menjengah ke rumahnya lagi.

Sebenarnya, kaki aku selalu terasa macam ada aliran elektrik mengalir..jari tengah sebelah kiri. Kalau tersentuh aje, terus rasa.

Semalam, aku bermimpi berjalan-jalan dekat sebuah kampung. Cantik sangat.. Tetiba ternampak sebuah pondok usang tapi interior dia cantik sangat macam ala-ala spa gitu. Tetiba aje terjengul sorang perempuan setengah abad macam tu la kot. Dia mempelawa aku masuk ke 'rumahnya' itu. Kemudian dia terus pegang kaki aku dan urut pada bahagian sakit itu.

"Anak ni sakit kaki dah lama kan?." aku hanya mengangguk sahaja. " Mari sini, nenek tolong tengokkan."
Aku biar sahaja kaki ku di urut oleh nenek itu. Tak banyak cakap. Akhirnya nenek tu cakap, " Dah siap!"

Tetiba aku terkejut dari mimpi..masih lagi tidak lupa pada jalan cerita mimpi aku itu. Kemudian aku cuba gerakkan kaki aku..cuba tarik2 jari itu..cuba lipat-lipatkan jari tu.

"Ya Allah!" kaki ku dah takde lagi rasa sakit seperti sebelum ni. Sampai ke hari ini pun rasa sakit itu dah takde.

betul ke? atau ia hanya sekadar mimpi. Mimpi hanya mainan tidur???

notakaki:- masa aku terkejut dari mimpi, aku tengok jam masa tu baru pukul 3.30am.

Sunday, March 6, 2011

Improving On Catchlights


Atas permintaan kawan2...Maaf lah ye kawan-kawan sebab saya takde la pandai sangat dalam PS. Semoga dengan sedikit tips ini dapat membantu sedikit sebanyak pengetahuan korang semua tentang edit mengedit neh. *Peace*


1) Duplicate layer
2) Click Lasso Tool dan adjust Feather level of 20 pixels. Kemudian select bahagian kornea mata. Hasilnya mcm gambar dekat bawah ni.


3) Kemudian tekan shift key. Sambil tekan shift key tuh, bulatkan kornea mata yang satu lagi. Hasilnya...


4) Kemudian pergi ke Image>Adjustments>shadow/Highlight dan tekan. Dialog box akan muncul
5) Adjust Midtones contrast +70. Terpulang kepada anda nak adjust midtones contrast.



6) Setelah berpuas hati, tekan OK. Lepas tu nak hilangkan Lasso tadi, tekan aje kat mana gambar.
7) Lepas tuh kalau korang perasaan, kat tepi mata tu kan dah jadi warna cerahkan. So, korang  berus balik supaya kembali kepada sedia kala.

Kalau korang semua nak tengok contoh gambar-gambar yang mata ada catchlights...
Boleh la ke SINI

Saturday, March 5, 2011

Dulu Dan Kini...

* Resolusi gambar tak brp cantekk

Petang tadi, teacher Sara datang dekat farmasi hantar 'homework' yang tertinggal. Dia cakap dekat aku dah call banyak kali, tapi tak berjawab. Sorry! sebab handset tengah tambah 'power' kat belakang kedai, jadi aku tak perasan..miahahaha.. Bagus betul punya guru macam ni kan. Anak tertinggal homework pun dia sanggup datang hantar. Terima kasih bebanyak la ye Puan Amy :)  Jasa mu dikenang!

Baru sekejap tadi aku kerahkan 'Princess' Sara (princess tu gelaran yang dia bagi utk diri dia sendiri. Ada jugak kanak-kanak mcm tu eh?) tu siapkan homework dia. Bukan apa, biasanya setiap hujung minggu kami satu keluarga tak pernah bertapa dekat rumah. Selalu aje ada aktiviti yang kami lakukan. Maklumlah, hanya pada setiap hujung minggu aje kami dapat lihat 'dunia' kerana hari-hari lain kami hanya menjadi 'penunggu' niyang rapik dekat farmasi. Dari pukul 9am sampailah ke pukul 10.30pm. Dahsyatkan waktu bekerja kami. Sampai belok tulang pinggul..hehehhe..

