Tuesday, December 29, 2009

I'm a Smart Reader Kids!!

"Kakak" itulah panggilan yang selalu aku gunakan sebagai ganti diri untuk anak perempuanku Sara Ummaira..03 January 2010 akan bermulalah sesi persekolahan bagi kakak. Pertama kali nak hantar anak pergi 'sekolah' rasa nervous la jugak kan, berat hati pun ada jugak.Maklumlah selama ni anak tak pernah berpisah daripada aku..(mak la pulak yang terlebih nervous..anak suka aje..hehe..)..



Lagipun..Puan Dira, principal Smart Reader Paka ni adalah kawan aku masa belajar DIA AC110 dulu. So takder risau sangat bila kakak belajar kt sana. Everything under control la kan..tapi itulah, tak tahu lagi macam mana dengan penerimaan kakak..Boleh ke? umur kakak pun tak sampai 4 tahun lagi..still lagi pakai pampers dan minum susu botol. Itulah yang merisaukan aku sebenarnya..Harap2 kakak akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru ini.
*****************
Ya Allah..
permudahkanlah bagi anakku
dalam menuntut ilmuMu..
Kurniakanlah kepintaran, kepandaian dan kebijaksanaan
kepadanya (Sara Ummaira)
sebagaimana Nabi Luqman A.S..
Kurniakanlah kefahaman yang tinggi
dan keberkatan dalam setiap apa yang dilakukannya...Amin.

********************

Thursday, December 24, 2009

Wajah Rahsia Hati...


Masa berlalu begitu pantas bagiku..
siang berganti malam
malam berganti siang
hari berganti hari
tahun berganti tahun
sedar tak sedar
argh...usia ku semakin meningkat dewasa..
sejajar dengan peredaran waktu..
terasa diri ini masih banyak kekurangan
yang belum terisi..
masih sedikit pengalaman
yang belum di timba..
masih banyak yang belum dipelajari
segala apa yang ada di bumi ALLAH ini..
sempatkah aku untuk semua itu..?
Hanya DIA yang Maha Mengetahui...

Monday, December 21, 2009

Seindah Biasa..


Kehidupan kadang2 tak "seindah Biasa'...macam title lagu Dato' Siti Nurhaliza. Sekejap berada di atas dan sekejap berada di bawah..berputar bagai putaran roda..teringat satu petikan daripada salah satu buku yang menjadi bahan bacaan ku..kata-kata orang jepun dengan kaizen mereka..

"Hari semalam sudah berlalu, hari ini mesti lebih baik daripada semalam dan esok mesti lebih baik daripada hari ini."

Lagi satu..kata Mr Donald Trump, " Hidup ini bukan untuk esok, tapi untuk masa depan yg entah bagaimana."


Hmmm...itulah, kita hanya mampu merancang..tapi TUHAN yang menentukan..
"Ya Allah..Perbaikilah agamaku, kerana ia merupakan penjaga setiap urusanku..perbaikilah duniaku kerana ia tempat aku tinggal...perbaikilah akhiratku kerana ia tempat aku kembali.Jadikan hidup bagiku peluang untuk menambah kebaikan dan jadikanlah matiku sebagai istirahat daripada setiap keburukan."
Hadis Riwayat Muslim

Friday, December 18, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1430


Seribu empat ratus yang lampau
dari hijrah seorang insan suci...
meloloskan diri dari kejahilan
petualang-petualang Quraisy Makkah
membawa sinar wahyu Allah
di bumi gersang kontang yang simpati
bergelar Madinah al-Munawwarah
Seribu empat ratus yang lampau
dari hijrah seorang insan Agung..
rasul yang membawa rahmat
ke seluruh alam buana
membebaskan jiwa yang terpenjara
oleh rantaian-rantaian syaitan
memerdekakan nafsu serakah
yang beraja di kalbu berkarat
memecahkan kejumudan
yang membatu keras
melepaskan cengkaman jahiliah
yang menusuk merobek jiwa
merobohkan tuhan-tuhan palsu...
penipu karut marut... tahyul
Seribu empat ratus yang lampau
dari hijrah seorang insan mulia...
Islam...
yang kaubawa
menarik kalbu dari jurang kejahilan
membersihkan kelodak dosa dan noda
yang terpalit di benak yang gelita
supaya jiwa hamba ini mengabdikan diri
kepada Allah tuhan yang Esa
mencontohi Muhammad insan yang terpuji
menusuklah iman jauh ke lubuk hati
memancarkan nur Illahi ke sanubari
terpahat dan terukir
kalimah agung yang suci
"TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"
Seribu empat ratus yang lampau
dari hijrah seorang insan terpuji...
adakah anda sudah berhijrah?
adakah anda sudah berubah?
adakah anda sudah bertaubat?
adakah anda sudah menyesali?
selaut dosa dan segunung maksiat
yang kita bina selama ini
Sedarlah! Sedarlah! SemuaKembalilah...
kepada Allah dan Rasulnya

Saturday, December 5, 2009