Sambil duk meneman si princess tu buat kerja, tetiba teringat pulak zaman aku ditabika dulu. Banyak betul perubahan. Masa aku umur 6 tahun dulu, takdelah nak buat kerja sekolah. Bukan taknak buat tapi cikgu memang tak pernah kasi. Masa tu baru nak belajar mengenal ABC. Anak aku yang baru berumur 5 tahun dah buat soalan yang macam budak sekolah rendah. Haiii...(mengeluh) betapa kehadapannya budak-budak zaman sekarang kan?

Kalau dulu pergi tadika, hari-hari mesti main dengan 'plasticine'. Buat keropok la..buat bunga la dengan plasticine tuh. Lepas tu belajar baca doa. Bermacam-macam doa dan juga belajar mengenal ABC sampai Z. Dulu dan kini..terlalu banyak perubahan. *sigh*

Tapi, alhamdulillah princess cepat belajar. Menurut teacher dia, sekarang tahap bacaan dia telah mendahului pelajar tahun 6. Alhamdulillah Ya Allah.. Amin!

Lega. Tetapi terselit jugak rasa bimbang dekat dalam hati ni, kerana kanak-kanak sekarang semuanya pandai-pandai belaka. Masing-masing seolah-olah berlumba-lumba untuk mendapat yang terbaik. Para ibu-bapa semuanya dah 'advance'. Sentiasa mendahulukan pelajaran. Maklum ajelah..orang yang berilmu akan dipandang mulia di mata masyarakat kini.

Harapan, mami doakan supaya setiap jalan yang anak-anak aku lalui tidak kira walau sesukar mana pun..harap-harap Allah akan memberkatinya. Tunjukkilah jalan yang lurus kepadanya. Permudahkanlah setiap urusan perjalanan hidunya. Jadikanlah anak-anakku seorang anak yang soleh dan solehah. Seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya.


AMIN!!!

Wednesday, March 2, 2011

I'M OFFICIALLY not A NIKONIAN ANYMORE :(

                                                                 *Tinggal Kenangan


Uwaaaaaa!! sedihnya...sob..sob... :((
Sukarnya nak lepaskan 'Si D' ni.
Kerana terpaksa dan dipaksa



Benci!  Benci!
benci dengan perasaan ketika ini
Jiwa bergelut hebat..
Pengganti Si D?


 ....ADA?


Kalau ada..

Pastinya... 


.
.
.
.





TAKKAN ADA YANG SAMA....



P/S : Harap tuan Si D akan menjaga kamu sebaik mungkin sebagaimana aku....

Fening..Fening Lalat..






Malas. Takde Mood.
Tapi sempat lagi update blog..hehehe..
Tetiba hari ni rasa pening.

Tadi dah telan NSAIDs sebiji
Situasi sekarang..dah ok siket.

Tapi, fening-fening lalat tu still lagi terasa.

Handset aku! Satu hari ini, langsung tak tersentuh dek aku.
malam ni gatal tangan..akhirnya sentuh jugak.

Mak oiii !!!..banyaknya  notification kat tepon aku.
Tak larat den nak membeleknya...






Haddoiiiii..!!!.



*Mata korang liar tak bila baca blog aku neh?? Sorry..kita kasik fening lagiiii

Tuesday, March 1, 2011

DI MANAKAH TEMPAT KITA DI SISI ALLAH S.W.T SEBENARNYA??

TePuK DadA ..TanYa Hati....SetEbAL MaNa ImaN?
Dalam banyak-banyak surah dekat dalam Al-Quran Al-Karim, Surah yang paling aku suka baca adalah Surah Luqman. Entah mengapa diri ini terlalu gemarkan membaca surah ini. Mungkin surah ini telah sebati dekat dalam jiwa ini, kerana surah ini merupakan diantara surah-surah yang kerap kali menitir dibibir mungil ini (mungil ke? Ah lantak ler..hehehehe..) semasa aku mengandungkan anak-anak aku dahulu.

Pesanan suami ketika aku mula disahkan hamil anak sulung oleh doktor tidak pernah sekalipun aku lupa dari detik itu sehinggalah ke detik ini. Dia menyuruh aku supaya sentiasa mengamalkan membaca tiga surah iaitu Surah Maryam, Luqman dan juga Yusuf setiap kali seusai menunaikan solat. Dan Alhamdulillah..surah-surah itu sentiasa menitir dibibir ini sepanjang tempoh kehamilan anak-anak aku sehinggalah kini. Mungkin sudah terbiasa.

Hari ini, entah bagaimana, mungkin terlebih rajin. Dan mungkin ada sedikit kekangan masa yang terluang. Hati ini tergerak untuk membaca Tafsir Al-Quran (Rasm Uthmani). Iya lah..sebelum ini aku main redah baca aje ayat-ayat Al-Quran tuh tapi tak pernah ambik tahu apa yang terkandung dan tersirat disebalik Surah Luqman itu.

Sedang ralit aku membaca, tiba-tiba hatiku ditimpa rasa hiba. Jauh disudut hatiku terasa begitu sayu. Tanpa sedar kelopak mata ini basah digenangi air mata yang aku sendiri tidak sedar bila ia mula menakungi kelopak mataku. Terpaku! berfikir barang sejenak dua....

" Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah pada hari yang ( ketika itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun. Seseungguhnya janji ALLAH itu benar, maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan, dunia dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) ALLAH.

Sesungguhnya di sisi ALLAH ilmu tentang hari kiamat, dan dia yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (DGN PASTI) apa yang akan dikerjakan esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-NYA."

Surah Luqman:Ayat 33&34

Terasa terlalu kerdil diri ini. Terlalu banyak kekhilafan. Kita tidak tahu apa yang kita lakukan hari ini, di dunia ini bagi kita adalah sesuatu yang cukup baik tetapi bagaimanakah penerimaan ALLAH terhadap kita dan segala yang kita rasakan itu?

Kalau di dunia ini, kita rasa segala perbuatan dan kebaikkan kita seolah-olah kita akan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak, tetapi belum tentu lagi bagi ALLAH S.W.T.

Kesimpulannya, usahlah kita menganggap keji atau buruk sesuatu perkara kerana mungkin 'sesuatu' yang pada pandangan kita buruk sebenarnya mulia di sisi ALLAH S.W.T. Hanya dia Yang Maha Mengetahui.

HIDUP INI SEPERTI BERMAIN YOYO

* cu teka jari sapo tuh? :p


Pernah bermain yo-yo? Semakin banyak kita membaling yo-yo semakin banyak dia datang kembali bukan?
Sama juga dengan tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Tetapi mesti kena ingat bahawa tangan yang memberi itu hendaklah memberi dengan penuh keikhlasan dan diikuti dengan niat yang betul.

Kadang-kadang aku terkilan jugak dengan sesetengah pandangan kawan-kawan yang selalu aje terlepas cakap, " Alah! orang ni banyak duit tapi kedekut yang amat!." Korang tahu ke apa yang 'orang kaya' tu dah buat? Untuk pengetahuan korang semua, setiap perbuatan baik yang kita lakukan tidak perlulah dihebahkan. Dan bila nak berkata-kata tuh pandanglah kiri kanan depan belakang sebelum membuat sesuatu spekulasi terhadap seseorang.

Daripada kita duk mengutuk orang lain,apa kata kita sama-sama buat. Sebab untuk memberi tidak semestinya dari golongan yang berada kan? Untuk memberi bukan sahaja dengan wang ringgit. Ayuh!

TaSbiH HaTi


...SETEGUH IMAN...

Putera dan puteri
Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalam sepi kau penyeri
Dalam duka kau penawar

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir air mata ayah bonda

Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai perwira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agama mu

Pada-MU TUHAN kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian
Putera-puteri harapan masa depan

(Nasyid kumpulan in-team)